12 Hargai

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Nizam agak kagum melihat ruang tamu rumah sahabatnya yang lebih kemas berbanding hari-hari sebelum ni.

"Sejak bila kau jadi pengemas ni?" soal Nizam. Usai bermain futsal selepas waktu Maghrib hajatnya hendak berhenti sola di rumah Hakim dahulu.

Pintu utama dikunci Hakim kembali. Dia menanggalkan kasut sukan lalu diletakkan ke dalam rak kasut yang ada. Tidak sempat melangkah ke dalam, Nizam terlebih dahulu memeriksa kebersihan ruang tamu. "Aku rasa aku dah jatuh cinta," Hakim tersenyum sendiri.

Terus Nizam menoleh ke arah rakannya. "Dengan siapa?" Lelaki itu terduduk di atas sofa kelelahan. Beberapa beg kertas dari komplek membeli-belah di atas meja kaca menarik perhatian Nizam.

"Sabarlah aku nak cerita." Si tuan rumah pengambil botol air kosong sejuk dari peti ais. Sekembalinya dia ke ruang tamu bersama-sama dua biji gelas. Hakim memgambil tempat di sofa yang bertentangan dengan Nizam.

"Ni barang siapa?" Nizam menyentuh satu beg kertas berdekatan. Dia tahu itu jenama kasut yang berjenama, isteri di rumah gemar mengumpul koleksi jenama ini.

Hakim tersenyum sendiri. Dia mengetap bibirnya sambil menuangkan air buat tetamu pada hari itu. Nafas dalam ditarik lalu bersandarlah teruna itu ke bahu sofa. "Aku suka dekat seorang perempuan ni... Dia orang gaji aku."

"Seriuslah? Awek indon mana kau terpikat pula ni? Entah-entah kau dah kena minyak pengasih." Nizam agak terkejut mendengar khabaran itu.

"Bukan Indonesia. Dia orang Melayu. Kenalan aku masa dekat rumah anak yatim..." terang Hakim pula. "Kau rasa okay tak kalau aku kahwin dengan janda?"

Begitu jauh Hakim telah merancang masa hadapan. Watak Luth telah dimatikan awal-awal bagi membuka kebahagiaannya bersama-sama Mawar.

Nizam tertawa halus. Gelas air diteguk hingga separuh. "Kenapa janda? Taste kau ni lain macamlah. Punya banyak anak dara ada."

"Perawan ke janda... Sama je. Asalkan dia sanggup jaga makan minum aku dan boleh ada dengan aku waktu susah senang. Aku dah jumpa orangnya."  Si bunga merah itu tak merungut mengemas rumah, malah kebelakangan ini Mawar sudah mula memasak makanan tengah hari buat diri bujang itu. Gadis manis itu juga tidak kisah hidup senang atau susah, buktinya Luth yang mengganggur pun sanggup dibela. Tunggu untuk Luth pergi, Hakim akan terus mengganti tempat lelaki itu.

"Basically, memanglah janda ni ada pengalaman. Dia dah pandai mengurus suami lama dia... Makan minum segalanya. Jadi kau jangan terkejutlah kalau dia pandai jaga kau nanti. Kalau anak dara ni mungkin masih terkial-kial sebab tak biasa hidup dengan lelaki." Pada pandangan Nizam, begitulah

"Dia baru kahwin beberapa bulan dengan suami dia. Anak ada seorang. Umur perempuan tu 23 tahun, rupa pun ada." Wajah Mawar berlegar-legar di fikiran.

"Dah habis tempoh iddah?"

Senyuman Hakim memudar. "Tak," gelengnya. Luth masih hidup, celah mana mahu datang iddahnya? Rambut yang basah dengan peluh diraup ke belakang.

"Itu pun satu juga... Kau kena bagi perempuan tu lepas iddah dulu. Bukan apa, takut dia tengah bawa benih suami lama dia. At least, kau tahu yang mengandung nanti tu bukan anak kau. Nanti ada masalah keturunan pula." Sambil membelek beg kertas di hadapan mata, Nizam memandang rakannya.

Hakim termenung seketika. Adakah Mawar sedang mengandung anak Luth? Itu sesuatu yang belum dipastikan. Luth dan Mawar baru bernikah sebulan lebih, mustahil Luth telah mengandungkan Mawar. Sudahlah lelaki itu sakit, silapnya asyik tidur sahaja.

"Janda anak satu ya... Pandai kau pilih," sakat Nizam.

"Takdelah janda mana. Dia baru 23 tahun lah. Ni kan umur budak-budak kolej," balas Hakim. Punggung dihenyak ke hadapan sikit buat membolehkan tangan mencapai beg kertas yang sedang diusik Nizam.

"Ni barang untuk dinner nanti." Hakim mengeluarkan sehelai kain selendang satin pilihan hati. Dialah yang mahu Mawar memakai sebegini.

"Kau beli?" kagum Nizam.

"Yelah... Aku tengah mengorat dia. Dia bukan terima aku lagi. Harapnya terbukalah hari lepas aku belikan macam-macam," gumam Hakim. Segala barangan ini ditinggalkan di rumahnya kerana Mawar tak mahu Luth jadi curiga. Bila mana akal mengawal diri, soal suami diletak ke tepi.

"Sejak bila kau jatuh hati ni?" Jari diletakkan pada dagu. Nizam mencerlung ke arah Hakim penuh curiga.

"Dulu aku kenal biasa-biasa je. Lepas tu sedar yang dia makin cantik bila dah besar jadi anak dara. Lepas tu... Dia pandai pula jaga rumah aku ni. Makanan dalam peti ais tu lauk yang dia masak siang tadi. Siapa je tak nak?" Automatik sebelah kening Hakim terjongket. Mawar ibarat satu pakej yang lengkap buat dijadikan permaisuri hati.

"Itu hak kau nak suka siapa-siapa. Aku tak kisah. Asalkan kau jangan nak rampas bini orang sudah." Penghujung ayat diakhiri dengan gelak ketawa.

Hakim pula bagai terpukul dengan guraun itu. Dia tidak rasa mahu menyambutnya. Perasaan Luth langsung tidak diambil kira. Diri itu hanya mahu mengikut kesedapan cita rasa.

***

Bertautlah mata di saat melangkah ke dapur. Luth melarikan pandangan ke arah lain. Wajah menegang memeta tafsiran rasa bencinya pada wanita tua itu. Tidak tahu berapa lama hati akan terus bertahan untuk mengasingkan kehadiran Puan Dalila dari hidupnya.

"Luth dah makan ubat? Demam lagi?" khuatir sang ibu. Wanita setengah abad itu segera mengelap tangan pada kain buruk untuk mendapatkan anak kandungnya.

Luth bertindak menapak ke belakang. Dia beransur pergi tanpa menjawab pertanyaan itu. Pintu bilik tidurnya ditolak lemah. Mata pun tak mahu menyaksikan hidup sendiri yang penuh dengan duri. Terduduklah lelaki itu di birai katilnya.

Cadar digenggam erat.

"Luthfi?" desis hati Luth. Apa nama sebenarnya jika nama di tag rantai itu selama ini adalah milik lelaki bergelar ayah? Nama sendiri pun dia tidak tahu. Ibu rumah asuhan ini pula ialah ibu kandungnya. Kadang-kadang Luth mahu tertawa sendiri.

Badan direbahkan ke atas tilam. Dia meringkuk di situ. Entah apa lagi kejutan yang bakal diterima. Sungguh dia penat dan lelah untuk menentukan kebenaran di sebalik setiap helaian kehidupan. Kadang dilihat seperti mimpi, dua kali lihat baru sedar itu realiti.

"Ya Allah..." bisik Luth.

Elusan lembut pada bahu menyedarkan lelaki itu. Air matanya jatuh dengan kekeliruan hidup.

"Abang okay tak?" soal Mawar yang baru selesai mencuci muka. Sudah siap untuk berehat setelah penat seharian bekerja. Gadis itu berbaring di sisi suaminya.

Luth menggeleng.

"Kenapa ni..." Wajah lelaki itu dilekapkan dengan kedua-dua telapak tangan.

"Abang rasa... Kusut sangat... Mawar tak ada siang-siang. Tak ada siapa nak duduk dengan abang." Hingga sekarang Mawar tidak tahu tentang khabaran ibu bahawa Luth itu anak kandung wanita bernama Dalila. Nafas hangatnya dihembuskan.

"Mawar ada," bisik Mawar buat meyakinkan lelaki itu. "Dah solat Isyak?"

"Belum," balas Luth.

"Kenapa tak solat?" Si bunga mengesat tangisan suami.

"Nak tidur. Sakit kepala," luah Luth. "Mawar kerja lagi esok?"

"Mawar kerja malam. Mungkin balik tengah malam paling lewat," khabar Mawar.

Kening Luth bertaut seketika. Mata yang berkaca-kaca memandang wajah si bunga. "Kenapa malam? Bukan selama ni pagi ke?"

"Ya... Tapi kalau malam dapat duit lebih." Pandangan Luth seolah dapat menghidu sesuatu yang tidak kena.

Lelaki itu mengelap tangisan sendiri. Dia perlahan-lahan bangkit dan duduk elok di atas tilam katil. Tangan Mawar ditarik agar gadis itu duduk searas mata dengannya.

" Mawar kerja apa sebenarnya?" Kini emosi lelaki itu bertukar lain. Dia tidak akan lepas dari memandang Mawar.

Mawar yang berbaju tidur turut duduk bersila. Pegangan Luth pada tangannya membuatkan diri itu sedikit gerun. Mata jadi takut buat membelas pandangan tajam sang suami.

"Mawar bersihkan rumah orang," jujur Mawar.

"Jadi kenapa perlu sampai lewat malam? Mawar buat apa sampai lewat malam dekat rumah orang?" musykil Luth. Berkerut keningnya menanti jawapan.

"Abang... Janganlah tuduh bukan-bukan. Kalau nak buat benda tak baik, Mawar tak akan beritahu abang yang Mawar nak keluar pukul berapa balik pukul berapa..." terang Mawar. Lengan lelaki itu disentuhnya. Betapa Luth sewaktu itu sedang kusut. Wajahnya pun tegang sahaja tak mahu menyimpulkan sebarang senyuman.

Si bunga ditatap Luth. "Boleh tak abang minta sesuatu dekat Mawar?"

"Apa?" tanya Mawar kembali.

"Boleh tak berbaki lagi beberapa hari ni, Mawar duduk dekat rumah je?" Tangan gadis itu kekal dipegang Luth. Hangat badan mengalir kepada gadis itu dalam kedinginan malam.

"Abang, Mawar tak suka abang buat perangai macam ni." Jawapan Mawar sudah terang lagi bersuluh. Dia tidak akan mensia-siakan peluang untuk menagih duit Hakim. Kalau tidak, mana mahunya ingin ke majlis makan malam keesokan hari. Mawar mula meleraikan jemari suaminya yang asyik menggenggam.

"Lagi beberapa hari abang nak bedah otak... Kenapa Mawar nak sibuk dengan kerja?" soal Luth sedikit kecewa. Pegangannya dileraikan.

"Mawar buat untuk abang. Cuba abang faham situasi Mawar." Tak habis-habis Luth mahu mengungkit perkara yang sama.

"Cuba Mawar faham situasi abang. Kepala abang nak kena tebuk lagi beberapa hari. Abang cuma minta Mawar duduk dengan abang sepanjang hari tapi Mawar tak nak. Macam mana kalau memang ni hari-hari terakhir kita?"

"Abang, berhenti bercakap ikut perasaan. Semua orang akan mati juga," keluh Mawar. Hatinya pula yang jadi sakit nak berbalah dengan lelaki itu. Untaian rambut hadapan dibawa ke belakang telinga.

"Okaylah." Biar diri itu sahaja yang mengikut perasaan. Rasa perit melihat perubahan Mawar dihadam seorang diri.  Luth kembali berbaring dan mengiring membelakangi Mawar. Sekejap sahaja gadis yang dikenalinya berubah. Entah apa Mawar lakukan di belakang, Luth pun tidak tahu. "Mawar pergilah kerja sampai bila-bila. Dah, jangan hirau pasal abang. Duit gaji Mawar tu pun tak payah bagi abang. Abang tak nak pergi hospital minggu depan," putus Luth.

"Berhenti jadi budak-" Mawar penat hendak melayan suaminya. Dia menahan geram yang terkubu di hati.

"Diam." Nada suara lelaki itu mengeras. Badan dihadapkan ke arah si bunga beserta jelingan helang. Kesabaran Luth teruji dengan sikap terbaharu Mawar ini. Mawar yang diibaratkan air dalam api kemarahan dahulu kini bertukar menjadi minyak yang akan menyemarakkan api menjulang tinggi.

"Mawar tak fahamlah dengan abang ni. Mawar cuma buat semua ni untuk abang, tapi abang tak habis-habis suruh Mawar teman abang macam abang ni budak kecil," luah Mawar. Begitu beria dia menceritakan kepenatannya.

"Mawar ingat abang nak duit tu? Abang tak hadaplah duit tu... Ambil duit tu pergi main jauh-jauh," bisik Luth dengan sengaja. Ayatnya jadi lagi tajam menghiris lidah Mawar. Sakit kepala yang hadir cuba ditahan dalam diam.

"Mawar tahu duit ni tak seberapa. Tapi tolong hargai penat lelah Mawar... Nak kena pam susu Aira setiap malan. Abang ingat tak penat? Mawar berkongsi makanan dan tenaga tau dengan Aira. Lepas tu kena kemas rumah orang... Balik-balik abang buat perangai macam ni. Mawar penat... Abang susah ke nak faham? Mawar penat fikirkan abang. Semua yang Mawar buat ni untuk abang. Mawar sanggup bela Aira demi abang juga. Tolonglah, abang... " Gadis itu menerima tempias kekusutan sang suami. Dia juga jadi penat andai mahu terus mengikut kepala Luth. Aira sudah dijaga seperti anak sendiri, sedang Mawar bukanlah seorang ibu. Baru berkahwin sebulan sudah dipaksa menyusukan anak, itu bukan perkara yang mudah buat Mawar. Disabar saja demi kebahagian Luth.

"Penat fikirkan abang? Jadi jangan fikirkan abang. Anggap abang dah tak ada," balas Luth yang akhirnya berbaring dalam cengkaman sakit. Kelopak mata diturunkan lelaki itu. Tangan menggenggam besi penghadang katil. Dia sudah penat dengan masalah hidup sendiri. Luth tidak mahu sesiapa memikirkan dirinya dalam keadaan terpaksa. Biarlah yang mahu fikir sahaja akan terus berada di sisi.

Gadis itu diam seribu bahasa. Mata perlahan-lahan jatuh menekur. Sungguh Luth tidak menghargai sekecil-kecil usahanya demi kebaikan lelaki itu.

Mereka berbaring saling membelakangi. Tiada Aira di tengah-tengah. Mawar tidak berkelip memenungkan rak baju yang menjadi permandangan malamnya. Bukan lagi wajah Luth yang menemani.

***

votexkomen
***

maaf lambat. biasalah kelas 9pagi sampai 4 petang haha. fuhh. dan maybe update lepas ni lambat sikit sebab nak edit Muslimah yang Tersingkir.

author nak terbit buku tu tapi tajuk dia kena ubah sebab tak nak redundant dengan buku yang sedia ada kt pasaran. Jadi cuba sumbangkan idea korang untuk ganti tajuk novel Akma dan Shahrul ni.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro