31 Darah

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Aira... Tidurlah," bisik Luth ditepi cuping telinga bayinya. Badan bayi itu ditiarapkan ke atas dadanya sambil tangan mencapai kain selimut.

Aira diam di atas sang ayah. Dia yang telah tidur sejak Maghrib tadi jadi cerah matanya. Bahkan terbeliak luas memerhatikan Luth yang sudah tersengguk. Lama juga Aira lena di kamar Aida sementara Luth dan ibu menghantar Mawar ke hospital. Jari kecilnya disumbat masuk ke dalam mulut. Meleleh air liur jernih bercampur susu pemberian Luth tadi.

Cahaya lampu bilik samar-samar sahaja. Luth tidak berani mematikan kesemua sumber lampu. Dia takut Aira akan bergolek entah ke mana. Itu pun jika Aira mampu meniarap dengan sendiri. 

Sebelah mata dibuka Luth. Tangan kanan sedang memegang botol susu kosong sambil menyendal badan Aira daripada terguling jatuh dari dadanya. "Sayang..." bisik Luth.

Satu kain napkin merah jambu dibawa ke hujung vermilion anaknya. Sisa air liur itu dikesat sebelum tubuh gempal Aira diturunkan ke katil. Lelaki berkenaan mula mengiring dan memeluk Aira yang bagaikan anak patung pada matanya.

Dua beranak itu berkongsikan selimut yang sama. Mata hitam Aira membulat dalam dakapan ayahnya. Jari masih dihisap. Tepukan pada tubuh membuatkan Aira terlali. Perut sudah kenyang dengan susu, lampin pula sudah lama ditukar Luth. Tiada alasan buat dirinya membuat bingit tangisan. Lama-kelamaan anak itu menjatuhkan bukaan kelopak mata. Kasih sayang mengalir pada Aira tidak henti walaupun dia hanyalah anak buangan.

Namun, tiba-tiba sahaja si kecil itu merengek. Tepukan Luth tidak berjaya meredakan tangisan Aira malah ia bertambah bingit. Terus segar mata Luth. Dia bingkas duduk dan memeriksa setiap tubuh bayi di hadapannya ini. Takut pula kulit mulus Aira digigit serangga tanpa sedar.

"Kenapa ni awak?" soal Luth lembut. Dia terpaksa turun dari katil dan menggendong tubuh berisi Aira. Belakang bayinya terus diusap sambil bibir melafazkan zikir di cuping telinga dengan harapan Aira akan bertenang.

Perangai yang dibuat makin menjadi-jadi. Luth pasrah di tengah-tengah laman bilik. Mundar-mandir semenjak tadi untuk melekakan Aira, hasilnya penat sahaja. Dia jadi mati akal.

"Aira nak apa? Cakap dekat abah," ujar Luth pada mata yang sedang terpejam rapat. Mulut tidak henti-henti merengek. Kalaulah Aira boleh berikan jawapan, pasti mudah hidup Luth.

"Tak apa... Abah ada dengan Aira. Shh... Mama tengah rehat dekat hospital dengan baby." Lelaki itu leka mendakap tubuh bayinya. Kaki terus menapak ke luar bilik mahu ke dapur. Dia perlu memeriksa bekalan susu Aira dahulu. Sungguh dia tidak menjangka Mawar akan ditahan di hospital, maka tidak sempatlah gadis itu mengepam susu buat bayi mereka. Apa yang ada di peti, itu sahajalah baki susu yang ada.

"Nanti Aira dapat adik. Mesti seronok, kan? Nanti orang tanya, eh awak ada kembar ke?" kata Luth. Pipi montel Aira dikucup lembut. Nampaknya tangisan Aira sudah berjaya dipatahkan. Tersendu-sendu memandang wajah sang ayah.

"Tapi abah tetap sayang Aira, sebab Aira anak abah," sambung Luth. Hidung kecil Aira dikesat dengan telapak tangan. "Dah  keluar hingus dah anak abah..."

"Dah ya? Jangan menangis. Abah tak curi-curi tidur dah. Abah nak teman Aira." Senyuman lelaki itu terkoyak melihat anak kecilnya khusyuk mahu mendengar omelan sendiri. Bunyi suara yang dibuat Aira seolah-olah mahu bersembang juga.

Tangan menarik pintu peti sejuk. Hampa sekali di bahagian kotak bawah tidak terdapat apa-apa botol susu. "Alamak... Susu dah habis. Aira la ni habiskan bekalan susu kita. Macam mana abah nak buat ni." Pelipis sendiri yang tidak gatal digaru.

Jam dapur menunjukkan pukul dua pagi. Adat kehidupan ibu bapa, di awal-awal kebiasaannya masa tidur mereka akan terganggu gara-gara si kecil yang mahu bersengkang mata. Begitu besar pengorbanan Mawar pada Luth sebelum ini. Sanggup ke hospital demi menguruskan suami, di rumah pula terpaksa menyusukan Aira yang tentu-tentu suka bertempel dengan Mawar. Tidak termasuk lagi perangai Aira yang kadang-kadang suka berjaga pada pagi buta.

"Mama hebat kan Aira?" Luth tersenyum nipis. Sedang mengandung pun boleh jaga diri itu dari hujung rambut hingga hujung kaki. "Abah kena jaga Aira lepas ni. Abah tak nak sakit-sakit dah..."

Belum sempat punggung berlabuh di atas kerusi meja makan, pendengaran Luth disapa pula satu bunyi suara asing. Tindakannya terhenti. Suara itu berpunca daripada bilik sebelah. Jantung berdetak laju.

Yang didengari itu adalah suara lelaki dewasa. Seharusnya hanya Luth seorang sahaja lelaki yang ada di rumah itu. Mujurlah Aira seakan memahami. Luth segera melangkah ke bilik Aida. Tombol pintu kamar gadis berkenaan mudah sahaja dinyahkunci.

Sebelum pergi memeriksa apa yang sedang berlaku, Aira harus ditempatkan di kawasan yang selamat. Khuatir keadaan bertambah buruk, langsung membahayakan nyawa si kecil ini.

Aida yang terpisat-pisat memandang wajah Luth dalam kegelapan malam. Seorang gadis lagi sedang terbaring lena tanpa sedar akan apa-apa. Aida agak terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Tangan mahu menggerak rakan sebelahnya untuk bangkit juga. Mulut yang hendak dibuka diketapkan apabila Luth membuat isyarat diam. Aira diserahkan pada Aida tanpa tunggu sesaat dua.

"Kunci pintu. Jangan keluar walau apa pun berlaku," ujar Luth lalu pergi begitu sahaja. Pintu bilik dikatup perlahan-lahan.

***

"Mana kau letak barang kemas kau? Jangan nak buat-buat tak tahu," ujar perompak berkenaan.

Ibu masih menggeleng menafikan pertuduhan itu. Dia tidak punya apa-apa barang kemas kerana pernah digadai untuk bayaran kos perubatan Luth tika kemalangan beberapa bulan yang lalu. "Tak ada..."

"Mana telefon kau?" Lelaki itu berubah arah. Penat meminta barang kemas dari tadi, hati naik meluat dengan wajah simpati wanita tua itu.

Puan Dalila mahu mengambil tas tangan di bawah meja. Namun, sekelip mata pegangan bertukar. Lelaki itu merampas dengan kasar sehingga tangan ibu terasa sakit rentapan. Ibu diam membisu berdiri di birai katil. Hati itu hanya mengharapkan Luth untuk hadir memyelamatkannya. Luth sedang tidurkah?

"Mana lagi duit yang kau ada?" soal perompak berkenaan. Nampaknya dia seperti tidak berpuas hati lagi setelah memperoleh telefon pintar dan sejumlah wayang. Baginya usaha memecak masuk tidak berbaloi jika hendak dibandingkan hasil dapatan di tangan.

"Itu je yang ada," jujur ibu.

"Nyawa atau duit? Kau pilih yang mana?" Perompak itu tersenyum sinis. Beg tangan Puan Dalila disandang ke bahu. Jarak mereka hanyalah lebih kurang satu meter.

DUSH

"Kau sayang nyawa kau atau kau nak aku  pukul sampai mati?" Luth benar-benar bengang. Mata helangnya mencerlung ke arah lelaki asing itu. Dia segera memegangan tangan ibu, menarik wanita kesayangannya agar berlindung di belakangnya.

Perompak yang tersentak dengan tumbukan Luth kembali berdiri tegak. Masih terngiang-giang kata-kata Hakim bahawa ada seorang lelaki di rumah itu. Katanya baru lepas pulang dari hospital atas pembedahan kepala. Seraya dengan itu penumbuk dikepal.

Wajah pemakai topeng kulit tidak kelihatan. Serangan hendap Luth tadi hampir saja menanggalkan topeng itu.

"Aku bagi peluang untuk kau tinggalkan rumah ni dengan cara baik. Aku dah telefon polis. Makin lama kau terpacak dekat sini, makin hampir kereta polis nak sampai," ujar Luth. Dia belum sempat lagi untuk memeriksa keadaan bonda kesayangan.

"Aku boleh pergi tapi dengan syarat... Hanya selepas aku rasa bini kau."

Penyataan perompak itu menghangatkan lagi hati Luth. Membuak-buak api kemarahan saat itu. Berani sungguh dia menempah maut. Seraya dengan itu Luth menerkam lelaki bertopeng di hadapannya hingga mereka berdua rebah ke atas lantai. Pergelutan awal memihak kepada Luth apabila dia kekal di atas badan perompak yang terbaring. Kedua-dua kaki mengunci pergerakan anggota bawah. Bertubi-tubi juga penumbuk memakan wajah sampah masyarakat itu.

"Sekali lagi kau sebut tentang bini aku..." Luth menarik leher baju perompak itu. Dada beralun dengan pantas.

DUSH

Satu penumbuk menhentam bawah dagu Luth. Hanyir darah merah bercampur dengan liur menjadi satu. Perompak berkenaan tersenyum kemenangan. Dari tadi dia mencari titik lemah Luth buat serangan balas. Tubuh Luth ditolak ke tepi dengan kasar.

Lidah Luth berasa kebas. Tajam gigi menghiris isi lidahnya hingga terbelah. Dia tidak mampu bercakap dengan aliran darah yang tidak henti. Apabila wajah menekur lantai, laju tirihan darah menitis ke bawah. Tangan dipasakkan, dia terleka seketika. Badan cuba menerima rasa perit belahan lidah. Reseptor sakitnya teransang.

"Baru tumbuk sekali dah tumbang? Aku dah kata yang aku hanya pergi selepas aku rasa bini kau!" Perompak itu bercadang mahu ke pintu. Helaan ketawa memecak benak seakan-akan mengejek Luth yang terduduk di atas lantai.

Sekali lagi kesabaran Luth teruji. Dia amat khuatir jika perompak itu benar-benar punya dendam terhadap Mawar. Jika lepaskan perompak itu pada malam ini, tidak mustahil pada minggu hadapan keadaan akan berulang lagi kerana tidak berpuas hati dengan ketiadaan Mawar. Mujurlah Mawar sedang berehat di katil wad hospital, jauh daripada ancaman bahaya.

Luth bingkas berdiri. Hujung bibir dikesat dengan kekura tangan.

Senyuman diukir perompak itu. Dia sedikit kagum melihat kecekalan Luth walaupun kawasan bawah bibir dibasahi darah merah pekat.

Pergelutan mereka dilangsungkan tanpa mengira titisan darah. Sekejap Luth di atas, kemudian dia tertolak ke bawah dan dipukul wajahnya. Dada masih berombak kuat bagaikan badai menghempas pantas. Ada dua orang anak dara di bilik sana, Luth perlu buat sesuatu juga. Tak mahu apa-apa terjadi kepada pengasuh muda yang menjaga Aira selama ini. Sejak tadi yang disebut hanyalah Mawar. Maka Luth dapat meneka sasaran perompak inu hanya satu.

Pasu kaca berhampiran dijadikan senjata yang menghempas tepat ke tempurung kepala lelaki asing itu. Darah merah mengalir menuruni lekukan pelipis dan tulang pipi. Beg tangan ibu dirampas Luth kembali.

Luth perlahan-lahan berdiri dan mendapatkan Puan Dalila. Dia mendakap tubuh ibu erat sebelum memeriksa apa-apa kecederaan bondanya.

"Luth, darah..." bisik Puan Dalila. Terkesima melihat bibir Luth.

Luth menggeleng kecil. Dia menahan pedih itu dalam diam. Tidak dapat bersuara, pergerakan lidah cuba diminimakan. Sengatan kacip gigi sendiri  amat menyakitkan.

Pisau belati dari poket sudah berada di tangan. Bilahnya yang tajam bersinar sedia mempertahankan diri. Lelaki itu bangkit meluruskan lutut. Hampa tiada dapatan pada malam ini. Dia tidak akan izinkan perkara itu untuk berlaku. Badan Luth ditolak ke tepi dengan kasar sebelun dia mengambil Puan Dalila sebagai tawanan.

"Beri semua duit kau. Dan bawa isteri kau ke sini."

Suasana menjadi sunyi sepi. Halaan mata pisau menusuk tepat ke perut. Bahagian abdomen bawah ditikam dengan belati.

***

votrxkomen

***

7 HARI MENCINTAI- EH! BUKAN. TAPI 7 HARI SEBELUM TUTUP ORDER NOVEL PERTAMA SAMPERITMILO!

Fuh, free postage ya anak2 ke seluruh Malaysia termasuklah Sabah&Sarawak! FREE FREE FREE

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro