Chapter 4 (EDITED)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pada awal pagi lagi, Boboiboy sudah keluar pergi ke bandar belikan stok untuk kedai Tok aba. Pada mulanya dia ingin sambung tidur lagi tapi memandangkan sudah hujung minggu dan dia berasa bosan, Boboiboy pun pergi ke kedai Tok aba dan tawarkan bantuan dan disinilah dia berada sekarang.

Dalam perjalanan pergi ke kedai runcit, tiba-tiba tangan dia ditarik pergi ke belakang kedai buku. Boboiboy hanya mampu mengeluh kerana habis tepung yang dipesan Tok aba jatuh dan terkena kotak-kotak kosong yang berada disitu. Rupa-rupanya insan yang menarik tangannya ialah Fang.

"Kenapa kau tarik ak-"Boboiboy baru nak tanya pada Fang tiba-tiba, Fang menumbuknya hingga badan dia terlanggar beberapa kotak. Boboiboy berasa sakit akibat tumbukan serta pelanggaran tadi.

"woi! Apahal kau tumbuk aku?" soal Boboiboy.

"Kau tu yang apahal!" balas Fang pada Boboiboy yang berusaha bangun.

"Apa maksud kau Fang?" tanya Boboiboy lagi.

"Kau la, bila kita berjaya tangkap penjahat asyik muka kau je keluar gambar yg kitaorang macam angin je" kata Fang tidak puas hati.

Sebenarnya hati dia sudah mula gelap dan tanpa sengaja dia mengatakan perkara itu kepada Boboiboy. Boboiboy hanya tergamam. Dia tidak sangka Fang bakal kata macam tu dekat dia. Fang hanya mendengus sebelum pergi meninggalkan Boboiboy sendirian.

Boboiboy merasakan hati dia mula retak sedikit tetapi dia masih perlu bertahan demi semua orang. Boboiboy terus bangun lalu pergi untuk membeli tepung yang dipesan Tok aba. Selepas membeli tepung, Boboiboy terus mula berjalan pergi ke kedai Tok aba.

Dalam perjalanan pergi ke kedai Tok aba, Boboiboy terserempak dengan Gopal. Gopal yang perasaan akan kehadiran Boboiboy terus menumbuknya. Tumbukan tersebut terkena di perutnya. Tempat yang sama ditumbuk oleh Fang tadi. Boboiboy terus terbaring di atas jalan tar.

Mujur ketika itu tiada orang yang sedang lalu lalang. Boboiboy terkejut akan tindakan Gopal. Gopal hanya buat tidak tahu lalu pergi macam tu saja. Boboiboy mula bangun dengan perlahan dan jalan ke kedai Tok aba. Boboiboy meringis menahan kesakitan di perutnya yang ditumbuk Fang dan Gopal. Boboiboy mula berjalan secara perlahan-lahan.

Tiba di kedai Tok aba, Boboiboy terus tumbang menahan perit di perutnya. Tok aba dan Ochobot yang melihat turut terkejut lalu membantu Boboiboy berehat di pondok yang berdekatan.

"Apa yang berlaku ni Boboiboy sampai lebam perut kau?" tanya Ochobot sambil rawat lebam Boboiboy manakala Tok aba layan pelanggan.

"Tadi ada pencuri, curi beg sorang makcik ni jadi aku tolong la tak tau pula kena tumbuk kat perut" kata Boboiboy sambil tersenyum menahan perit di hati dan di perut.

"Ok dah siap" kata Ochobot selesai merawat luka Boboiboy.

"Tapi kau masih tak boleh buat kerja tau" tambah Ochobot lagi.

"Yela" balas Boboiboy pasrah. Ingat ingin menolong tapi terpaksa jadi 'penonton' pula. Tidak jauh dari situ, kelihatan Adudu dan Prob yang sedang mengitip Boboiboy.

"Muahahahaha! Rancangan aku dah mula menjadi" kata Adudu.

"Terbaik la encik bos" ujar Prob.

"Dah jom kita pergi dari sini" kata Adudu.

Mereka pun pergi dari situ.

~bersambung

Ok tak cerita author ni.Author cuba buat yg terbaik.Kalau suka vote tau.kalau nak cakap sesuatu komen je la.bye

EDITED: 21/9/2021

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro