8 | Perasaan

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

══════ஜ▲ஜ══════
𝑚𝑎𝑓𝑖𝑎'𝑠 𝑔𝑖𝑟𝑙

"Mr. Myles kena tembak dekat office dia pagi ni"

"What!!?" Rachel menekup mulutnya.

"Macam mana boleh jadi?" sambung Rachel.

"Everyone,  you can exhale. Mr. Myles is going to be fine. He got lucky. He need rest, but should make a quick recovery" kata Doktor Laylah sedikit kuat agar didengari semua orang yang berada di ruang tamu itu.

Doktor Laylah a.k.a doktor peribadi Addison meminta diri sebaik sahaja tugasnya selesai.

"Thanks God" gumam Madam Suzan.

"I have to go see him"

Madam Suzan melihat seketika wajah Rachel sebelum mengangguk.

"Sure"

Tiupan angin pendingin hawa menusuk masuk ke dalam kulit Rachel apabila dia melangkah masuk ke dalam bilik Addison. Rachel menjatuhkan punggungnya ke sisi katil. Addison yang sedang bersandar pada kepala katil direnung.

Addison membuka matanya apabila mendengar bunyi esakan kecil. Matanya terus segar melihat Rachel yang menangis di sisi katilnya.

Pantas tangan gadis itu di pegang.

"Hey, what's wrong?"

"Are you okay?" Rachel tahu soalannya itu bodoh. Sudah terang menunjukkan Addison menahan kesakitan di bahunya.

"Aku okay Rachel. Luka sikit je"

Ibu jari kasarnya mengesat butiran air mata yang masih mengalir.

"Kau kenapa menangis ni? Risau ke?"

"Macam mana kau boleh kena tembak?"

Addison terdiam. Otaknya ligat memikirkan sama ada dia perlu memberitahu Rachel atau tidak. Selepas beberapa minit mendiamkan diri, Addison menghembuskan nafas.

Dia menarik kedua belah bahu Rachel menghadapnya.

"Kalau aku bagitahu kau rahsia aku. Kau rasa kau boleh terima?"

Rachel mengangguk penuh yakin. Bukan senang untuk Addison membuka mulut kerana dia memang terkenal dengan sifat dingin dan bekunya. Mungkin ini peluangnya untuk mengorek sedikit kehidupan lelaki itu.

"Aku mafia"

"Hah?" Selepas tiga minit berlalu, baru Rachel memberi respon.

"Aku mafia terkemuka dekat New York. Masih ingat dengan dua orang lelaki yang kacau kita dekat depan restoran hari tu? Mereka anak buah musuh aku. Dan aku kena serang dengan mereka pagi ni. But thanks to Foster dia sempat sampai sebelum anak buah Groces lepaskan tembakan kedua" luah Addison jujur.

"Anak buah dia dapat masuk dengan mudah sebab rupanya ada beberapa anak buah mereka menyamar jadi orang aku. Aku dah tak tahu nak percayakan sesiapa lagi, Rachel" Addison mengeluh.

"You can always trust me" ucap Rachel tetiba. Dia menggenggam tangan Addison.

"Kau boleh terima semua ni? Kau boleh terima aku sebagai seorang mafia?" Addison menyelitkan helaian rambut Rachel ke belakang telinganya.

Rachel tidak membalas malah dia merapatkan mukanya ke arah Addison. Leher lelaki itu dipaut. Seakan tahu niat Rachel, Addison menyambar bibir mungil yang sudah lama dia nantikan.

Green light.

Semakin lama ciuman mereka semakin hangat. Perlahan-lahan Addison menolak Rachel ke sebelahnya. Badan gadis itu sedikit ditindih untuk memperdalamkan ciuman.

Rachel merelakan apabila ciuman Addison yang berada dibibirnya turun ke leher jinjang miliknya.

Rachel menyerah. Dia tahu dia sudah terlampau jatuh ke dalam dunia Addison selepas tinggal berbulan-bulan di dalam mansion bersama jejaka menggoda itu.

Hanya dia sahaja yang menafikan perasaannya. Rachel sanggup kekal bersama Addison. Walau dia tahu jika dia masuk ke dalam dunia Addison bermakna dia perlu bermain dengan api.

•••

Rachel menarik selimut sehingga ke paras dada bidang Addison. Senyuman kecil terukir melihat wajah lena jejaka itu.

Nafas dihela apabila berjaya menutup pintu bilik dengan perlahan tanpa menghasilkan bunyi.

"Apa yang kau buat?"

Rachel terkejut. Dia berpaling.

"Err...tak ada apa-apa"

"Kau baru keluar ke? Kau buat apa lama sangat kat dalam?" soal Foster yang masih curiga.

Kalau tak silap sudah lebih tiga jam Rachel berada di dalam bilik Addison dan selama itu juga tiada sesiapa yang dibenarkan untuk masuk.

Rachel merenung Foster.

'Kalau Addison ialah mafia. Foster mesti anak buah dia. Wait! Takkanlah semua orang dalam rumah ni anak buah dia juga. Tak mungkin Madam Suzan pun!'

"Rachel. Hellooo. Are you there?" Petikan jari Foster menyedarkan Rachel.

"Sorry, aku ada kerja nak kena buat. Got you got. Bye" pantas Rachel melarikan diri.

"Ra—" Foster hanya memandang Rachel yang berlari mendaki anak tangga. Foster mengangkat bahu lalu berlalu ke dapur untuk mengisi perut yang kosong.

Rachel bersandar pada pintu biliknya. Katil empuk diterjah. Rachel berguling sambil memegang kedua pipinya yang memerah. Fikirannya melayang tentang adegannya dan Addison seketika tadi.

Rachel menggeleng sambil tersenyum lebar.

"Kalau aku search agak-agaknya ada tak?" Rachel menyoal sendirian.

Iphone 6s dikeluarkan. Segera Rachel mengisi bahagian 'Search' dengan kata kunci 'The Doberman'. Rachel mengagak itu mungkin gelaran untuk Addison kerana dia masih ingat ada beberapa kali Addison dipanggil dengan gelaran itu.

Namun hampa, hanya keluar carian tidak ditemui dan tidak wujud. Selepas mencuba dengan kata kunci yang berlainan, Rachel mengalah. Hasilnya tetap sama. Nampaknya identiti jejaka itu tersimpan dengan rapi.

Tanpa sedar, Rachel tertidur dibuai mimpi indah yang mungkin sebentar lagi akan bertukar menjadi mimpi buruk.

4.23 Petang

Rambut yang masih basah dikeringkan menggunakan pengering rambut. Rachel menutup suis apabila telinganya menangkap bunyi ketukan pintu. Muncul Madam Suzan di muka pintu.

"Mr. Myles nak jumpa kamu"

Rachel mengangguk. Dia segera menuju ke bilik Addison.

"Kau nak jumpa aku?" Rachel menyoal Addison yang merenung ke luar beranda mansion itu.

"Yes, sini" kata Addison sambil menepuk pehanya.

Rachel teragak-agak untuk mendekat. Addison menarik tangan Rachel sehingga gadis itu terdorong ke arahnya. Rachel menstabilkan pernafasannya kerana jarak mereka terlampau dekat lagi-lagi dengan posisinya yang berada di atas peha Addison.

"Nak cakap apa?" Rachel mengawal suaranya yang gementar.

"Next week aku ada Charity Gala. So aku harap kau boleh teman aku" Tangan Addison bermain dengan hujung rambut Rachel.

"Okay, boleh juga" Rachel angguk kecil. Nampaknya ini peluang dia untuk lebih rapat dengan Addison.

Rachel mendongak.

"Boleh aku tanya sesuatu?"

"Apa?"

Rachel menelan air liur.

"Where did you get that scar?"

Tangan Addison yang bermain dengan rambut Rachel terhenti seketika sebelum dia menyambungnya kembali. Riak wajah dikawal sebaik mungkin.

"Aku terjatuh dan terkena serpihan kaca" ringkas Addison.

Rachel anggukan kepala walaupun jawapan yang diberikan Addison kedengaran seperti meragukan di telinganya.

Ketukan pintu mengalihkan pandangan mereka.

"I think it's time for you to get ready"

"Get ready for what?"

Mereka saling berpandangan.

"Change clothes and follow Madam Suzan to find a dress for you"

Rachel tidak mempunyai pilihan lain selain mengikuti arahan Addison. Rachel mencuba sedaya upaya untuk mengelak pandangan mata ketika Addison mengucup lembut tangan halusnya.

Addison tersenyum melihat Rachel yang keluar dengan pipi yang jelas memerah. Tapi senyuman itu lenyap apabila dia teringatkan sesuatu. Keluhan terlepas daripada bibirnya.

'Betul ke apa yang aku buat ni?'

Fifth Avenue

Fifth Avenue adalah jalan raya utama di wilayah Manhattan di bandar New York . Ia menghala ke utara dari Washington Square Park di Greenwich Village hingga West 143rd Street di Harlem. Ia juga dianggap sebagai salah satu jalan paling mahal dan elegan di dunia. Bangunan ini dikelilingi dengan kedai-kedai utama untuk hampir setiap pereka jenama terkenal seperti Louis Vuitton, Tiffany & Co., Gucci, Prada, Valentino, Armani, Fendi, dan banyak lagi.

"Boring!"

"Nerd!"

"Too short!"

Pekerja di situ hanya menadah telinga mendengar Madam Suzan meneriaki mereka kerana memberi Rachel mencuba gaun yang tidak menepati tema untuk Charity Gala.

Hanya terdapat beberapa pelanggan yang dibenarkan untuk masuk kerana butik mewah itu telah di kawal ketat oleh anak buah Addison.

Rachel berdiri patung di sebelah Madam Suzan yang bercekak pinggang.

"Please bring the most expensive and elegant dress that you have" arah Madam Suzan tegas.

Pekerja butik kembali dengan lima pasang gaun seperti yang diminta Madam Suzan.

Madam Suzan menepuk bahu Rachel.

"Go try"

Rachel angguk dan mengambil gaun mewah itu ke dalam bilik persalinan. Rachel memerhati bilik persalinan yang begitu luas seperti ruang tamu.

Selepas menyalin gaun, dia akan keluar dan menunjukkan kepada Madam Suzan. Jawapan yang diberikan juga ialah sama.

No.

Siap menyalin gaun keempat, tubuhnya ditilik. Sejujurnya Rachel suka akan gaun yang tersarung di tubuh langsingnya.

Rachel tarik nafas sebelum melangkah keluar.

Madam Suzan mengangkat kepala apabila mendengar bunyi pintu terbuka. Mulutnya sedikit ternganga.

"Yes"

Bibir Rachel terangkat. Tanda dia juga setuju. Nampaknya dia mempunyai citarasa yang sama dengan Madam Suzan

Madam Suzan tetiba berdiri.

"This is the perfect one. Please bring it to the counter" Madam Suzan menepuk tangan teruja.

Salah seorang pekerja di situ mengangguk dan menolong Rachel untuk masuk ke dalam bilik persalinan.

"It's okay. I can do it myself" tolak Rachel lembut.

Pekerja itu mengangguk dan berundur.

Rachel mengangkat sedikit gaun labuh itu untuk melangkah masuk ke dalam bilik persalinan.

Rachel menutup pintu. Sebaik sahaja dia mahu mencapai zip belakang, mulutnya ditekup dan dia diheret ke bahagian belakang bilik persalinan yang sedikit tersorok.

Rachel meluru ke hadapan apabila dia dilepaskan. Tanpa membuang masa dia berpaling.

Rachel terkedu. Matanya membesar kerana terkejut melihat figura tersebut yang sangat dikenalinya.

"A-abang"

Tbc

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro