Chapter 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Sue!" panggil Gempa.

Sue terus berhenti melangkah. Sue hanya diam tanpa berpusing memandang Gempa.

"Sue... Kenapa ni? Ada sesuatu tak kena ke?" soal Gempa.

Sue hanya diam. Tidak berkata-kata walau sepatah perkataan sekalipun. Gempa kelihatan seolah ingin menangis. Dia baru ingin membuka tetapi Sue lebih pantas memotongnya.

"Tolong lupakan aku. Aku bukan manusia Gem... Semua ni demi kalian" ucap Sue.

Perlahan-lahan, Sue mula melangkah pergi. Mula meninggalkan Gempa. Gempa mula mengejar Sue tetapi semakin dia mengejar Sue, semakin jauh jarak mereka.

"Sue!!" jerit Gempa.

Gempa terus bangun dari tidurnya. Dia memandang sekeliling sebelum menekup wajahnya.

'Hanya mimpi tapi seolah benar' bisik Gempa di dalam hati.

Gempa terus bangun dari katilnya. Dia terus masuk ke bilik air lalu mandi. Selepas selesai mandi dan pakai baju, Gempa terus turun kebawah menunju ke dapur. Kelihatan para elementels yang lain sedang bersarapan kecuali Sue. Kelihatan Sue tiada di situ.

"Mana Sue?" tanya Gempa.

"Entahlah. Bila kami masuk dapur, dah ada sarapan siap atas meja. Kami tak nampak langsung Sue pagi ni" jawab Blaze.

Gempa hanya menghela nafas mendengar jawapan Blaze. Dia terus duduk diantara Halilintar dan Taufan. Dia hanya makan tanpa berkata-kata.

'Mana kau Sue?' soal Gempa di dalam hati.

💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟

"Lagi... Sikit" kata Sue.

Kelihatan sebuah permata berwarna jingga berhampiran jurang boleh jatuh bila-bila masa. Akhirnya, Sue berjaya mencapai permata tersebut.

"Fuh... Akhirnya, dapat pun permata Zircon ni walaupun aku terpaksa masuk ke dalam hutan" kata Sue.

Ketika ini, Sue berada di hutan Pulau Rintis. Sue terus menyimpan permata tersebut ke dalam poket bajunya. Dia terus berjalan keluar dari hutan tersebut. Tiba-tiba, dia terserempak dengan Rin. Dia hanya diam walau sebenarnya dia agak terkejut melihat kehadiran Rin.

"S-Sue" panggil Rin.

"Hm" balas Sue.

"A-aku nak minta maaf tentang tu. Tolong... Aku betul-betul tak tau tentang tu!" ucap Rin.

"Hm... Ingat aku nak maafkan macam tu saja? Tolong jangan bangkitkan kemarahan aku" balas Sue.

Dia terus berjalan sehingga berhenti tepat di tepi Rin yang hanya diam.

"Kau akan menyesal kalau bangkitkan kemarahan aku yang diselaputi dendam ni" kata Sue.

Sue terus berjalan pergi meninggalkan Rin yang tergamam disitu. Tangannya digenggam erat. Air mata yang hampir menitik, dilap sepantas kilat.

Gelang kristal berkilauan apabila terkena sinaran matahari. Sue hanya diam sahaja. Dia terus berjalan pulang ke rumah semula. Apabila sampai ke rumah, dia terserempak dengan Halilintar yang berada di halaman rumah bersama Thorn.

"Sue!" panggil Halilintar.

Sue terus berhenti melangkah.

"Kau pergi mana pagi tadi?" soal Halilintar.

Sue hanya diam sahaja. Dia terus sambung berjalan masuk ke dalam rumah tanpa pedulikan Halilintar. Halilintar terus ingin memarahi Sue jika Thorn tiada bersamanya sekarang. Dia cuma mampu mengenggam tangannya erat. Sue hanya masuk ke dalam biliknya lalu mengunci pintu.

Dia mengambil bekas kaca yang tersimpan dua permata lain iaitu Yellow Diamond dan Diamond. Sue terus mengeluarkan permata Zircon dari poket bajunya lalu meletakkan permata itu bersama dua permata lain.

"Empat permata. Tinggal lagi enam permata harus dicari sebelum lunarian dapatkannya" ucap Sue.

Matanya yang merah berkilauan cantik apabila terkena pancaran matahari. Berkilauan seperti sebuah permata yang indah. Sue menyimpan semula bekas kaca tersebut lalu memandang keluar tingkap. Rambut putihnya berkibar lembut. Sue hanya diam membiarkan air mata mengalir di pipinya tanpa berniat untuk menghalangnya dari mengalir.

"Maafkan Sue" kata Sue lalu keluar dari biliknya.

~Bersambung

Hola gais!! Sorry untuk chapter kalini macam boring sikit. Nia dah tak ada idea🙇🙇untuk chapter seterusnya, Nia akan buat yang terbaik. Kalau suka vote, nak cakap apa-apa komen! Bye!😘😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro