MYTH TWENTY

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TELAPAK tangan aku basah dek keresahan. Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Barisan penilai sudah pun masuk ke kelas memperkenalkan diri. Itu tak merisaukan lagi. Yang menambah debaran di hati aku sekarang ialah Icarus tak muncul lagi! Ke mana dia pergi?

Sebentar tadi sebelum masa seni tiba, Icarus minta izin untuk keluar. Aku pula tidak ambil tahu ke mana lelaki itu pergi memandangkan debaran di hati kian mengocak jiwa. Berbeza dengan sekarang, jantung aku berdegup seperti hendak pecah! Hanya kerana pasangan aku tidak muncul lagi. Sudahlah mereka kumpulan yang pertama. Matilah kalau awal-awal sudah tunjuk attitude tidak baik. pasti menjejaskan markah pasangan lain juga.

Usai penilai terakhir memperkenalkan diri, Miss Flora memandang aku. Bertambah kerap peluhku keluar sebaik aku balas renungannya.

"Awak dah sedia, Heliena?"

Aku bangkit dari duduk. Dua-dua belah tanganku genggam erat. Mataku berlari kiri dan kanan, mencari andai Icarus tiba tetapi tidak. Apa aku nak jawab ni?

"Er..." Mataku mencuri lihat barisan penilai. Mereka turut memandang ke arah aku. Matilah aku!

"Shall we?" Soalan pengetua buat aku rasa nak cekik diri sendiri. Kalaulah aku boleh lari sekarang ini. Mana pula si anak raja ni? Kenapa buat hal sekarang?

"Er..."

"Yes, sir!" Laungan dari luar memaksa kami menoleh ke punca suara. Kelihatan Icarus mengepak sayapnya lebar. Senyuman terukir di bibir. Matanya memandang aku sebelum dikenyitkan.

Lafaz lega aku luahkan. Ah, nasib dia tiba pada waktu. Syukur!

"Jom ke tapak mural," ajak Icarus memecahkan suasana sunyi yang hadir beberapa ketika. Aku mengikut langkah mereka keluar dari pintu belakang. Icarus terbang menghampiri aku dengan sengihan. Sebaik berdepan, dadanya aku tumbuk dua kali.

"Jahat!" luahku geram. Dengusan aku lepaskan sebelum membuka langkah ke tapak mural.

"Ala, sorrylah. Aku sengaja berlagak hero. On time kan aku sampai?"

Aku tidak menjawab. Sesungguhnya, aku masih bengang. Macam nak putus nyawa aku cuba mencari alasan.

"Janganlah ambil hati. Nanti aku belanja roti olif, nak?" pujuknya. Dia simpan sayapnya dan berjalan beriringan denganku. Bahuku selamba dia peluk.

"Janganlah diam. Aku janji lepas ni tak buat lagi."

Dia angkat tangan kiri, sebagai simbol dia berikrar. Aku hanya bungkam. Dalam hati, perasaanku bercampur-baur. Dan salah satunya, aku rasa hendak menangis bila membayangkan aku tidak punya peluang meraih markah untuk tugasan ketiga. Markah ditampung tugasan terakhir ini paling tinggi dibandingkan dengan dua tugasan lagi. Kerana itu tugasan ini paling penting dan andai mereka gagal, seolah-olah mereka gagal secara keseluruhan tugasan.

"Heliena..." panggilnya mendayu-dayu dengan harapan aku kalah dengan pujuknya.

Tiba di tapak mural, aku memusingkan badan supaya bertentangan dengan Icarus. Wajahku tegang tanpa senyuman. Dinding pipi bahagian dalam aku gigit untuk menahan perasaan sedih. Keberanian aku kutip untuk membalas pandangan Icarus.

"Aku minta maaf buat kau risau." Dia raih tangan aku dan diramas lembut.

"Jangan buat macam tu. Saya takut," jujurku lemah. Hampir tak terkeluar suara aku. Sepasang mataku mula panas.

"Kalau awak tak datang, saya gagal dalam ujian ni. Awak tahu tak?" Butiran jernih yang tumpah langsung tidak menarik minatku untuk menyeka. Yang aku harapkan ialah sebuah jawapan dari Icarus.

"Aku tahu. Aku minta maaf. Jangan menangis sebab aku." Wajahnya daripada ceria bertukar hiba. Terasa kulit jarinya menyapu air mata aku.

Aku mencipta jarak kami. Para penilai sudah bersedia dengan borang markah. Mata yang berair aku seka. Tak elok andai dipandang penilai.

Wajahku diceriakan namun tidak seikhlas hati. Perasaan resah masih terasa di hati. Di sebalik kain kanvas, aku tak pasti hasil lukisan. Penerangan apa yang harus aku tipu? Mata aku melirik ke arah Icarus. Wajahnya nampak yakin.

"Jangan risau, beauty. Aku dah janji dengan kau semalam. Kau akan lepas tugasan ni." Dia melagakan pandangan sebaik habis bicaranya. Senyuman diloreknya tajam. Wajahnya serius. Hilang riak keanak-anakannya yang sering mengusik aku. Kini hanya tinggal Icarus yang berkarisma. Sedikit sebanyak aku kagum dengan auranya pagi ini.

Melihat wajahnya, semangat mula terkumpul dalam diri aku. Aku pegang kata-katanya. Sekarang, aku juga perlu yakin supaya tidak nampak lopong.

"Are you ready?" Miss Flora bertanya.

"Yes," jawab kami serentak.

"Icarus Daedalus and Heliena Addison. The time is yours."

Icarus langsung menarik kanvas di belakang. Dadaku berdebar ingin tahu gambar di balik kanvas.

Sebaik kanvas jatuh, biji mataku membuntang. Lama aku perhatikan hasil mural kami. Bebola mataku bergerak ke arah Icarus. Dia hadiahkan aku senyuman lebar. Anggukan kecil dia hadiahkan.


Melihat hasil mural, aku bertambah bersemangat. Sekarang aku faham niatnya menghalang aku mencuri lihat.


Kerana... Mural di belakang kanvas ini, adalah mural dia bersama Icarus. Berdua dan menghadap kota bandar yang indah. Warna tubuhku nampak bercahaya sekali. Aku faham makna warna itu. Aku bahagia dalam mural itu. Dan di sebelahku ada Icarus yang memeluk aku erat turut tersenyum bersamaku.

Entah bagaimana, perasaanku terhadapnya bertambah kasih. Dari kelakuannya, banyak yang dia lakukan untuk aku. Mudah dia tepis kesedihan yang hinggap pada aku. Icarus... Insan istimewa itu, mampu buat aku rasa yang aku juga istimewa dan aku tak sepatut pandang rendah pada diri aku sendiri.


Aku senyum lebar.


.

.


"TERIMA kasih."

Usai tamat pembentangan, aku duduk di tempatku semula. Tubuh dihala menghadap Icarus. Senyuman kecil aku hadiahkan.

"Kenapa?" Dia kerutkan dahi. Peluh di dahi dia lapkan sambil memandang aku.

"Tak adalah. Saya gembira."

"Tahu. Warna kau dah menjelaskan."

"Apa-apa pun Putera, terima kasih."

"Aku tak faham maksud kau. Aku tak mahu kasih kau sekarang, nanti-nanti boleh bagi. Sekarang ni, kau buat aku tertanya-tanya. Kenapa warna kau naik sangat ha?" Pipi kananku menjadi mangsa jarinya. Jeritan lepas dari bibirku sebaik kepalaku terbawa-bawa ke arah cubitannya.

"Sakitlah." Pipi yang baru menjadi mangsa aku usap lama. Sakit!

"Baik kau jawab sebelum belah kiri jadi mangsa pula." Jari kiri dia keluarkan, bersedia kalau aku beri jawapan tidak munasabah lagi.

"Isy! Saya cakap terima kasih sebab bantu saya tadi. Disebabkan awak, saya tak ragu-ragu jawab soalan penilai," terangku setelah diperas ugut. Itulah makna aku tersenyum. Mural tadi terbayang-bayang dalam fikiran aku. Dengan hujah Icarus yang membela matahari, aku tersentuh. Walaupun waktu malam menjadi pilihan majoriti penduduk kerana anginnya damai, Icarus pula sebaliknya. Diberi satu per satu penerangan dengan jelas. Soalan yang diaju penilai juga selamba dijawab dengan yakin.

Aku yakin, para penilai pasti berpuas hati dengan usaha kami. Lebih tepat lagi, hujah Icarus. Hendak disangkal, Icarus menepis dengan hujah baru.

Kali ini, Icarus pula yang tersenyum. Hilang riak tegangnya tadi. Jari juga sudah jatuh sebaliknya tangan aku dicapainya dan digenggam. Aku tersentak dengan kelakuan spontannya. Mahu menarik, dia eratkan lagi pegangan. Mataku melirik dan bertembung dengan sepasang matanya yang sedari tadi memandang aku.

"Aku dah janji dengan kau tadi dan aku tak mungkiri. Aku tak mahu kau menangis, nanti kau memudar. Aku lebih suka Heliena yang berwarna."

Dalam hati, aku kagum dengan keikhlasan luahannya. Tanpa getar, dia mengaku. Tanpa selindung, dia beritahu kata hatinya. Dia memang seorang yang berani.

"Mural tu cantik sangat," tuturku perlahan.

"Kau suka? Memang sengaja aku lukis mural sebegitu sebagai kenangan kita berdua." Sekali lagi dia beri renungan redup. Aku yang memandang berat hendak mengalihkan mata. Ada perasaan di dalam hati yang memaksa mataku terus tenggelam dalam lautan matanya.

Sesaat.

Dua saat.

"Tapi!" Icarus kembali bersuara. Tangan aku dilepasnya sebelum dagu aku dicuit lembut.

"Aku terima kasih kau kalau kau munculkan diri malam festival dengan gaun yang aku bagi pada kau. Kau jangan lupa yang kau dah janji nak jadi patner aku malam tu. Jangan cuba lari, kau bukan Cinderella!" Cuitannya diakhiri di pangkal hidung. Lebar senyumannya melihat aku yang terkebil-kebil.

Seketika aku teringat persiapan rakyat di bandar besar. Tarikh keramat itu akan menjelang empat hari lagi.

"Kenapa kau diam? Tak sudi jadi pasangan aku ke?"

Soalannya menyedarkan aku. Memandang wajah Icarus, kepalaku terbayangkan Luna dan ugutannya. Kenapa Luna terlalu bersungguh menghalang aku berkawan dengan Icarus?

"Heliena? Muka kau pucat, kenapa?"

"Tak ada apa-apa," dalihku.

"Kau ada masalah?"

"Awak boleh tolong saya tak?" pintaku tanpa menjawab soalannya. Harapanku kini terletak pada Icarus seorang, bukan orang lain.

"Tolong apa? Kau buat aku risaulah, Heliena." Icarus betulkan duduk. Ditarik bangkunya supaya lebih dekat denganku. Lelaki itu sambungkan jemari kami bersama semula. Diramas sedikit.

Aku tersenyum nipis. Tanganku yang ditarik aku kerli seketika. Aku sedar betapa banyaknya kasih sayang dia tumpahkan untuk aku. Reaksi wajahnya juga kelihatan ikhlas, tidak berpura-pura. Jadi, aku tak rasa Icarus orang jahat. Dia berhati mulia.

"Malam tu, boleh tak awak jemput saya? Kalau boleh saya tak mahu Luna perasan saya keluar."

Icarus tidak segera menjawab. Dia mendiamkan diri seketika. Dahi berkerut-kerut seperti ada sesuatu di kepala. Bibir bawah aku gigit. Mesti lelaki di hadapannya serba salah. Malam festival itu sepatutnya dia berada di istana 24 jam tetapi aku pula yang memintanya menjemput aku. Perangai aku boleh diklasifikasikan sebagai gedik ke?

"Okay sure. Aku jemput kau. Tapi kau jangan fikir aku datang dengan kereta labu bersama kuda." Sengihan ditayangnya. Sayap belakang dikibar-kibar memberi makna kepada aku. Tidak seperti waktu pertemuan pertama kami, kali ini aku tersenyum.

Aku perlu sedar yang aku bukan cinderella meminta bantuan dari godmother bahkan nendaku telah lama pergi. Tidak perlu aku banding kisah cinderella dengan aku kerana aku tahu, Icarus ada cara tersendirinya sebagai putera raja.

Ya, dengan sayapnya.

.

.

I need to be honest, I miss them 🥹

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro