Chapter 10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Let's start our show now, should we?~" kata Rin tersenyum penuh mengerikan.

Rin terus menyerang Sue dengan kecepatan yang tinggi. Sue tidak sempat elak lalu terpelanting melanggar salah satu tiang yang ada di situ.

"Sue!!" jerit para elementels kecuali Thorn.

Ryan terus menggunakan kuasanya yang sama dengan Leo iaitu magic sihir. Ryan menyeru semua roh-roh jahat menyerang mereka semua. Mereka semua terpaksa berlawan dengan roh-roh itu dan Ryan walaupun hakikatnya mereka ingin membantu Sue dan para elementels.

Para elementels terus berlari mendapatkan Sue. Sue terus bangun walaupun masih terasa sakit di seluruh tubuhnya selepas dihempap ke tiang dengan keras.

"Kau okay Sue?" tanya Solar.

"Aku okay. Jangan risau" jawab Sue.

Mereka terus menyerang Rin menggunakan kuasa mereka. Mereka terpaksa berlawan tanpa henti kerana Rin bukan seorang yang mudah dikalahkan. Solar  dan Taufan cuba  menyerang Rin dari belakang menggunakan kuasa mereka.

"Tembakan solar!"

"Cakra taufan!"

Tetapi, Rin lebih pantas dari mereka. Rin terus mengelak dengan mudah dan menghilang dari pandangan Solar dan Taufan. Mereka memandang ke kanan dan ke kiri mencari dimana kelibat Rin berada. Secara tiba-tiba, Rin muncul dihadapan mereka lalu menumbuk kedua-duanya sehingga mereka terpelanting dan tidak sedarkan diri.

"Taufan! Solar!" jerit Sue dan para elementels yang lain.

Halilintar memegang pedangnya erat. Dia terus meluru kearah Rin dan cuba menetaknya berpuluh-puluh kali. Rin dengan mudah mengelak semua serangan Halilintar.

Rin terus munculkan satu gegelung hitam dari tapak tangannya lalu dibaling kearah Halilintar. Dengan sekelip mata, Halilintar terus menjerit kesakitan apabila gegelung itu bercahaya dan mengeluarkan aura kegelapannya. Halilintar terus pengsan selepas gegelung tu menghilang.

"Hahahahahahaha!! Korang bukan setanding dengan aku!!" gelak Rin penuh kejahatan.

Gempa, Blaze dan Ice terus menyerang menggunakan kuasa mereka manakala Sue berlari kearah Thorn untuk bebaskan dia.

"Sue!" kata Thorn sedikit terperanjat.

"Shuh... Jangan bising, nanti dia akan dengar" kata Sue.

Thorn hanya mengganggukan kepala. Sue terus mengeluarkan sebilah pisau lipat dari poketnya lalu dipotong tali yang mengikat Thorn. Thorn terus bangun sebaik saja tali yang mengikatnya sudah putus.

Manakala Gempa, Blaze dan Ice masih bertarung dengan Rin walaupun keadaan mereka sudah parah. Thorn dan Sue terus berlari untuk membantu mereka tetapi mereka sedar yang kawan-kawan mereka yang lain sudah tumbang dikalahkan oleh roh-roh jahat serta Ryan. Leo juga turut tercedera teruk selepas Ryan menendangnya kuat ketika bertarung.

"Thorn! Kau pergi tolong Gempa, Blaze dan Ice! Biar aku tolong mereka yang lain!" arah Sue.

"Baik!" sahut Thorn.

Thorn terus mengeluarkan akar berdurinya lalu menyerang Rin yang cuba menyerang Blaze dari belakang. Mereka berempat terus bergabung untuk mengalahkan Rin. Manakala Sue pula, dia terus berlari kearah roh-roh itu.

"Pedang kristal!" jerit Sue.

Sebuah pedang yang diperbuat daripada kristal terus muncul ditangan kanan Sue lalu Sue terus menetak roh-roh tu dengan pantas sehingga semuanya habis. Ryan terus meluru kearah Sue dan menyerangnya. Mereka berdua saling bertarung tanpa henti. Sue terus menendang Ryan sehingga pengsan apabila melihat Ryan mula kepenatan melawannya.

Sue terus berlari kearah Gempa apabila melihat Blaze, Ice dan Thorn juga telah dikalahkan oleh Rin. Gempa dan Sue terus berlawan dengan Rin.

"Pedang kegelapan!" jerit Rin.

"Pedang tanah!" jerit Gempa.

Mereka terus mula bertarung pedang. Sue menggunakan pedang kristal, Gempa menggunakan pedang tanah manakala Rin menggunakan pedang kegelapan.

Ketika bertarung, Rin telah menetak bahu kanan Gempa sehingga pedang yang dipegang terus jatuh. Gempa terus berundur kebelakang serta-merta sambil pegang bahu kanannya yang mengalirkan banyak darah.

"Matilah kau sekarang!!" jerit Rin lalu berlari kearah Gempa untuk menikamnya.

"Jangan!!" jerit Sue.

Dan seketika kemudian, masa bagaikan terhenti. Kawan-kawan mereka yang lain terkejut. Para elementels hampir menangis. Rin terus terkaku. Gempa tergamam seketika.

Ya. Sebenarnya, yang tertusuk dengan pedang tadi ialah Sue. Sue terus berlari secepat mungkin lalu melindungi Gempa dengan biarkan dirinya ditusuk oleh Rin. Darah terus mengalir keluar dari perut Sue. Sue turut memuntahkan darah dari mulutnya. Darah yang mengalir membuatkan mata Gempa membulat besar dan berkaca.

"Sue!!" jerit Gempa lalu menendang Rin sekuat hati dan berlari mendapatkan Sue.

Para elementels yang lain terus berlari mendapatkan Gempa dan Sue. Sue sempat disambut oleh Gempa sebelum jatuh ke lantai. Rin pula terus pengsan akibat tendangan padu dari Gempa.

Para elementels mula menangis melihat keadaan Sue.

"S-sue..." panggil Gempa.

Air matanya mengalir tanpa henti. Hatinya bagai ditetak beribu-ribu kali.

"Gem...pa" kata Sue.

"Sue... Tolong bertahan... Jangan tinggalkan kami lagi" kata Gempa.

"Gem...pa..semua.. Sue nak..min..ta...maaf...sebab..hi...langkan...diri..selama ni... Sue...cuba nak lin..dungi...ko...rang..." kata Sue dengan tersekat-sekat menahan sakit.

"S-Sue... Janganlah cakap macam tu" balas Thorn.

"Ma...af...kan...aku...te...rima...ka...sih...ke...ra...na...te..ri..ma..aku..kem..bali...teri...ma...kasih Boboiboy" kata Sue.

Matanya terus tertutup rapat. Tangannya yang memegang tangan Gempa terus terlepas. Mereka terus tergamam lalu mula menangis dengan lebih deras. Kawan-kawan mereka yang lain turut menangis. Gempa mengeleng-gelengkan kepalanya tidak percaya apa yang dilihat.

"S-Sue... Tolonglah bangun... Sue... Jangan tinggalkan kami... Sue" kata Gempa sambil mengoyangkan badan Sue perlahan.

Tetapi Sue tetap tidak membuka matanya kembali. Kawan-kawan mereka dan para elementels yang mula menangis dengan lebih deras. Gempa mengigit bibir bawahnya kuat sehingga berdarah.

"Tak... Tak... Tidakkk!!!!!" jerit Gempa sekuat hati bersama air matanya mengalir deras.

Suasana mula berubah. Langit yang membiru, mula mendung lalu menurunkan hujan yang lebat. Suasana yang sunyi hanya terisi dengan sebuah tangisan. Tangisan kesedihan yang tidak mampu dikatakan.

~Bersambung

Fuh~Fuh~ akhirnya siap juga. Hai semua! Maaflah kalau Nia lama dah tak update. Nia sibuk dengan urusan sekolah. Kalau suka vote, nak cakap apa-apa komen! Bye semua!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro