(8)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

1 tahun berlalu. Gempa melangkah masuk ke dalam sebuah bilik tidur yang luas ruangnya sambil sedang mengikat rambutnya yang panjang itu.

Gempa berjalan menghampiri sebuah cermin solek yang memantulkan wajahnya yang putih dan licin tanpa sebarang parut ataupun luka. Gempa melihat dirinya di sebalik cermin tersebut.

Seketika kemudian pandangan matanya turun ke arah perutnya. Sebaik sahaja dia selesai mengikat rambut, dia memegang perutnya yang kempis itu dengan kedua belah tangannya. Seolah-olah sedang menyalurkan kehangatan untuk sesuatu di dalam perutnya.

"Hai, sayaaanngg~ tengah tunggu anak membesar dalam perut ke tu? "

Tiba-tiba datang seorang lelaki yang raut wajahnya begitu muda sekali memeluk Gempa. Gempa mengerling ke arah lelaki itu yang telah berjaya membuatnya terkejut.

"Blaze.. Kan saya dah cakap jangan buat macam tu! Terkejut lah! Nak saya sakit jantung ke apa? "

"Eh? Ehehehe... Sorry sayang bucuk-bucuk! Abang tak sengaja. Takdelah... Rasa bahagia betul bila dapat tahu... Yang isteri abang mengandung 2 bulan. "

"Hmm... Yelah. Kandungan saya awal jadinya sebab lepas je awak habis SPM terus datang merisik dan tunang. Paling terkejut, baru 1 minggu bertunang dah nak kahwin. Tengok? Dah mengandung lepas 3 bulan kita kahwin. "

"Eh... Macam tak suka je hamil? Taulah... Sebab abang tak tunaikan janji untuk jadi matang, kan? "

Gempa tersenyum geli hati. Dia membalikkan badannya dan menghadap ke arah Blaze yang kini sudah sah menjadi suaminya. Dicubitnya pipi Blaze yang lebih tinggi darinya itu dengan manja.

"Mana ada. Saya terima abang seadanya lah. Semua perkara baik dan buruk abang saya terima. Lagipun... Saya yakin kalau abang nak berubah pun ia adalah demi kebaikan semua. "

Blaze menangis terharu mendengar kata-kata manis dari isterinya. Terus dipeluk dan digesel wajahnya di bahu badan Gempa yang kecil itu.

Gempa tertawa geli hati dengan telatah manja Blaze. Diusapnya belakang badan suaminya sambil tersenyum lembut.

"Terima kasih sebab sudi terima suami Gempa yang hensem dan bergaya ni ya, sayang? "

"What? Eiii... Perasannya! Sudahlah awak. Saya nak tidur. Ngantuk. "

Gempa sengaja membuat muka manjanya pada Blaze yang berhasil membuatkan Blaze mengetap gigi geram.

"Heish! Nasib baik isteri aku ni tengah mengandung. Kalau waktu mengandung pun boleh buat... Hmm... Memang 'ngap' lah jadinya! "

"Aayy!! Tak boleh! Nanti jadi apa-apa pada kandungan saya apa abang nak buat?"

"Apa susah? Buat jela yang baru~"

Gempa memukul bahu Blaze geram. Nakal dia memang tiada tarikh luput ya?

Blaze tertawa menerima telatah isterinya. Dan tanpa membuang masa, dia pun terus mendukung badan Gempa gaya bridal lalu dibawanya ke arah katil.

Gempa hanya tersenyum menerima perlakuan manis dari suaminya. Matanya tidak lekang memandang wajah Blaze yang semakin menginjak dewasa itu.

Wajah Blaze sudah semakin berubah ke arah dewasa dan jelas kelihatan aura kematangannya. Badannya juga semakin tinggi dan tegap kerana dirinya yang suka bersenam dan bersukan. Segala yang ada pada Blaze sering membuatkan Gempa kagum dan suka. Tiada yang kurang. Bagi Gempa, Blaze sangat sempurna dan dia juga membantu menyempurnakan lagi hidupnya.

Kini mereka sudahpun hidup di alam rumahtangga yang pastinya akan ada ujian yang mendatang. Tetapi ia tidak menjadi masalah buat mereka berdua. Jika mereka akan bertengkar juga suatu hari nanti, mereka akan cuba berbicara dengan cara yang baik dan tidak akan sesekali memutuskan hubungan mereka yang kini sudah sah bergelar suami isteri.

Mereka berdua cukup bahagia dengan kehidupan mereka sekarang. Dan semoga kehidupan yang akan datang, mereka akan kekal bahagia seperti ini.

"Blaze, janganlah dekat. Awak nak buat sesuatu ke apa ni? "

"Hehehe~ macam tau-tau je isteri abang ni. Seorang cikgu yang peka hmm? "

"Saya kan memang cikgu! Dah kenal sangat dengan awak ni! Tapi awak jangan macam-macam ya? Kalau tak saya tendang awak! "

"Aish! Mentang-mentang lah black belt dalam taekwondo! Yelaahh!! Kita peluk dan cium je! "

Gempa tertawa kecil dengan ajukan Blaze. Dia memeluk suaminya dan mendekatkan wajahnya pada wajah Blaze.

Blaze tersenyum-senyum melihat wajah Gempa yang begitu dekat dengannya. Dia mengusap wajah Gempa dengan lembut lalu mencium dahi Gempa.

"Love you, Teacher. "

"Love you too, Naughty Student. "

Dan mereka berdua tidur dengan lena dalam pelukan yang hangat bersama sambil dibuai mimpi yang indah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro