(7)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hari terakhir Gempa berada di sekolah menengah itu kini akhirnya tiba. Dia menyapa dan bermesra dengan cikgu-cikgu, para pentadbir dan murid-murid di sekolah itu dengan berlapang dada dan mesra. Tidak ada secalit pun niatnya untuk mengucapkan kata-kata selamat tinggal kepada mereka dengan suasana yang sedih dan suram.

Dan nampaknya mereka semua menerima seadanya. Lagipun bukan Gempa seorang sahaja yang membuat praktikal di situ. Masih ada beberapa remaja lain yang masih menjalankan urusan praktikal mereka. Dan mereka juga yakin bahawa suatu hari nanti Gempa pasti akan datang kembali.

SPM berbaki 3 hari sahaja lagi. Dan ia sudah tentu merupakan saat-saat yang cukup mendebarkan bagi para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM.

Walaupun ada sedikit gementar di dalam jiwanya, namun Blaze masih menguatkan dirinya bagi berdepan dengan ujian yang amat penting itu. Ditambah pula dia bakal berpisah dengan insan yang disayanginya pula.

SKIP TIME

Kini berakhirlah sesi kelas tambahan antara Blaze dan Gempa. Mereka sendiri tidak menyangka bahawa saat mereka berdua bersama bakal berakhir untuk jangka waktu yang lama. Blaze dan Gempa menjalinkan hubungan mereka secara rahsia kerana mereka sering teringat akan amaran undang-undang sekolah itu. Jadi mengikut rancangan keluarga Blaze, mereka akan merisik Gempa sebaik sahaja Blaze tamat SPM.

Di sekolah mereka berdua hanya sekadar murid dan guru. Namun sebaik sahaja tamatnya waktu persekolahan, maka bermulalah saat mereka berdua bersama. Tetapi mereka masih menjaga perbatasan. Jadi kebanyakan orang-orang di sekolah itu masih tidak mengetahui akan hubungan mereka. Walaupun mereka tahu itu salah.

"Baiklah, Blaze. Saya nak... Awak belajar rajin-rajin di sepanjang awak nak dekat SPM ni. Jangan lupa study lebih sikit. Tapi kesihatan tu jaga juga, ya? Saya tak nak awak sakit semua. Sebab lepasni saya dah takde. "

"Janganlah cakap macam tu weyh... Kau buat aku nak nangis. Sob.. "

"Hmm... Air mata palsu bolehlah. By the way... Kalau awak nak cari pengganti saya pun takpe. Saya tak kisah. Sebab mungkin kita ni hanya jodoh sementara, kan? "

Berkerut kening Blaze apabila Gempa tiba-tiba menyatakan perkataan tersebut. Ia membuatkan dirinya mula kegusaran dan tidak tenang jadinya.

"Apahal kau cakap macam tu, hah? Kau nak aku berpisah dengan kau ke? "

"Tak. Bukan macam tu. Cuma... Manalah tahu kalau suatu hari nanti awak jumpa orang lebih baik dari saya? Saya tak nak jadi perigi mencari timba. Menantikan sesuatu yang.. Belum tentu jadi milik saya? "

"Habis? Aku pula? Bagai pungguk rindukan bulan pun boleh jadi tau tak kalau kau takde di sisi aku! Tak kisah lah ada perempuan secantik kau pun muncul, aku hanya akan pilih kau. Rupa paras dan jiwa mereka tu aku tak nak. Aku nak... Setia sahaja. "

Gempa tersenyum senang mendengarnya. Dia pun mengangguk faham sambil mengusap tubir matanya yang tiba-tiba mengalirkan air mata.

"Gempa... Bila balik IPG nanti jangan lah lupa aku pulak. Aku ni memang nak kahwin gila dengan kau. Aku bersungguh-sungguh ni! "

Gempa tertawa kecil mendengar kesungguhan di dalam kata-kata Blaze. Bersemangat betul!

"Heheh! Iyaa... Saya fahamlah! Saya takkan lupakan anak murid saya yang suka buat masalah ni! Habis dia porak-perandakan kawasan sekolah! "

"Eheheh! Mana ada! Aku cuma nak buatkan orang di sekeliling aku gembira je. Tapi, bagus apa? Kiranya niat aku baik lah, kan? "

"Baik tapi melampau. Cubalah jadi matang sikit! Awak tu dah 17 tahu!! "

"Yikes! Yelaaahh!! Aku tahu yang aku tak matang... Tapi! "

Terhinjut sedikit bahu Gempa apabila dia disentap oleh Blaze secara tiba-tiba. Blaze memberikannya padangan yang seolah-olah membawa sesuatu maksud.
Gempa memandang Blaze hairan.

"T-tapi... Apa..? "

"Tapi.. "

Seukir senyuman nakal muncul di wajah Blaze.

"Heheh~ sebaik sahaja kita kahwin... Aku akan berubah jadi matang! Supaya anak-anak kita nanti akan kagum dengan kehebatan ayah mereka! "

"A-anak?! Hey, kita belum kahwin lagi lah!! "

"Alah, bukan belum kahwin lah. Tak lama lagi je. Lepastu, setiap malam... Fufufu~"

Gempa mula merinding kedinginan apabila dia melihat reaksi wajah Blaze berubah menjadi lain. Entah kenapa dari sudut pandangannya itu dia dapat merasakan bahawa Blaze memang ada fikirkan sesuatu yang tidak senonoh.

"Blaze... Jangan fikir benda pelik-pelik boleh tak?! Miang gatal keladi ubi kayu betullah!! "

"Fufufu~ Ok, Gempa. Kita kena buat list nama anak-anak dah ni. Aku nak... Kita ada anak yang boleh cukup buat team bola sepak! "

"B-bola sepak?! Blaze! Team mereka ada 11 orang lah! "

"Jadi? Oh, kalau ada pemain simpanan lebih kurang 3 ke 4 orang pun boleh juga, kan? Hmmm... Ok sudah diutuskan! Kita akan ada anak seramai 15 orang!! "

"15?! Awak ingat saya ni kilang ke apa?!! Silap-silap anak bongsu tu waktu umur saya dah 43 tau! "

"Alah, tak payah lah senggang banyak tahun. 1 tahun seorang lah! Kalau ada rezeki, kita pasti akan dapat kembar~ fufufu~"

Senyuman nakal dan kejam Blaze semakin kembang seolah-olah ingin mencecah ke telinganya.

Gempa seolah-olah mahu sahaja menumbuk muka Blaze yang menyeramkan dan menjengkelkan itu. Kalau ikutkan hati, pasti sudah nazak budak tu dibuatnya.

"Haih... Sudahlah! Saya dah nak balik ni! Awak balik lah. Study rajin-rajin! "

"Alaa... Dah nak balik ke? "

Wajah seringai Blaze berubah menjadi sedih dan kecewa. Tidak sanggup pula mahu berpisah dengan orang yang disayangi dan dicintainya itu.

"Gempa, kalau aku ikut kau ke IPG tu tak boleh ke? "

"Mana boleh. Haish.. Awak ni, Blaze. Baik awak fikirkan masa depan tu. Kata nak anak ramai, kan? Sampai 15 orang semua, kan? Ha, nak anak ramai kenalah kerja yang hebat! Kumpul duit banyak-banyak! Baru boleh ada anak ramai! "

Wajah masam Blaze berubah pula menjadi wajah yang kagum dan bersemangat. Seolah-olah mendapat kata-kata semangat dari gadis di hadapannya itu, Blaze terus mengganguk laju.

"Kerja yang hebat dan kumpul duit banyak, ya??? Baik!! Aku akan berusaha sehabis baik aku! Tengoklah nanti, Gempa! Aku akan kumpul duit banyaaaaakkkk-banyak sehingga anak-anak kita cukup makan semuanya! "

Gempa menggeleng kecil melihat telatah aneh Blaze. Aneh-aneh sahaja fikiran anak teruna orang itu. Mahu ditegur kang terasa hati dan merajuk pula. Tapi kalau dibiarkan pula lain pula jadinya.

Gempa membuka pintu keretanya di bahagian pemandu. Dia menghidupkan enjin kereta bagi memanaskan enjin.

"Baiklah, Blaze. Sudah sampai masanya untuk kita berpisah. Sekali lagi. Belajar rajin-rajin dan jangan mudah berputus asa, ya? Jika awak boleh bertahan sehingga saya graduate dari IPG, jadi awak tidak perlu risau dengan perasaan saya pada awak. Selagi awak ingat pada saya, saya akan sentiasa setia pada awak. Ok? "

Blaze mengetap bibirnya menahan geram. Dia sudah lama menahan nafsunya. Dan kali ini dia sudah tidak dapat menahannya. Terus ditarik bahu gadis di hadapannya itu menghampirinya lalu dipeluknya erat.

Gempa sudah tentu cukup terkejut dengan hal itu. Ditambah pula Blaze tiba-tiba memandangnya dan menarik dagunya lalu mengucup bibirnya yang merah itu.

Blaze meleraikan ciuman mereka setelah puas mencium bibir Gempa. Terdapat kesan lipstik merah di bibir remaja lelaki itu.

"B-Blaze... "

"Aku akan sentiasa setia pada kau, Gempa. Akan sentiasa menunggu kau. Dan bila mak aku sudah sarungkan cincin tunang kita, aku nak kau jangan sesekali membukanya. Kalau rindu kau tatap lah cincin tu, ya? "

Blaze mengusap rambut Gempa dengan lembut tanpa mempedulikan wajah gadis itu yang sudah kemerahan kerana mereka bercium seketika tadi.

"I will miss you, my lovely teacher. And... Love you, teacher. "

Wajah Gempa semakin kemerahan. Dia pun terus membenamkan wajahnya di dada bidang remaja yang lebih tinggi darinya itu. Sedikit dicubit lembut lengan lelaki itu sebagai balasan kerana membuatnya malu.

Blaze hanya menerimanya dengan sekadar senang hati. Sempat dia ketawa geli hati melihat telatah comel gadis itu.

Mereka berdua kekal sebegitu sehinggalah akhirnya mereka terpaksa berpisah mengikut haluan masing-masing walaupun hati mereka tidak rela.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro