(4)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pada malam itu, Gempa berkerudung di bawah selimut tebalnya sambil khusyuk memerhatikan muka terang laptop di hadapannya. Jari-jemari mulusnya ligat menari di atas keyboard laptop tersebut sambil matanya membaca setiap petikan yang dipaparkan pada skrin laptop tersebut.

"Haahh... Blaze. Dalam 10 subjek, 3 sahaja yang kamu boleh capai 50%? Aaahh... Macam mana aku nak ajar budak ni? Teruk sangat result dia. 5/7 dari subjek dia semua faile. Yang 2 lagi pun nasib cukup-cukup makan. "

Gempa melihat semua subjek yang dipaparkan di skrin laptopnya beserta markah yang tertera di sebelah subjek tersebut. Tidak dilupakan dengan data diri pelajar milik Blaze.

Setelah dapat mengenal pasti akan kesemua subjek yang diambil Blaze, Gempa pun terus menutup laptopnya dan membaringkan diri dengan posisi yang betul di atas katil queen size nya.

Gempa termenung menghadap siling biliknya. Fikiranya tiba-tiba mengingat kembali akan peristiwa pertemuannya bersama Blaze buat pertama kali beberapa hari yang lalu.

Wajah remaja tersebut semakin kerap berlegar-legar di dalam mindanya. Dia tidak sangka bahawa pertemuannya dengan Blaze seolah-olah menjadi satu cabaran buatnya sebaik sahaja dia dilepaskan dari pihak IPG untuk praktikal selama beberapa bulan.

Mata Gempa kian kuyu sambil memikirkan Blaze dan dirinya. Dan entah kenapa dia dapat merasakan sebuah elusan halus kena pada rambutnya.

Gempa menoleh ke sisi kirinya. Dan dia melihat susuk tubuh seorang lelaki kini sedang tidur di sebelahnya beserta senyuman yang manis dan tangannya yang tidak henti dari mengusap rambutnya.

Gempa cuba mengenalpasti susuk tubuh itu. Sehinggalah dia melihat iris miliknya.
"B-Blaze..? "

"Maaf sebab kejutkan kau. Isteri abang tidur lena? "

"Blaze... "

"Ah, hari ni abang dah beritahu ke belum kata-kata yang selalu abang katakan untuk isteri abang ni? "

"A-apa...? "

Gempa memandang wajah Blaze yang kini mengusap wajahnya pula. Senyuman manis dari lelaki itu tidak lekang dari bibirnya. Gempa dapat merasakan sebuah kehangatan dari tangan Blaze disalurkan pada wajahnya.

"Gempa... I love you. My teacher. "

"Huh?! "

Mata Gempa terbelalak kaget. Dia terus bangkit dari baringnya dan menatap di sebelahnya. Kosong.

"A-aku tertidur ke.. Tadi? "

Gempa menarik nafas lalu dihembusnya bagi menenangkan diri. Wajahnya kemerahan apabila mengingatkan mimpi seketika tadi. Dia melihat jam penggera yang berada di sebelah katilnya. Pukul 1 pagi.

"Aku kena tidur. Esok... Macam mana nak jumpa dengan Blaze, ya? "

Gempa termenung seketika sebelum akhirnya dia membuat keputusan untuk terus tidur sahaja. Di selimutkan dirinya lalu tidak lama kemudian dia akhirnya terbuai mimpi.

SKIP TIME

Keesokan harinya, Gempa menutup pintu keretanya lalu menekan butang lock dan dia pun terus berjalan menuju ke pejabat. Dalam perjalanan dia ingin ke sana, dia menuju ke bilik guru terlebih dahulu untuk meletakkan barang-barangnya.

Sebaik sahaja tiba di mejanya, Gempa ternampak susuk tubuh Blaze sedang berdiri di sebelah seorang guru wanita.

Gempa memandang wajah Blaze lama sebelum tiba-tiba dia teringatkan mimpinya malam semalam.

"Aah!! Apa yang kau fikirkan ni, Gempa?! Tenangkan diri! Itu kan cuma mimpi saja?! "

Gempa menampar pipinya dengan kuat sehingga menjadi kemerahan. Dia cuba menenangkan dirinya dan mengawal perasaannya.

Gempa cuba untuk mengabaikan perasaannya dan meneruskan kegiatannya. Namun sebaik sahaja dia ingin beredar, dia terdengar perbualan antara guru tadi dan Blaze.

"Blaze, cikgu sangat kecewa dengan keputusan kamu di trial SPM sebelum ni. Apa yang selama ni kamu buat? Kenapa teruk sangat keputusan kamu ni?"

"Eerr... M-maaf cikgu. Saya dah cuba tapi... Takde rezeki? "

"Apa kamu mengarut ni?! Kalau kamu usaha manakan nak dapat hasilnya?! Rezeki adalah untuk orang yang berusaha! Jika kamu asyik main saja memang macam nilah jadinya! "

Guru tadi mengusap wajahnya sambil mendegus kasal. Lelah rasanya kerana harus menahan diri dari menengking pelajarnya. Dia menyandarkan dirinya pada kerusi sambil memejamkan kedua belah matanya.

Blaze hanya mampu menunduk kesal. Dia tidak dapat menafikan kata-kata gurunya tadi kerana memang benarlah dia terlalu asyik untuk bermain. Namum jika dia berusaha sekalipun, dia tetap tak boleh meningkatkan markahnya kerana dia mengalami kesukaran dalam memahami apa yang dipelajarinya.

"Eerr... Cikgu? "

Serentak Blaze dan guru tadi berlapaling untuk melihat siapakah gerangan yang menegur mereka. Dan ternyata dia adalah Gempa. Wajah suram Blaze terus bertukar ceria.

"Ada masalah apa-apa ke, cikgu? "

Guru tadi tersenyum melihat Gempa. Kenal benar dia dengan guru praktikal yang baik dan sopan itu. Dia kembali membetulkan posisi duduknya.

"Ni, anak murid kelas saya ni. Blaze namanya. Haih... Saya tak tahulah cikgu. Dia sangat lemah dalam banyak subjek! Dia cakap dia dah berusaha tapi... Haish! Cikgu lihatlah sendiri! "

Guru tadi memberikan keputusan peperiksaan Blaze kepada Gempa. Gempa menerimanya tanpa mempamerkan reaksi terkejut. Dia sudah cukup terkejut malam semalam dengan keputusan Blaze jadi kali ini hanya mampu berdiam diri sahaja.

"Kami semua cikgu dah berusaha sehabis boleh untuk membuat kelas tambahan. Extra tambahan pun ada! Malah, waktu kosong mereka pun tak pernah ada sebabnya kami semua cikgu sangat cakna kepada semua pelajar kami. Lebih-lebih lagi budak Blaze ni. Ada lah juga 2 orang kawan baik Blaze yang markah mereka pun tak terlalu memuaskan tetapi mereka selalu saja naik markah. Jadi kami tak perlu risau. Mereka berdua tu bertahan di B saja. Itu sudah cukup. Tapi Blaze ni... Haih. Saya sudah buntu lah nak buat macam mana dengan dia! "

Panjang lebar guru itu bercakap tanpa henti. Gempa pula hanya sekadar menganggukkan kepalanya sahaja.

Manakala Blaze pula hanya mampu berdiam diri sambil cuba menahan malunya. Malu sungguh apabila diadu oleh gurunya di hadapan guru yang disukainya! Rasa macam kalau boleh lari dah lama dia lari meninggalkan dua cikgu perempuan itu.

Gempa terdiam sambil melihat semula keputusan markah milik Blaze. Namun kemudian dia tersenyum. Dia melihat kalendar yang disangkut di papan umum di dalam bilik guru itu. Senyumannya semakin berkembang. Gempa menoleh semula ke arah guru tadi.

"Cikgu, kalau saya buat satu tawaran macam mana? "

"Tawaran? "

Gempa mengangguk sambil senyuman yang masih belum hilang.

"Ya. Saya tawarkan diri saya untuk mengajar subjek yang Blaze lemah. Saya sanggup cikgu. Secara percuma pun tidak apa. Asalkan cikgu benarkan saya mengurusnya secara individu. Tambahan pula saya guru pengganti bagi subjek Sejarahnya. Macam mana, cikgu? "

"Aish... Kamu ni biar betul, Gempa? Secara percuma? Kamu seorang diri? Subjek yang dia lemah ni banyak tau! Dan SPM dah tak lama lagi! Macam mana kamu nak uruskan hal ni? "

"Jangan risau cikgu. Saya akan cuba bercakap dengan pengetua secara sendirian. Asalkan cikgu benarkan saya mendidik Blaze, saya sanggup. Dan... "

Gempa tersenyum bangga.

"Saya adalah pelajar Straight A pada SPM dulu. Dan subjek yang saya ambil, 15 kesemuanya. Kebanyakan ialah A solid. Macam mana cikgu? "

"Apa?! Straight A dalam 15 subjek?! K-kejap... Jangan cakap yang kamu ni... B-bekas pelajar sekolah ini?! Gempa?! "

Gempa tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Guru tadi tersenyum senang lalu segera memeluk Gempa.

"Aduhhh!! Anak murid kebanggaan sekolah ini rupanya!! Macam mana cikgu boleh lupa anak murid yang sudah banyak mengharumkan nama sekolah ini?! Baiklah, Gempa! Cikgu izinkan! Kamu buatlah apa yang kamu boleh! Kalau perlukan masalah, segera cari cikgu, ya? "

Gempa mengangguk lalu membalas pelukan cikgu itu semula. Mereka tertawa senang sebelum Gempa meminta izin untuk segera ke pejabat.

Blaze yang sedari tadi menjadi pemerhati hanya mampu terlopong tidak percaya. Sebaik sahaja Gempa berlalu pergi, guru tadi terus duduk dan menghela nafas senang. Blaze menatap guru tadi.

"Errr... Cikgu? Cikgu cakap tadi... Gempa adalah bekas pelajar sekolah ni? "

"Ah, ya! Betul tu! Gempa adalah pelajar SPM 3 tahun lepas kalau tak silap. Dia dah banyak mengharumkan nama sekolah tau! Dia adalah atlet dalam badminton dan bola jaring! Saya yang merupakan coach dalam permainan bola jaring sangat membanggakannya! Ditambah pula Gempa adalah pelajar kesukaan semua tau! Dia ambil 15 subjek dalam SPM nya dan dia dapat score semua A! Kalau kamu nak tahu, sebelum itu pun dia adalah pelajar yang sering lemah dalam subjek tau! Macam kamu lah! Tapi berkat usahanya dan kesungguhannya dalam belajar, dia menujukkan hasil yang amatlah membanggakan kami pihak sekolah! "

Guru tadi berkata sambil tidak henti tersenyum. Blaze yang mendengar mukadimah dari guru tersebut hanya mampu kaku dalam keterujaan.

"Bakal bini aku... Memang hebat! "

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro