MYTH TWO

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku ketap bibir rapat. Aku cuma tenangkan diri namun tak mampu. Si dia di sebelah langsung tidak memandang hadapan, sebaliknya ke arahku. Ada apa pada wajahku? Sudahlah aku ni tak nampak, pudar pula tu.

"Hari ini kita akan belajar buat Babbling Beverage. Saya sudah sediakan sample. Jadi, ada sesiapa sudi nak jadi tikus makmal saya?"

Walaupun aku tak nampak, tapi jelas di telinga aku mendengar suara Madam Qarina yang sememangnya kuat dan lantang.

Babbling Beverage.

Babbling, atau bahasa melayunya---

"Ah, what an honour. Our prince wants to try our potion. With pleasure, Arus."

Aku tercengang lalu menoleh ke arahnya. Dia sudah pun berdiri dan bergerak ke hadapan. Susuk belakangnya dapat aku pandang jelas.

Sayapnya terlipat, mungkin kerana dia tidak menggunakan. Namun, sayap itu terlalu bersih. Tidak pula aku nampak sebarang kekotoran.

Dia berhenti. Mata aku naik ke wajahnya sebelum dia berpaling menghadap seisi kelas.

Sengihan di bibirnya tidak lekang. Suara-suara gadis di meja sebelah tidak kurang bisingnya. Aku pula yang naik rimas. Diam-diam sudahlah.

"Are you sure you want to try, Arus? I bet you won't stay last."

"Try me."

Huh. Yakinnya wajah dia.

Cecair oren dari tabung uji diteguk dia pantas.

"You drink all?"

"Why not?"

Aku jadi gamam. Dia minum semua? Tidakkah dia tahu potion itu untuk----

"Some days I'm broke, some days I'm rich. Some days I'm nice, some days I can be a bitch. Some days I'm strong, some days I quit. I don't let it show, but I've been through some shit."

Seisi kelas terkedu. Aku tekup mulut.

Satu, dua, ti---

Berderai tawa seisi kelas. Tidak terlepas juga aku. Wajah memerah Icarus menambah lagi kelucuan dalam hati aku.

Sempat lagi dia bernyanyi dengan wajah kelakarnya itu. Babbling Beverage seiras seperti arak. Dia tidak memabukkan tetapi akan menyebabkan mangsa bercakap tak tentu arah. Dia hanya berkata semahunya.

"I love you. You're my sunshine!" Aku tutup telinga apabila si dia mula menjerit.

Hati aku masih rasa digeletek. Hilang machonya sebagai putera raja. Wajahnya juga tidak ubah seperti orang mabuk.

"Told you so. Don't drink too much. Tergio!"

Madam Qarina menepuk dahi Icarus dan dia nampak terpinga-pinga. Sekali lagi, kelas terhibur dengan Icarus. Nasiblah aku mampu nampak wajah Icarus, kalau tidak terlepas aku menyaksikan Madam Qarina menepuk dahi licin dia.

Tergio. Salah satu kuasa magis untuk menyedarkan mangsa. Nasib Madam Qarina pandai mematikan potion. Andai tidak, melalutlah seorang Icarus seharian.

"You mess your first day, I guess." Komen Madam Qarina.

Aku sembunyi senyum. Bila dia sudah sedar, mulutku langsung tertutup.

"Apa yang saya tertinggal?"

"Nothing, prince."

Wajah Icarus tidak puas hati. Mendengar kelas ketawa, lagilah dia bertambah bingung.

"Potion apa tadi tu Madam?"

"Babbling."

"What? Hilanglah macho saya!"

Wajahnya memucat.

"Saya dah bagi amaran, Arus." Madam Qarina bersuara seperti tidak bersalah.

"Duduklah ke tempat kamu semula."

Aku senyum segaris. Kehadiran Icarus menambah ceria kelas. Kalau tidak, kelas sentiasa sunyi. Hanya suara lecturer sahaja yang bersuara.

Adakah dia penanda baik?

"Hey," panggil Icarus yang tiba kembali di tempatnya. Aku hanya pandang dengan hujung jari sahaja. Tangan kiri menongkat dagu. Aku nak pandang pun tidak mampu. Bukan ada yang boleh aku nampak.

"Teruk sangat ke aku melalut tadi?" Soalnya.

Aku serongkan senyuman. Teruk? Tidaklah teruk, hanya kelakar.

"Okey aje."

"Kau tipu."

Aku diam. Malas nak melayan.

"Mesti terukkan? Kalau papa dapat tahu ni, habislah. Mesti dia suruh aku pindah balik sekolah elit." Icarus jatuhkan kepala. Tangan meraup rambut kasar.

Satu soalan menerjah fikiranku.

"Awak dulu sekolah elit?"

Dia angkat kepala. Wajahku direnungnya. Lama. Aku jadi segan lalu memandang hadapan.

"Keturunan raja mana boleh sekolah biasa. Pastilah sekolah bangsawan. Aku aje yang tak mahu." Ulasnya.

"Tapi kenapa tidak? Mesti sana banyak kemudahan."

Rajin pula lidahku nak bertanya.

"Too much bodyguards. So lame. Bahasa istana everywhere. Oh, please. I'm piss off."

"Saya suka bahasa istana."

"You do?" Dia merapatkan kerusi ke arahku.

Aku anggukan kepala. Nenda suka belikan aku buku-buku ilmiah supaya aku dapat menambah ilmu pengetahuan. Dan, berterima kasih kepada dia kerana aku dah banyak ilmu di dada.

Benarlah, kawan belum tentu menambah ilmu di dada tetapi buku adalah kawan. Kawan yang tak pernah mengungkit apabila kau pijak dia. Dia akan tetap berada di situ sehingga kau terniat untuk capai dan baca isinya.

"Are you kingster?"

Kingster. Gelaran bagi keturunan raja-raja dan bangsawan.

Aku kingster? Dalam mimpi ajelah mampu.

"Well, I'm not but I love their languages."

"Kau patut jumpa papa aku. Mesti dia kagum tengok rakyat dia suka bahasa istana."

Aku koyak senyum sinis. Nak menjejakkan kaki ke bandar juga aku tidak pernah, inikan istana besar. Jadi rusa masuk kampung aku nanti.

"So class, you may begin now. The ingredients prepared on you left side of table. Watch out and call me if you need help."

Suara Madam Qarina.

"Let's do it!"

Icarus. Aku hanya melihat gerak-gerinya. Untuk aku bangun, aku tak sanggup. Aku takut berlanggar dengan sesiapa. Lebih parah kalau aku terlanggar bahan kimia itu. Aku tak mahu ganti rugi bahan mahal itu. Maka, lebih baik aku diam.

"Kenapa kau tak bangun? Kau tak suka kelas magis?"

Aku senyum hambar. Aku suka sangat kelas magis. Bermain dengan kimia berwarna-warni sudah menjadi hobiku. Tetapi sekarang, pandanganku terjejas.

"Arus, can you help me?"

Aku cuba lihat gerangan tersebut namun tidak dapat kukenal pasti. Suara seperti Qarin.

"No Arus. Not her but me."

"Arus, tolonglah I. I tak tahu macam mana nak buat."

Aku julingkan mata ke atas.

Gadis. Mudah aje jatuh cinta kepada rupa. Lebih-lebih lagi spesies kaya seperti Icarus. Anak raja, siapa tak sudi hendak berdamping? Hinggakan nenek tua pun sudi.

Selama ini susah hendak tengok gadis-gadis di kelasku menghampiri mejaku. Bukan susah, tapi memang tak ingin. Kali ini sahaja mereka sudi dan penyebabnya adalah Icarus.

"Girls, I'm new. I know nothing. What do you guys expect?"

Wajah Icarus tampak tak sudi. Jelas. Dengan kerutan penuh di dahi, dia nampak tak selesa. Tubuhnya dihimpit para gadis seolah-olah mereka tidak mendengar jawapan yang diberi Icarus.

Aku? Malas aku hendak menolong. Pandai-pandailah dia selesaikan masalahnya sendiri.

"Oh, how about you ask this girl?"

Icarus tunjuk ke arah aku. Walaupun aku sudah memincingkan mata seperti memberi amaran, Icarus langsung tayang sengihan.

"Euw! No way! She's so ugly."

Aku juling mata ke atas. Apa dia fikir aku nak tolong dia? Memang taklah kalau dia baru aje bersetongkol untuk menyimbah air ke atasku. Apa ingat seronok mandi di pagi buta di khalayak ramai?

"Ugly? Aku tak nampak pula dia hodoh. Okey aje bagi aku."

Mataku membesar sedikit. Lidahku kelu.

"Are you sure, Arus? She's faded and look like and ugly monument."

Rixi berkata tanpa berlapik. Dia samakan aku dengan candi?

Seketika, tawa seseorang bergema. Dadaku memainkan peranan. Wajah Icarus kupandang lama. Tawanya menyamankan ibarat kaum burung yang bersimfoni di ruang langit.

Spesies apa dia?

Kenapa ciptaan yang ini nampak terlalu sempurna?

"You're so funny. Then how about my father's monument in the centre of the city? I guess you took photo with that monument too, did you?"

Daedalus monument.

Candi yang dibina di tengah-tengah bandar. Aku pernah baca soal ini. Keberanian si raja diangkat tinggi sehingga menjadi candi yang dikagumi. Sehingga ke hari ini, semua makhluk mengagumi candi tersebut.

"Itu lain, Arus."

"Oh, cukuplah. Aku tak mahu layan kalian. Pulang saja ke tempat kamu."

Icarus melangkah menjauhi. Sayap di belakangnya kadangkala tergerak sendiri.

"So beauty. Do you know how to do it?"

Bulu roma di bahagian telingaku mencanak berdiri. Suara manisnya kedengaran dekat denganku. Segera aku larikan wajah. Pipiku yang memerah cuba dilenyapkan dengan wajah kosong.

"Arus, bagaimana dengan kami?"

Aku angkat wajah melihat gadis-gadis yang tadi menghimpit Icarus. Aku tak dapat baca air muka mereka.

Oh, tolonglah. Boleh tak andai aku mahu mencuri satu cermin mata dari pihak library? Sakit retina mataku yang terpaksa dikecilkan dan dibesarkan tetapi satu habuk juga aku tidak dapat.

"Recipe and step are provided in front. Are you girls blind? It's obviously big."

Nadanya seperti marah. Aku curi lihat. Tidak pula wajah itu berkerut. Hanya tenang saja riak wajah namun suaranya keras berbunyi tadi.

"Tapi kami nak awak, Arus."

Kenapa aku perlu menjadi penonton drama ini? Sungguh menjengkelkan.

Aku pandang meja. Cairan yang berwarna-warni aku capai. Entah cairan apa aku tidak pasti. Tulisannya tidak mampu kubaca.

"Madam Qarina, someone needs your help."

Icarus berbunyi lagi.

Aku dekatkan salah satu tabung uji untuk membaca tulisannya namun hampa. Rabunku menjadi teruk, ibarat aku buta.

Aku letak semula dan entah bagaimana tabung uji itu terlanggar bucu meja dan jatuh.

Mataku membulat. Bunyi pecah kedengaran jelas. Seisi kelas juga menjadi diam.

Oh, tidak!

Di mana aku nak cari duit ratusan dirham untuk membayar satu tabung uji?

"My bad, Madam. I'll pay you off."

"You really messed up your first day, Arus. What comes into you?"

Sekejap.

Madam Qarina seperti tidak marah. Aku sudah jatuhkan tabung ujinya, masakan dia tidak perasan. Aku angkat kepala dan wajah Icarus yang disajikan kepadaku.

Dia gosok belakang leher.

"Stunning girl got onto me." Jawabnya bersama sengihan tidak bersalah.

Dia melirik ke arahku. Aku terpempan.

Siapa stunning girl itu? Akukah?

Merepek!

"Is little prince found his lady?" Madam Qarina ketawa halus.

Satu perubahan baru yang berlaku. Madam Qarina tak pernah ketawa sepanjang mengajar.

Aku pandang Icarus.

Lelaki ini, lelaki ini mampu menggeletek perut Madam sehingga terburai tawanya. Walaupun halus dan sebentar sahaja tawanya, kami di sini terpesona.

"Maybe."

🌸🌸🌸

Jemput vote dan komen! Ini first time aku tulis fantasi, jadi janganlah harap yang tinggi-tinggi.

Dan aku perlu kata cerita ni aku cepatkan tempo.

Sebab aku tak reti sangat nak menerangkan fantasi aku haha! Ya, aku memang banyak fantasi dalam kepala tapi gagal untuk menerangkan. Poor me.

A few things korang kena tahu ialah
Fantasi aku dicampurkan kisah dongeng. Bermakna ada sedikit elemen cerita fantasi lain.

Contoh, babbling beverage adalah potion dalam cerita Harry Potter. Siapa potterhead mestilah tahu, kan?

Dan Tora si vikings tu aku merujuk kepada heroin dalam kartun Brave.

There's a few more coming.

Dan, paling penting.

Korang belum kenal watak utamakan? So, gadis ni keturunan apa sebenarnya? Kenapa dia tiada rumpun? And so much more.

Kalau nak tahu who is this little girl, kenalah sambung baca hehe.

Bye!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro