(6)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kini hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum SPM yang sebenar bermula. Dan juga tinggal beberapa hari lagi untuk Gempa pergi menyambung semula pembelajarannya di IPG.

Waktu pulang telah tiba. Kebanyakan guru telah pulang ke rumah mereka bagi meluangkan masa bersama-sama keluarga yang disayangi. Namun tidak bagi Gempa seorang.

Gempa termenung di mejanya. Sudah banyak hari dia dan Blaze tidak bertemu semenjak kejadian beberapa hari yang lalu. Dan setiap kali dia menunggu ketibaan Blaze untuk kelas tambahan mereka, pasti Blaze akhirnya tidak memunculkan diri.

Gempa mendesah kecewa. Dia tidak tahu harus buat apa sekarang. Fikirannya masih bercelaru tidak tahu harus buat apa lagi sekarang. Gempa membenamkan wajahnya di tangannya di atas meja miliknya.

Pintu bilik guru terbuka dan seseorang melangkah masuk ke dalam ruang yang sunyi tersebut. Gempa langsung tidak menyedari kehadiran seseorang itu yang kini semakin menghampirinya.

Orang itu berdiri di sebelah Gempa. Dia menatap sedih ke arah guru itu dan secara tidak sengaja tangannya terangkat dan ia terus mengusap kepala Gempa.

Gempa sudah tentunya terkejut akan hal itu dan dia pun terus mengangkat kepalanya. Alangkah terkejutnya Gempa apabila dia melihat susuk tubuh yang amat dikenalinya dan di rindunya kini berada di hadapannya.

"Blaze... "

Blaze tetap dengan wajah sedihnya. Bibirnya diketap seolah-olah menahan rasa kesalnya pada diri sendiri.

"Gempa... Maafkan aku kerana terlalu ikutkan perasaan. Aku... Memang tak dapat nak menafikan diri aku sendiri yang... Aku betul-betul sayangkan kau. "

Gempa mula mengalirkan air matanya. Dia menatap Blaze dengan tatapan yang sukar ditafsirkan. Jiwanya sedang kacau. Tidak tahu harus gembira, sedih, marah, kesal atau apa. Semuanya berlaku dengan cepat dan tiba-tiba.

"A-aku... Pun... Sukakan Blaze..! "

Gempa menakup wajahnya dengan kedua belah tapak tangannya. Sungguh dia tidak sangka bahawa dia akhirnya kalah dengan pelajar yang sering berlegar di dalam kepalanya. Namun Gempa mengabaikannya. Dia dapat merasakan bahawa kehangatan mula mengalir dari hatinya.

Blaze juga turut senang hati. Dia tidak sangka bahawa cintanya akan berbalas semula. Kali ini dia mula bersedia dengan cabaran yang akan datang. Dia juga semakin bersedia untuk ujian SPM nya yang akan datang.

SKIP TIME

Kini Gempa dan Blaze sedang berjalan menuju ke arah garaj tempat parking kereta. Mereka berjalan dalam keadaan senyap tanpa ada sesiapa pun membuka suara.

Sebaik sahaja tiba, mereka berdua serentak berhenti di sebelah kereta milik Gempa.

Gempa menatap ke arah Blaze beserta senyuman manisnya.

"Itu sahaja yang mampu saya ajar pada awak, Blaze. Maaf jika ada salah silap dan kurang dengan ajaran saya tu. "

Blaze hanya terkekeh-kekeh ketawa.

"Alah, itu aku pun sudah belajar dan fahami lah. Kacang je nak ingat formula untuk bulatan tu. Lagipun ia menyeronokkan juga. "

Gempa tersenyum bangga mendengarnya. Sungguh dia berpuas hati dengan perkembangan Blaze. Jauh berbeza sewaktu pertama kali dia harus mengajar Blaze, pelajar itu sangat sukar untuk memahami ajarannya. Namun kali ini sangat berbeza. Blaze mampu menguasai segala formula dan mengingati banyak nota penting yang dapat membantunya dalam peperiksaan.

Dan nampaknya Gempa boleh kembali belajar dengan tenang.

Tiba-tiba raut wajah Gempa berubah sedih. Dia mula menundukkan kepalanya.

"Gempa? Kenapa? "

Blaze menatap wajah Gempa dengan hairan.

"Tak... Cuma. Saya mesti akan rasa sedih dan sunyi sebaik sahaja saya kembali ke IPG nanti. Dan awak juga akan menghadapi SPM. Saya harap sangat... Saya dapat bersama awak pada waktu itu. "

Blaze cuba menahan dirinya dari memeluk guru dihadapannya. Kalau diikutkan hatinya yang kuat nafsu itu, mahu saja dia memeluk gurunya itu dan  menciumnya di segenap tempat. Dia mahu membawa pulang guru tersebut dan segera kahwin.

Tunggu. Cakap pasal kahwin...

"Ah! Nasib baik tak lupa! Gempa! Kejap, ya? "

Blaze mengambil telefonnya dari dalam poket seluarnya. Dia membuka aplikasi whatsapp lalu menekan chatnya bersama ayahnya. Dia terus kepada video call apabila dia dapat melihat ayahnya sedang online.

Gempa menunggu dengan sabar tentang apa yang sedang Blaze lakukan.

Blaze pula menunggu ayahnya mengangkat panggilan. Dan tidak lama kemudian, muncullah wajah ayahnya dan maknya di skrin telefon.

"Mak! Ayah! "

"Blaze!!! Macam mana kamu belajar??! Ok ke??? "

"Ok je! Mak! Ayah! Ingat lagi tak janji kita?? "

"Eish! Mestilah! "

Mak Blaze tertawa kecil. Hati nurani wanita separuh usia itu sudah tidak sabar mahu ketahui sesuatu yang dia, suaminya dan anak tunggalnya sahaja yang tahu.

"Mana bakal menantu mak tu? Cepatlah! Mak dah tak sabar nak tengok! "

Blaze ketawa melihat reaksi maknya. Dia pun terus memberikan telefonnya kepada Gempa.

Gempa terpinga-pinga apabila dihulurkan sebegitu.

"Eh? B-bukan ke awak.. Tengah video call dengan mak ayah awak? "

"Diorang nak tengok 'bakal menantu' diorang lah! Cepat lah tengok! "

Gempa terkejut apabila mendengar jawapan spontan dari Blaze. Kini dia mula gugup untuk menerima telefon itu, dan setelah puas memaksa diri, dia pun mengambilnya.

"Eerr... Helo? "

"WAAAAHHH!!! CANTIK!! COMELNYA MENANTU AKU!!! ABANG TENGOK ABANG!! ANAK KITA MEMANG PANDAI PILIH PEREMPUAN! CANTIKNYAAAA!! "

"Iya! Iya! Saya tahulah! Anak saya juga!! "

Gempa kaku sambil menatap wajah mak ayahnya Blaze. Sebenarnya dia sendiri buntu hendak memberikan reaksi apa kerana dia memang tidak menjangkakan perkara seperti ini akan berlaku.

"Aa... M-makcik dan pakcik sihat? "

"Sihat!! Aduhhh..!! Abang! Baiknya bakal menantu kita ni!! Gempa, Gempa pandai masak apa? "

"Eerrr... Saya boleh masak apa yang mak saya ajar sahaja. Itu pun tak banyak. "

"Kamu pandai masak mee bandung? "

"Ah, ya saya pandai. "

"Sup? "

"Ya. "

"Asam pedas? "

"Y-ya... "

Masak Lemak? "

"Ya.. "

"Nasi Lemak kamu letak santan tak? "

"M-mestilah... "

"Aaaahhh!! Memang lulus jadi menantu kita ni, abang!! Gempa, kamu kerja apa??"

"S-saya... Guru praktikal di sekolah Blaze. Tinggal setahun lagi untuk tamat pengajian dan sepenuhnya menjadi guru. "

"Kamu ajar subjek apa? "

"Saya... Boleh ajar semua. "

"Waaahh!!! Ok! Sudah diputuskan! Gempa! Kamu tunggu kami datang ke rumah keluarga kamu untuk meminang, ya? "

"Y-ya.. Eh! K-kejap makcik! Pakcik! "

Belum sempat Gempa menyatakan hal yang sebenar terus telefon di tangannya diambil balik oleh Blaze.

"Mak! Ayah! Blaze akan kahwin!! Yaaayy!! Nanti mak dan ayah jangan lupa pinang Gempa tau!! Bye mak! Ayah! Blaze nak berduaan dengan Gempa~!"

Blaze pun terus mematikan panggilan. Dia menyimpan semula telefonnya dan menatap ke arah Gempa semula.

Blaze tertawa kecil melihat keadaan wajah Gempa yang kemerahan dan kosong itu. Seolah-olah gadis itu kini sudah melayang ke angkasa raya sahaja.

"Pfftt-!! Dah kenapa dengan muka macam tu? "

"A-awak... Apa dah jadi..? "

"Hehehe! Hari tu waktu kita berpisah secara 'sementara', aku ceritakan segalanya pada mak dan ayah aku. Lepastu aku setuju tentang perjanjian aku dan ayah aku. Tapi dengan syarat! Aku akan kahwin! Dan orang yang akan menjadi isteri aku itu... Adalah kau!! "

Blaze menundingkan jarinya ke arah Gempa yang berhasil membuatkan gadis itu terkejut habis.

"Eeehhh?!!! T-tapi!! Kamu masih di bawah umur lah!! "

"Psshh!! Tunggu tahun depan lah! Waktu tu aku dah 18, kan? Dan kau 21 je pun. Muda lagi. Fresshhh~ lagi. "

Gempa merona kemerahan apabila mendengar suara usikan dari Blaze. Terus ditutup seluruh badannya dengan cara spontan.

"Miang!! Suka hati awaklah! Saya tak akan ambil apa-apa risiko kalau berlaku apa-apa!! "

"Heheheh! Jangan risau~ semuanya beres~"

Gempa mendengus sebal. Dia cukup terkejut dengan kejadian yang menimpa dirinya. Memang tidak dapat disangkakan bahawa dia akan kahwin dengan anak muridnya sendiri!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro