TEASER 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Sya tinggal kat mana sekarang? Balik rumah please, kita bincang."

"I dah bagi tahu you, kalau you tak keluar dari rumah tu, I yang akan keluar!" Berbinar pandangan mata Firsya Elana. Berkali-kali dia menepis tangan lelaki itu yang masih berusaha mahu memegang lengannya.

"Balik rumah dulu. Kita bincang, Sya." Luthfi Hakim seakan merayu. Redup riak wajahnya jelas bertentangan dengan rupa menyeringai Firsya.

Dua hari gadis itu menghilang, memang dia tak tahu di mana isterinya berada. Alia lagi tak tahu. Siap terkejut bila mendengar berita tersebut. Tapi Luthfi Hakim rasa bersyukur kerana Firsya masih datang ke kafe untuk bekerja. Sekurang-kurangnya dia tahu gadis itu baik-baik sahaja.

"Don't touch me! You ni tak faham bahasa ke apa? Jangan sampai I terajang you kat sini pulak!" Firsya menjerit semakin lantang.

Dia berusaha menepis namun Luthfi Hakim bagai tak kenal erti putus asa. Sudah terundur langkahnya sebelum belakang tubuh terhalang pada badan motosikal yang terparkir.

"Sya, please... balik rumah dulu."

"I takkan balik selagi you tak keluar dari situ!"

"Okey. Abang akan keluar. Dengan syarat Sya balik dulu."

"No need! You tinggallah kat situ sorang-sorang. Sampai mereput. Jangan ganggu I lagi!"

"Firsya Elana. Tolong dengar cakap abang sekali."

"No! And never!" Lantang ayat itu diungkapkan. Dengan riak wajah lagak mencabar. Tak teragak Firsya menentang pandangan mata Luthfi Hakim.

"Sya...

"Just go, Luthfi Hakim. I don't need you anymore."

"Masalah takkan selesai..."

"So ceraikan I..."

"Firsya Elana! Boleh tak you jangan nak sebut ayat tu sesuka hati!" Terkejut, Luthfi Hakim turut membentak. Dalam tak sedar. Kesabaran di dadanya juga turut menipis.

"Boleh tak you buat apa yang I suruh, Encik Luthfi?" Firsya kembalikan soalan dengan gaya menganjing.

"No! And never!" Giliran Luthfi Hakim menggunakan patah perkataan tadi. Mukanya semakin merona tanda menahan rasa.

"Dahlah Encik Luthfi. Pergilah. Jangan sampai maruah you tercemar kat sini." Firsya benar memaksudkannya.

Dari dalam ruang kafe dengan dinding cermin bersifat telus pandangan, bukan ada seorang dua yang sedang menjadi saksi. Bukan setakat pelanggan, encik bos pun ada sekali. Alia turut muncul dari dalam. Menolak pintu kafe lalu keluar dari ruang tersebut. Pandangan legat pada mereka dengan muka yang berkerut.

Luthfi Hakim berkalih ke belakang. Turut ternampak di matanya apa yang Firsya Elana sebut. Tapi kali itu dia sudah tak peduli.

"Sya tinggal kat mana sekarang? Bagi tahu abang. Kalau Sya tak nak balik rumah, abang..."

"Jangan mimpi I akan bagi tahu you, Encik Luthfi Hakim!" Firsya tetap dengan tingkah yang tak menunjukkan dia peduli pada semua itu. Tak gentar juga menghadap wajah di depan matanya.

Kerana hati dalam dada sudah membusung dengan benci.

"Sya..."

Firsya menepis kembali sebelum dia melangkah naik superbike kesayangan. Kunci dimasukkan, pulas hidupkan enjin. Tak sampai sesaat berbunyi, enjin sudah mati. Kunci turut hilang. Masuk ke dalam poket slack biru navy yang Luthfi Hakim pakai.

"Eh! You ni dah kenapa?" Tahap bengang Firsya semakin menjadi-jadi. Melangkah turun dari motosikal, helmet rakus ditanggalkan dari kepala.

"Bagi tahu abang dulu Sya tinggal kat mana sekarang?"

"Mind your own business, Encik Luthfi.

"You pun memang termasuk dalam urusan hidup I, Firsya Elana. Because you are my wife!" Luthfi Hakim turut membalas lantang. Kali pertama juga ayat itu diungkap dalam khalayak umum.

Ramai juga yang berhenti jadi penonton di bahu jalan. Siap merakam dengan telefon lagi. Confirm akan viral muka dia dan Firsya sekejap lagi.

"Sebab tu I nak you..."

"Don't say that words, Firsya Elana. Atau I akan kiss you kat sini." Luthfi Hakim mula mengugut. Telunjuk menuding tanda dia serius dengan amaran tersebut.

Bulat biji mata Firsya membalas pandangannya. Namun, riak di wajah itu langsung tak berubah.

"Fine! Just do it, Luthfi Hakim. Kiss me!" Firsya mencabar, langsung tak teragak. Capai hujung telunjuk lelaki itu, wajahnya didongakkan supaya lebih dekat.

Giliran Luthfi Hakim membulat biji mata. Langsung tak menduga akan mendengar jawapan sebegitu. Dengan tingkah Firsya yang semakin merapatkan jarak antara mereka, dia juga yang naik cuak. Apatah lagi bibir merah Firsya yang sepanjang masa dia idam-idamkan ada dekat di depan mata.

"Sya..."

"Kiss me... if you dare." Firsya Elana semakin angkuh mendongak.

Kerana dia tahu Luthfi Hakim takkan berani. Aci kerat jarilah kalau lelaki itu mahu buat. Dengan penonton yang semakin bertambah bilangan.

"Firsya..."

Heh! Firsya Elana tersenyum sinis. Hujung telunjuk Luthfi Hakim dilepaskan sebelum hujung telunjuk sendiri menolak kuat dada yang berbalut sut biru itu.

"Jangan berani sebut apa yang you tak mampu nak buat, Luth. Jangan pandai berjanji, tapi you mungkiri. Jangan nak jadi manusia munafik!" Meletakkan seruan di ayat terakhir, kian sinis senyuman yang tercarik pada ulas bibir Firsya.

Melihat Luthfi Hakim sempat pejamkan mata dengan nafas yang terhela dalam, Firsya seluk poket seluar lelaki itu. Tanpa berfikir panjang. Kunci motor dibawa keluar. Senyum sinis sempat dihadiahkan sambil dia goyang-goyang kunci di tangan. Memang gaya menganjing teruk.


VOTE & COMMENTS ARE VERY APPRECIATED.

_FROM_ME_WITH_LOVE_

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro