30 Terdesak

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Senyap je." Lelaki itu bersuara. Dia mencabut rumput yang sedang diduduki. Suasana pada malam itu begitu indah sekali dengan tebaran bintang di dada langit. Kawasan bukit itu membolehkan mereka berdua menjauhkan diri dari kesesakan kota.

Mawar asyik termenung dari tadi. Pakaian kerja masih tersarung si tubuh. Luth mengambilnya pulang seusai shift malam ini di warung makan. "Mawar rasa kosong. Abang tak rasa apa-apa?"

"Apa maksud Mawar?" Kedua-dua belah tangan dipasakkan ke lantai bumi sambil kaki berlunjur ke hadapan. Luth menoleh ke arah adik angkatnya. Kadang-kadang mereka lepak untuk mengambik angin luar sebelum pulang ke rumah.

"Entahlah, bang. Setiap hari Mawar bangun tidur, makan, pergi kerja, balik dan tidur. Rutin harian Mawar berulang. Mawar rasa kosong... Usia Mawar sedang berkurang setiap hari dan Mawar masih tak lakukan persiapan untuk mati. Mawar takut." Ayat terakhir si gadis berakhir dengan bisikan. Mawar merehatkan kepala di bahu lelaki kesayangannya.

Kening Luth berkerut hairan."Lain macamlah adik abang ni. Demam ke?" Kekura tangan menyentuh ruas dahi si bunga.

"Mawar serius, abang. Mawar kosong... Tak tahulah. Setiap saat rasa tak kena," ujarnya. "Abang tak terfikir nak berubah?"

"Ha?"

"Abang buat kerja haram dekat luar sana, minum arak... Main dengan perempuan... Abang tak pernah bosan?"

"Oh..." Senyuman nipis tercalir di bibir. Luth melingkarkan tangannya pada bahu Mawar. "Abang... Abang tak tahu nak mula dari mana. Mungkin ni memang takdir abang? Abang tak mampu nak ubah apa-apa... Abang cari duit pun untuk Mawar."

"Mawar boleh hidup dengan duit gaji Mawar. Dah lama Mawar tak sentuh duit pemberian abang. Semua duit yang abang beri ada dalam tabung..." balas gadis itu. Rasa hangat dari lengan Luth menjalar di bahunya yang lebih kecil berbanding Luth.

"Macam tu ke? Kenapa?"

"Tu duit haram. Mawar rasa tak tenang kalau guna duit tu. Maafkan Mawar kalau abang terasa..." Kepala menggeleng perlahan. Bayu malam menerpa sekali lalu. Lengan Mawar yang terdedah disilangkan ke dada dek sejuk.

Luth sedar akan perubahan suhu pada malam itu. Padanlah waktu sudah hampir 12 tengah malam.

Mawar tersenyum kecil. Ini bukan kali pertama Luth berbuat begini. Acap kali Luth menanggalkan jaketnya untuk disarungkan pada Mawar semata-mata. Lengan lelaki itu dipeluk erat ke dada. "Mawar sayang abang. Abang janji tak akan tinggalkan Mawar?"

"Abang cuma ada Mawar je dekat dunia ni. Kadang-kadang abang rasa kosong juga... Rasa penat nak pecah masuk rumah orang. Tapi bila teringatkan Mawar, Mawarlah yang akan jadi penguat semangat abang balik."

"Jadi, kenapa abang tak nak berubah?"

"Susah..." Geleng Luth. Bibir diketapnya. Dia tak mampu melakukan anjakan paradigma sedang hati telah lama bergelumang dengan maksiat.

"Kalau abang ada anak nanti, takkanlah abang nak biar dia tahu yang ayah dia ni mencuri... Minum arak..."

"Abang tak nak anak," balas Luth selamba. "Menyusahkan je kalau ada budak-budak."

Satu butang dipasang.

Mata Mawar tertumpu pada wajah sang suami. Lelaki itu sedang berdiri di birai katil sambil membaiki jaket jeans yang tersarung pada tubuh Mawar. Anak rambut diselindungkan di sebalik tudung sarung.

"Tak sejuk dah, kan?" Tangan Luth berakhir di perut kempis isterinya.

Mawar tersenyum lemah. Hangat dalam jaket Luth akan menjaganya pada malam ini. Bau wangian lelaki itu pun tersulam pada baju, membelai deria bau Mawar. Pada tangannya tertusuk satu branula. Ada drip air yang dihubungkan dengan tubuh dek dehidrasi. Seharian Mawar asyik muntah hingga kehilangan banyak air dalam badan.

"Ibu dah tunggu lama dekat luar. Abang kena balik," khabar Luth. Wajahnya bertukar sayu kerana tidak mahu meninggalkan Mawar di wad sendirian.

"Okay," akur Mawar. Dia yang terduduk di atas katil menghulurkan tangan.

Perlahan-lahan lelaki berseluar trek itu berlabuh di tepi Mawar. Kekura tangan isterinya dipegang dan dielus dengan ibu jari tangan. "Jaga diri," bisik Luth.

"Abang ni nak sedih sangat kenapa? Mawar tak lama pun dekat sini... Kalau esok suhu Mawar dah okay, doktor akan beri balik juga." Dagu Luth dicuitnya.

Nafas halus dihela Luth. Senyuman nipis dipaksa membentuk buat Mawar. "Abang tak sedap hati dari tadi..."

"Kenapa?" Mawar tidak mengerti. Mata memandang wajah sang suami.

"Abang tak tahu. Cuma rasa tak sedap nak tinggalkan Mawar... Dan baby. Abang risau kalau ada perkara buruk berlaku." Tangan kasarnya dibawa pula ke abdomen isteri. Permukaan itu diusap lembut. Tidak sangka sudah lama benihnya tertanam dalam rahim Mawar. Luth tidak tahu banyak mengenai perkara yang telah berlalu, tetapi hatinya yakin Mawar isteri yang baik. Jadi, itu ialah anaknya. Bakal darah daging sendiri.

Bulan pertama, perut sang isteri belum lagi membukit. Masih kecil dan lemah janin yang sedang 'tidur' di dalam.

Mawar terdiam di situ apabila melihat air mata Luth mengalir secara tiba-tiba. Tiada ribut mahupun hujan, siapa pula yang mengusik hati suaminya?

"Abang..." bisik si bunga. "Kenapa ni?" soalnya lembut. Air mata sang suami dikesat dengan hujung lengan baju. Mawar mejuihkan ulas bibir yang bawah.

"Abang tak sedap hati. Abang takut," kata Luth. Dia disapa dengan khabaran janin Mawar yang hampir sebulan usianya. Sungguh hati itu melonjak gembira. Namun, kini hadir pula satu rasa yang berbeza. "Abang takut kalau abang tak sempat nak besarkan anak dengan Mawar..."

Satu tumbukan lemah mengenai perut Luth. Kepala tertunduk menekur cadar katil hospital. "Abang cakap macam tu lagi... Mawar sekat nombor abang. Abang tak payah call Mawar dah." Setitis mutiara jernih menuruni lekukan wajah. Tumbukan itu dikenakan pada tempat yang sama. Getaran pada dada sendiri cuba ditahan.

Tidak habis-habis mahu ulang bicara yang akan menyakitkan hati. Mawar amat benci jika Luth terus menurus mengucapkan perkara yang sama.

Luth membatu di situ. Mawar sedang marah padanya.

"Abang suka cakap ma-macam tu..." Esakan Mawar makin jelas kedengaran. "Selalu cakap macam nak tinggal Mawar dah... Dah lah Ma-mawar mengandungkan anak abang... Langsung tak kesiankan Ma-mawar..."

Hati jantannya dijentik beberapa kali. Rasa bersalah menyelimuti diri. Luth tidak bermaksud untuk menyedihkan Mawar. Hanya hatinya yang berasa tidak enak sejak tadi lagi. Bagaikan ada satu perkara besar yang akan terjadi di luar jangkaan.

"Kalau abang nak tinggalkan Ma-Mawar... Baik Mawar tak payah mengandung." Tubuh dipencilkan dalam dakapan suami. Dia terus mengalirkan air mata tidak henti. "Mawar benci a-abang."

Satu ayat sahaja sudah mampu buat gadis muda itu terasa hati. Air mata pada tubir Luth mengering dibawa atmosfera bilik wad. Perasaan sendiri ditahan kerana tak mahu emosi Mawar bertambah celaru. Dia memeluk gadis kesayangannya lama buat menyalurkan kekuatan dan kasih sayang.

"Abang tak tahu apa akan jadi nanti. Tapi... Apa pun yang berlaku, cinta abang tetap pada Mawar seorang." Usah katakan apa yang akan jadi tidak diketahuinya, segala memori lama pun tidak mampu ditarik balik.

"Tak nak." Mawar mengesat wajahnya pada bahu baju lelaki itu. Selesanya jiwa berada dalam lindungan suami. Biar baju Luth yang menanggung tangisan mata.

"Dah... Abang nak balik ni. Jangan menangis. Insya Allah, esok abang datang jemput Mawar." Belakang badan Mawar diusap memujuk.

"Tak payah balik. Abang duduk depan mata Mawar." Kini, Mawar pula yang berubah fikiran. Kepala menggeleng beberapa kali. Lengan sang suami dipeluk rapat ke dada dengan niat hendak mengunci.

"Abang tak boleh buat macam tu... Abang kena balik rumah juga untuk jaga ibu dan budak-budak lain. Kan dah malam ni? Dekat rumah asuhan tu semuanya perempuan dan kanak-kanak. Abang sebagai lelaki-"

"Dah Mawar ni siapa nak jaga?" potong Mawar.

"Sayang... Dekat sini ada guard, ada nurse, ada doktor... Ramai, kan?" pujuk Luth. Dua ulas bibirnya dilabuhkan pada dahi gadis muda itu. Tak cukup sekali, bibirnya berlabuh pula atas kelopak mata Mawar yang sedang terkatup.

Pipi si bunga berona merah bak tomato. Liur ditelan kesat selepas menerima ciuman pengubat.

"Jangan menangis..." bisik Luth. Lelaki itu tersenyum kecil melihat perubahan drastik Mawar pada malam itu. Segala anasir luar dihapuskan daripada pipi si bunga. Tinggallah mata yang kemerah-merahan sahaja, yang kekal memandang Luth. Dia memilih untuk mendakap Mawar sekali lagi. Hanya dengan pelukan, kekerasan hati Mawar akan menjadi cair dengan hangat kasih sayang.

"Abang yang buat Mawar menangis. Semua salah abang..."Nafas  dalam ditarik Mawar, dada Luth ditolak perlahan. Wajah dibuat-buat merajuk. Dia henyakkan badan ke katil sambil memuncungkan bibir. Kesan ciuman disentuh gadis itu. Mahu sorok wajah di mana pun tidak tahu.

"Abang sayang Mawar. Jangan block nombor abang, ya?" pinta Luth. "Nanti abang tak boleh tertekan lagi nombor sayang. Ya, sayang?" Perut Mawar diusap lelaki itu.

"Hm..." akur Mawar. "Janji jangan cakap macam tadi lagi? Kalau tak.. Mawar menangis lagi teruk..." soalnya. Jari kelingking dihulurkan dengan harapan Luth menyambut.

Luth mengiyakan tanpa sebarang suara. Perjanjian dibuat lelaki itu.

Sebelum beredar, sempat satu kucupan hinggap pada dahi Mawar. Kain selimut putih pula dibetulkan Luth. Yakin Mawar tidak akan kesejukan dengan adanya jaket jeans tersarung pada tubuh.

***

"Aku akan tunggu dekat luar ni."

"Bayaran?" Pemuda di tempat duduk penumpang tersenyum sahaja.

Hakim menggeleng. "Bayaran hanya lepas kerja. Kerja kau mudah je. Kalau ada apa-apa yang berlaku luar perancangan, aku tak akan bayar," putusnya. Dia tidak akan sesekali memberikan wang pada orang yang belum berbakti kepadanya. Gaji Mawar pun diberikan selepas siap rumah dibersihkan.

"Okay."

"Lagi satu..." Tangan disilangkan ke dada dalam kegelapan malam. Enjin kereta telah dimatikan setengah jam yang lalu. Wajah Hakim dapat dilihat samar-sanar oleh perompak itu. "Jangan buat apa-apa pada budak-budak dalam rumah tu. Dorang ada tidur beramai-ramai dalam satu bilik. Kalau kau masuk ikut dapur, bilik yang kau akan jumpa dulu ialah bilik Luth dan isteri dia. Kau boleh buat apa sahaja dekat lelaki tu sampaikan dia rasa tak berguna tengok isteri depan mata nak kena perkosa. Jangan apa-apakan perempuan tu juga. Aku akan datang selamatkan perempuan tu. "

"Siapa lelaki tu? Dia kuat ke?"

"Tak. Dia baru lepas keluar hospital seminggu yang lalu. Badan pun tak larat lagi. Jadi kau boleh buat apa sahaja pada dia. Aku tak nak ambil tahu," balas Hakim. Biarlah Mawar tahu bahawa Luth itu memang tidak berguna dan tidak boleh dibuat suami. Manakala Hakim pula yang akan jadi penyelamat gadis itu. Moga terbukalah mata si bunga untuk menerima kehadiran Hakim dalam hidupnya. Mayat hidup seperti Luth harus disingkirkan dari mula.

Tanduk syaitan muncul sedikit demi sedikit. Tiada cara lain buat memenangi hati Mawar melainkan membuat gadis itu berhutang budi padanya. Juga tiada cara lain untuk jatuhkan Luth melainkan membuat diri itu tidak berguna seperti sampah. Hakim tersenyum sendiri. Nafsu sedang mengatasi akal kebijaksanaan. Makin malap cahaya akal ditenggelami lautan nafsu yang menginginkan Mawar sebagai isteri.

Tiada gadis lain di mata Hakim. Ke mana dia pergi pasti terlihat Mawar yang jelita. Orang seperti Luth tidak layak untuk memegang bunga yang indah, takut nanti habis dibuang sahaja.

Pemuda upahan itu mengangguk faham. Topeng berupa wajah yang telah terhakis disimbah asid diambilnya sebelum melangkah ke luar perut kereta. Kepala terdongak ke dada langit. Malam makin lewat saat itu. Pasti isi rumah rompakannya pun sedang terulik dalam lena.

Jarang sekali buat seorang perompak hanya masuk dan keluar dari rumah tanpa mengambil apa-apa. Kerana itulah sudah tersedia pisau belati di dalam sarung poket bersama-sama uncang beg.

Sambil menyelam sambil minum air. Dengan mudah pagar rumah diseberang pemuda berkumis itu. Dia menyarungkan topeng, wajah pun terselindung di sebalik rupa itu. Sepanjang melangkah ke laman belakang rumah, fikiran sudah terawang-awangan memikirkan keuntungan pada malam itu.

Kenapa suruh pura-pura perkosa? Jika dia boleh memperkosa dengan betul tanpa lakonan.

***
votexkomen
***

bersambung....

Dapatkan novel sulung saya yang telah terbit! Kos postage saya tanggung. Berbaki 8 hari lagi sebelum close PREORDER.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro