Bab 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Faheem tersenyum. Puas hati melihat penampilan dirinya di cermin.
Hidupnya sekarang berubah 360 darjah.

Tanpa bantuan Tengku Rais, tentu saja hidupnya ibarat 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.
Dia merupakan seorang anak yatim piatu yang hanya dibesarkan oleh atuknya. Setelah kematian atuknya, dia telah diambil menjadi anak angkat Tengku Rais semasa dia berada di darjah lima.

Kebetulan, Tengku Rais juga hidup sebatang kara sama seperti nasibnya. Atas desakan pak usunya yang tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan sekolahnya, Faheem akur dan bersetuju untuk menjadi anak angkat Tengku Rais.

Hari ini dia akan memulakan tugas di TR Land. Atas menghormati permintaan daddynya, Faheem dengan senang hati bersetuju untuk bekerja di company daddynya.

Dengan Berkemeja tona emerald green, bertali leher warna hitam, berseluar slack hitam, gayanya tidak ubah seperti seorang pekerja berwibawa.

Dengan mempunyai raut wajah seakan Redza Minhat, dia seharusnya menjadi seorang model atau pelakon. Wajahnya menjadi kegilaan wanita masa kini.

Sudah-sudahlah penulis mahu memuji Faheem. Faheem sudah muak dengan semua pujian dunia!

Faheem segera beredar ke TR Land. Dia perlu sampai ke office on time. Berpuluh calon harus di temuduga hari ini.

*********

Nurina lambat lagi. Dia memarahi Iphone 6+ nya kerana tidak berbunyi. Sebelum tidur semalam, dia sudah mengunci alarm seawal 6.00am kemudian 6:05,6:10 dan sehingga jam 7:00 am.

Tetapi yang menjadi misteri, satu alarm pun tidak dia dengar. Apabila terjaga, dia lihat jam sudah menunjukkan waktu 7:40 am.
Pukul 8:30 am dia ada interview di Syarikat TR Land.

"Matilah aku kalau lambat untuk hadir ke interview kali ini" Nurina merungut menuju ke bilik air.

Nurina seorang gadis yang hidupnya penuh misteri. Tidak mempunyai kawan baik, hidupnya sering keseorangan. Tiada seorang pun yang mengetahui latar belakang hidup Nurina.

Ya, dia telah kehilangan kedua orang tuanya akibat keangkuhan dan kedegilan dirinya.
Nasi sudah menjadi bubur. Nurina kini sudah lali hidup sendirian.

Dengan memakai blouse emerald green, shawl bercorak flora dan pencil skirt hitam dia kelihatan amat cantik sekali. Dengan raut wajah persis cina mualaf, Nurina sering diberi nama gelaran 'amoi' semasa di bangku sekolah.

Oleh kerana dia amat membenci dengan nama gelaran itu, dia akan menumbuk sesiapa saja yang memanggil dia dengan gelaran 'amoi'.
Setakat kena hukuman gantung sekolah selama seminggu? Nurina sudah lali. Siapa suruh orang mencari pasal dengan dirinya.

********
Kelihatan ramai sekali kelibat manusia di Stesen LRT Masjid Jamek. Nurina mengeluh. Dia perlu sampai ke Stesen LRT KLCC tepat jam 8:15 am. Nurina melajukan langkahnya agar dia sempat untuk sampai ke TR Land pada masa yang ditetapkan.

Nurina sampai di Stesen LRT KLCC tepat jam 9:00 am. Setengah jam lambat. Tanpa lengah, Nurina terus menunjukkan bakatnya sebagai seorang ratu pecut 100m di sekolahnya dahulu. Habis semua orang hendak dilanggarnya semasa dia sibuk berlari.

Akhirnya Nurina melangkah masuk ke TR Land, kelihatan ramai calon temuduga yang sedang menunggu.

Nurina menghembuskan nafas lega. Lega kerana dia sempat untuk menghadiri temuduga disalah satu syarikat yang paling gah di Malaysia. Dia tersenyum puas sambil mengisi butiran diri di dalam borang yang dikehendaki.

Hampir satu jam menunggu, akhirnya dia mendengar namanya dipanggil,

" Cik Afrina Nurina Bt Ahmad Farid"

Nurina melangkah masuk ke dalam bilik temuduga dengan penuh debaran.

Kelihatan dua orang pegawai di dalam bilik sederhana besar itu.
Nurina cuba mengawal debar di dada.

"So, jika awak diberi peluang untuk bekerja di TR Land, apa perkara pertama yang awak akan lakukan?" Soal pegawai yang sedikit berusia itu kepada dirinya.

Nurina menarik nafas dalam, dia bagai mengumpul segala semangat di dadanya. sebaik sahaja mengangkat wajahnya, matanya terus terpandang akan seorang pemuda di sebelah pegawai itu tadi dan lidahnya menjadi kelu.

"Faheem?" Desis Nurina di dalam hati.

Tanpa lengah terus sahaja moodnya bertukar hangat.
Soalan oleh pegawai itu tadi dijawab dengan angkuh dan sambil lewa.

"Jika saya diberi peluang untuk bekerja di TR Land ini, saya tidak akan menerima peluang ini. Hal ini demikian kerana, segala idea dan bakat saya hanya akan saya curahkan kepada company yang benar-benar layak dan saya tiba-tiba tidak berminat untuk berkhidmat di company ini. Sorry"

Habis sahaja Nurina bersuara, dia terus beredar keluar. Biar lantak apa nak jadi. Melihat wajah tenang Faheem hatinya sungguh sakit!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro