9 | Musnah

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

══════ஜ▲ஜ══════
𝑚𝑎𝑓𝑖𝑎'𝑠 𝑔𝑖𝑟𝑙

Badan Rachel menggigil melihat abang kandungnya yang telah mati kerana terlibat dalam kemalangan bersamanya ketika tujuh tahun yang lalu.

"Apa semua ni? Macam mana abang masih boleh hidup?"

Seven Years Ago

Pancaran Matahari yang berdiri megah di arah Timur tidak menghalang dua manusia itu untuk meneruskan perjalanan mereka ke destinasi yang dituju.

"Richard stop it!" Rachel dengan sedaya upaya menahan tangan abangnya yang menggeletek di bahagian pinggangnya.

Richard berhenti menggeletek apabila melihat Rachel sudah mengeluarkan air mata kerana kegelian.

"Don't do it again" Richard memberi amaran. Kedengaran lembut namun terselit ketegasan.

Mereka bertolak sedikit lambat daripada masa perjalanan yang dirancang kerana ulah nakal Rachel.

Semasa dia sedang mengemas pakaiannya, Richard perasaan beberapa boxer miliknya hilang. Puas dia mencari dan mengeledah di seluruh pelusuk biliknya. Dia keluar ke ruang tamu untuk menuju ke bilik dobi yang bersebelahan dengan dapur. Tetapi langkahnya mati di ruang tamu apabila melihat boxer-boxer miliknya yang hilang sedang tergantung pada kipas.

"Rachel!"

Rachel yang sedang sibuk menggantung tidak perasan akan Richard yang sedang bercekak pinggang. Dada lelaki itu turun naik menahan kegeraman. Rachel terus turun daripada kerusi dan melarikan diri. Akhirnya, sesi kejar mengejar berlaku.

"Okay, i promise" kata Rachel lalu tergelak suka kerana dapat mengenakan Richard.

Richard menggeleng lalu menggosok rambut adik kesayangannya.

"Hey!" Rachel menjeling Richard yang ketawa mengejek. Habis serabai rambut dibuatnya.

Richard kembali fokus pada pemanduannya. Tetiba fikirannya melayang tentang masa lalu mereka yang malang.

Beberapa tahun yang lalu, mereka sekeluarga dikerja oleh sekumpulan penjahat. Richard, Rachel mahupun ibunya tidak tahu mengapa mereka sekeluarga diburu oleh penjahat tersebut. Apabila ibunya menyoal, ayahnya hanya mendiamkan diri dan memandu dalam kelajuan yang tinggi. Pergaduhan kecil berlaku di antara suami isteri itu.

Richard dan Rachel yang masih kecil itu ketakutan. Mereka masih kecil untuk memahami apa yang berlaku. Sehinggalah kereta penjahat yang berada di belakang melanggar dengan kuat belakang kereta mereka sehingga hilang kawalan.

Si penjahat memberhentikan keretanya. Dia tergelak sinis melihat kereta yang dinaiki keluarga itu telah terjunam ke dalam gaung yang cukup dalam. Dia meninggalkan tempat kemalangan itu kerana dia pasti kesemua ahli keluarga itu sudah mati. Namun tidak.

Hanya ayah dan ibunya sahaja yang pergi meninggalkan mereka berdua pada malam itu. Mereka berdua yang berada di tempat duduk belakang terselamat kerana bahagian kereta hadapan terjunam dahulu ke dalam gaung.

"Abang!!"

Richard tersedar daripada lamunannya akibat jeritan kuat Rachel di sebelah. Dia terbeliak. Terdapat sebuah lori minyak sedang menghala ke arah mereka. Akibat cemas, Richard tidak sempat untuk mengelak menyebabkan mereka berdua terlanggar penghadang jalan dan kereta mereka melambung ke udara. Darah mula berlumuran di atas jalan raya.

Sempat mata Rachel menangkap senyuman jahat si pemandu lori sebelum melarikan diri. Perkara terakhir yang Rachel ingat hanyalah sebuah kereta yang berhenti di tepi mereka. Selepas itu, dia sedar dan dimaklumkan bahawa abangnya mati ditempat kejadian.

Perit rasanya tapi Rachel tabahkan diri melihat pusara yang masih baru itu. Semuanya berlaku di hadapan matanya sendiri. Sekelip mata dia hilang semua orang yang dia sayang. Kenalan yang datang ke majlis pengebumian itu mula pergi satu persatu. Tinggal Rachel yang masih setiap menatap pusara abangnya.

Kemudian dia didatangi seorang wanita muda dan anak perempuannya yang kelihatan sebaya Rachel. Rupa-rupanya kereta yang berhenti di tepi jalan semasa kemalangan itu ialah kereta wanita tersebut. Wanita tersebutlah yang telah membantunya.

Rachel bertuah kerana wanita tersebut baik hati menawarkan diri untuk menjaganya memandangkan dia seorang ibu tunggal yang kematian suami. Maka bermulalah hidup baru seorang Rachel Alwin.

"I don't have time to explain"

"No. Tell me how you can stay still alive?!"

"Abang terpaksa palsukan kematian abang dan join dunia gelap ni untuk selamatkan kita berdua. Kalau tak nyawa kita jadi ancamannya. Dan sekarang ni nyawa kau dalam bahaya. Kau sepatutnya jauhkan diri kau daripada musuh abang"

"Oh my god! Don't tell me you're The Groces?!"

Richard memandang sekeliling.

"We can't talk long. Tapi satu je peringatan abang. Jauhkan diri kau daripada Addison dan jangan sesekali percayakan dia"

"No, why?"

Richard memegang kedua bahu Rachel menghadapnya.

"Rachel, listen. Abang akan cuba selamatkan kau daripada dia. Tapi buat masa sekarang ni kau perlu berhati-hati. Masa Charity Gala nanti cari abang. Abang akan bawa kau keluar daripada tempat tu. I need to go. Take care"

Tidak sempat Rachel membalas, Richard sudah menyelinap keluar dari bilik persalinan itu.

"Rachel are you done?"

Suara Madam Suzan membuatkan Rachel segera menyalin kepada pakaiannya semula.

Rachel keluar dan memberikan gaun tersebut kepada pekerja yang setia menunggu. Pekerja itu membungkus dengan  kemas dan memasukkan gaun itu ke dalam beg plastik yang tertulis jenama butik mewah itu.

Selesai sahaja urusan jual beli itu, Madam Suzan menarik lengan Rachel untuk pergi ke kedai yang lain. Tanpa sedar, gerak  geri mereka diperhati seseorang.

'I will save you, sister. Tunggu abang'

•••

Rachel menoleh ketika mendengar pintu pejabatnya dibuka. Addison muncul. Dia mendekati Rachel.

"What d—"

Rachel terdiam apabila Addison menyambar bibirnya. Tanpa menunggu lama dia membalas kembali ciuman itu. Ciuman yang perlahan bertukar rentak. Addison melepaskan ciuman kerana sedar Rachel tidak cukup nafas. Termengah-mengah gadis kecil.

"I can't get enough of you" Bibir basah Rachel diusap.

Rachel menunduk bersama muka yang membahang.

"Is something wrong?" Addison mengangkat dagu runcing Rachel.

Rachel menggeleng perlahan.

"Then, be prepared for tonight. The car will be ready at 8" pesan Addison.

Dia mengucup dahi Rachel lembut sebelum keluar.

Rachel memegang dadanya.

"Goshh. I have to learn how to control my hearbeat" ujar Rachel sambil merasai degupan jantungnya yang berdegup laju.

Hanya dengan satu sentuhan, Addison boleh buatkan Rachel menjadi gila.

Charity Gala

Siap disolek, Rachel bagaikan terpukau melihat pantulan wajahnya sendiri. Sentuhan daripada seseorang yang berpengalaman membuatkan wajahnya tampil berbeza.

Rachel menilik penampilannya pada malam itu. Di badannya tersarung gaun labuh berwarna merah gelap yang terbelah di bahagian peha menampakkan kaki putih susu miliknya. Bahagian lurah dadanya sedikit terdedah. Rachel mencapai kasut tumit tinggi yang berada di dalam kotak sebelum berlalu pergi.

Rachel menyambut huluran tangan Addison. Pemandu peribadi Addison memandu pergi limosin hitam itu. Rachel sedaya upaya mengekalkan senyuman manisnya ketika lensar kamera tidak putus-putus menangkap gambar mereka berdua.

Addison memaut pinggang ramping Rachel ke dalam bangunan di mana majlis akan berlangsung sebentar lagi.

Rachel menghela nafas setelah berjaya melepasi keadaan yang agak sesak di pintu masuk tadi. Mereka menuju ke sebuah meja yang telah disediakan khas.

Lampu tiba-tiba terpadam.

"Thank you all for coming to the 23rd annual Founder's Charity Gala. We have a silent auction on the back wall and will be accepting other monetary donations all night. But for know, we'd like to welcome last years biggest donor to the dance floor to kick things off! Would Mr. Myles and his partner come forward for the opening dance?!"

Kata-kata aluan yang diberikan oleh pengacara majlis mengundang tepukan tetamu yang turut hadir di majlis besar itu.

Rachel tersentak apabila Addison menariknya ke ruang tari. Mereka mula bergerak mengikut alunan muzik yang dimainkan.

"Why you didn't tell me about this dance?" bisik Rachel.

"You'll be fine" balas Addison.

Mereka menari sehingga muzik berhenti. Rachel meminta diri untuk pergi ke tandas.

Rachel membetulkan kembali gaun labuhnya apabila melangkah keluar dari tandas. Baru selangkah menapak, dia ditarik ke stor yang berhampiran.

"Abang"

"Kenapa kau nampak macam terlalu rapat dengan dia. Abang dah pesan supaya jauhkan diri kau daripada dia" Richard merenung tajam adiknya.

"Ta—"

"Abang akan bawa kau jauh daripada dia.....untuk kebaikan kau"

"Apa yang abang cuba lakukan?"

Perbualan mereka terhenti ketika mendengar bunyi tapak kaki yang berhampiran dengan stor tersebut. Mereka berdua berpecah supaya tidak dilihat sesiapa.

Rachel menarik nafas kerana dia rasakan sesuatu yang buruk akan berlaku. Dia cuba mencari Addison di dalam lautan manusia yang sesak itu. Rachel pantas menuju ke arah Addison yang sedang berbual dengan rakan-rakannya itu.

Addison meminta diri kepada mereka dan memandang ke arah Rachel yang menarik lengan tuxedo hitamnya.

"Yes, Rachel?"

"We have to go. Right now" tekan Rachel.

"Pardon?"

"Ermm. I don't feel well" Rachel memberi alasan. Hatinya semakin berasa tidak sedap.

"Please wait. We'll be back when this event is over"

Rachel mengetap bibir melihat Addison yang kembali berbual dengan rakan-rakannya.

Beberapa jam berlalu, Rachel hanya berdiri seperti tunggul berdekatan meja yang berisi dengan pelbagai variasi makanan sambil meneguk air kosong.

Dari jauh, Richard berjalan dengan riak wajah tegang. Rachel melihat arah yang dituju Richard tepat kepada Addison. Gelas kaca ditangannya diletakkan semula di atas meja.

Tidak sempat Rachel mahu pergi ke arah Richard, dia di tahan seorang wanita.

"Don't move" bisik wanita itu.

"Abang!"

Bang

Bang

Tembakan yang dilepaskan oleh Richard membuatkan tetamu yang berada di situ mula panik dan takut. Mereka mula berlari keluar daripada bangunan itu untuk menyelamatkan diri.

Hanya tinggal mereka di situ.

Addison menepuk tangannya kuat.

"Kau memang dah tak sabar nak bunuh aku nampaknya"

"Memang. Kalau boleh aku nak humban kau ke neraka terus" bidas Richard kasar.

Richard menghalakan pistolnya ke arah Addison. Addison juga turut berbuat demikian. Anak buah mereka berjaga-jaga di sekeliling untuk memastikan tiada sesiapa yang memulakan serangan.

"Lepaskan adik aku"

"Lepaskan? Sekali dia dah jadi milik aku. Selamanya milik aku" Addison senyum sinis.

"Bullshit! Kau yang perangkap dia. Aku tahu kau dah rancang semuanya" Mata Richard mencerlung memandang Addison.

"Please.....stop it" rintih Rachel yang tidak sanggup melihat Richard dan Addison beradu mulut.

Takut dia melihat pistol-pistol yang bila-bila masa saja boleh melepaskan tembakan.

"Sorry, Rachel" Richard senyum sebelum menarik picu.

Bang

Bang

"Abang! No!!"

Richard dan Addison melepaskan tembakan pada masa yang sama tetapi malangnya tembakan Richard sedikit tersasar. Manakala tembakan Addison tepat mengenai bahagian abdomennya. Addison memegang bahunya yang mempunyai sedikit kesan calar.

Rachel meronta-ronta sehingga pegangan wanita itu terlepas daripadanya. Dia berlari ke arah Richard yang sudah terbaring. Rachel menekup tangan lelaki itu yang sedang menahan darah yang membuak keluar di bahagian abdomennya.

"Abang..."

Richard tersenyum menahan perit sebelum menghembuskan nafas terakhir. Sempat dia membisikkan sesuatu kepada Rachel. Air mata Rachel pecah melihat jasad abangnya yang sudah tidak bernyawa.

Dia melihat sekeliling. Anak buah Richard sudah tumpas dikerjakan oleh anak buah Addison.

Rachel menggenggam penumbuk. Dia mencapai pistol yang masih berada di tangan Richard.

Rachel bangkit dan menghalakan muncung pistol tepat ke arah Addison. Pandangan matanya kosong.

Addison membuat isyarat supaya anak buahnya menurunkan pistol. Dia menahan kesakitan bahunya. Walaupun hanya terkena sipi-sipi tetapi darah masih mengalir keluar.

"Ra—"

"Shut up! I hate you!" bentak Rachel penuh amarah.

"Rachel put the gun. Right now" pujuk Addison.

Rachel menarik picu. Kepalanya digeleng perlahan.

"I'll never be your mafia's girl"

Bang

•••

"Many causes are worth dying for, but not cause is worth killing for"

Rachel membuka mata yang sudah bergelimpangan dengan air mata. Masih segar di ingatannya tentang bisikan Addison setelah peluru itu tempat mengenai dadanya. Selepas itu semuanya bertukar gelap.

Rachel menggelengkan kepala cuba untuk mengusir pelbagai persoalan.

Matanya ditumpukan ke arah sesuatu. Rachel mengusap pusara Richard dengan hati yang sayu. Seperti beberapa bulan yang lalu, dia pasti akan melawat sebulan sekali untuk melampiaskan rindunya.

Rachel kini menetap di Amerika iaitu tempat tinggal asalnya. Selepas kejadian hitam itu berlaku dia mengambil keputusan untuk melupakan segalanya dan memulai hidup baru. Bahkan Rachel membuang semua kenalan supaya mereka semua tidak dapat menghubunginya termasuklah Leen.

Doa dititipkan kepada abang kesayangannya. Rachel berdiri sambil membetulkan tali beg galasnya. Rachel tersenyum ke arah pusara abangnya.

Kakinya digerakkan ke taman permainan yang berada tidak jauh dari situ. Semasa berjalan Rachel mengeluarkan telefon pintarnya. Terbantut niatnya untuk membuka aplikasi Uber apabila tiga buah kereta berhenti di hadapannya.

Keluar beberapa orang lelaki berpakaian hitam.

"Alex" sebut Rachel perlahan melihat salah seorang lelaki yang keluar itu ialah lelaki yang sangat dikenalinya.

Malah dia dapat mengecam wajah beberapa lelaki yang lain.

"Rachel!" Alex mengetap gigi melihat Rachel sudah melarikan diri ke taman permainan.

"Kejar dia. Jangan sampai terlepas" arah Alex tegas.

Rachel berlari bagaikan tidak cukup tanah. Dia tidak menghiraukan pandangan kanak-kanak di taman permainan yang memandangnya pelik. Rachel tidak menoleh ke belakang tapi dia pasti mereka masih mengejarnya.

Rachel berhenti seketika sambil memegang lutut. Nafasnya tercungap-cungap. Rachel menyambung kembali lariannya mengikut laluan pejalan kaki. Tetapi dia dikepung dari arah yang berlainan. Rachel menukar arah dan mengikut laluan kecil yang akan membawanya ke jalan yang jarang digunakan.

"Stop!" Rachel menahan kereta yang kebetulan berhenti di tepi jalan.

Dia mengetuk beberapa kali tingkap kereta yang di-tinted gelap itu.

"Please help me!" rayu Rachel. Jujur dia tersangat takut sekiranya Alex berjaya menangkapnya.

Mendengar bunyi pintu kereta di-unlocked, Rachel segera membuka pintu dan menyerbu masuk. Baru sahaja dia mahu mengucapkan terima kasih, matanya ditutup menggunakan sehelai kain.

Rachel mula meronta-ronta apabila bibirnya disambar. Tangannya dipegang kemas menyebabkan sukar untuk dia melawan.

Rachel sedaya upaya menolak menggunakan seluruh tenaganya. Telinganya dapat menangkap bunyi ketawa seorang lelaki. Jantungnya semakin berdegup laju.

Tetiba ikatan pada matanya ditanggalkan.

Rachel tergamam. Satu-satunya orang yang dia tidak mahu jumpa. Satu-satunya orang yang dia cuba lupakan selama ini.

Addison Myles.

Lelaki itu bersandarkan sambil menghadiahkannya senyuman sinis.

"Finally, we meet again Rachel"

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

God holds our lives in his hands. He holds the key to our future. Only he knows our fate

- Rachel Alwin

Wanna know something? When I consider you as mine it means you always be mine. No matter how long you run, even until the end of the world. I'll definitely be able to catch you. Because you're my Mafia's Girl.

- Addison Myles

T H E E N D

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro