Chapter 2 (EDITED)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pagi keesokan harinya, Boboiboy rasa badan dia rasa panas semacam. Dia masih tidak berganjak dari katil dia walaupun seinci sekali pun.

Boboiboy cuba bangun untuk pergi ke bilik air, malangnya Boboiboy jatuh diatas lantai sambil mengigil kesejukan. Tiba-tiba pintu bilik Boboiboy diketuk.

"Boboiboy bangun nanti kau lambat pergi sekolah pula" rupanya Ochobot yang ketuk pintu bilik Boboiboy.

"O...Och...Ocho...Ochobot" selepas cuba memanggil Ochobot, Boboiboy pun terus pingsan di atas lantai dan badan dia masih menggigil kesejutan.

Ochobot yang masih diluar mula rasa gelisah secara tiba-tiba.

Ochobot pun masuk dan terkejut melihat Boboiboy pingsan di atas lantai rumah.

"Boboiboy!!" jerit Ochobot lalu terbang menunju ke arah Boboiboy.

"Ochobot, Boboiboy apa yang bising sangat kat atas tu?" tanya Tok aba dari bawah.

Apabila merasa tiada sahutan, Tok aba pun naik dan menunju ke bilik Boboiboy. Tok aba macam Ochobot juga, turut terkejut lalu berlari ke arah Boboiboy yang masih pingsan.

"Atok, Ochobot rasa kita kena bawa Boboiboy pergi hospital ni lagipun badan dia panas giler dan masih menggigil" kata Ochobot penuh risau.

Ochobot mengangkat badan Boboiboy manakala Tok aba terus menghidupkan enjin motornya.

Boboiboy diletakan di tempat duduk sisi motor Tok aba. Ochobot pun turut duduk bersama Boboiboy. Tok aba memakai helmet dan terus memecut ke arah hospital. Seketika sampai di hospital, Tok aba dan Ochobot yang mendukung Boboiboy terus meluru masuk ke hospital.

Jururawat yang nampak situasi tersebut terus mengambil kerusi roda untuk letak Boboiboy yang masih pingsan. Lalu mereka terus menunju ke arah wad kecemasan. Doktor pun datang apabila dia diberitahu ada pesakit datang.

Selepas lima minit kemudian, Doktor pun keluar dari wad kecemasan.

"Macam mana dengan keadaan cucu saya doktor?" tanya Tok aba.

Ochobot masih setia disebelah Tok aba.

"Jangan risau, dia ok sahaja cuma demam panas biasa" kata Doktor.

"Boleh saya tengok cucu saya sekarang?" tanya Tok aba.

Doktor pun menggangguk kepala tanda ya. Tok aba dan Ochobot pun masuk dan lihat Boboiboy dah sedar.

"Boboiboy!" jerit Ochobot.

Boboiboy yang tengah pandang luar pun mengalihkan pandangannya ke arah Ochobot dan Tok aba yang masih berada di hadapan pintu.

"Boboiboy kau dah ok?" tanya Ochobot.

"Ok dah, tapi Doktor suruh stay kat hospital 2 hari" kata Boboiboy lemah.

"A..Atok, Och...Ochobot" panggil Boboiboy lemah.

"Ada apa Boboiboy?" tanya Tok aba dan Ochobot serentak.

"Boleh tak jangan bagitau kat siapa-siapa termasuk kawan-kawan Boboiboy yang Boboiboy masuk hospital?" tanya Boboiboy.

"Kenapa tak boleh bagitau?" kata Tok aba.

Ochobot pun rasa pelik juga.

"Boboiboy tak nak bagitau sebab nanti mereka risau" kata Boboiboy.

"Tapi kan Boboiboy, kalau mereka tanya macam mana?" tanya Ochobot.

"Betul kata Ochobot, nanti nak bagitau apa?" tanya Tok aba.

"Bagitau la yang Boboiboy balik KL sebab ibu Boboiboy tak sihat" kata Boboiboy.

Tok aba dan Ochobot pun angguk kepala tanda setuju. Mereka akan ikut saja sebab alasan yang diberi oleh Boboiboy boleh diterima.

~Skip time~

Ketika pulang dari sekolah Yaya, Ying, Gopal dan Fang rancang nak pergi ke kedai Tok aba untuk ulangkaji dan tanya sebab apa Boboiboy tidak pergi sekolah pagi tadi. Akhirnya, mereka sampai juga ke kedai Tok aba.

"Hai Tok aba, Ochobot" kata mereka serentak.

"Hai!" jawab Tok aba dan Ochobot.

Mereka pun duduk di bangku kedai Tok aba.

"Tok aba, nak tanya boleh?" tanya Fang.

"Boleh" jawab Tok aba.

"Tok aba, kenapa Boboiboy tak pergi sekolah pagi tadi?" tanya Fang.

Yaya, Ying dan Gopal hanya angguk kepala sahaja.

"Oh, Boboiboy dia balik KL pagi tadi" kata Tok aba terpaksa berbohong.

"Balik KL??!!" jerit mereka berempat serentak.

"Haa, mak dia tak berapa sihat jadi Boboiboy duduk la kat sana 2 hari" jawab Ochobot.

"Oooo" balas mereka berempat lalu minum air yang mereka pesan.

~Bersambung~

575 perkataan..fuhhh penat menaip perkataan...ok nanti je la author sambung tak larat dah..bye..

EDITED: 18/9/2021

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro