Chapter 7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Flashback- waktu yang sama

Sue berlari sekuat yang boleh. Dia berlari tanpa berhenti walau sebentar.

'Rahsia aku dah bocor! Rahsia aku dah bocor!' jerit Sue di dalam hati.

Sue terus berlari menunju rumah agam yang selalu dia pergi. Dia terus tergamam apabila melihat serpihan permata berselerak di tanah ketika sampai di halaman rumah agam tersebut. Dia mula berjalan perlahan-lahan sambil pandang sekeliling.

"S... Sue" panggil seseorang.

Sue terus mencari dari mana suara tu datang. Akhirnya, dia jumpa suara tu datang dari Rin. Kelihatan Rin dengan tangan serta kakinya sudah pecah. Sue terus pergi kearah Rin.

"Rin! Apa yang dah terjadi?!" soal Sue.

"K-kita telah diserang oleh Lunarian. Hisk... Ryan... Ryan dah pecah sepenuhnya!" jawab Rin sambil menangis.

Sue tergamam buat seketika. Dia memandang kearah serpihan permata yang bertaburan. Serpihan permata itu berwarna biru laut.

'I-Itu permata aqua!' bisik Sue di dalam hati.

Ryan diperbuat daripada permata aqua manakala Rin diperbuat daripada permata sapphire.

"Mana Leo dan Zaki?!" tanya Sue.

"Zaki larikan diri untuk dapatkan bantuan. Leo adalah pengkhianat!" balas Rin.

"Apa maksud kau, Leo adalah pengkhianat?" soal Sue.

"Sebenarnya, dia ya-"

"Sebenarnya, aku yang panggil Lunarian datang kesini!!" jawab seseorang.

Sue baru nak pusing kebelakang tetapi dia terus ditendang sehingga terpelanting.

"Sue!!" jerit Rin.

Sue terbatuk-batuk sebelum melihat tangan kirinya yang mula retak. Sue berdecih kemarahan.

"Kau taguna Leo! Kau dasar pengkhianat!" marah Rin.

"Senyaplah kau perempuan bodoh!!" jerit Leo.

Leo menarik rambut Rin dengan kasar sebelum mencampaknya hingga tubuh Rin terhentak pada sebuah pokok. Rin terus pecah menjadi serpihan permata sapphire. Sue terus terkejut apa yang dia nampak.

"Apa kau dah buat Leo?!" soal Sue.

"Apa aku dah buat? Aku buat apa yang aku patut buat!!" balas Leo.

Leo terus ketawa jahat. Sue terus bangkit sebelum memunculkan pedang kristalnya. Dia berlari kearah Leo lalu menyerangnya. Leo yang sedar akan tindakan Sue terus mengelak. Dia juga memunculkan pedang lalu membalas serangan tersebut.

Sue melompat kebelakang kerana terkejut melihat pedang Leo. Pedangnya diperbuat daripada permata cinnabar.

"Permata cin-cinnabar?" soal Sue.

"Oh ya, tekaan kau betul. Dan kau mesti tau dari mana aku dapat permata cinnabar ni~" kata Leo.

"Kau bunuh Camilia!!" jerit Sue.

Camilia ialah orang yang menjaga Rin, Ryan, Leo, Zaki dan Sue. Dia juga manusia permata sekaligus pemilik rumah agam tersebut. Camilia diperbuat daripada permata cinnabar.

Sue terus menyerang Leo tanpa henti begitu juga dengan Leo yang menyerang semula serangan Sue.

"Kenapa kau bunuh Camilia?! Selepas dia jaga kita selama ni, kau khianati kami?! Apa yang dah jadi dengan kau?!" soal Sue.

"Aku?! Apa kena dengan aku?! Aku nak permata korang! Korang semua bodoh kerana percayakan aku bahawa aku juga manusia permata seperti kalian! Sedangkan aku ialah Raja Lunarian!" jerit Leo.

"Apa" ucap Sue tergamam.

Ketika itu, Leo terus melibas pedangnya pada Sue. Tangan kirinya terus pecah dan kaki kanannya retak. Sue terbaring diatas tanah. Sebelum Leo mahu melibas lagi pedangnya secara tiba-tiba, Zaki muncul dan menumbuk Leo.

"Zaki!" panggil Sue.

"Lari dari sini! Dia dah dapat semua jenis permata kecuali permata bort! Lari dari sini sekarang!" arah Zaki.

"Tak mungkin aku akan tinggalkan kau!" balas Sue.

"Sue! Kau ialah permata bort. Kaulah satu-satunya mampu mengawal semua kekuatan permata yang lain! Kau mesti tidak pecah untuk kalahkan Lunarian!" jerit Zaki.

"Tapi?!" kata Sue.

"Pergi! Aku kata pergi sekarang!" bentak Zaki.

Sue terus tersentak lalu bangun lalu berlari dari situ. Leo yang nampak semua itu terus menyerang Zaki bertubi-tubi. Zaki cuba menahan semua serangan itu tetapi serangan itu terlalu kuat. Akhirnya, Zaki pun pecah. Tetapi sebelum pecah, dia sempat berkata sesuatu.

"Semoga berjaya Sue" kata Zaki.

~ bersambung

Hohoho! Macam mana semua? Kalau suka vote, nak cakap apa-apa komen! Bye!😘😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro