MYTH THREE

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku jatuhkan wajah dan sembunyikan di balik meja.

Selepas sahaja kelas magis adalah waktu rehat. Aku malas hendak keluar. Dengan keadaan mataku sebegini, silap-silap aku terjun bangunan. Yelah, tak nampak punya fasal.

Tak sukalah macam ni.

Suasana kelas bertukar sunyi. Pastinya mereka pergi mengisi perut. Aku sahaja yang tinggal di sini.

Mungkin.

"Beautiful."

Telingaku digosok. Seperti ada yang meniup telingaku. Geli gegendang telingaku ini.

Seketika, angin kuat menolak masuk ke telinga kiri. Geli-geleman aku jadinya. Merinding satu tubuhku. Laju aku tegakkan tubuh.

"Beauty!"

Icarus? Apa dia mahu?

Kerutan di dahi aku bentukkan. Dia tak keluar rehat ke?

"Kenapa tidur? Kau memang tak suka sekolah ke?"

Soalannya aku biarkan berlalu. Kalaulah dia tahu siapa aku sebenarnya. Kalaulah dia tahu apa yang aku sedang alami, pasti dia tak tanya soalan tolol macam tu.

"Sombongnya."

Aku senyum hambar. Suka hatilah nak kata aku ni apa. Macam aku tak biasa.

"Anyways, kau keturunan apa ya? Aku tak pernah nampak lagi teras kau. Are you the holly man?"

Aku mahu saja lepaskan tawa.

Holly man? Orang beragama? Memang bukan akulah.

"Tapi aku tak rasa kau holly man. Holly man mana ada perempuan."

Tahu pun! Mahu aje aku kutuk lelaki ini. Kata putera diraja namun, keturunan setiap rakyat pun masih belum dihafal.

"Aku peliklah."

Aku tulikan telinga. Memang anak raja tak reti diam ke? Letih aku yang mendengarnya.

"Beauty!"

Aku berdecit.

"Siapa beauty?"

"Kaulah." Ujarnya selamba.

Aku buat muka toya. Ingat aku nak percaya? Badan dah serupa mayat hidup kut.

"Sah!"

Aku toleh ke arahnya. Apa yang sah?

"Apa?" Soalku. Terbantut niatku ingin melelapkan mata. Selama ini elok aje orang tak kacau aku, alih-alih hari ini hidupku huru-hara dengan mulut Icarus.

Dasar mulut murai!

"Sah kau cantik."

Aku tersentap. Pipi kutahan dari meronakan warna merah. Segera aku paling ke arah bertentangan.

Apa kena dengan anak raja ini?

"Kau malu ya?"

Aku tak menjawab.

"Malu tapi mahu, bukan?"

Sepi.

"Aku pelik tengok mereka tak sukakan kau. Apa kurangnya kau ya? Aku lihat kau elok saja. Tak ada celanya."

Sedar-sedar dia sudah berdiri di hadapanku. Aku jadi segan. Kenapa lelaki ini suka dekat dengan dirinya? Kenapa tidak seperti mereka yang lain?

"Do you ever get mad?" Soalnya lembut. Setapak lagi langkah dia ambil. Jarak antara kami ibarat satu inci.

"Why should I?" Aku akhirnya buka mulut setelah sepasang mata karbon itu merenung aku tanpa henti.

"They hurt you."

"No." Nafiku walhal baru sahaja tadi mereka mengherdiku di hadapan Icarus.

"Your voice shattered."

Aku terpana. Bukan kerana dia dapat menangkap suaraku yang bergetar sebaliknya, jemari kasarnya bermain dengan pipiku. Usapan pada pipiku benar-benar memegunkan aku.

Sepasang matanya tidak henti merenung aku sehingga aku sendiri larikan pandangan.

"I can see it, deep in your eyes. You're hurt."

Dadanya yang sebal cuba kutahan.

Telahannya benar. Aku terasa dengan semua ejekan mereka. Dijadikan mangsa buli, aku jadi sakit. Fizikal dan emosi. Aku diperlakukan seperti batu, mahu aku tidak marah?

Aku memang marah. Kalau ikutkan kata hati, mahu saja aku bunuh mereka semua tapi aku tahan.

Aku bertahan kerana nenda.

Pesanan nenda sentiasa tersimpan kemas dalam hati. Aku tak akan kecewakan dia. Biarlah aku merintih sakit dalam diam sekalipun asalkan nasihat nenda aku dengar.

Sabar dan terus sabar.

"Your heart breaks."

Seiring dengan katanya, tubir mataku panas. Mengingati semula segala kejadian ngeri yang berlaku, aku hanya mahu keluar dari dunia ini.

"And why is that?"

Lagi dia bersuara.

Aku curi lihat anak matanya dan aku terpaku. Mata karbon itu redup. Anak matanya yang mengecil itu seperti sedang meneliti eksperimen ke atasku.

"Putera..."

Aku mahu putuskan segala ini. Sesak dadaku tidak dapat dibendung. Semakin lama aku terperangkap dalam panahan matanya, semakin luas hatiku dijelajahnya.

"You're lonely little girl."

Aku pejam mata.

Lonely.

Sendirian.

Air mataku turun.

"Putera, cukup..." Aku bernada lirih. Tidak tahan mendengar rahsiaku pecah satu per satu. Tangannya di pipi cuba kuleraikan.

"Can I fix that?"

Aku buka kembali mata. Apa maksudnya?

"What do you mean?"

"Your heart. Can I fix?"

Aku terkedu.









I'm just a little girl
Scared of most things
I'm no one friends
I'm all one enemy
Being used to be a clown
Of their own priority by making me hurt











PULANG sahaja ke rumah, nenda akan kucari dahulu. Bilik nenda aku masuk. Kelihatan nenda sedang membaca buku. Sebaik dia mengangkat wajah, dia mengukir senyuman.

"Come here my princess." Panggilnya lembut.  Ruang di sisi katilnya ditepuk dua kali.

Dengan senang hati aku melangkah. Tubuhnya aku peluk kejap. Rindunya aku dengan nenda walhal baru beberapa jam aku berjauhan dengannya.

"Bagaimana sekolah? Baik?"

Soalan pertamanya.

"Baik, nenda!" Ujarku dengan nada riang.

Sepanjang aku bersekolah, tidak pernah sekali aku bercerita perihal aku dibuli. Aku tak mahu nenda susah hati. Umurnya meningkat, aku tidak mahu dia jatuh sakit.

Aku sudah berumur 19 tahun. Beberapa bulan lagi aku akan berumur 20. Selayaknya aku menjadi matang mengurus perihalku sendiri.

Aku sudah besar.

"Nenda baca buku apa?"

Buku di ribanya menjadi tumpuanku.

"Daedalus."

Mataku terkebil-kebil. Macam pernah kudengar nama ini. Di mana ya?

"Si raja alam."

"Apa menariknya si dia, nenda?"

Daedalus. Namanya saja sudah unik. Apa kisahnya ya?

"He's the king."

Aku hamburkan tawa bersama nenda. Pastinya dia adalah raja. Tapi benar juga kata nenda, itulah keistimewaan Daedalus. Raja segala alam.

"Daedalus bukanlah anak daripada keturunan bangsawan."

"Sungguh, nenda?" Aku bagaikan tidak percaya. Mulutku sudah melopong.

Bagaimana seseorang yang bukan dari golongan bangsawan boleh menjadi raja? Bukan setakat raja biasa, tetapi raja alam. Pangkat tertinggi dunia.

"Daedalus hanyalah seorang tukang kayu, sayang."

Sekali lagi aku kagum. Daripada seorang tukang kayu menjadi raja? Mengagumkan!

"Bagaimana dia boleh menjadi raja nenda?" Tanyaku mahu tahu lebih lanjut.

"Sebelum King Daedalus, ada seorang raja bernama Minos. King Minos."

Aku setia menanti kisahnya.

Minos? Pelik sungguh nama dia. Ah, mengapa nama raja-raja begitu pelik? Sengaja mahu menyiksa rakyat menyebut atau apa?

"King Minos mahukan sebuah maze untuk dia sembunyikan satu makhluk bernama Minotaur."

"Mengapa King Minos hendak menyembunyikan Minotaur? Makhluk apa itu, nenda?"

Laju aku menyoal.

"Half-man and half-bull creature."

Aku termangu. Tidak dapat kubayangkan.

"Maze itu dinamakan Labyrinth. Maze itu masih ada di alam ini tetapi tertutup untuk golongan bangsawan sahaja. Mereka telah jadikan maze itu sebagai taman hiasan."

"Cantik tak, nenda?"

Nenda ukir senyuman manis.

"Nenda tak pasti. Nenda bukan golongan bangsawan."

Aku tersengih sumbang. Lupa pula satu perkara itu.

"Tetapi King Minos mengkhianati Daedalus. King Minos memberi hukuman penjara kepada Daedalus dan anaknya."

"Kejamnya." Komenku ringkas.

"King Minos memang raja yang zalim. Tiada satu rakyat dari semua keturunan menyukai raja itu. King Minos amat berbeza dengan bapanya. Mungkin King Minos gila kuasa."

Aku terangguk-angguk memahami.

"Alangkah indah apabila Daedalus mendapat idea untuk melepaskan mereka dua beranak. Berbekalkan bulu pelepah yang ada di penjara itu, Daedalus mencipta sayap."

"Bagaimana boleh ada bulu pelepah, nenda? Bukankah penjara itu di bawah tanah?"

"Memang benar tetapi dalam hikayat ini, penjara khas disediakan buat Daedalus. Penjara di menara tinggi. Mereka gunakan burung untuk memberi makanan. Itu pun setakat beras yang belum dimasak."

Sekali lagi aku menganggukkan kepala. Kisah Daedalus ini benar-benar menarik minatku.

"Setelas selesainya sayap, Daedalus mengajar anaknya untuk terbang sebelum mereka melepaskan diri."

"Siapa anaknya, nenda?"

"Icarus. Icarus Daedalus."

Aku terkedu. Icarus? Lelaki di kelasnya itu? Lelaki itu pernah dipenjarakan?

"Kamu ingat lagi sewaktu kecil ada seseorang berterbangan ketika bulan mengambang?"

Tentu aku ingat. Keupayaan dia mengagumkan aku. Daripada manusia biasa yang tidak mempunyai kuasa mahupun magis boleh berubah kepada manusia paling berkuasa.

Bagi aku, itu cukup hebat.

"Ketika itulah mereka lepas."

"Apa terjadi pada King Minos, nenda?"

"Dia telah dihukum bunuh setelah semua bukti sudah tersedia. Daedalus dedahkan semua bukti yang dia ada. Raja-raja kecil di serata dunia sebulat suara ingin memecat King Minos. Setelah itu, Daedalus pula ditawarkan menjadi raja dan sehingga kini, King Daedalus masih berkuasa." Terang nenda panjang lebar.

"Kerana itu Daedalus's Monument terbina ya nenda?"

Nenda tersenyum lalu mengiyakan.

"Atas keberanian dia bersuara demi keamanan sejagat."

Aku ukir senyum lebar. Hebatnya raja! Sungguh!

"Nenda!" Panggilku. Nenda yang menyimpan bukunya di rak sebelah katilnya kembali memandangku.

"Nama anaknya Icarus, ya?"

Nenda mengerutkan dahi seketika. Dia mengangguk kecil.

"I think I saw him. He's in the same class with me!"

Dengan riangnya aku bersuara. Mahunya tidak, Icarus satu-satunya insan yang mengajak dia berkawan. Satu-satunya makhluk yang sudi memberi salam perkenalan.

Dan perkenalan mereka, amatlah indah.

"Kamu jangan dekat dengan dia!"

Wajahku ditampar dengan suara kuat nenda. Aku terpempan. Suara nenda yang meninggi secara mendadak menakutkanku.

"Kenapa nenda? Dari cerita nenda, mesti Putera juga orang yang baik-baik juga, sama seperti ayahandanya."

Nenda mencapai kedua-dua pipiku lalu dirapatkan ke wajahnya.

"Kamu tak boleh rapat dengan dia." Ujarnya keras.

Aku bertambah bingung. Kenapa tidak?

"Kenapa nenda?"

"He's not for you."

"Why nenda? He seems nice."

"He can kill you!"

"No. Nenda tipu." Aku membantah.

Dari pemerhatianku, dia tidak nampak seperti penjenayah. Bagiku, dia adalah knight in the amour aku!

"Dengar cakap nenda!"

"But nenda..."

"Stop become it become worse. Full stop."

Nenda bangun dari katil dan segera keluar. Aku dibiarkan termangu.

Aku tertanya. Mengapa nenda begitu bersungguh menghalangku berkawan dengan Icarus?

Apa rahsia di sebalik ayat nenda?







What is the secret, granny?
Why and why?
What's with him?
Is he bad? I don't think so
Is he the son of the king? Why with that?
Can prince become friend with me?
If not, why he's here?
What his aiming for?





🌸🌸🌸

Tadaa!

Kali ini, scene Icarus tak banyak. More about his dad dan juga bagaimana Icarus ni boleh ada sayap.

So, there we go!

Dia just manusia biasa aje, guys! Macam kita ahaks!

Anyway, keep voting dan reading.

Aku belum buka cerita pasal heroin kita, kan? Mungkin next bab kita akan kenal who is this mysterious girl.

Stay tune tau!

Much love from stargazell 🌟

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro