Bab 14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Selepas keluar makan malam bersama Faheem tadi, Nurina terus meminta diri untuk masuk ke chaletnya. Dia sengaja mengelak untuk menghabiskan masa bersama dengan Faheem. Dadanya menjadi sesak melihat renungan mata Faheem.

Melihat Faheem masih setia menagih cinta darinya, Nurina sudah jadi serba salah. Faheem terlalu baik sedangkan dirinya.hmm.

School of Architecture UK, 2009

Selepas seminggu keputusan SPM dikeluarkan, Nurina terus nekad untuk membawa diri ke UK. Berbekalkan dengan keputusan yang sangat cemerlang, segala yuran pengajiannya 100 peratus ditaja oleh pihak penaja. Tentang perasaan Faheem dia sudah tidak mahu ambil tahu. Dia sudah serik untuk menyayangi ramai orang. Dulu mama dan papanya meninggal, selepas itu Mak Som pula. Jika dia menyayangi Faheem, pasti Faheem juga akan turut pergi meninggalkan dirinya keseorangan. Itu yang dia tidak mahu!

Sudah lima minggu Nurina berada di tanah asing. Pada masa itu, hatinya sungguh rapuh. Hidup berkawan dengan orang berbeza fahaman dan agama menjadikan diri Nurina bagai lalang.
Teman sebiliknya, Wincy seringkali menjadikan diri Nurina keliru akan identiti dirinya.
Kata Wincy, sementara kita masih muda dan masih kuat, punyai kesempatan untuk berseronok why not kita just follow the flow.
Rugi jika Nurina sia-siakan masa mudanya. Entah bagai dirasuk kepala syaitan, Nurina akui dirinya memang mudah terpengaruh. Hampir setiap malam dia bersama Wincy menghabiskan masa berseronok di Kelab malam. Apa yang haram semua di teguk, ditelan. Dunia kegelapan Nurina berterusan sehingga dia berada di semester terakhir.

Malam itu Wincy memberitahu yang dia terpaksa pulang ke kampung kerana ada panggilan kecemasan daripada keluarganya. Nurina menghantar pemergian Wincy dengan pandangan yang lemah.
Bosan juga hidupnya jika tiada Wincy. Wincy bijak menjadikan diri Nurina seronok sehingga dia melupakan apa itu erti kesedihan.
Nurina menghabiskan sisa malam itu dengan menyiapkan segala tugasan yang tergendala. Dia akui, berada di semester akhir ini sedikit sebanyak menggugat masa Nurina untuk keluar berseronok bersama Wincy.
Pagi itu, alangkah terkejutnya apabila dia bangun dari tidur dia mendapati teman lelaki Wincy tidur disebelahnya. Tubuh Nurina terdedah tidak dibaluti sehelai pakaian langsung! Nurina segera menumbuk Jackson yang sedang asyik tidur. Jeritan Nurina menghalau Jackson keluar menyebabkan Jackson terus keluar dari bilik itu sambil memaki hamun Nurina.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna Nurina.
Shit. Seteruk-teruk aku, aku takde lah nak main dengan lelaki lagi bodoh!
Aku jaga 'dara' aku hanya untuk Faheem. Nurina sudah teresak di bawah air pancut bilik airnya.
Dia sendiri keliru. Dia tahu Jackson mabuk teruk. Dia tidak sedar apa yang Jackson telah lakukan. Dia tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Dia tidak tahu kenapa semasa dia bangun dia sudah telanjang bulat. Nurina sudah meraung kesedihan.

Apabila Wincy pulang segera Nurina menceritakan apa yang terjadi. Wincy cuma tersenyum. "Sharing is caring Nuyin"

Watdehek. Jackson tu Negro kot. Dia ingat aku selera. Atuk kau lah Wincy!

Wincy memandang Nurina pelik. Pelik kerana Nurina memakinya di dalam Bahasa Melayu. Bahasa ibunda Nurina.
Sejak kejadian itu, Nurina mula berubah. Dia mula bertudung. Dia mula belajar untuk berubah. Dia mendekatkan diri dengan tuhan. Dia tahu, hidup dia semakin jauh tersasar.

Wincy makin jauh. Yang Nurina tahu hanya peperiksaannya kini semakin dekat. Mahu atau tidak, dia harus mendapat keputusan yang cemerlang! Itu janji Nurina.
Allah tidak pernah kejam kepada hamba-hambanya. Walau Nurina pernah hanyut dan leka, dia tetap beri Nurina hadiah. Ya, hadiah keputusan yang cemerlang.

" Ya rabb, sungguh aku angkuh dalam hidup ini sedangkan engkau pinjamkan aku nafas yang panjang walau aku sering lupa dan hanyut ketika mengejar keseronokkan dunia"

Sebelum Nurina berangkat pulang ke Malaysia, Wincy ada bertemu dengan Nurina. Pertemuan terakhir itu mengejutkan Nurina. Jackson memberitahu Wincy yang dia tidak menyentuh Nurina langsung pada malam itu. Nasi sudah menjadi bubur, entah kenapa Nurina tidak mempercayai Jackson. Yang Nurina tahu, dirinya sudah kotor! Dia meninggalkan bumi UK dengan 1001 penyesalan.

Nurina terjaga dari lena. Tidur malamnya tadi, ditemani mimpi yang menyesakkan dada.
Telefon bimbit Nurina berbuyi tanda ada notifikasi masuk. Nurina terus membuka security code telefon bimbitnya. Nama Faheem tertera.

FAHEEM:
Morning Nurin. Jangan lupa turun breakfast. Then, kita terus gerak pergi tapak project. Take your time. I tunggu you dekat lobby.
Dah subuh belum ni? Mesti belum kan? Ish3.

"Macam manalah dia boleh tahu aku tak subuh lagi? Teror gila mamat ni!"

Terus Nurina bangun duduk di birai katil, dia pusingkan badannya ke kiri dan kanan untuk membetulkan urat pinggangnya. Dia bangun mencapai tuala dan bersiap untuk solat subuh.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro