MYTH SEVEN

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Baru empat hari Icarus di sekolah barunya, aku tak nafikan dia seorang yang nakal. Sangat nakal. Ada aje ideanya untuk mengusikku.

Hari-hariku yang suram kini diceriakan olehnya. Daripada senyumku segaris, kini hujung bibirku hampir ke telinga. Dia bijak mengambil hati aku walaupun kadang-kadang usikan nakalnya tidak pernah hilang.

"Sekarang, kelas magiskan?" Aku mengangguk sebagai jawapan kepada Icarus.

Kami melangkah ke makmal khas kelas magis. Aku buka pintu tanpa mengesyaki apa-apa yang mungkin berlaku.

Splash!

Senyumanku mati. Wajah Tora, Rixi dan Marin di hadapan kelas yang tersenyum lantas kejung. Kulit mereka mula memucat.

Aku turut serta mati kata. Mataku kerlipkan berkali-kali.

"Putera..."

Air putih menyimbah dirinya. Tadi aku ditolak ke belakang sebelum pintu makmal itu terbuka. Icarus menghalang aku dari mengenai air tersebut. Aku terkedu dengan tindakannya.

"A... Arus..." Wajah tiga gadis itu pucat. Mereka mula tergagap-gagap melihat Icarus memandang mereka tajam.

Tubuhnya yang basah langsung tidak dikisahkan. Anak matanya galak melihat satu per satu wajah gadis yang cuba mengenakanku.

Anak mataku meliar mencari Luna di dalam kelas. Matanya membulat melihat kejadian yang berlaku. Matanya terpaku pada Icarus. Anak mata birunya membesar sama.

"Arus ta... tak a... apa-apa ke?" Rixi mula bersuara. Takut-takut dia hendak mendekati Icarus.

Icarus masih diam, hanya matanya yang berbicara.

"Saya... b... boleh tarik balik air tu, k... kalau Arus nak..." Marin pula bersuara. Kelebihan telapak tangannya yang berteraskan tapak sulaiman itu membenarkan dirinya menyerap atau menyembur air sesuka hatinya.

"Tak perlu."

Dingin.

Suara Icarus mematikan langkah Rixi dan Marin. Malah, mematikan suasana bising seisi kelas.

Aku juga tidak terlepas menelan liur. Putera raja sudah basah satu badan angkara prank yang mereka cuba kenakan ke atasku, siapa tidak gerun? Hanya kerana tidak mahu alam ini terlalu panas, mereka sanggup mandikan aku supaya awan akan menghalang cahaya matahari dari memancar.

"Kau cari fasal lagi dengan beauty aku, aku akan pastikan kau bertiga dibuang sekolah serta-merta dan takkan dapat apa-apa pekerjaan."

Ugutan Icarus kedengaran beku. Mata helangnya menekur tiga wajah.

"Ka... kami minta m... maaf."

"Aku tak perlu maaf kau." Icarus memintas laju.

Tanganku terasa ditarik. Icarus menarikku masuk sehingga ke belakang kelas. Susuk tubuhnya kupandang tanpa kelip. Sayapnya nampak lebih putih apabila disimbahi air.

"Kau okey?"

Aku tidak menjawab. Bukan sepatutnya aku yang bertanya soalan itu kepadanya?

"Budak-budak tu memang nak kena."

Icarus lepaskan rengusan kasar. Matanya menjeling ke arah tiga-tiga gadis tadi. Tangannya cuba mengelap tubuh. Bajunya ditarik sedikit supaya tidak melekap pada tubuh tapi sayangkan baju miliknya degil.

"Bencinya aku dengan baju ni!" Icarus berdengus. Dia langsung duduk. Lantaklah apa jadi dengan baju miliknya.

"Nah." Aku capai tuala dari beg kecilku. Memang sudah kebiasaanku membawa tuala, supaya aku cepat kering. Kalau aku yang kena simbahan air tadi, memang aku akan bersihkan diri dengan tuala.

"Terima kasih, beauty." Sempat dia kenyitkan mata. Tuala dariku dia ambil dan segera rambut digosok kasar.

Aku melirik mata ke arah lain, pura-pura tidak nampak kenyitan matanya.

Aku meramas tangan. Tempat di sebelah Icarus aku ambil. Sementara menunggu Madam Qarina tiba, mataku masih degil ingin melihat jejaka sempurna di sebelahku.

Sudahlah dia dalam keadaan kebasahan. Rambut yang jatuh menyentuh dahi. Wajah tampak bersinar. Tubuh tak perlu kata. Dadanya bidang dan postur badan tegak. Aura dia lain macam!






"BEAUTY." Aku yang berjalan di sebelahnya hanya mengangkat kening. Sepanjang hari, aku hanya diam. Entah, aku rasa sesuatu tentang dia. Dengan kejadian pagi tadi, aku rasa sesuatu terhadap dia.

Sekarang, kami menuju ke kelas sejarah. Ah, seronoknya!

"Aku tak nak masuk kelas sejarah, boleh tak?"

"Eh, Kenapa pula? Sejarahlah best!"

Dia menggaru hidung mancung miliknya. Sengih senget diukir di bibir.

"Bosanlah. Aku mengantuk tau," rungutnya.

"Kalau awak nak ponteng, awak nak ponteng ke mana? Kantin?"

Dia matikan langkah. Begitu juga aku. Mata aku memerhati geraknya. Jari telunjuk dan ibu jari mengusap dagu. Matanya tegak ke atas. Entah ada apa di atas.

"Jalan-jalan."

Di situ juga aku lepaskan tawa, tak menduga jawapannya. Dia ingat ini bandar ke nak jalan-jalan?

"Macam mana? Ada pengawallah dekat depan tu." Selamba aku tersengih. Sekolah yang terletak di pekan kampung ini ada pengawal. Hal ini supaya anak-anak kampung sentiasa belajar dan dapat pekerjaan yang baik di bandar. Tidaklah mereput di kampung ini sahaja.

"Macam ni."

"Arghh!!" Spontan, tanganku melingkari lehernya. Habis semua bukuku jatuh.

"Putera!!"

Geramnya aku dengan tindakan seberono lelaki ini. Tanpa kata dia terus terbangkan diri. Mentang-mentanglah ada sayap lebar dia tu, habis aku juga diangkut. Dia lupa ke aku trauma untuk terbang dengan dia? Terbang laju macam pelesit!

"Apa? Kan aku dah kata nak jalan-jalan. Jomlah, jalan-jalan. Aku tak pernah lagi tengok kampung kau ni macam mana. Selama ni duduk istana, aku bosanlah."

Nak aje aku tarik rambut dia ni. Suka hati dia aje nak buat apa. Tahulah anak raja. Huh!

"Oh, ada sawah!"

Langsung, Icarus menjunam ke bawah. Serentak itu, namanya aku laungkan sekali lagi. Simfoni alam tampak lebih sempurna saat Icarus lepaskan tawa kacaknya.

Aku harap dia tak ada sayap. Lebih baik dia tak ada sayap. Sungguh! Kalau dia ada, tengoklah. Boleh mati aku sebab jantung berdegup pantas dek tindakannya. Tahulah dia reti guna sayap, tapi aku mana pernah terbang! Seram!

Turun saja, aku terus tarik rambut dia sekuat hati. Ee, aku dah rasa macam nak mati tadi! Menjunam macam pelesit, memang nak kena!

"Aduh, beauty!"

"Dasar pelesit hensem!"

"Apa?"

Aku langsung tekup mulut. Terlepas kata pula. Aduh!

"Kau cakap aku hensem?"

Aku putarkan biji mata. Sudah, jangan layan dia Heliena!

Aku corak langkah melangkah ke pangkin yang ada. Kawasan sawah ini lapang. Kalau diperhatikan, ini kawasan rumah orang biasa. Mudah kata, manusia. Bukan orang alam bukan orang laut. Manusia zaman ini boleh dikatakan mempunyai darjat yang tinggi juga. Jauh beza mereka dengan golongan hamba. Apatahlagi dengan golongan orang laut.

Manusia ibarat medium yang sebati. Mereka ciptaan Tuhan yang cantik terletak. Kelemahan dan kekuatan mereka berbeza mengikut individu. Tidak seperti golongan lain. Seperti King Daedalus dan Icarus, mereka berdua juga dari kalangan manusia.

Hebat, bukan?

"Beauty! Kau pun cantik!"

Serta-merta aku kelatkan senyuman. Mengacau lebih! Bencinya!

Aku tak cantiklah! Lihat saja matahari, bukan semua orang suka. Orang lebih sukakan bulan. Tenang dan menyamankan. Malah, bulan juga mempunyai teman iaitu bintang. Bukan satu, sebaliknya beribu! Kerana itu bulan dikatakan lebih indah berbanding matahari. Matahari tidak punya kawan.

"Beauty..." Bahuku dicucuk-cucuk. Aku gelak nafas. Kepalaku telengkan.

"Nak apa?" tanyaku malas.

"Kenapa kau tak suka kalau aku cakap kau cantik?"

"Cuba awak tengok matahari tu." Jari telunjuk kutunding ke arah langit. Bernyala terang matahari menyimbah bumi.

"Dia tiada kawan, Putera."

"Awan tak berkawan dengan matahari ke?"

"Awan temannya langit, Putera. Tanpa langit, awan tak boleh bertiup. Lagipun, awan kekal hingga ke malam."

"Hmm, pelangi?"

Sekali lagi aku lepaskan keluhan. Anak raja ini belum faham rupanya.

"Pelangi wujud selepas hujan, Putera. Saya anti-hujan. Kalau hujan turun, hilanglah matahari. Bermakna, hilanglah seri saya. Bukan saya tak suka hujan, cuma saya tak boleh." terangku satu per satu.

"Jadi, kau tak minum?"

"Saya minum. Nenda tu pakar magis, dia sediakan air yang boleh saya minum. Kalau tak, matilah buah pinggang saya tak ada air."

"Oh, aku ingat nenda kau pun matahari."

"Putera, saya dah kata orang alam tak boleh ramai. Nenda tu fairy godmother saya. Bukan nenda betul. Dia ada kelebihan untuk bantu anak jagaan dia hidup."

Icarus mengangguk-angguk. Aku langsung diam. Liur ditelan. Lidah terasa haus saat bercakap.

"Aku tahu siapa teman matahari."

Aku pandang dia dengan pandangan badi.

"Mustahil. Bulan dengan bintang. Awan dengan langit. Pelangi dengan hujan. Matahari solo."

"Tak." Dia lebarkan sayap senyuman. Wajahku dia tenung dalam-dalam. Laju ku belakangkan tubuh. Terasa semacam.

"Maksud awak?"

"Matahari dengan Icarus."

Dia sengih, menunjukkan sebaris giginya yang tersusun cantik.

Aku diam, menghadam ayatnya. Icarus dan matahari. Seketika, aku jongketkan senyuman kecil.






Sorry lambat! Huwaa! Baru sekarang ada keberanian nak masuk balik wattpad. Kejadian pahit, aku cuba halau.

Shout out the banner to aishzy maseh weh!

So, teruja ke nak aku sambung? Ke nak aku stop? Huhu...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro