🌿Part 18~ Hm?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


'PIP!'

Nafas lega dihembuskan sebaik sahaja suara nyaring itu terdengar di arena.

"wah! Hebatnya awak! Kurang dari 1 minit" ucap iman sambil menunjuk kearah papan score

Alicia tersenyum nipis. Balistik ditangannya disimpan Kembali

"jomlah, kita pergi cafetaria dulu" ucap Alicia sambil melangkah menuju pintu keluar, diikuti oleh iman yang berjalan santai dibelakangnya

Suasana academy sedikit sepi sore ini. Tadi, bila Alicia dan iman sampai, mereka tidak bertemu dengan mentor. Mungkin sebab mentor tengah sebok di HQ, academy dijaga dengan robot dan drone je.

"kau nak beli apa iman?" soal Alicia. Mata nya masih melilau kearah rak yang penuh dengan bermacam jenis roti. Roti bantal, roti guling, roti Kasur semua ada.

"saya nak ambik air je lah" ucap iman lalu berjalan mendekati peti ais

'ambik je lah roti coklat ni' Alicia mengambil roti yang dimaksud. Tak lah tinggi sangat, tapi kalau ali yang berdiri ni, mesti tak sampai punya.

setelah memilih makanan masing ii, kedua ejen muda itu bergerak menuju kaunter pembayaran. Takde sesiapa yang jadi kasir, ye lah takkan MATA nak sewa orang untuk jadi kasir kat situ. Ingat ini mall ke apa? Sebagai gantinya, diletakkan suatu mesin canggih yang boleh memproses setiap pembelian di cafetaria itu. Cukup scan dan bayar, sudah.

Setelah memproses pembayaran, kedua ejen itu melangkah mencari tempat untuk duduk sambil menikmati makanan masing ii. Mereka memilih sebuah bangku yang terletak dibawah rindangnya pohon. Cuaca sore ini tak begitu panas, jadi tak perlulah duduk dekat common room lepastu bukak aircond.

-

Air diteguk dan roti dikunyah, masing ii sibuk menikmati makanan dan minuman masing ii. Tiada sesiapa yang berniat untuk memecah keheningan di tengah lembutnya angin petang, masing ii sibuk berlayar dengan fikiran sendiri.

Langit petang yang menampilkan gradiasi warna oranye-kuning ditambah dengan beberapa awan. Beberapa burung terbang pulang, Kembali ke sarang setelah seharian terbang menjelajah langit yang seperti tiada hujungnya. Sekurang-kurangnya mereka ingat jalan pulang, tak macam beberapa manusia zaman sekarang yang suka hati buat macam ii benda sampai tak ingat tempat berpulang nanti, kalah dengan burung.

"Alicia..." akhirnya iman membuka mulut. Tak selesa sebenarnya duduk berdiam diri sedangkan di sebelah ada manusia yang boleh diajak berbual Bersama

Alicia memutarkan kepalanya, kedua matanya terarah ke mata iman. Alis sebelah kanan terangkat, tanda ia menyahut iman. Mulutnya yang tertutup masih lagi mengunyah roti coklat yang tadi ia beli

"awak taknak siasat ke dua orang yang kacau kita haritu?" soal iman. Walaupun kejadian itu dah lama, ia masih lagi menyimpan tanda tanya besar dalam hatinya. Siapa dua orang tu? sebenarnya apa yang dorang nak?. Macam ii teori muncul di benak iman, namun ia berusaha melupakannya. Lagipun, itu kejadian lama, mungkin kawan ii nya takkan mempermasalahkan benda tu lagi. Tapi walau macam mana sekalipun, ia tetap tak boleh melupakan kejadian yang membuatkan ia harus cuti 1 minggu, dah lah banyak hw tertimbun masa dia 'cuti' tu. Entah karna alasan apa, ia asik terfikirkan kejadian itu, mungkin sebab dia still tak boleh maafkan mereka? Tapi kalau betul, kenapa dia tak boleh maafkan? Dia bukannya cedera parah sangat... habistu sebenarnya sebab apa?

"hm, sebenarnya aku memang nak siasat dua orang tu" ucap Alicia. Kepala nya Kembali diarahkan kedepan. Menghadap Kearah kubu academy yang berdiri kokoh

"tapi, susah jugak. Mereka takde tinggalkan apa ii jejak. Peralatan MATA tak dapat kesan sidik jari mereka, mereka guna macam... gloves tapi dia punya lain sikit. Dan setelah aku pergi check dekat HQ, gloves tu nampaknya dilengkapi dengan azurium, sebab bila aku check kayu yang dia pakai untuk serang kau haritu, ada kesan bakar macam kena suatu benda yang panas, mungkin gloves tu boleh keluarkan api ke apa" ucap Alicia.

Tak heran lah kalau dia boleh pergi HQ bila ii masa saja, ye lah sebab dia kan anak jeneral. Tergolong 'rapat' lah dengan agensi MATA. Tapi yang iman tau, walaupun Alicia dapat akses special macam tu, dia tetap akan pergi HQ bila misi sahaja. Dari sini iman menyimpulkan, mugkin Alicia juga sama ii merasakan hal yang pelik.

"kira macam... sarung tangan tenaga yang Naufal punya tu lah? Tapi boleh keluarkan api, macam tu?" soal iman memastikan. Alicia hanya membalas dengan anggukan

"eh kejap. Azurium?! T-tapi kan- selain MATA, hanya teknologi dari Menara je yang boleh guna azurium? Mustahil dorang buat gloves macam tu, itu kan gloves untuk... berlawan?" bertubi-tubi soalan iman lontarkan pada Alicia. Mukanya jelas kebingungan seperti banyak tanda tanya di benak nya sekarang

Alica Kembali menatap iman. Wajah yang serius dipamerkan.

"jadi, kau faham apa yang aku fikirkan sekarang ni?" soal Alicia

Iman terdiam. Otaknya masih lagi tak boleh proses semua maklumat yang cuba disampaikan Alicia. Fikirannya yang bercabang-cabang cuba untuk di fokuskan. Sementara Alicia hanya diam melihat iman, ia tau yang iman perlukan masa untuk faham semua maksud dia.

"ah! Awak nak cakap yang..." kalimatnya sengaja tidak dilanjutkan. Iman berfikir untuk sekali lagi, memastikan hal yang terlintas dibenaknya kali ini adalah benda betul

"ada orang yang sengaja buat gloves tu secara illegal?" ucap iman. Alicia tersenyum kecil

"mungkin macamtu, mungkin mereka merompak azurium yang ada di cyberaya. Sebab tu lah mereka boleh buat gloves canggih macamtu. Dan kalau mereka mengincar MATA, mereka tergolong musuh yang kuat, sebab mereka mampu buat benda ii canggih dari azurium, mungkin di kumpulan mereka ada... ada orang yang sengaja ditunjuk untuk membuat gadget, macam posisi jenny di pihak UNO lah" ucap Alicia. Bila menyebutkan nama jenny, ia teringat pada Wanita berambut merah pendek yang di cap MATA sebagai pembelot. Untungnya sekarang ia sudah diamankan di sel tahanan MATA.

Iman mengangguk tanda faham. Walaupun hakikatnya, ia masih lagi kebingungan dengan semua benda yang Alicia cakap

"t-tapi kan Alicia... dua orang tu nampaknya pelajar dekat asrama" ucap iman

"ya aku tau, mungkin mereka merupakan pengintip yang sengaja dibayar untuk siasat asrama tu" ucap Alicia. Bungkusan roti tadi dibuangnya pada tempat sampah kecil disebelah bangku.

"dan nampaknya ini ada kena mengena dengan misi kita baru ii ini" ucap Alicia sambil menyemprotkan hand sanitizer ke tangannya. Entah sejak bila dia bawak benda tu

Iman mencuba memahami. Erk, ok jadi macam ni lah

· 2 orang itu mungkin pengintip musuh

· Musuh menggunakan azurium secara illegal untuk membuat gadget/senjata

· Musuh memiliki seseorang yang ditugaskan untuk membuat gadget

· 2 orang itu mungkin ada kaitannya dengan musuh yang mengincar keberadaan MATA

Butuh masa yang agak lama bagi iman untuk memahami semua benda penting yang disampaikan Alicia. Maklum lah ejen neuro, ayat yang disampaikan mesti Panjang ii, ye lah sebab neuro sedaya upaya menerangkan misi secara detail. Tapi susah jugak lah bila ada member yang blank tetiba masa orientasi misi, kena bersabar lah terangkan dari awal sampai akhir pada member.

"jadi... mungkin 2 orang tu berasal dari kumpulan musuh yang sama?" ucap iman. Alicia mengangguk

"itu baru perkiraan aku je, kita belum siasat dengan lebih lagi" ucap Alicia. Iman mengangguk faham, kalini betul ii faham

"sejak bila awak siasat semua ni Alicia?" soal iman. Kalau dia tau awal ii, mesti dia akan tawarkan diri untuk tolong Alicia, ye lah sebab bukan senang nak siasat benda ii macam ni sorang ii

"kurang lebih 1 minggu lepas kau pulih, darisitu lah aku mula siasat" ucap Alicia. Iman semakin merasa serba salah, sepatutnya ia dah tolong Alicia, apalah daya dia tak terlalu memperhatikan kegiatan Alicia

"Alicia, saya minta maaf sangat ii sebab tak sempat nak tolong awak. Bila saya dah pulih haritu, sepatutnya saya dah boleh tolong awak" ucap iman

"takpe, bukan susah pun" ucap Alicia lalu tersenyum nipis

Suasana Kembali sunyi. Tiada topik yang hendak dibahas

"jomlah balik asrama" ucap Alicia sambil bangkit dari duduknya, diikuti juga dengan iman. Botol minum yang telah kosong dibuangnya kedalam tempat sampah.

"jom" iman membuka Langkah sebaik sahaja iya menyetujui ajakan Alicia.

-

"weh korang tau tak?" semua mata di dorm G-121 mengarah pada pemilik suara, evelyn

"apa?" tanya kaira sambil membetulkan posisi duduknya. Kalau evelyn dah bersuara, mesti ada benda yang nak ia sampaikan

"korg tau kan dorm paling hujung dekat tingkat 4?" soal evelyn

Yang menjadi pendengar hanya menganggukkan kepala untuk beberapa kali

"tadi kan, masa aku lalu dekat situ, aku Nampak... ada pelajar baru lah wei! And nampaknya mereka tu form 1 jugak" ucap evelyn

"tapi dorang Nampak pelik lah wei"

"pelik? Maksud kau?" soal mika yang masih mengerjakan hw miliknya. Lepas je club voli tadi, ia langsung mandi dan buat hw.

"ha'ah pelik, aku terdengar sikit bila dorang berborak tadi, dorang ada sebut nama jet, chris, bulat ngan khai. Lepas dorang sebut nama ii tu, dorang terus gelak ii ngan jerit ii" ucap evelyn

"alaa, bukan sorang dua orang je kat dunia ni yang nama dia macamtu. Mungkin dorang bincang pasal benda lain" ucap roza.

"tapi part yang kau cakap dorang ni gelak ngan jerit ii ni memang pelik lah" ucap mika

"eh bukan tu je! masa aku kira jumlah dorang tadi, aku pastikan yang dalam satu dorm tu, ada 6 orang! 6 orang duduk satu dorm yang ukurannya sama macam dorm kita ni" ucap evelyn

"pelik betul, setau aku ada lagi 1 dorm kat tingkat 5 yang kosong. Kenapa pengawas tak suruh 2 dari dorang duduk situ?" ucap kaira

"tu lah, aku pun taktau kenapa boleh macamtu" ucap evelyn

"hmm, kau tau tak dorang masuk kelas mana?" soal roza. Evelyn memang cakap dia 'terdengar' tapi roza yakin evelyn terus menguping perbincangan mereka tu, maklum lah evelyn, tak kepoh tak sah.

"hmm, tak silap aku dorang masuk kelas 7C" ucap evelyn

Ketiga temannya membuatkan isyarat O menggunakan mulut masing ii

"menurut aku, tak terlalu peliklah bila dorang sebut ii nama chris ngan jet, dorang berdua tu kan 'famous' dekat media sosial ataupun dekat sekolah, mungkin dorang ni fangirl chris ngan jet" ucap roza

"tapi bila dia sebut nama khai dengan bulat, itu barulah pelik. Nak kata fangirl... emm dorang ni bukan famous sangat, famous dekat kalangan guru ii ada lah" ucap mika. Bukannya dia tak tau khai dan bulat tu dah dapat gelaran 'murid kesayangan cikgu', ye lah sebab Khai dengan bulat ni boleh dikata golongan pelajar terpandai lah kat sekolah.

"tapi kan, macam mana dorang boleh tau nama boys? Kan dorang baru masuk dorm harini?" soal kaira

"takkan kau tak tau? Pelajar ii baru yang bukan ejen ada masa orientasi sendiri, dorang akan datang asrama 3-4 hari sebelum resmi terdaftar sebagai pelajar, kenapa? Sebab dorang akan tur satu sekolah ni dulu, lainlah kalau pelajar baru tu ejen, kita ni kena terdaftar dulu baru boleh tur asrama, supaya tak tersalah data. Dan mungkin, masa tur tu lah dorang 'terjumpa' atau 'berkenalan' dengan boys ii ni" ucap roza

Kaira mengangguk beberapa kali tanda ia faham "entah kenapa rasa panas pulak hati ni bila dengar dia cakap pasal khai" ucap kaira pelan, tapi masih boleh didengari oleh rekan ii nya

"asal pulak? Kau jelez ek?" ucap evelyn

"huh? Maksudnya?" soal kaira yang blur

"kitorang dengar lah apa kau cakap tadi tu" ucap mika

"eh- mana ada aku cakap apa ii" ucap kaira mencuba berdalih

"kau jelez, sebab tu lah hati kau 'panas'" ucap roza

"erk- ye lah siapa yang tak jelez bila kawan rapat tiba ii jadi bahan bincangan orang lain, kut ii dorang cakap benda yang bukan ii ke apa" ucap kaira

"tak baik berburuk sangka lah kai" ucap mika

"dah fakta nya kau jelez, tapi bukan sebagai kawan rapat, mesti khai tu crush kau kan? Sebab tu kau jelez sampai tahap panas hati ni" ucap evelyn

"eh betul lah! Sebagai kawan rapat je bukan lebih pun. Aku rasa korang pun risau kan bila ada orang yang tetiba bahas pasal kawan rapat kita" ucap kaira

"eleh, banyak betul alasan kau" ucap roza

Cakap je macam tu, sebenarnya roza ni pun panas hati bila tau ada orang yang bahas pasal- kawan rapat dia. Okay dia mengaku, semenjak hangout berdua haritu, dia dan jet ni jadi lebih rapat lah. Rakan ii nya pun pernah tanya dia 'kau couple dengan jet ke?' mungkin saking rapatnya hubungan dorang. Roza pun merasa benda yang sama, semenjak hangout tu, dia jadi lebih sering sharing banyak ii benda pada jet. Padahal sebelum ni dia takde lah rapat sangat, just sebagai classmate dengan rekan satu teras je lah.

"eleh, kau pun jelez kan bila pakwe kau kena mention dengan orang?" ucap evelyn

"pakwe? Pakwe mana pulak?" soal roza

"burung puyuh tu lah" ucap mika sambil memutarkan bebola matanya. Itu pun kau tak reti roza

"wait, fyi dia bukan pakwe aku, jangan nak tuduh benda macam ii ek" ucap roza

"nyinyinyi, habistu korang buat apa haritu? Pergi dating kan?" ucap evelyn

"aku kan dah cakap kat korang, kitorang ni pergi hangout je lah, bukannya dating macam orang kapel ii" ucap roza

"tak caye aku" ucap kaira

"tak caye sudah" balas roza. Ia kemudian berdiri dan bergerak menuju bilik air

"sekarang tak couple, tapi nanti mesti couple" ucap kaira setengah berbisik. Evelyn dan mika mengangguk setuju. Dah lama dorang suspen yang roza ni suka kan jet, begitupun sebaliknya.

-

"pagi korang!" ucap ali sambil melangkah masuk kedalam kelas

"pagi" jawab ejen perempuan. mereka masih lagi sibuk dengan pekerjaan masing ii, ada yang rapikan meja, bersihkan papan tulis, menyapu, ada jugak yang jadi penonton je sambil duk tunjuk ii.

Satu saat kemudian, mika menyadari sesuatu

"mana yang lain?" tanya nya sambil memandang ali. Biasanya, ejen lelaki akan masuk kelas sama ii, ni kenapa pulak satu ekor je yang datang

"oh, kau cari bulat? Dia ada dekat pejabat, ada pelajar baru" ucap ali dengan santai nya

"aku tak cakap yang aku cari bulat ek" ucap mika sambil memandang tajam ali

"pelajar baru? asal pulak bulat yang kena panggil? Pengawas kan ada? Apa gunanya akak ii pengawas tu?" soal roza bertubi-tubi

"ha'ah, selalunya yang urus pelajar baru ni kak maya, tetiba pulak" ucap kaira

Ali hanya menjongketkan bahu

"ntah, bukan bulat je yang kena panggil yang lain pun sama" ucap ali

"habis? Asal kau dekat sini? Sepatutnya kau kena panggil jugak kan?" ucap Alicia

"tak, dorang tak panggil aku pun, so aku pergi lah sini, malas pulak nak temankan pelajar baru tu cari kelas" ucap ali lalu duduk di kursi nya

Ejen perempuan saling berpandangan, lalu mengangkat bahu masing ii tanda tak kesah, kemudian mereka sambung buat kerja

Drap! Drap! Drap!

Moon yang kebetulan sedang menyapu didekat pintu mendengar suara tapak kaki, macam ada sekumpulan orang yang tengah berlari. Belum sempat dia nak tengok, sekelabat bayangan dengan cepat masuk ke kelas mereka, dia ingatkan makhluk apa entah yang masuk tadi, rupa ii nya manusia yang digelar dengan burung puyuh, pakwe roza.

"oi, tengok ii lah sikit, penat aku sapu ni tau" ucap moon sambil bercekak pinggang. Alaa sebenarnya bukan dia yang sapu kelas tu daritadi, iman yang sapu. Tapi last ii Alicia pulak suruh dia sapu, ye lah lagi bagus tolong orang buat kerja daripada duduk sambil tunjuk sana sini

"hah... s-sorry moon.. adeh penatnya" ucap jet terengah-engah sambil memegang kedua lututnya. Belum sempat lagi ejen perempuan nak bertanya, tiba ii masuklah lagi beberapa orang kedalam kelas mereka. Sama macam jet, mereka masuk dalam keadaan setengah berpeluh dan keletihan. Masih pagi lagi dah berpeluh, jogging ke apa?

And last, rudy masuk kedalam kelas dengan keadaan yang jauh berbeza. Dia Nampak tenang je, takde lah macam orang habis berlari. Lepas je masuk dia terus pergi ke tempat duduknya.

"weh ali! Asal kau tinggal kitorang? Tak lawak tau tak" ucap khai yang masih lagi mengatur nafasnya

"eh, mana ada aku tinggal korang, budak ii tu takde ajak aku pun, so aku pergi lah masuk kelas" ucap ali

"apahal korang ni?" soal melanie mewakili ejen peempuan

"budak ii baru tu lah, gedik nak mampus. Aku pun tak faham lah kenapa pengawas pass kerja ni kat kitorang, kak maya tu ada, tapi pengawas ni macam sengaja je nak bagi kerja ni kat kitorang" ucap chris dengan penuh amarah. Namun itu tak membuatkan satupun dari ejen perempuan faham permasalahannya

"iya dowh, duk main pegang sana sini, pengawas tu pun diam je, ada yang senyam-senyum pulak tu! haih memang tak sihat betul" ucap bulat lalu duduk di sebelah mika

"kejap kejap, cuba korang terangkan betul ii, kitorang tak faham lah" ucap moon

"camni, korang tau kan pelajar baru yang dorm dia kat tingkat 4 tu?" soal jet. Ejen perempuan mengangguk, roza mika evelyn dan kaira mengangguk laju, baru je semalam dorang bincang pasal budak ii baru tu, sekarang dah buat hal ke?

"tadi kan, masa kitorang on the way nak ke sekolah, kitorang kena panggil dengan pengawas. Ingatkan ada apa ii, rupa ii nya pengawas ni nak 'mintak tolong' layankan budak ii baru tu yang tengah cari kelas dorang" ucap chris

"and korang nak tau tak part paling annoying dia? Pelajar ii baru tu main pegang ii tangan kitorang oi! Siap bercakap dengan nada ii gedik pulak tu, and pengawas tu buat ii tatau je padahal depan mata! Depan mata dorang budak ii baru tu buat macam tu, dahlah ada yang senyum ii macam ship kan kitorang dengan budak baru tu" ucap bulat geram

"bila dah sampai depan kelas dorang, kitorang cakap lah yang kitorang nak pergi class, and tau tak dorang buat apa?! Dekat depan pintu tu sempat ii nya dorang nak minta nombor phone kitorang, apalagi? Kitorang lari lah! Sebab tu lah kitorang berpeluh sekarang ni" ucap jet. Bila teringatkan dengan muka pelajar yang sengaja dibuat buat cute tu, rasa macam nak termuntah je

"kecuali rudy tu lah, takde sorang dari mereka minat nak menggatal dengan dia, takut dengan rambut landak dia kut" ucap Naufal selamba

"sempat lagi kau cakap macam tu ek" ucap rudy

"lah? Dah memang kenyataan macam tu, jelas ii masa dorang tengok rambut kau tu, Nampak macam seram sejuk je" ucap Naufal

Rudy tak menjawab, malas nak layan Naufal ni. Makin dilayan makin menjadi tingkah dia.

"pfft..."

"haha, betul lah cakap kau roza, pelajar baru tu fangirls dorang hahaha, patutlah panas hati kau tu kaira" ucap evelyn diselingi tawanya. Kedua tangannya hinggap di bahu roza dan kaira

"ei kau ni! Tak boleh jaga rahasia ke apa?!" ucap kaira geram

"ooo, khai! Crush kau suka kau lah!" ucap jet sambil memutarkan sedikit badannya, memandang khai yang duduk jauh dibelakangnya

"saling suka rupanya" ucap roza

"eleh, kau dengan jet pun!" ucap kaira nyaring

"weh slow lah tak payah jerit ii" ucap roza

Maka terjadilah keributan kecil antara kedua ejen itu. Yang lain hanya menjadi penonton sambil Kembali membuat kerja masing ii. Sementara khai masih lagi loading

"dah ii lah tu, macam tak de kerja lain korng berdua ni" ucap moon mencuba meleraikan pergaduhan kedua member nya itu

"kaira tu lah" ucap roza

"heh? Memang betul lah ni kau suka jet?" ucap kaira

"kalau aku jawab iya kenapa? Ada masalah? Kau pun suka khai kan?" balas roza

"memang!" ucap kaira

"tak epic lah bro, sepatutnya boys yang confess dulu, bukan girls" ucap chris sambil memandang jet dan khai

"huh?" roza dan kaira menghentikan pergaduhan mereka

"tahniah! Korang dah ter-confess tanpa sengaja!" ucap evelyn

'what... noo!'

---------------------------------------------------------------------------------------

COMMEN AND VOTE TAU, JANGAN LUPA!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro