Chapter 9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Apa?!" jerit mereka berempat serentak.

"Iya, betul! Thorn dah kena culik!" kata Blaze.

"Siapa yang culik dia?" tanya Gempa.

"Aku!!" jawab seseorang.

Mereka semua terus terkejut dan pandang kearah orang yang menjawab soalan Gempa. Rupanya, orang itu ialah Ryan.

"Apahal kau culik adik aku hah?!" marah Gempa.

"Apahal aku culik dia? Kau ni fikir guna otak ke guna kepala lutut?" soal Ryan sinis.

"Mulut kau jaga sikit! Aku potong mulut kau sampai hancur nanti!" balas Sue kasar.

"Wah! Wah! Sedap kau nak potong mulut aku. Lagipun, ni balasan untuk kau dan Gempa! Aku tak sangka korang ni jahat! Korang penipu!" marah Ryan.

"Kami tak akan buat macam tu kalau perbuatan kau tu tak membawa kemusnahan satu galaksi!" bentak Gempa.

"Tch! Kalau korang nak adik korang, korang datang sendiri!" jerit Ryan.

Tetiba, dia menghilang dan muncul di tepi Gempa.

"Aku dan Rin akan tunggu kedatangan kau, Sue dan Leo di sana. Tempat biasa" bisik Ryan.

Dia terus menghilang selepas itu. Gempa hanya menggenggam tangannya erat. Menahan amarah di dalam hati.

"Siapa sebenarnya tadi tu?" soal Blaze.

Mereka memandang antara satu sama lain. Akhirnya, mereka terus panggil semua orang termasuk kawan-kawan mereka. Selepas semua ada, terus Gempa dan Sue menerangkan perkara yang sebenar kepada mereka.

"Tak sangka rupanya, Sue ni adik kembar korang" kata Yaya terkejut.

"Tapi kenapa kami tak pernah tau pun pasal ni?" soal Fang.

"Sebab Sue tinggal di Kuala Lumpur dengan ibu ayah kami. Dia tak pernah datang sini. Last time dia datang, setahun yang lepas" jawab Gempa.

"Aku ada satu soalan" kata Blaze.

"Apa?" tanya Sue.

"Kenapa Ryan panggil kau dan Gempa penipu?" soal Blaze.

"Sebenarnya, aku dan Sue pernah berkawan dengan dia dulu. Kami jumpa dia di stesen kereta api masa Sue datang ke sini setahun yang lalu. Bila kami dapat tahu pasal dia nak kuasa Amesthiy, kami terus menghalang dia" terang Gempa.

"Sekarang, ada soalan lain?" tanya Sue.

"Aku" jawab Solar.

"Soalan apa?" kata Sue.

"Macam mana kau boleh kenal Leo?" soal Solar.

"Aku kenal Sue masa dia berada di planet aku. Masa tu, aku tinggal bersendirian di tepi lorong-lorong kedai. Aku tiada keluarga, jadi aku agak miskin dan tiada wang untuk beli makanan. Tiba-tiba, Sue datang kearah aku sambil berikan sebuku roti kepadaku. Sejak haritu, Sue selalu tolong aku dalam kehidupan macam pasal makanan,minuman dan tempat tinggal. Dia juga yang ajar aku kawal kuasa aku. Sebab perbuatan dia, aku mula menjadi pengawal peribadi dia sebagai balas budi dia" terang Leo.

"Kau ada kuasa? Kuasa apa?" tanya Ying.

"Kuasa aku ialah sihir magic dan vampire" balas Leo.

"Kau makan darah orang ke?!" jerit Gopal.

"Tak. Vampire cuma kuasa aku. Bila aku nak guna kuasa tu, aku akan bertukar kepada vampire" kata Leo.

"Mari. Kita kena selamatkan Thorn. Kita tak boleh nak lambat-lambat, takut Ryan dan Rin apa-apakan Thorn" kata Sue.

Mereka semua menggangguk kepala serentak. Mereka terus bangun lalu mula berlari mengikuti Gempa dan Sue. Mereka mesti selamatkan Thorn!

💟💟💟💟💟💟💟💟💟

Kelihatan di sebuah gudang usang, Ryan, Rin dan Thorn berada di situ.

"Lambat lagi ke mereka ni?" soal Rin.

Ryan hanya mengangkat bahu tidak tahu. Rin hanya berdecih geram melihat gelagat pembantunya itu. Thorn yang diikat di tiang hanya diam berharap semua akan datang membantu dia.

"Woi!!" jerkah seseorang.

Mereka terus memandang kearah punca suara tu. Rupanya, itu suara Gempa. Kelihatan Gempa, Sue, Leo dan semua kawan-kawan mereka berada di sana.

"Akhirnya, sampai juga tetamu terhormat kita~" kata Rin sinis.

"Lepaskan Thorn" kata Sue.

"Ingat kami nak lepaskan dia macam tu saja?" soal Ryan.

"Kau nak mulakan ya?" balas Leo.

"Pertarungan yang lama digantikan dengan yang baru, let's start our show" kata Rin dengan padangan yang mengerikan.

~Bersambung

Hola semua!! Nia nk ucapkan thanks sebab undi untuk pemilihan ending sebelum ni!!😆😆 jadi keputusannya ialah......happy ending!! Jadi jangan bersedih kepada yang mengharapkan sad ending okay? Jadi pertarungan sudah meletus, ini bermakna fanfic ni akan tamat tak lama lagi! Kalau suka vote, kalau nak cakap apa-apa komen! Bye!💕💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro