Chapter 8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

~Sambungan Flashback sebelum ini

Gempa memandang jururawat terkejut.

"B-betul ke kak jururawat?" tanya Gempa mula berdiri semula.

"Ya! Mereka dah sedar!" jawab Jururawat tadi sambil tersenyum.

Gempa terus berlari semula masuk ke hospital. Dia berlari selaju yang boleh kearah wad adik-beradiknya di tempatkan. Selepas sampai, dia terus terkaku sebentar di situ.

'Kalau mereka tanya pasal Sue, aku nak jawab apa nanti?' bisik Gempa dalam hati.

Tanganya menggigil sedikit lalu dicapai tombol pintu. Selepas menenangkan diri, dia terus memulas tombol pintu tersebut. Kelihatan semua memandangnya serentak.

"Hali! Taufan! Blaze! Ice! Thorn! Solar! Macam mana keadaan korang?" tanya Gempa dengan nada seceria yang dia boleh buat.

Tetapi sorang pun tidak membalas semula soalan Gempa tadi. Semua hanya diam termenung di atas katil masing-masing. Gempa baru nak buka mulut untuk bertanya tetapi Halilintar lebih pantas bertanya. Soalan yang ditanya cukup meruntuhkan hatinya yang sudah retak tadi.

"Siapa kau sebenarnya?"

~End Flashback-Setahun selepas kematian ibubapa Boboiboy Elementel

"Sebab tu korang tak ingat Sue sebab korang hilang ingatan dan Sue pula hantar surat yang dia terpaksa pergi ke planet lain kerana Ryan dan Rin masih inginkan kuasa tersebut" terang Gempa.

"Sekarang baru aku faham semuanya" kata Halilintar.

"Cuma satu sahaja, aku masih tak faham. Kuasa apa yang Ryan dan Rin nak kan sangat tu sebenarnya?" soal Ice.

"Ia lebih kepada satu batu permata iaitu Amesthiy. Batu permata tu berwarna hitam. Ia memiliki kuasa kegelapan yang amat kuat. Sesiapa yang terkena dengan sinaran kuasanya akan terpengaruh oleh kuasa jahat yang dalam batu permata tu" jawab Sue.

"Batu permata tu sepatutnya tak wujud kat bumi ni sebab kekuatan permata disini lemah berbanding kekuatan batu permata tu. Tapi entah macam mana batu permata tu sampai ke bumi, dan ia mula menjadi kuat sedikit demi sedikit ia menyerap kekuatan batu permata yang ada di bumi" terang Gempa.

"Jadi dekat mana batu permata tu berada?" tanya Halilintar.

"Pada mulanya, ia berada di planet lain tetapi atas cadangan Gempa, batu permata tu ada dekat kami" jawab Sue.

"Aku risau kalau Rin dan Ryan akan ke planet tu dan hancurkan seluruh planet tu disebabkan batu permata ni" balas Gempa.

"Betul juga tindakan kau Gempa. Keselamatan makhluk asing kat sana pasti terjaga" kata Ice.

"Ya, tetapi kami masih risau tentang Ryan dan Rin. Mereka masih mengejar kuasa ni" kata Sue kerisauan.

"Hmm... Nampaknya kita kena fikirkan strategi dengan baik untuk kalahkan mereka" balas Gempa.

Mereka semua terus diam. Memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah ini.

💟💟💟💟💟💟💟💟

"Bosannya..." ucap Thorn.

Sekarang, Thorn berada di halaman rumah bersendirian. Taufan dan Blaze keluar sekejap nak beli ais krim untuk mereka bertiga.

Prang!!

"Hah?! Bunyi apa tu?!" soal Thorn terkejut.

Dia terus mencari punca bunyi tadi. Rupanya, salah satu pasu pokok bunga yang dia tanam telah jatuh dan pecah.

"Siapa yang bagi pecah ni?!" marah Thorn.

Thorn terus bercangkung melihat macam mana boleh jatuh pasu bunga itu. Tanpa disedari oleh Thorn, ada seseorang sedang berjalan kearahnya.

Thorn dapat rasakan ada bunyi tapak kaki di belakangnya, lalu berpusing kebelakang tetapi dia merasakan orang tersebut memukulnya dengan sesuatu yang amat keras lalu dia jatuh dan pengsan.

Orang tersebut hanya tersenyum sinis memandang Thorn. Dia baru ingin mengangkat Thorn tetapi tiba-tiba, Taufan dan Blaze berada di situ melihat kejadian tersebut.

"Hoi!! Berhenti!!" jerit Taufan.

Orang tersebut mengeluarkan aura kegelapan dari tapak tanganya lalu menolak Taufan dan Blaze hingga tersandar pada dinding rumah. Cepat-cepat orang tersebut mengangkat Thorn lalu menghilang dengan sekelip mata.

"Blaze! Panggil yang lain! Thorn dah kena culik!" jerit Taufan panik.

Blaze terus bangun lalu lari keluar mencari kembarnya yang lain. Tiba-tiba, Blaze terserempak dengan Gempa, Halilintar, Ice dan Sue yang sedang bersembang di tepi jalan.

"Korang!!" panggil Blaze.

Terus mereka berempat memandang kearah Blaze yang berlari kearah mereka.

"Kenapa ni Blaze?" soal Ice.

"Thorn... Thorn dah kena culik!" jawab Blaze.

"Apa?!" jerit mereka berempat serentak.

~Bersambung

Hohoho!! Nia kembali!!😂😂 Nia ada soalan ni..korang nk cerita ni habis dengan happy ending or sad ending? Sebab macam season 1, cerita cuma ada berbelas chapter sahaja. Mungkin untuk book ni, dlm 14/15 chapter saja. So pilih² cepat! Sampai tengah malam ni je..undian paling banyak, Nia akan buat ending tersebut!!😆 so cepat guys!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro