(2)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Hey, matanya lirik-lirik selalu~ rupanya manis-manis ayu~"

Dengan riang sekali Blaze berjalan menuju ke arah pintu pagar sekolahnya. Dia berjalan-jalan sambil mendendangkan lagu yang terlintas di benak fikirannya. Senyuman sentiasa terukir lebar di wajah Blaze.

Dan nampaknya, senyumannya semakin melebar apabila dia ternampak sebuah kereta yang dikenalinya walaupun baru kali kedua dia melihatnya.

"Ohoo~ bidadari syurgaku datang~"

Blaze melanjutkan perjalanannya dengan kadar kelajuan yang dipertambahkan. Dia mula berlari-lari anak dan terus masuk ke dalam perkarangan sekolah.

SKIP TIME

Sebaik sahaja Blaze melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah, Blaze sengaja melangkah menuju ke arah kawasan tempat parking para guru. Dia secara senyap-senyap mengintai di sebalik dinding bangunan yang bersambung dengan koperasi sekolah.

Dari situ Blaze dapat melihat seorang guru yang cukup dikenalinya, iaitu Gempa yang sedang mengangkat beberapa file keluar dari keretanya lalu ditutupnya pintu kereta miliknya. Setelah memastikan kereta sudah dikunci dengan baik, Gempa pun mula membuka langkah untuk menuju ke arah pejabat yang mana dia akan berjalan melepasi Blaze sebentar sahaja lagi.

Blaze dengan senyap-senyap menyembunyikan dirinya di sebalik dinding bangunan 3 tingkat itu dan menantikan ketibaan Gempa di tempatnya.

"Errr... Gempa? "

Gempa menghentikan langkahnya apabila dia terdengar suara seseorang memanggilnya. Gempa pun menolehkan kepalanya dan dia dapat lihat Halilintar, cikgu disiplin yang sangat digeruni oleh warga sekolah berjalan mendekatinya.

Gempa diam statistik sambil menunggu ketibaan Halilintar. Walaupun wajahnya tidak menunjukkan apa-apa reaksi, tetapi jujur saja jauh di benak hatinya sungguh takut dengan aura cikgu seorang itu.

"Err... Y-Ya Cikgu Halilintar? Ada apa-apa yang boleh saya bantu? "

Halilintar berjalan mendekati Gempa. File yang berada di tangan Gempa diambilnya lalu dipegangnya kemas.

"Biar saya tolong bawakan. Alang-alang saya pun nak ke pejabat. "

"O-ohh... Uhmm... Ok? "

Lalu mereka berdua pun berjalan menuju ke pejabat bersama-sama. Dan nampaknya mereka berdua tidak menyedari kehadiran seseorang sedari tadi lagi sedang mendengar perbualan mereka. Blaze.

Blaze diam tidak terkutik apabila sebaik sahaja dia mendengar perbualan antara Gempa dan cikgu disiplinnya yang membujang mengalahkan pengetuanya. Entah kenapa di dalam hatinya mula timbul satu perasaan yang seolah-olah ia kini sedang memotong hati Blaze dengan menyakitkan sekali.

"Gila... Belum apa-apa aku dah cemburu? "

Blaze meraup wajahnya sambil mendengus. Dia kemudiannya terus berjalan menuju ke arah kelasnya yang berada 2 blok jauh dari tempatnya sekarang.

Dalam perjalanan Blaze menghampiri kelasnya, fikirannya mula ligat memikirkan situasi antara cikgu praktikal barunya itu dan cikgu disiplinnya yang sering dibuatnya marah.

"Diorang 2 ada hubungan ke? Dah la cikgu praktikal tu bujang lagi. Yang Cikgu Jalan Tar pun masih bujang.. Entah-entah... Waktu aku balik semalam... Ish!!! Apa kau pikirkan ni Blaze?! "

Blaze menampar pipinya dengan kuat sekali sehingga ia menarik perhatian dua sahabatnya yang berada tidak jauh dari Blaze. Taufan dan Thorn yang baru sahaja datang dari kantin sekolah berjalan menghampiri Blaze yang masih tidak sedar akan kehadiran mereka berdua.

"Blaze? Apahal kau ni? "

Taufan memandang ke arah Blaze dengan hairan. Blaze yang ditegur oleh Taufan pun secara automatik menghentikan tingkahnya. Dia memandang ke arah Taufan dan Thorn secara bergilir-gilir sebelum dia pun menghela nafas sedih.

"Haahh... Weyh. Korang pernah tak ada perasaan macam ni? Kau baru kenal sorang awek ni. Baru sehari je pun. Tu pun singkat je. Lepastu, esoknya kau jumpa dia bersama sorang lelaki. Yang kau pasti, keduanya masih belum berpunya. Apa eh perasaan bila kau tengok situasi tu? Ia macam sakit ke? Kecewa? Marah? Sedih? "

Blaze memandang ke arah sahabatnya yang nampaknya setia mendengar keluhannya. Taufan dan Thorn terdiam seketika sambil cuba memahami cerita Blaze.

"Blaze, kau... Jatuh cinta ke? "

"Hah?! Eeerrr.... Tak! Tak pun! "

Taufan menjeling sinis ke arah Blaze. Bahu Blaze dirangkulnya lalu dia tertawa kecil.

"Hehehe! Cakap jelah kau dah cuka seseorang kan? Yo, awek mana yang dah berjaya ambik hati kau ni? "

"Hoi! Diam sudahlah! Kecoh ah. Awek aku, suka hati aku lah! "

"Eh, Blaze? Kau dah couple ke dengan dia? "

Thorn bertanya dengan perasaan teruja. Dia sendiri tidak percaya bahawa wujudnya seorang insan yang berjaya menambat hati sahabatnya yang terkenal dengan hati batu itu.

Tidak menjawab soalan dari dua sahabatnya, sebaliknya Blaze menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu mengongsikannya. Untuk mengelakkan diri dari dipaksa, Blaze pun terus memecut meninggalkan sahabatnya yang dua orang itu dengan cepat.

"Eh?! Boleh pula kau mengelat ya, Blaze?! Jaga kau! Ada kentang ada batas! Nanti petang aku minta respon balas! "

Dan mereka berdua pun bersama-sama menuju ke kelas yang sama dengan Blaze. Walaupun masih tertanya dengan rahsia Blaze, namun mereka tidak mahu mengunkitnya di dalam kelas kerana khuatir Blaze tak selesa. Tambahan pula Blaze itu terkenal dengan hati kerasnya yang susah sekali mahu menerima mana-mana perempuan di sekolah itu sebelum ni.

SKIP TIME

Fokus ke dalam kelas, pada jam 8 pagi nampaknya kelas tingkatan lima itu kedengaran sedikit bising dengan mulut kepoh trio trouble makers iaitu tak lain dan tak bukan ialah Blaze, Taufan dan Thorn. Mereka bertiga begitu rancak sekali berbual-bual dan bergurau senda antara satu sama lain. Kadang ada juga pergi usik rakan sekelas mereka.

Dalam seisi kelas sedang seronok menikmati waktu mereka yang senggang itu, tiba-tiba pintu kelas mereka terbuka dan menampakkan susuk tubuh seorang wanita yang cantik rupa parasnya.

Semua mata yang memandang (terutama sekali budak lelaki) terus terpana sehingga tidak ada yang mengerlipkan mata mereka.

"Wuooohh!!! Cantik sia cikgu tu! "

"Weyh, cikgu baru ke?! "

"Cikgu pertukaran ke cikgu praktikal? "

"Gila kau cikgu pertukaran! Muda lagi tu!"

Itulah bunyi suara-suara sumbang yang mula menghangatkan situasi di dalam kelas mereka tentang cikgu baharu di dalam kelas mereka. Masing-masing tidak melepaskan pandangan mereka terhadap cikgu perempuan yang sedang berjalan menghampiri meja guru lalu meletakkan beg tangannya dan beberapa buah buku di atas meja.

Guru tersebut berpaling menghadap kelas tingkatan lima tersebut beserta senyuman ramahnya yang membuatkan ramai pelajar lelaki bergetar tulang rusuk masing-masing.

"Hai, selamat pagi semula. Biar saya perkenalkan diri saya. Nama saya ialah Gempa. Saya ialah guru praktikal sementara di sini untuk beberapa minggu. Dan saya akan menguruskan kamu semua dalam subjek Sejarah dan Sivik. Saya harap kamu semua akan dapat berikan kerjasama kepasa cikgu, ya? "

Guru yang bernama Gempa itu telah berjaya membuatkan hampir kesemua pelajar di dalam kelas itu luluh hati terhadapnya.

"Ooohh...~ tak pernah ku temui gadis secantik kamu cikgu~"

Salah seorang pelajar kelas tersebut mula bersenangdungkan sebuah lagu yang dicipta spontan olehnya. Banyak yang mentertawakannya manakala Gempa hanya mampu terdiam kerana malu diperlakukan sedemikan rupa.

Blaze juga tidak ketinggalan dari terus memandang Gempa. Matanya langsung tidak berkelip memandang susuk tubuh wanita yang telah berjaya menambat hatinya itu. Dan tanpa dia sedari, kedua sahabatnya ternyata sedang memerhatikan keadaannya.

Taufan menjeling ke arah Thorn.

"Psstt, Thorn! Aku rasa cikgu ni kot yang buat Blaze macam tu! "

"Mungkin? Tapi kan dia kan cikgu? Murid mana boleh ada apa-apa hubungan dengan cikgu! "

"Ha'a lah kan? "

Taufan dan Thorn kembali menoleh ke arah Blaze yang masih khusyuk merenung cikgu mereka iaitu Gempa yang sedang meminta para pelajar memperkenalkan diri masing-masing.

"Baiklah, cikgu nak kamu semua perkenalkan diri kamu. Cikgu nak timba banyak pengalaman supaya laporan yang cikgu dapat hasilkan nanti akan diterima oleh pensyarah cikgu di IPG nanti. Semua berikan kerjasama, ya? "

"Baik, cikgu! "

Gempa tersenyum senang apabila dia mendapat respon positif dari pelajar-pelajar tersebut. Ternyata kelas hujung juga tidak lah teruk sangat, kan?

Semua pelajar mula memperkenalkan diri masing-masing. Setiap satu bangun dari tempat duduk mereka dan menyebutkan nama, tempat tinggal dan beberapa perkara yang mereka ingin ceritakan. Gempa hanya mendengar dengan penuh tumpuan dan tidak lupa dengan pakej senyuman manisnya.

Ada yang kadang-kadang suka usik Gempa dengan membuat pickup line dan ada juga yang sengaja membuatkan Gempa terkejut dengan jenakan mereka. Begitu banyak kerenah masing-masing sehinggalah tiba giliran Blaze.

"Nama saya... Ah, rasanya cikgu tak perlu tahu. Kita kan pernah bertemu sebelum ini~?"

Blaze sengaja membuatkan nada bunyi yang seolah-olah menggoda Gempa. Gempa sudah tertunduk wajahnya. Tidak pasti sama ada sedang menahan marah, atau menahan tawa ataupun menahan malu apabila pelajar kelas tersebut mula menyokong perbuatan Blaze.

"Saya tinggal di hati cikgu je. Sebab saya rasa saya tak beranilah nak keluar. "

"WooOOooooo~~!!!"

Ramai pelajar bersorak sambil ada yang ketawa riang. Kenal benar mereka dengan telatah nakal Blaze.

"Dan... Saya suka 1 je, cikgu. Iaitu seseorang. Dan dia bernama Gempa. Orangnya manis, kulitnya mulus dan flawless, rambutnya lurus dan lembut. Matanya menggoda. Suaranya merdu mengalahkan penyair. Body dia? Fuh! Tak payah cakaplah. Uish! Cukup-cukup tu dengan ciri-ciri yang saya sukai. Amacam cikgu? Kalau setuju, hari ni juga saya suruh ayah saya masuk meminang! "

Semua kelas mentertawakan Blaze dengan celoteh nakalnya. Ada-ada saja perangai nakalnya yang berlegar-legar di dalam kepala.

Gempa hanya mampu menahan diri dari ketawa.

"Haish... Kamu ni, Blaze. Saya ni cikgu kamu tau. Kamu harus hormati saya. Tapi saya tau, kamu saja buat semua ni supaya hubungan saya dan kamu semua 1 kelas tidak canggung. "

"Eh! Mana ada! Aku ikhlas sukakan kau lah! "

"WoooooOooo!! "

Sekali lagi para pelajar tingkatan lima itu bersorak riang. Ada juga yang menepuk-nepuk tangan mereka sambil bersorak.

Gempa hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja.

"Haih, sudah semua! Saya ingin ingatkan ya? Saya tidak boleh memberikan layanan istimewa kepada kamu semua kerana walaupun saya hanya guru praktikal lepasan IPG, tetapi saya masih perlu menjaga batas pergaulan antara saya dan kamu. Sebabnya ialah kamu semua anak murid saya. Silap besar jika saya melangkah membatasi hubungan kita yang sepatutnya. Jadi, saya harap awak juga faham ya, Blaze? "

Gempa memandang sahaja ke arah wajah seringai Blaze. Blaze yang menerima kata-kata Gempa yang seolah-olah bunyinya seperti tolakan hanya mampu cemberut mukanya. Dia duduk kembali di atas kerusinya bersama wajah kecewanya.

Sesi perkenalan diteruskan sehinggalah tiba waktunya Gempa mula mengajar kelas tingkatan lima tersebut.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro