Chapter 8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Di chapter sebelumnya...

"Sue! Kau ialah permata bort. Kaulah satu-satunya mampu mengawal semua kekuatan permata yang lain! Kau mesti tidak pecah untuk kalahkan Lunarian!" jerit Zaki.

"Tapi?!" kata Sue.

"Pergi! Aku kata pergi sekarang!" bentak Zaki.

Sue terus tersentak lalu bangun lalu berlari dari situ. Leo yang nampak semua itu terus menyerang Zaki bertubi-tubi. Zaki cuba menahan semua serangan itu tetapi serangan itu terlalu kuat. Akhirnya, Zaki pun pecah. Tetapi sebelum pecah, dia sempat berkata sesuatu.

"Semoga berjaya Sue" kata Zaki.

End Flashback

Sue mula bangun perlahan-lahan walaupun keadaannya agak teruk. Sue menangis bila mengingati semua kawan-kawannya sudah tiada.

'Mereka sudah hancur kerana Leo!' jerit Sue di dalam hati.

Sue terus berjalan keluar dari tempat dia bersembunyi. Dia terus berlari dari situ selaju yang boleh. Dia kena cari permata lain untuk kalahkan Leo. Hanya itu sahaja yang boleh halang Leo. Sedang berlari, tiba-tiba Sue nak terjatuh tetapi sempat disambut seseorang.

Sue terkejut melihat orang yang bantunya daripada terjatuh.

"G-Gempa?" ucap Sue.

Gempa juga terkejut melihat keadaan Sue. Dia terus mengangkat Sue lalu berlari ke rumah semula.

Disana, para elementels yang lain serta kawan-kawan mereka termasuk kapten kaizo, laksamana tarung dan komander kokoci berkumpul disitu. Gempa terus meletakkan Sue di salah sebuah sofa.

"Sue... Tolong ceritakan apa yang terjadi sebenarnya" minta Gempa.

Sue mencengkam bajunya kuat sebelum menceritakan apa yang jadi dekat Rin dan Ryan. Dia juga menceritakan tentang Zaki dan Leo. Mereka semua terkejut mendengar kata-kata Sue.

"Sebenarnya, macam mana kau boleh jadi manusia permata?" tanya Gopal.

Fang yang ada ditepinya menolaknya perlahan kerana soalan sensitifnya. Sue tergelak kecil sebelum air matanya mengalir.

"Aku juga dulu manusia biasa sahaja tapi..."

Flashback- umur 7 tahun

Boboiboy ketika itu tinggal bersama Tok Aba sementara Sue tinggal bersama ibu bapa mereka di Kuala Lumpur. Ketika itu, ibu bapa mereka pergi ke luar negara atas urusan penting. Jadi, Sue tinggal sendirian dengan pembantu rumah.

Sue berasa terlalu bosan untuk bermain sendirian, jadi dia pergi ke rumah Zaki. Zaki ialah kawan rapatnya ketika itu. Sue dan Zaki bermain di taman permainan bersama-sama.

"Zaki! Tangkap bola tu!" kata Sue.

"Yeah! Dapat tangkap!" sahut Zaki.

Ketika dalam perjalanan balik ke rumah, tiba-tiba ada orang menekup mulut mereka lalu membawa mereka ke sebuah gudang. Mereka dicampak bersama-sama dua orang budak kembar. Seorang lelaki dan seorang perempuan.

"Si-siapa nama korang?" tanya Sue.

Budak perempuan itu memandang Sue lalu menjawab soalannya.

"Nama saya Rin... I-Itu abang kembar saya Ryan" jawab Rin.

"Saya Sue dan ni kawan saya Zaki" kata Sue perkenalkan diri.

"Kita kena lari dari sini" kata Zaki.

"Macam mana?" soal Ryan.

Mereka berempat terkejut besar apabila seorang lelaki berbadan besar datang kearah mereka. Dia cuba mengambil Rin tetapi Ryan terus mengigit tangan lelaki tersebut. Zaki terus memijak kaki lelaki itu. Mereka semua terus berlari keluar dari situ tetapi lelaki itu sempat menangkap Sue.

"Sue!" panggil Zaki.

"Lari! Selamatkan diri!" jerit Sue.

"Tapi?!" kata Zaki.

"Pergi!!" bentak Sue.

Zaki terkejut tapi terus berlari. Sue diseret kesebuah bilik dimana ada pelbagai permata disitu. Ada beberapa orang dengan alat pembedahan mengikat tangan dan kaki Sue. Sue menjerit sekuat hati meminta tolong untuk dilepaskan tapi cuma hayunan pisau yang dia dapat.

End flashback

"Bila aku sedar, aku dah jadi manusia permata. Rin, Ryan dan Zaki tak berjaya lepaskan diri lalu terkena juga macam aku. Kemudian, kami berjumpa Camilia yang juga manusia permata. Dialah yang jaga kami serta ajar kami untuk menentang Lunarian. Gelang silver kristal ni ialah untuk bantu aku mencari serta mengawal kuasa permata yang lain" terang Sue.

Ada yang menutup mulut tidak percaya. Ada juga menunduk kepala mendengar kisah Sue. Gempa terus memeluk Sue. Sue hanya tersenyum hambar.

"Sekarang... Dah tiba masa untuk balas balik apa yang Leo dah buat" ucap Sue dengan serius.

~Bersambung

Hola gaiss! Nampak gaya story ni dah nak tamat! Just tinggal lagi dua chapter sahaja!😆 kalau suka vote, nak cakap apa-apa komen! Bye!💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro