MYTH EIGHT

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dah follow aku ke belum tu? Eh tiber! ><

Okey, jom baca!

_________________

"Putera, jomlah balik sekolah." Aku menguis pasir pantai yang ada dengan kayu. Dari sawah, aku dibawa ke pantai. Aduhai, nasiblah dia anak raja. Kalau tak, nak aje aku report pada pihak disiplin sekolah. Langsung tak berdisiplin! Baru beberapa minggu di sekolah dah buat onar.

"Sabarlah. Aku belum puas mandi." Dia kembali membenarkan air laut itu memakan dirinya.

Aku memandangnya dengan wajah ketat. Untunglah tak ada alahan. Aku pun nak juga rasa kenikmatan sejuknya air itu tapi tidak kesampaian. Kalaulah dia bukan matahari, setiap masa dia nak mandi. Sejuk, seronok!

Aku baringkan diri ke pasir. Lantaklah kalau melekat pada rambut sekalipun. Mataku bertentang dengan matahari di atas. Mataku langsung tidak silau, malah warna merahku bertambah terang.

Kenapa orang benci kau, Matahari? Aku tengok tiada cacatnya kau. Kerana kau panas, mereka benci. Kerana kau terang, mereka berpeluh. Kalau begitu, apa sebab Matahari diwujudkan?

Aku pun mahu hidup normal. Untungnya jadi seperti Icarus. Duduk di istana mewah. Dari hidup merempat, mereka terus naik ke tangga tertinggi. Untunglah dia mempunyai ayah yang bijak.

Seperti dirinya, ibu bapa telah pergi. Kata nenda, ibunya Matahari. Ayahnya pula manusia biasa. Ah, kenapa dia tidak menjadi seperti ayah?

Aku hela nafas. Lupa bahawa orang alam hanya mempunyai seorang anak untuk mewarisi alam yang dipegang oleh ibu atau ayah.

Tangan kulipat ke belakang kepala. Senyuman kujongketkan ke kanan.

Bagaimana agaknya hidup ibu? Adakah seperti dirinya? Dibenci dan diherdik? Dibuli dan dihina?

Ibu, mana ibu dapatkan kekuatan?

"Oi!"

"Hish!" Aku berdengus kasar. Boleh dia sepak pasir ke muka aku?

Segera aku kalihkan pasir. Terus ku duduk. Gatal wajahku dek pasir pantai ini. Segera ku sapu dengan lengan baju namun tidak 100 peratus berhasil.

"Awak ni... Tengok muka saya dah gatal!"

"Kenapa gatal? Gatal nak kahwin dengan saya?"

"Ish, bukanlah!" Terus aku sasarkan tamparan namun sipi saja terkena. Yelah, aku tampar sambil tutup mata. Memang tak nampaklah. Aku berdecit. Satu aje benda aku boleh buat untuk hilangkan pasir.

Air.

Haih... Mendunglah hari ni nanti. Putera ni pun satu, mengada!

"Kau nak ke mana tu? Sana lautlah, beauty."

"Muka saya dah gatal! Air ajelah yang boleh buang pasir dekat muka saya."

Aku teruskan langkah. Mataku buka sikit. Aku takut aku masuk terlalu jauh ke dalam air.

Air yang berombak itu kutenung. Nak tak nak, aku kena guna juga. Tak boleh kata tidak.

Aku bercangkung.

"Kejap!"

Aku tolehkan kepala ke kanan. Icarus turut bercangkung di sisi. Tangannya berhati-hati mengambil air dari laut dan diusap ke wajahku.

Tubuhku mengeras sebaik jemari kasarnya mengusap wajahku. Hati tak usah kata, tengah naik treadmill! Laju semacam!

Aku laju menekup mata supaya air tidak masuk ke dalam mata. Satu perkara aku sedar, warnaku memudar.

"Hei, bukalah mata. Aku dah bersihkan muka kau."

Erm? Kejapnya. Aku baru nak rasa tangan dia. Eh, gatal kau Heliena!

Aku buka mata dan serentak itu, bertentang dengan sepasang matanya. Bibirnya mengikir senyuman. Mataku jatuh ke bibirnya.

Seketika, wajahku membahang. Laju ku kalih pandangan. Baru aku perasan dia tidak berbaju. Malah, tidak berseluar. Hanya seluar kecik yang menutup apa yang patut.

"Warna kau naik."

Eh?

Aku pandang diri aku. Tanganku menyala terang. Tubuh di balik baju juga ku tilik. Benarlah kata dia.

Aku kembali menghadap dia. Dia sudah tersengih nakal. Warna merah mula naik pada pipinya. Segera aku kerutkan dahi sebelum wajahku pucat.

"Awak curi tengok ya, Putera?!" Aku tarik baju hingga ke paras leher.

Sumpah, aku lupa dia ada di sebelah. Boleh pula dia pandang. Cis! Dasar mata keranjang!

"Orang kata, rezeki jangan ditolak." Dia mengekek gelak, menambah merah pipiku.

"Miang!"

Aku langsung menarik hoodie ke atas kepala. Baju ku tarik supaya ketat, tidak mendedahkan mana-mana bahagian tubuh. Bibirku terkumat-kamit membebel betapa bebalnya seketul Icarus.

Langkah kucorak pergi, menjauhi air.

"Beauty, tunggulah aku!"

Aku pekakkan telinga. Aku tak tuli lagi mendengar dia sambung gelak. Ah, malunya! Tak guna! Benci!

Aku toleh kiri dan kanan. Arah mana sekolah?

"Beauty! Kau nak aku cium kau ke baru nak berhenti?"

Aku putarkan biji mata. Suka sangat bagi ugutan 'manis'nya tu.

"Sekolah dekat mana?" Aku pusingkan tubuh. Nak berjalan sendirian, aku tak kenal kawasan ini. Rasa seperti jauh dari kawasan sekolah.

Mataku terpaku. Bibirku ketap erat-erat.

"Putera! Pakailah baju! Tak malu ke?!"

Buku lima kukepal. Dengan bersenang-lenang dia menghampiri aku begitu sahaja. Baju dan seluar langsung tidak diambil. Tahulah kaya!

"Alah, biarlah. Kau suka, kan?" Usiknya.

"Merepek!" Dalihku. 

"Ah, merepek konon. Mata tu macam terjojol tengok, ingat aku tak perasan?"

"Putera!"

Aku jadi malu diusik sebegitu. Bahang pipi aku kini.

Nasib tiada orang. Waktu pagi biasanya waktu bekerja, memang tiada orang di rumah melainkan mereka adalah suri rumah sepenuh masa.

"Kau fikir apa?" Usiknya. Aku kian berpeluh. Soalan dia ni, memang tempah maut. Aku langsung jalan. Bibirku kemam rapat-rapat.

Menyesal aku layan dia!

"Beauty, sekolah arah sana."

Terus aku tukar haluan. Dia tergelak melihat aku seperti patung yang menerima arahan. Ah, kisah apa. Aku cuma nak pergi. Malas nak layan Icarus!









he's full of sweet thing
Smile, body and talks
No matter how bad the day come
He smiles to the ears

Let me tell you
He's such a candy
Full of sweetness
Until you can't stop smiling.









AKU melangkah masuk ke rumah dengan gaya pencuri. Aku yakin nenda akan mengamuk. Lihat saja jam, sudah jam empat. Kelas sudah tamat dua jam lepas.

Ini semua angkara Icarus. Boleh pula dia lapar? Terpaksalah mereka singgah makan. Aku hanya tengok aje dia makan, tak sudi nak menjamah. Kalau tersedak, aku juga yang seksa.

Nasib dia dengar cakap aku untuk memakai semula baju. Kalau tidak, aku rasa dah banjir gerai itu dek terliur dengan tubuh seksi Icarus.

"Sun."

Erk.

Kakiku kejang. Satu baris nama dari bahasa inggeris sudah dilaung, bermakna aku perlu berhati-hati. Ekor mataku lirik ke ruang tamu. Nenda sedang bersenang dengan Luna di ruang tamu.

Gadis bulan itu menyinis terhadapku.

Bibirku kemam. Kakiku diluruskan.

"Kenapa balik lewat?" Soal nenda tegas. Senada saja bunyinya. Gerun aku jadinya.

"Heliena pergi jalan-jalan dekat bandar." Ujarku, jujur.

"Since when you are allowed to go to the city? Nenda pesan apa?"

Aku teguk liur. Aku baru teringat. Nenda pesan supaya tidak pergi ke bandar. Aku tahu, nenda risau akan keselamatanku. Katanya di sana ramai ahli sihir. Ramai orang jahat. Dan aku, baru saja melangkah ke sana.

"Nenda pesan apa, Heliena?!"

"J... Jangan pergi bandar." Aku menekur lantai. Wajah Luna di sisi nenda yang mengejek ku pandang sekilas. Aku tak suka pandangan itu, seperti salah yang aku buat terlalu besar.

"Jadi kenapa kamu pergi?"

Aku cari idea. Mustahil aku nak sebut nama Icarus, kerja gila namanya! Nenda benci nama itu!

"Icarus."

Mataku membuntang. Liur ditelan. Aku angkat kepala. Luna tersenyum kemenangan di sofa. Dia bermain dengan rambut lurusnya yang berwarna hitam. Mata biru itu sengaja dibiarkan bertentangan denganku. Sebuah senyuman sinis ditayangkan.

"Icarus? Heliena, nenda pesan apa?" Soalnya lagi sekali.

Aku hela nafas.

"Jangan dekati dia."

"Kenapa semua pesan nenda kamu campak pergi? Kenapa tak lekat dalam otak kamu? Nenda pesan untuk keselamatan kamu, bukan untuk kepentingan nenda!"

Kepala hoodie aku jatuhkan. Rambut lebat aku kusutkan kasar.

"Dia baiklah, nenda. Dia baik sangat! Kenapa nenda tak suka dia? Nenda cemburu ke?!"

"Nenda tak gila nak jatuh cinta dengan anak raja tu!"

"Jadi, kenapa nenda nak halang Heliena dengan putera? Heliena pun ada perasaan, nenda. Putera satu-satunya makhluk yang sudi nak berkawan dengan Heliena. Salah ke?!" Aku juga naik angin.

Apa salah Icarus di mata nenda? Aku tak faham!

"Jangan sampai muncul perasaan cinta dalam diri kamu, Heliena! Kamu tak patut bercinta!"

"Kenapa dengan cinta? Kenapa Heliena tak boleh bercinta? Keji sangat ke diri Heliena sampai satu perasaan pun tak boleh ada dalam diri Heliena?"

"Heliena, sedar kamu bercakap dengan siapa!"

"Yes, Heliena sedar. Heliena bercakap dengan fairy godmother Heliena. Nenek angkat Heliena! Tolonglah nenda, kalau Heliena jatuh cinta dengan Putera sekali pun, nenda tak patut halang. Cinta itu fitrah, nenda."

Aku hamburkan segalanya. Dadanya berombak mengikut nafas. Wajah nenda ku tenung lama.

"Heliena masuk bilik dulu."

Tidak sanggup aku melihat wajah kecewa nenda. Aku mula membenci diri sendiri. Tubuh kupeluk rapat.

Aku benci aku marah nenda demi Icarus. Aku hanya mahu nenda bersangka baik. Itu aje. Aku tak suka jadi orang tengah antara dua orang penting dalam hidup aku.

Nenda bersama aku sejak kecil. Dia sepatutnya faham aku lebih dari Luna. Luna itu hanya cemburu sahaja.

Dan Icarus... Aku hanya kenal dia untuk beberapa minggu. Salah ke kalau dia hulur salam perkenalan? Dia nampak baik walaupun nakal.

Aku buntu. Tubuh terus kubawa ke katil. Mataku pejam. Aku mahu hilang dari semua ini. Aku benci apabila aku tersepit sebegini.








Shout out cover to aishzy

Apa aku merepek dalam bab ni pun aku tak pasti. Marilah kembali ke pangkal jalan, seketul bintang oi!

Act semalam tak update sebab tak boleh update gambar ehek!

Jemput vote dan komen ya!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro