TEASER 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Sya, bangun. Makan sikit. I buatkan you bubur oat. Nasi goreng favourite you tu I simpan dalam fridge. Esok you boleh makan masa breakfast."

"Sakitlah..." Terdengar suara Firsya mengadu. Kedengaran menggumam kerana muka yang terpekap comforter.

"I tahu. Memanglah perut you akan sakit. Tak habis-habis you dengan drama 'makan hati'. Bukan best pun."

Firsya Elana merengus kencang. Kalihkan muka memandang lelaki yang elok duduk di hadapannya itu, terus Firsya bangkit. Tercerlung biji matanya memandang Luthfi Hakim.

"I buatkan you bubur oat. Kali ni tolong makan. Jangan degil! Nanti you jugak yang sakit, bukan I." Luthfi Hakim capai mangkuk bubur dari dalam dulang. Kaup balik dengan sudu sebelum dia suakan ke mulut gadis itu.

Masih Firsya dengan pandangan tercerlung. Muka ketat.

"Best kan orang yang tak pernah pandai nak 'makan hati' ni? Bahagia aje hidup." Firsya Elana berkata-kata. Sebal!

"You yang memilih untuk tak bahagia, Sya. Bukan salah I." Luthfi Hakim membalas bersahaja. Tak pernah rasa dia bersalah juga.

"You!"

"Syhh! Makan." Sudu didekatkan lebih hampir. Terpaksa Firsya buka mulut untuk menerimanya.

"Good girl." Luthfi Hakim tersenyum senang. Tangan naik menepuk rambut kusut di kepala Firsya Elana.

"Don't touch me!" Terus dapat amaran. Siap ditepis kasar.

"Sorry," pinta Luthfi Hakim perlahan.

Bubur kembali dicedok lalu dia dekatkan ke mulut Firsya Elana. Tak banyak songeh dah, terus ngap. Seketika kedua tangan gadis itu naik membetulkan rambut di kepala.

Luthfi Hakim terkesima memandang. Liur diteguk perlahan.

Setiap tingkah Firsya memang membuatkan dadanya berantakan. Lebih-lebih lagi dengan baju tidur yang agak seksi. Turunkan tangan bila isterinya siap menyanggul rambut ringkas, leher baju tidur cotton gambar Minnie Mouse itu terus jatuh rebeh ke sebelah bahu. Nasib baik kaki panjang yang terdedah tadi sudah ditutup dengan comforter. Kalau tidak, mahu dia mati terduduk di situ.

"You please... jangan goda I. I lelaki normal."

Kerut dahi Firsya. Letakkan segelas susu yang dia dah teguk separuh, muka Luthfi Hakim yang ada di depan matanya dipandang. Jelas berubah warna.

"You cakap apa ni? I tak pernah teringin nak goda you, Encik Luthfi Hakim." Berkeroyok sudah muka Firsya. "You yang masuk sini, bukan I ada jemput."

"Fine. Makan lagi." Sudu ketiga disuakan. Tertolak kepala Firsya ke belakang sebelum mulut terpaksa dibuka.

"Dah! I boleh makan sendiri." Firsya kembali merengus. Mangkuk bubur dari tangan Luthfi Hakim dicapai kasar. "You boleh keluar sekarang." Telunjuk menuding ke belakang.

"I tunggu sampai you habis makan. Kalau tidak, you mengelat." Mata Luthfi Hakim tak lepas daripada meneroka. Ikutkan rasa, mahu dia tarik jatuhan leher baju tidur isterinya lebih bawah. Bukan dia tak tahu langsung tak ada alas di bahagian dalam.

My god! Dia dah kenapa? Kalau Firsya tahu apa yang ada dalam kepalanya, mahu kena lempang lagi.

"Okey dah! Habis!" Kelentung! Bunyi sudu terkena mangkuk bubur di tangan Firsya Memang dah kosong.

Masa mana isterinya makan pun Luthfi Hakim tak perasan.

"Dah! Keluar... uhuk! Uhuk!" Firsya tersedak. Merah mukanya.

"Kan dah tersedak. Gelojoh sangat!" Luthfi Hakim sempat marah. Mangkuk bubur di tangan Firsya dicapai sebelum dia hulurkan segelas sir kosong yang turut dibawa bersama.

"Uhuk! Uhuk!" Merah muka Firsya menahan rasa. Tangan kiri menepuk-nepuk dada sambil air dalam gelas diteguk demi melegakan tekak.

Seketika tingkah Firsya terhenti. Tundukkan kepala yang terdongak kes meneguk, gelas dijauhkan dari mulut. Luthfi Hakim yang berwajah risau di hadapannya dipandang. Kemudian mata Firsya jatuh pada dada sendiri sekali lagi.

"Uhuk!" Firsya tersedak air yang masih ada di dalam mulut pula. Nyaris tersembur!

"Sya! Ya Allah! You ni dah kenapa? Apa hal yang gelojoh sangat?" Luthfi Hakim mencapai gelas dari pegangan isterinya. Tangan kanan dipanjangkan menjangkau bahu lalu belakang badan Firsya ditepuk-tepuk perlahan. Mahu membantu melegakan rasa.

"Don't touch me! You ni kan, pandai sangat nak ambik kesempatan." Firsya kembali menolak kasar tangan Luthfi Hakim. Dalam keadaan dia masih mengawal perit di dada.

Semuanya kerana lelaki itu.

"I ambik kesempatan apa. I cuma nak tolong you. I masak untuk you. Bawak naik sini suruh you makan sebab tak nak you sakit. Semua tu you anggap ambil kesempatan ke?" Luthfi Hakim turut naik berang. Kenapa setiap perkara yang dia lakukan dipandang Firsya Elana hanya sebelah mata?

"Tadi tu mata you pandang mana?" Firsya bertanya lantang, turut tak mahu kalah. Tangan sudah membetulkan leher baju tidur yang mendedahkan bahagian tubuhnya.

"Pandang mana? I pandang dada you aje sebab you dah tunjuk." Tak ralat Luthfi Hakim mahu mengaku. Itu juga yang dia maksudkan dengan Firsya menggodanya.

"You memang jantan tak tahu malu, kan!" Merona muka Firsya Elana. Lebih-lebih lagi dengan jawapan bersahaja daripada Luthfi Hakim. Tak pernah akan ada rasa bersalah.

"Yup! You're right. I memang jantan. Dan I takkan malu nak pandang. Because you are my wife, Firsya Elana. I berhak buat semua tu bukan setakat pandang, kan?" Bergerak terjongket kedua kening Luthfi Hakim. Memang sengaja mencabar kesabaran gadis itu.

"You kan, memang makin sewel sekarang. Keluar!" Firsya kembali menjerit. Sudah menyendeng tubuhnya ke belakang bila Luthfi Hakim tiba-tiba mendekatkan muka.

"Okey. I keluar. I pun tak nak duduk sini lama-lama bila you memang nak goda I."

"Stop it, Luthfi Hakim. Takde masa I nak goda you," balas Firsya tak mahu kalah. Comforter turut ditarik naik ke leher.


VOTE & COMMENTS ARE VERY APPRECIATED.

_FROM_ME_WITH_LOVE_

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro