Chapter 3 (EDITED)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Selepas dua hari berada di hospital, Boboiboy pun dibenarkan pulang ke rumah semula.

"Boboiboy ingat pesan doktor ya jangan lupa" kata doktor yang merawat Boboiboy.

"Baik doktor" kata Boboiboy lalu pulang ke rumah.

Lagipun dia ingin mengambil beg sekolah saja sebab baju sekolah dia dah pakai. Tok aba yang bawa baju sekolah dia tapi Tok aba terlupa untuk bawa beg sekolah Boboiboy sekali. Boboiboy dengan paksa rela nya pun berjalan ke rumah.

Sampai saja di rumah, Boboiboy terus membuka pintu dan membuka kasut sekolahnya. Boboiboy berjalan perlahan ke arah biliknya kerana penat. Demam di sebenarnya dah tiada tapi penyakit dia yang masih tidak baik lagi. Boboiboy pun masuk ke dalam bilik dia.

Boboiboy menuju ke arah meja belajar dan mengambil beg sekolah dia yang tersandar di sebelah meja belajar. Sebelum Boboiboy keluar, tangan dia dengan lincah mengambil satu botol kecil berwarna putih yang diberikan oleh doktor.

Boboiboy hanya memhembus nafas. Boboiboy pun keluar dari bilik dia dan terus keluar dari rumah Tok aba untuk ke sekolah.

~Skip time~

Di sekolah, Boboiboy dengan sikap yang biasa terus pergi ke tempat duduk dia dan pandang ke depan.

"Apa masalah kau Boboiboy?" tanya Fang.

Sementara Yaya, Ying dan Gopal hanya memandang.

"Aku tak ada masalah" jawab Boboiboy perlahan.

"Boboiboy kalau kau ada masalah bagi tau je la" kata Fang.

"Aku tak ada masalah, faham ke tak?!" tengking Boboiboy.

Satu kelas memandang ke arah Boboiboy dan Fang manakala Fang, Ying, Yaya dan Gopal hanya tergamam.

"Boboiboy kau ni dah kenapa?!" soal Fang dengan perasaan marah.

"Aku tak ada masalah dan aku ok " kata Boboiboy dengan nada yang cukup dingin.

Selepas kata-kata Boboiboy, semua diam seribu bahasa kerana itu kali pertama mereka nampak Boboiboy cakap dengan nada dingin.

Fang pula dengan perasaan marah, dia terus kembali ke tempat duduk dia iaitu di belakang Boboiboy. Yaya, Ying dan Gopal memandang antara satu sama lain sebelum duduk di tempat masing-masing.

~Skip time~

Ketika waktu rehat, Boboiboy hanya duduk di kelas sambil pandang ke luar. Fang, Yaya, Ying dan Gopal telah pergi ke kantin awal-awal lagi. Boboiboy macam biasa ambil botol kecil warna putih dan makan. Tiba-tiba Boboiboy terbatuk, dengan cepat Boboiboy terus mengambil sapu tangan dia.

Dia agak terkejut kerana terdapat darah dekat sapu tangan dia. Dia cepat-cepat mengelap mulut dia sebelum ada orang masuk ke kelas. Dia rasa kepala dia berat lalu Boboiboy pun melipat tangan dan meletakan kepala dia di atas meja untuk tidur sebentar. Sebelum dia tidur, dia simpan botol kecik tadi dan sapu tangan dia dalam poket baju semula.

Penggera di jam kuasa pula dia kunci, dia ingin tidur selama 10 minit sahaja. Boboiboy terus tidur dengan keadaan kepala dia yang masih berasa sakit. Sementara itu di kantin sekolah kelihatan Fang, Yaya, Ying dan Gopal sedang berbincang.

"Boboiboy tu dah kenapa?!"jerit Fang.

Mujur mereka duduk jauh sikit dari meja pelajar yang lain.

"Woi Fang kalau mau jerit, jerit di padang saja maa!!" marah Ying kepada Fang yang menjerit tiba-tiba dan membuat dia hampir tercekik.

"Aku tak pernah pun nampak Boboiboy macam tu" kata Yaya.

"Hmm…" balas Gopal sedikit sedih.

Fang yang marah tadi terus sedih juga macam Gopal. Dalam hati tidak berhenti untuk risau kat Boboiboy. Fang bagai ingin menjerit sekuat hati dia saja untuk bertanya kepada Boboiboy.

Tanpa sesiapa tahu bahawa Adudu dan Probe ada dekat situ.
Adudu pun mengambil sebuah pistol yang diletakkan dalam kepala Prob. Dia menentukan sasaran dan 'picuu…'. Satu tembakan tepat mengenai Fang, Gopal, Yaya dan Ying.

Adudu pun gelak dan pergi dari situ bersama Prob. Sebenarnya pistol itu adalah 'Pistol kepercayaan'. Pistol tu boleh membuat seseorang tu percayakan sesuatu atau sebaliknya.

Mata Fang, Gopal, Yaya dan Ying terus menjadi hitam apabila terkena tembakan Pistol kepercayaan milik Adudu tadi. Tapi hanya sekejap sahaja mata mereka hitam kemudian kembali normal.

Mereka terkebil-kebil sebentar kerana rasa pelik. Kemudian mereka semua sambung balik makan bekalan mereka. Tanpa disedari sesiapa termasuk mereka sendiri, hati mereka mula gelap dan mula tidak percayakan Boboiboy.

~Bersambung~

Hai semua para readers sekalian.Macam mana ok tak chapter ni?sorry kalau ada salah silap author ya.maafkan author ok lagipun kan nak dekat raya dah.okay bye readers sekalian...

EDITED: 19/9/2021

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro