(3)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Hubungan antara cikgu dan murid-murid? Kau gila ke apa, Blaze? "

Seorang remaja lelaki yang memakai jaket hoodienya memandang ke arah kawannya iaitu Blaze yang sedang meletakkan wajahnya di atas meja belajar.

Sekarang ialah waktu rehat buat pelajar tingkatan lima. Dan Blaze pula sedang lepak di dalam kelas salah satu kawan baiknya juga sementara menunggu ketibaan Taufan dan Thorn yang kini sedang membelikan makanan buatnya di cafe. Sementara menunggu, Blaze lepak di kelas kawan baiknya, Ais.

Ais memandang wajah Blaze dengan kerutan dahi.

"Blaze aku tahu yang kau memang selalunya bangang tak kena tempat tapi... Agak-agak lah weyh. Kau suka dekat cikgu? "

"Haih... Iyaaaa... Alah, cikgu praktikal je pun. Bukannya masalah pun, kan? "

"Bukan masalah? Weyh, hubungan antara cikgu dan muridnya tak boleh lebih dari guru dan pelajar! Tambahan pula kita di tahun SPM! Kau nak buat kerja gila ke apa? Nak kena buang sekolah? "

Blaze mendengus kesal. Dia memandang wajah Ais dengan pandangan kesal.

"Kau ni. Bukannya nak tolong aku eratkan hubungan dengan cikgu tu pun! At least sokong lah aku weyh! "

Ais menghela nafas kesal. Dia mencabut earphone yang dipakainya di telinga lalu disimpannya ke dalam poket bahu hoodienya. Ais kembali memandang ke arah Blaze.

"Blaze, cikgu praktikal ke cikgu tetap ke. Semuanya sama je! Cikgu tetap cikgu! Kau sebagai pelajar tak boleh ada perasaan macam tu dekat Cikgu Gempa tu! Kau nak dia digantung IPG ke apa? "

Mendengar persoalan Ais membuatkan Blaze terkedu. Dia tidak menyangka pula bahawa hubungan antara guru dan anak murid amatlah dilarang sama sekali jika murid itu masih bersekolah. Tambahan pula mereka sama sekolah dan Gempa mengajar pula kelas diorang.

"Ais... Kalau aku tak boleh buang perasaan ni jugak macam mana..? "

Ais terdiam seketika cuba memahami soalan Blaze. Setelah dikenal pasti, dia menundukkan kepalanya sambil memikirkan sesuatu.

"Sama ada kau pindah sekolah atau... "

Ais menggantungkan kata-katanya sambil merenung ke arah Blaze.

SKIP TIME

Waktu pembelajaran telahpun tamat. Kini semua pelajar telahpun bersedia untuk pulang ke rumah masing-masing. Semua sedang bersiap-siap namun Blaze kelihatannya masih diam di tempat duduknya.

Dan hal itu sudah tentu menimbulkan tanda tanya pada Taufan dan Thorn selaku rakan sekelas Blaze dan sahabat baiknya.

"Weyh, Blaze. Tak nak balik lagi ke? "

"Ah? Aaa... Aku ada hal kejap ah. "

"Hal? Kau ada latihan bola sepak lagi ke? Bukan ke coach kau kasi korang rehat ke? "

Blaze menggaru belakang lehernya canggung. Dia tidak pasti sama ada dia mahu ataupun tidak menyatakan rahsianya kepada Taufan dan Thorn.

Namun Taufan kenal akan diri Blaze. Melihat keadaan sahabatnya yang kini sedang dalam kegelisahan membuatkan dia tersenyum geli hati.

"Nampaknya 'hal' kau kali ni macam terlalu penting. Takpelah. Apa-apapun, kalau kau ada masalah atau perlukan bantuan, kau tahu nak cari siapa, kan? "

Taufan menepuk bahu Blaze sebagai tanda memberikan kata-kata semangat. Blaze yang menerimanya mampu kagum sahaja.

"Thanks, bro. "

Taufan mengangguk lalu dia dan Thorn pun berjalan keluar dari kelas mereka bersama. Blaze kembali fokus pada dirinya sendiri. Dia mengambil beg sekolahnya lalu dikeluarkan beberapa buah buku. Buku-buku tersebut ditenungnya lama sambil mengingat semula kata-kata Ais tadi.

"Kau lemah pada matapelajaran, kan? Kalau begitu, apa kata kau gunakan kesempatan tu untuk ulangkaji bersama Cikgu Gempa? Aku yakin dia bukan sebarang cikgu. "

"Walaupun aku agak tak faham apa yang dimaksudkan Ais tapi.... Cuba jelah! "

Dengan pantas Blaze menarik beg sekolahnya lalu dipikul dan dia pun segera berlari keluar dari bilik darjahnya. Blaze berlari di sepanjang koridor menuju ke bilik guru.

SKIP TIME

Tidak terlalu lama masa yang diambil oleh Blaze untuk tiba, kini dia sudahpun berada di muka pintu bilik guru. Dia menolak pintu tersebut lalu mengintai dari luar.

Blaze dapat melihat susuk tubuh Gempa sedang tekun menulis sesuatu di dalam modul yang tebalnya 5 cm. Dengan nafas yang tercungap-cungap, Blaze melangkah masuk ke dalam bilik guru tersebut lalu menghampiri Gempa.

Gempa yang perasan akan kehadiran Blaze terus menghentikan sesi menulisnya dan dia memandang sahaja Blaze sedang berjalan menghampirinya.

"Ya, Blaze? Ada apa? "

"Ah, G-Gempa... Aku... Nak minta tolong boleh tak? "

"Hmm..?? "

Gempa menongkat dagunya menggunakan tangan kirinya sambil memandang wajah Blaze dengan pandangan yang menggugat iman.

Blaze hanya mampu menahan dirinya dengan meneguk air liur kelat.

"Itu... A-aku nak tanya... S-sebelum ni... K-kau pernah ajar sesiapa... Tak? "

Gempa mengerutkan keningnya hairan.

"Umm... Sebelum ni kan cikgu belajar di IPG. Jadi... Tak sangat kot? Kami masih student. "

Blaze menjawab 'oh' dengan canggung dan tersekat-sekat.

"Kenapa, Blaze? Kamu ada nak minta tolong cikgu ke? "

"Ah.. M-mungkin. A-aku... Aku nak... "

"Nak? "

"N-nak.... S.. S-SPM... Ujian... "

"SPM? "

Gempa cuba memahami kata-kata Blaze yang tergagap itu. Sambil-sambil dia sedang memproses otaknya, Blaze pula masih setia menggagapkan dirinya.

"Ah, kamu nak cikgu ajar kamu, ya? "

Blaze terdiam. Namun dengan pantas dia tersenyum dan mengangguk-angguk laju.

"Ya! Ya! Aku nak kau ajar aku! Ajar semua subjek!! "

Hening.

Gempa terdiam apabila Blaze selesai berkata-kata. Dan tidak ambil masa yang sama sebelum Gempa memberi tindak balas.

"EEEEEHHHH?!!!! S-SEMUA!!?? "

Habis terkejut Gempa jadinya apabila dia selesai mentelaah kata-kata yang diungkapkan oleh Blaze.

Namun ia tidak menjadi masalah buat Blaze. Dia malah makin mendekat pada guru tersebut lalu digenggam bahu Gempa sambil memaparkan wajah yang penuh keterujaan.

"Aku mohon pada kau! Ajar aku! Hanya kau satu-satunya harapan aku! "

"I-itu... Itu b-boleh saja. T-tapi... "

Wajah Gempa sedikit kemerahan apabila jarak antaranya dan Blaze seolah-olah semakin mendekat. Jantungnya juga mula berdegup kencang seolah-olah dapat didengarinya hingga di luar badannya.

Blaze terdiam seketika sambil memerhatikan wajah manis Gempa. Dan dia merenung iris keemasan Gempa. Ia berkilau dengan indah. Seperti rembulan yang tidak berhenti bersinar terang. Rembulan yang dicampuri madu lebah yang manis dilihat dan dipandang lama.

Blaze semakin mendekatkan wajahnya pada guru perempuan tersebut.

"B-Blaze..?! "

"Bila aku tengok lama-lama kau punya mata tu... Boleh tahan cantik juga, ya? "

Blaze berkata tanpa bermaksud membuatkan guru di hadapannya terus memanas mukanya. Badan Gempa terus menggigil malu.

Dengan kadar yang segera Gempa segera mengalihkan pandangannya dari terus bertembung dengan Blaze.

"H-Hentikan dengan apa yang kamu buat ni. Tak eloklah kalau a-ada orang pandang kita... "

"Huh? Siapa yang nak pandang kita? Kau dan aku seorang sahaja.... Cikgu. "

Wajah Gempa semakin memanas. Dia dapat rasakan bahawa jika dia tidak segera mengawal degupan jantungnya, pasti dia akan terus pengsan di situ juga.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro