MYTH 21

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Untuk awak-awak yang sanggup menunggu, million thanks. Tbh, saya terharu ada yang tunggu walaupun saya punya harapan untuk LYKM ni susut teruk. Terima kasih sekali lagi. Harap bab ini dapat melepaskan rindu kalian buat dua ketul ini.

.

.

.

KEPALA aku tersembul keluar dari pintu bilik aku. Tujuanku hanya ingin mencari kelibat Luna. Jam sudah menginjak 8, Icarus akan tiba sebentar lagi. Aku hanya mengharapkan Luna tidak menghancurkan janjinya bersama Icarus. 

Jacket hoodie bewarna maroon yang tersarung pada tubuh aku tarik, menutup bahagian dada. Gaun yang Icarus beri sudah aku pakai. Sengaja aku tutup dengan jaket supaya dapat mengekalkan kehangatan tubuhku.

Seketika kemudian, aku ternampak satu susuk menuruni tangga. Laju aku merapatkan pintu supaya Luna tidak perasan aku sedang mengintainya. Melihat gaun pada tubuh Luna, aku jadi tertanya-tanya.

Dia hendak keluar? Tapi ke mana? Temu janji? Atau... Dia juga akan berada dalam majlis King Daedalus?

Wajah aku memucat. Kalau dia ada di majlis itu, pasti dia perasan aku. Matilah aku kalau dia mengamuk dalam majlis. Sudahlah Icarus menjadi patner malam hari ini, memang menambah minyak pada api! Aduh! Bagaimana ni?

Lamunanku mati bilamana bunyi selak dibuka. Mataku mencari kelibat Luna. Sah dia nak keluar! Sebaik dia menutup pintu, aku segera keluar dan menghampiri tingkap ruang tamu. Hatiku mahu tahu dengan siapa dia keluar.

Kelihatan Luna melihat langit malam seketika sebelum memakan kasut cantik. Aku tak pernah nampak kasut itu selama aku tinggal di sini. Dia beli atau diberi? Pemakaian Luna hari ini benar-benar buat aku terbakar dengan banyak persoalan.

Luna melangkah ke bangku hadapan umah. Dia labuhkan duduk di situ. Matanha tergerak mencari jan tangan sebelum memandang semula langit.

Hesy! Dia keluar untuk temu janji ke? Dia tunggu buah hati datang jemput dia ke? Tak pernah-pernah aku lihat Luna seperti ini. Pertama kali dalam sejarah! Boleh panas punggung aku nak tahu gerangan istimewa di hati Luna. Walaupun hubungan kami tegang, percayalah kami memang suka sibuk tepi kain orang.

Kalau Luna bising melihat hubungan aku dengan Icarus, aku pula ingin tahu buah hati Luna. Nampak? Lihat aku dengan dia macam bermusuhan tapi kalau diteliti, kami ada hati dalam taman. Maksud aku, suka ambik tahu hal masing-masing tapi tak keterlaluan. Aku tak kisah siapa yang hadir dalam hidup Luna asalkan dia tak ganggu aku.

Seminit dua aku memerhati Luna namun bayang seseorang tidak kelihatan. Tiada yang masuk ke perkarangan rumah mereka. Luna juga kelihatan acap kali melihat jam di tangan. Pipi kanan aku garu perlahan-lahan. Teruknya buah hati Luna, lambat! Langsung tak tepati masa! Hmm...

"Beauty?"

Telingaku terasa gatal. Digaru perlahan telinga. Macam aku dengar suara Icarus tapi bila dilihat dekat luar tak ada pula. Mustahillah Luna tunggu Icarus? Ommo! Mereka berdua berkawan juga ke? Atau... Atau Icarus tu buah hati Luna? Biar betul?

Hatiku tiba-tiba dipagut cemburu. Bibirnya jatuh melekung ke bawah. Andai benarlah telahannya bermakna Icarus hanya menganggap dia kawan sahaja bukan lebih. Oh, jadi aku sajalah yang perasan?

Bibir bawah aku gigit. Kenapa aku nak rasa cemburu pula? Kenapa aku panas hati kalau anak raja itu sudah ada insan istimewa dalam hatinya? Aku suka dia ke? Aku ada hati pada Icarus? Mustahillah! Aku banyak kali ingat bahawa kami tidak setaraf. Tapi... Kalau hati dah tunduk, mustahil aku boleh berdalih. Hmm... Rumitnya!

"Beautiful!"

Bahuku terasa dicuit. Segera aku tepis sebelum sedar ada beban di bahu kanan. Dada mula berombak. Wajahku pucat. Pencuri ke? Tiada orang lain yang ada kunci selain aku dan Luna? Oh tidak...

Sekali lagi bahuku dicuit. Perlahan-lahan aku menoleh. Nafas aku tarik. Lepas aku pusing, aku nak menjerit. Biar Luna sedar aku perlukan dia. Kalau tak Luna, jiran sebelah.

"Aa!"

Sesaat saja jeritanku sebelum tangan kasar menekup bibir aku. Serentak itu, tubuhku terdorong ke belakang dan bersandar pada dinding. Aku cemas dengan perbuatannya. Tangan yang menekup mulutku cuba aku alihkan tetapi sekali lagi gerangan di hadapan menepis. Dua tangan aku digenggam dengan sebelah lagi. Mataku terpejam, takut dengan tindakan seterusnya.

"Hey, Heliena! Ini akulah!" Bisik susuk di hadapanku. Suaranya macam pernah ku dengar.

"Bukalah mata kau!" Bisiknya lagi.

Takut-takut aku menurut. Bebola mataku bergerak memerhati dia di balik gelap. Gerakan benda di belakangnya menangkap perhatianku. Coraknya persis... Sayap.

Sayap? Icarus ke?

Seketika tangan yang menindih bibirku terasa dialih.

"Pu.. putera?"

"Ya, aku ni."

Dia merapatkan wajah. Cahaya bulan dari luar menjelaskan lekuk wajahku.

"Macam mana putera boleh masuk rumah saya?"

"Tingkap bilik kau terbuka. Bahayalah beauty." Jelasnya. Beberapa ketika dia curi lihat tingkap di sebelahku.

"Kau tengok apa dekat luar?"

"Tu." Aku juihkan bibir ke luar. Dia lepaskan tanganku dan membenarkan aku menoleh. Luna masih di pangkin menggoyangkan kakinya.

"Awak rasa dia ada buah hati ke?" Soalku polos.

"Tapikan... Kesian Luna. Apahal lewat sangat buat hati dia datang?" Tambahku lagi. Siapalah lelaki itu? Sedap-sedap dia buat Luna begini. Walaupun aku tak suka Luna, nenda banyak kali pesan kami tak srharusnya berkelahi kerana kami dari rumpun yang sama. Kami orang alam. Sebaiknya berbaik.

"Hmm... Biarlah dia. Jom pergi majlis?" Pipiku dia tarik supaya melepaskan pandangan ke arah Luna. Mataku melorot melihat pakaian formal yang dia pakai. Nampak gah dengan persalinan putih bersalut warna emas di beberapa tempat. Paling penting, pakaiannya dibutang penuh hingga ke leher. Auranya nampak lain. Berkarisma dan eksklusif! Memang jauh beza dari pakaian harian yang dipakai anak raja di hadapan aku ini.

"Kenapa kau pandang aku? Ada yang tak kena ke?" Dia turut membelek diri, memerhati andai tercalit kotoran di pakaian.

"Eh, bukan. Baju awak okey tak ada cela."

"Jadi, apa yang kau tengok?" Matanya kembali memandang aku.

"Awak nampak... Lain." Aku jujur. Sesaat, senyuman meruncing tajam.

"Panas kau tahu? Dahlah. Jom gerak. Pukul 8.30 majlis mula. Nanti papa aku bising kalau tengok aku tak ada dekat istana." Lenganku dia tarik.

"Lalu mana?" soalnya sebentar.

"Tingkap bilik."

Dia mengangguk. Tingkap bilik tadi kami lalu. Nasib aku bawa masuk kasut yang Icarus berikan pada aku. Kalau tak, jenuh nak mengambil di rak hadapan dengan keberadaan Luna.

.

.

.

GENGGAMAN tangan aku yang bersambung dengan Icarus aku eratkan. Mendengar melodi klasik yang terpasang kuat menyentak dadaku untuk berdegup pantas. Meriah kawasan istana dengan warna-warna pastel indah menerangi kawasan istana. Gugup pula rasanya berada di sini. Melihat pakaian si tetamu, aku tahu harganya beratus. Gaun yang aku pakai ini pun, entah berapa kalau dijual. Meriah kawasan dewan dengan pelbagai warna gaun bagi para gadis manakala hitam mendominasi kaum teruna. Hanya segelintir mengayakan seragam putih dan biru laut. Rambut anak gadis dan isteri pembesar lain semuanya indah digayakan supaya tampak lebih kemas. Di wajah mereka ditepek warna warna cantik menambah kejelitaan mereka. Satu persamaan mereka di dalam dewan ini adalah masing-masing mengenakan masquerade. Ada yang siap bertongkat dan ada juga yang diikat di belakang kepala. 

"Putera..." Aku toleh menghadap Icarus. Dia hanya menggumam. Tangan kanan sibuk membetulkan rambut hitamnya.

"Kenapa semua kena pakai topeng?"

"Tema tahun ni. Masquerade classic. Untuk kau pun aku ada, nanti aku bagi. Kenapa?" Dia jatuhkan tangan. Sebelah tangan aku dia tarik dan genggam bersama. Matanya bersulam dengan mataku.

"Erm..."

"Kau takut?"

Aku senyum nipis. Jawapannya tepat mengena batang hidungku. Pegangan tangan aku lepaskan sebelum naik memeluk tubuh. Kepalaku tertunduk. Warna aku menandingi malam hari. Pasti semua mata memandang aku. 

"Kau tak perlu risau. Aku ada setiap saat dekat dewan tu nanti."

Kepalaku bergerak akur dengan pujukan Icarus. Aku tahu dia mahu melegakan hati aku, seharusnya aku percaya katanya.

"Majlis tamat bila?"

"Dua belas."

"Cinderella." Spontan aku menggumam.

"Hmm? Cinderella if I'm not misheard." 

Aku hanya senyum. Kalau diteliti semula kisah cinderella, putera raja terpikat dengan gadis sunti yang memakai gaun biru baldu di majlis ball. Ibu tiri cinderella yang mahu anaknya menggoda putera raja tergamam melihat anak tirinya menari bersama sasarannya. Bertambah terpukul dia bilamana dress labuh yang tersarung pada tubuh Cinderella memukau para putera di majlis sedangkan petang hari tersebut dia dan anaknya merosakkan jubah Cinderella. Bila jam menginjak jam 12 tengah malam, berlari-lari Cinderella keluar kerana tidak mahu anak raja melihat sisinya yang sebenar berjubah orang gaji.

"Kau nak jadi cinderella malam ni? Sebelum 12 kena pulang?"

"Saya bukan cinderella," jawabku ringkas.

"Tahu pun. Jadi, kau kena stay dengan aku sampai hujung majlis. Nak tidur sini pun boleh."

Pap! Lengannya aku pukul lembut.

"Apa?" dia tergelak. Hanya jelingan aku beri sebagai jawapan.

"Aku cakap tidur aje, tak maksudkan benda lain. Atau... kau yang fikir benda lain? Cuba cerita sikit, selain tidur apa yang kita boleh buat dekat bilik berdua?" Icarus dekatkan wajah kami berdua sehingga dua pucuk hidung bersentuh. Bibirnya mengukir senyum nakal. Sempat dia kenyitkan mata.

"Gatallah awak ni."

Aku pusingkan tubuh. Selain mengelak dari menjaweab soalannya, aku juga menghalang jantungku dari terus berirama pantas. Membahang pipiku dengan kedudukan kami yang benar-benar rapat. Ditambah pula dengan wangian yang dia pakai, boleh buat aku terbuai kalau tidak lari.

Terlepas tawa kecil dari belakang aku. Mataku jatuh memandang kawasan dewan dari balkoni bilik Icarus. Berduyun-duyun masuk ke dalam dewan bersama pasangan masing-masing. Serta-merta aku jadi gugup. Apa reaksi mereka andai mereka lihat aku yang berdamping dengan anak Daedalus? Puji atau membangkang? Aku yakin diriku ini bakal menjadi topik hangat malam ini dan esok. Paling penting, apa reaksi ayah Icarus?

"Stay."

Satu perkataan yang berbisik pada telinga aku mengeraskan tubuh bilamana ada jemari yang menari-nari naik pada lengan kiri aku. Elusan jari itu berhenti pada bahuku yang terdedah. Hembusan nafas seseorang menampar belakang telinga aku. Seketika, jari tadi hilang dari bahu sebelum mataku menjamah sekeping masquerade yang mula diikat pada wajah aku. Talinya dibawa ke belakang kepala dan disimpul supaya tidak terlerai.

Bahuku dipusingkan lembut menghadap dia. Penampilanku diteleknya. Melihat matanya yang bergerak ke serata tubuhku, aku juga tidak terlepas melihat pakaianku sendiri.

Jujur aku katakan, penampilanku malam ini nampak sungguh berbeza. Jauh dari kebiasaan. Rambutku yang seslama ini dilepaskan atau diikat toncang kini diikat bulat kemas. Sebentar tadi Icarus memanggil dayang untuk membantu penampilan aku malam ini. wajahku daripada bersih ditepek sedikit warna. Leherku tersarung gelang emas. Milik siapa, aku tidak pasti. Jaket merah yang aku pakai telah terlerai dari tubuh. Dua pergelangan tanganku dihiasi gelang bercorak ringkas. Tubuh tersarung gaun yang Icarus beri dan penampilanku lengkap.

"You look beautiful. I mean, more beautiful than usual do. Stunning yet mystery with this mask. I guess I can't let my eyes off you, dear. Not a second. A perfect creature I'd never seen." Pipiku dipagut olehnya lalu diusap penuh kasih sayang dengan ibu jari. Mata kami bertaut antara satu sama lain merenung ke dasar hati.

Kata-kata indahnya menyentuh kalbu. Terasa di awang-awangan bersama angin yang bertiup sempoi mendamaikan hati yang resah. Dada yang berdetak laju tidal lagi menjadi persoalan hati. Hanya akur dengan irama jantung. Tak pernah aku dengar ucapan telus sepertinya. Bibirku melakar senyuman manis.

Gembira? Pasti.

Sayang? Aku sayang dia. Tak mahu aku nafikan lagi.

Cinta? Cintakah aku pada anak raja ini? andai benar kata hati aku kata cinta, bisakah bersemi hati kami? Hati aku dan dia dipisahkan dengan darjat yang berbezaa. Belum tentu satu dunia akan akur. Tapi... itu bukan persoalan utama. Dia... Icarus... adakah hatinya berdetak melodi yang sama? Atau hanya aku yang terlalu menghayati?

Tok! Tok!

Lamunanku tersentak. S egera aku jarakkan tubuh. Kepala jatuh memadang lantai. Icarus juga tidak terlepas menggaru belakang leher.

"Sorry for disturbing you, my prince. The ball is about to start."

"Tahu pun mengacau." Gumaman Icarus aku dengar jelas. Senyuman aku sembunyikan.

"Thanks for reminder, I'll be there soon." Laung Icarus ke arah pintu.

"Okay, my prince."

Icarus menoleh ke arah aku. Lama dia tenung aku.

"Let's go." Dia sarung masquerade putih. Tangan kanan dia hulur sebagai tanda menyambut aku.

"Shall we, my princess?" Dia sunggih senyum kacak. Dengan rela hati aku menyambut. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro