TEASER 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Punggung dilabuh ke atas permaidani bulu. Kedua lutut naik ke dada, kaki disilangkan sambil matanya tunak memandang. Menatap keindahan wajah si isteri yang belum menjadi seorang 'isteri' dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Walaupun 10 bulan telah berlalu.

"Sya... perlu ke I lepaskan you? Padahal I cintakan you. Tak boleh ke you terima I tanpa kompromo?" Luthfi Hakim berkata-kata sendirian. Wajah di depan matanya dipandang sebelum tangan kanan bergerak mahu menyentuh. Namun terhenti.

"You memang nak I lepaskan you ke? Sebab dalam hati you hanya ada lelaki lain. Dan lelaki tu bukan I walaupun macam mana I berubah sekalipun." Sambung ayat, jemari Luthfi Hakim singgah ke kepala isterinya. Rambut Firsya Elana dielus lembut sebelum jemarinya turun pada pipi. Dan akhirnya tetap akan tiba pada ulas mongel yang cukup menggoda itu.

"Kalau you nak I buat semua tu, please... jangan goda I. Jangan sampai I jadi tamak." Tangan ditarik kembali. Luthfi Hakim sembamkan muka pada lutut yang rapat ke dada.

Sesaat kemudian terasa sesuatu jatuh ke atas kepalanya. Dongak, tubuhnya sudah diselubungi comforter yang seketika tadi elok menyelimuti tubuh Firsya Elana.

Cepat-cepat Luthfi Hakim menarik comforter tersebut daripada terus menutupi muka. Pandang ke sofa, susuk tubuh Firsya sudah tiada. Kalih ke kiri, dapat dia lihat gadis itu sudah meniti anak tangga untuk naik ke tingkat atas. Dengan langkah yang jelas dihentak-hentak.

Alamak! Firsya dengar lagi apa yang dia kata? Masalah!

"Sya!" Lantang Luthfi Hakim menjerit.

Bangun lalu padamkan televisyen, terus dia menerpa ke arah tangga. Langkah kaki Firsya Elana diekori sebelum dia menarik tangan gadis itu.

"Don't touch me!" Firsya berteriak kuat. Melarang. Wajahnya mencuka. Sakit hati terasa menggigit!

"Sya, I..."

"You memang hipokrit, Luth! Mulut mengaku sayang tapi dalam masa yang sama, you memang ada niat nak lepaskan I. Siap babitkan manusia lain lagi."

"Sya... listen to me..." Luthfi Hakim berusaha meraih tangan isterinya yang sudah tergawang-gawang. Kedua mereka masih berdiri di atas kaki tangga.

"I've told you, don't touch me, Luth. Kalau you memang tak pernah ada niat, jangan nak baik-baik dengan I macam ni. You buat I malu pada diri sendiri, tahu tak!" Firsya menjerit nyaring. Naik saruk suaranya dalam meluahkan geram. Dengan rasa dendam yang bukan sedikit lagi. Menggunung-ganang di sudut jiwa.

"Sya..." Luthfi Hakim naik satu anak tangga.

Berdiri di depan Firsya Elana, tetap dia berusaha menenangkan isterinya yang tak sudah meronta. Gaya memang tak sudi diri itu disentuh lagi.

"I dah bagi hint macam-macam, tapi you buat tak nampak, buat bodoh aje. Dah tu you nak suruh I buat apa lagi?" Firsya terus berteriak. Bergema di dalam ruang banglo mewah itu. Tak sudah juga dia menolak tubuh Luthfi Hakim supaya menjauh.

"Lepaskan I, Luthfi Hakim!"

"Firsya Elana!"

"Jangan sebut nama I, Luth. Jangan nak pura-pura sayangkan I. Padahal dalam hati you tu niat dah lari jauh." Kembali Firsya menepis kedua tangan Luthfi Hakim. Telunjuk menekan kuat ke dada lelaki itu. Menunjukkan tempat di mana letaknya seketul daging bernama hati.

"Sya, I'm sorry..."

"Don't! I takkan maafkan you sampai bila-bila, Luth. Cukuplah you buat I terhina. You pun memang nak tunaikan permintaan I, kan? So tak payah nak tunggu 18 Jun lagi. Cer.." Ayat Firsya Elana mati. Tapak tangan Luthfi Hakim cukup rakus menekup mulutnya. Tangan kiri menarik belakang kepala, mendekatkan jarak di antara wajah mereka.

Bening pandangan mata lelaki itu terasa menusuk sampai ke dasar hatinya.

"I'm sorry, Firsya Elana. I'm so sorry. But it's true. I love you."

Firsya berusaha geleng kepala. Air matanya sudah melimpahi tebing takungan. Kembali dia meronta untuk melepaskan diri. Namun, kejap pegangan Luthfi Hakim tak memberi peluang kepada diri. Jalan terakhir, Firsya angkat lutut tinggi.

"Sya!"

Urgh! Terlepas pegangan Luthfi Hakim. Tertunduk lelaki itu menahan senak.

"Just go to hell, Luthfi Hakim!" Serentak Firsya menolak bahu lelaki itu dengan kedua tangannya. Sekuat hati. Sekelip mata juga tubuh tegap itu bergolek jatuh ke bawah.


VOTE & COMMENTS ARE VERY APPRECIATED.

_FROM_ME_WITH_LOVE_

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro