Chapter 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Raksasa tu datang balik!" jerit Thorn.

Seekor raksasa bermata tiga berwarna putih memandang mereka semua tajam sahaja. Dia terus mengangkat tangannya lalu menghempuk kearah mereka. Mereka terus tercampak akibat angin kuat yang terhasil dari hempukan.

"Bebola api!" jerit Blaze.

Blaze terus mencampakkan berpuluh-puluh bebola api. Raksasa itu mendengus marah atas tindakan Blaze lalu menolak Blaze menggunakan ekornya dengan kuat.

"Blaze!" jerit keenam-enam elementels.

Tiba-tiba, raksasa itu mendengus kuat kerana ekornya dipotong oleh Sue. Sue baru tiba disitu lalu berlari kearah mereka apabila melihat raksasa itu menolak Blaze. Dia memegang pedang kristal dengan kemas lalu menyerang semula raksasa itu.

Sue menyerang raksasa itu dengan pantas sekali. Dia menyerang tanpa henti walau sebentar. Apabila raksasa itu terlengah seketika, Sue terus menghayun pedangnya lalu membelah raksasa itu dengan sekali libasan. Para elementels agak terkejut melihat kehadiran Sue di situ. Mereka juga terkejut dengan kekuatan Sue yang boleh kalahkan raksasa itu dengan mudah sekali.

Sue terus menghilangkan pedangnya lalu mula berjalan kearah mereka. Apabila tiba dihadapan mereka, dia terus bertanya kepada Blaze.

"Kau okay tak?" tanya Sue.

"Aku okay cuma luka sikit saja" jawab Blaze.

Sue terus menganggukkan kepalanya lalu mula beredar dari situ. Dia terus tanpa pedulikan para elementels yang lain. Wajahnya juga tidak menunjukan sebarang perasaan langsung. Gempa hanya menghela nafas melihat kepergian Sue. Sue tetap dingin dengan mereka seperti biasa.

"Wei korang!" panggil Blaze.

"Ada apa Blaze?" soal Ice.

"Aku jumpa permata hitam ni lagi!" balas Blaze.

Kelihatan permata hitam itu berkilauan cantik dalam genggaman Blaze. Solar terus mengambil permata itu lalu menyimpan permata tersebut didalam poketnya. Mereka semua terus berjalan pulang selepas semua perkara sudah selesai.

💟💟💟💟💟💟💟💟💟

"Lambat lagi ka?" tanya Sue.

"Lagi sikit ja" balas Leo.

Sekarang, mereka berdua berada di sebuah rumah agam yang mewah. Mereka berada di sebuah bilik yang menempatkan pelbagai jenis peralatan besi dan pelbagai jenis permata. Kelihatan Leo sedang meletakkan sejenis bedak pada tangan kiri Sue.

"Okay siap! Cuba gerakkan" kata Leo.

Sue terus mengerakkan tangan kirinya. Sue terus tersenyum kecil melihat tangannya sudah sembuh semula.

"Lain kali kalau berlawan tu, cuba berhati-hati sikit" nasihat Leo.

Sue tergelak kecil mendengar nasihat Leo itu. Dia terus tersenyum kecil kepada Leo.

"Maafkan aku. Aku akan cuba untuk tak retakkannya lagi" ucap Sue.

💟💟💟💟💟💟💟💟💟

Selepas diubati oleh Leo, Sue terus pergi ke sebuah bilik. Dia terus menukar pakaiannya. Dia memakai seluar hitam panjang, kemeja putih lengan pendek, kot hitam lengan pendak serta tali leher hitam. Kasut tumit hitam juga disarungkan pada kakinya.

Sue menyikat sedikit rambutnya sebelum mengambil sebilah pedang panjang dan kecil lalu keluar dari bilik itu. Dia berjalan ke sebuah bilik kosong. Dia terus berdiri ditengah-tengah. Sue menghela nafas sebelum memasang wajah serius.

"Latihan 030, sepuluh sunspot" ucap Sue.

Kemudian, kawasan sekeliling Sue berubah kepada kawasan luas berumput hijau cantik. Kelihatan sesuatu seperti matahari terbenam berwarna hitam muncul dilangit. Kemudian, ia berubah kepada askar-askar putih dan ditengah-tengahnya sebuah patung besar sedang memegang dulang besar.

Askar-askar itu terus memanah kearah Sue tetapi dia dengan lebih pantas mengelak. Dia terus berlari lalu melompat tinggi kearah askar-askar tersebut. Dia terus menetak askar-askar tersebut. Sue terus melompat lalu melibas patung besar itu dengan sekali libasan.

Askar-askar dan patung terus hilang seperti asap. Kemudian, sunspot kedua mula muncul. Sue seperti tadi, menyerang semua askar serta patung besar yang ada ditengah-tengahnya. Selama dua jam, Sue menghabiskan masa untuk mengalahkan sepuluh sunspots.

Setelah selesai sepuluh sunspots, kawasan sekeliling terus berubah menjadi sedia kala. Sue terus menghela nafas lalu berjalan keluar. Matanya terus menjadi hitam lalu berkilauan.

"Aku akan pastikan Lunarian tak akan pernah dapat permata kami" ucap Sue.

~Bersambung

Hola gaiss😂 macam mana chapter ni? Okay ke tak? Harap korang suka. Kalau suka vote, kalau nak cakap apa-apa komen! Bye!💕💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro