Bab 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Malam itu hujan lebat, angin bertiup kencang. Suasana rumahnya sunyi sekali. Nurina sudah berkira-kira mahu larikan diri dari rumah.

Sakit sungguh hatinya apabila mamanya mendesak supaya dia tinggal di asrama.
Dia anak tunggal. Jiwanya memberontak apabila mamanya mahu menghantarnya ke asrama. Apa yang dia rasa, mama dan papanya sudah tidak sayang akan dirinya lagi.

Seminggu dia berjaya hilangkan diri. Puas mamanya, Puan Zurainah dan papanya Tuan Ahmad Farid mencarinya di segenap pelusuk Kuala Lumpur.

Selepas seminggu, dia sudah penat bersembunyi akhirnya dia menebalkan muka untuk pulang sahaja ke rumahnya. Dia yakin mama dan papanya akan menarik semula rancangan mereka untuk menghantarnya ke asrama.

Sampai sahaja di pintu pagar kediamannya, kelihatan orang ramai berbaju kurung dan berjubah memenuhi perkarangan rumahnya. Entah kenapa jantung Nurina bertukar laju.
Dia berlari ke dalam rumahnya dan dia dapat melihat jasad mama dan papanya dibaringkan di ruang tamu rumahnya.

Nurina meraung bagai dirasuk. Mak Som pembantu rumahnya segera menenangkan Nurina.
Kata Mak Som Mama dan papanya kemalangan. Dilanggar lari oleh lori tangki di Lebuhraya Karak semasa sedang berusaha untuk mencari dirinya yang hilang.

Semenjak dari hari itu, Nurina tidak habis-habis menyalahkan dirinya. Jika dia tidak melarikan diri pada malam itu, sudah tentu mama dan papanya tidak terlibat dalam kemalangan ngeri itu.

Nurina dibesarkan oleh Mak Som sehingga orang tua itu meninggal dunia sejurus saja dia tamat SPM. Sayu sungguh hatinya. Semua insan yang Nurina sayang pergi meninggalkannya. Satu persatu dugaan yang menimpa dirinya dan menjadikan dirinya kuat seperti sekarang.

Selepas pelbagai peristiwa menimpa dirinya, dia membawa diri ke UK. Dia menyambung pelajarannya di dalam jurusan architecture. Dengan bantuan biasiswa JPA, dia mampu meneruskan pelajarannya di UK sehingga tamat dengan cemerlang.

Nurina pulang ke Malaysia setelah hampir 7 tahun tinggal di negara orang. Dia tinggal bersendirian di rumah pusaka peninggalan arwah mama dan papanya. Nurina sangat bertuah kerana papa meninggalkan harta yang banyak untuk dirinya. Namun, itu semua tidak cukup untuk menjadikan diri Nurina gembira.

Kini dia terlalu sunyi untuk hidup sendiri.
Entah kenapa dia amat memerlukan teman buat masa ini.

**********

Faheem meneliti butiran diri calon terakhir untuk sesi temuduga sebentar lagi.

Nama: Afrina Nurina Bt Ahmad Farid

"Hmm.. keciknya dunia. Nurina kah?" Gumam Faheem sendirian.

Adakah Nurina insan yang pernah dia cintai merupakan calon terakhir untuk sesi temuduga hari ini? Gugup dada Faheem mengenangkan kisah antara dia dan Nurina.

Nurina merupakan sahabat baiknya ketika mereka bersekolah di SMK Bintang Utara.
Selepas dia meluahkan rasa cintanya kepada Nurina, hubungan baik antara dia dengan Nurina terputus begitu sahaja. Entah apa salah dia, Faheem sendiri tidak mengetahuinya. Puas dia memohon maaf kepada Nurina. Tetapi permohonan maafnya tidak dilayan sama sekali. Malah selepas itu, Nurina tidak sudi bersahabat dengannya lagi!

"Urgh, focus Faheem, focus!" Faheem mengeluh sendirian.

Faheem mendengar nama Nurina di panggil.

Kelihatan wanita tubuh sederhana tinggi, berbaju setona dengannya melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat itu dengan lemah lembut.

"Ya tuhan,sungguh inilah satu-satunya wajah yang amat dia rindui. Nurina jauh lebih cantik berbanding di sekolah dahulu" dalam diam hati Faheem memuji Nurina.

Terkejut beruk Faheem mendengar kata-kata Nurina selepas Encik Awal meminta Nurina memberikan jawapan ketika sesi temuduga sebentar tadi. Benci sungguh Nurina kepada dirinya.

Hampir setengah jam berbincang akhirnya Faheem memberi kata putus,

" Encik Awal, i rasa berminat dengan candidate terakhir tadi. I rasa dia seorang yang berani. I nak dia diterima untuk bekerja di company kita" Faheem mula menggunakan kuasa vetonya.

"Ttapi Encik Faheemm.."

"No more excuses. Please?" Faheem terus bangun dan melangkah keluar dari bilik itu dengan perasaan bercampur baur.

" Please Nurina. Bagi i peluang" Faheem berbisik sendirian dan masih berharap agar Nurina mengerti akan perasaannya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro