Bab 15

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Panasnya" Nurina sudah mengipas-ngipas mukanya menggunakan file kertas coklat itu. Dia mendapati yang Faheem masih kekal bergaya walau cuaca tengah panas terik begini.
Nasib projek mereka kali ini tidak banyak masalah. Mereka hanya perlu menyediakan report dan menunggu approval daripada Tengku Rais.
Projek kali ini agak mencabar bagi Nurina kerana Faheem telah melantik dirinya sebagai ketua projek. Mahu atau tidak, Nurina menerima sebagai pengalaman pertama untuknya.

" how la. Faheem ni bila je tak kacak. Aku nak sangat tengok muka dia masa bangun tidur. Macam manalah agaknya. Nak tengok!"

" Ehem,nak tengok apa tu?"

Wajah Faheem sudah berada di sebelahnya. Lama jugak dia mengelamun. Kalaulah Faheem dapat tahu Nurina berangankannya, boleh mati sebab malu tau tak?
Nurina terus mengeluarkan tisu dari beg tangannya dan dihulurkan kepada Faheem. Wajah Faheem sudah dibasahi manik-manik peluh. Fuhhhh, makin berpeluh, makin seksi dia ni tau!

"Lapkan please" Faheem sudah menghulurkan wajahnya dihadapan Nurina.

"Mengadanya. Benci!" wajah Nurina sudah merah padam. Segera Nurina bangun meninggalkan Faheem yang sudah gelakkan dirinya.

Dari jauh dia dapat mendengar jeritan Faheem.
"Nurin, i nak manja-manja sikit tak boleh. Sombong!"

Nurina melajukan langkahnya.
"Haish lah Faheem. Jangan macam ni please. Boleh rapuh hati aku."

Malam itu malam terakhir mereka berada di Pulau Pangkor. Nurina sudah terbaring kemalasan di atas katil. Perutnya sudah berbunyi rancak akan tetapi disebabkan oleh perasaan malasnya sudah meningkat ke tahap tujuh petala langit, jadi Nurina sudah bernekad hanya mahu tunggu makanan turun dari langit sahaja!
Tiba-tiba pintu chaletnya di ketuk dari luar.
Nurina bangun malas dan menutup kepalanya menggunakan tuala.

"Siapa tuuuuuuu?"

Senyap.

"Siapa tuuuuuu. I takde order apa-apa makanan!"

Nurina terus membuka pintu chaletnya. Tersembul wajah Faheem yang sedang tersenyum manis kepada dirinya.

"Jom makan Nurin. I laparlah" pelawa Faheem sambil menggosok-gosokkan perutnya.

"I tak laparlah Faheem. I dah kenyang!" *Brrppppp tiba-tiba perut Nurina berbunyi.

"Ish, perut dah berbunyi kuat macam tu pun nak tipu lagi. Pergilah siap cepat, i tunggu dekat lobby"

Nurina terus menutup pintu chaletnya. Dia sudah menampar-nampar perutnya.

"Yang berbunyi kuat sangat kenapa! Malu tau orang dengar!"marah Nurina kepada perut kempisnya. *Brrppppp perut Nurina berbunyi lagi.

"Yelah yelah. Kita pergi makan"

Nurina bersiap ala kadar. Dia hanya menyarung seluar kapas bercorak abstrak dan tshirt lengan panjang warna hitam.Tudung setona dengan bajunya. Sedondon sama seperti Faheem.

"Ehem. Kita nak pergi naik apa ni?"

Faheem terus menghulurkan helmet kepada Nurina.

"I tak reti naik moto you. I takut!" ujar Nurina takut-takut kepada Faheem.

"Ishh naik je lah. Bukan i suruh you bawa pun. Naiklah cepat. Best tau" Faheem sudah menepuk-nepuk seat belakang skuter Ego tersebut.
Dengan teragak-agak Nurina terus cuba duduk di atas skuter tersebut. Nasib dia tidak memakai skirt labuh tadi kalau tak sumpah dia nekad untuk makan pada hari esok sahaja.

Faheem memulakan perjalanan dengan lafaz bismillah. Nurina duduk menjauh di hujung seat skuter tersebut. Faheem sengaja menekan brek mengejut. Nurina sudah menjerit di belakang. Nak tak nak, tangannya sudah menarik baju Faheem.

Dari cermin sisi,Faheem sudah tersenyum melihat wajah ketakutan wanita pujaannya itu!

****
"Heem, duduklah minum dengan daddy dulu" ajak Tengku Rais sejurus melihat tubuh Faheem masuk ke dalam rumah pada petang itu.
Segera Faheem menyalami tangan orang tua itu. Rindu sungguh rasanya. Walau sudah lanjut usia, Tengku Rais lebih gemar menguruskan segala urusan TR Land dengan kudratnya sendiri.

"Penat? Projek kita dekat Pangkor hari tu macam mana?"

" Okay je dy. Progress report ada atas meja daddy. Daddy masuk office esok, Heem harap daddy akan berlapang hati untuk approvekan projek tu. Hehe"

" amboi. Daddy dengar Faheem pergi sana dengan arkitek baru kita. Macam mana kerja dia? Okay?" Tengku Rais sudah tersenyum melihat Faheem hanya berdiam diri.

" Heem ada perkara nak bincang dengan daddy. Ni pasal projek kita yang dekat Seremban. I mean project Flora Terrace" ujar Faheem penuh sopan. Risau hatinya jika daddy kesayangannya akan terkejut beruk mendengar kenyataannya sebentar lagi.

Hampir 40 minit berbincang Tengku Rais mengambil keputusan untuk berbincang permasalahan yang timbul itu bersama dengan Taufiq sendiri.

"By the way,daddy perlukan satu lakaran untuk Yayasan Rais nanti. Daddy nak try hasil kerja daripada arkitek baru kita tulah. Apa nama dia Heem?"

" Err yang mana dy?"

" Yang graduated from UK tu. Daddy nak juga tengok hasil kerja pelajar luar macam mana pergi dia. Siapa nama dia Heem?"

"Nurina daddy. Afrina Nurina bt Ahmad Farid"

" Ahmad Farid??"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro