Bab 13

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Nurina mengorak langkah ke pantai. Hembusan angin lembut menerpa pipi putih Nurina. Selendang jingganya turut berterbangan akibat ditiup angin pantai. Nurina membiarkan kakinya di pukul ombak kecil. Luar sedar dia tersenyum sendirian.
Lapang dadanya, hilang kusut fikirannya apabila melihat pantai terbentang indah di hadapan mata. Patutlah orang, bila kusut fikiran terus sibuk booked ticket flight untuk pergi short-vacation. Kalau Nurina tahu begini indahnya perasaan bila ber-vacation, sudah lama dia mengajak Sakinah untuk pergi bercuti setiap hujung minggu. Tengah buat apalah Sakinah agaknya di rumah sekarang. Rindu pula rasanya kepada Sakinah!
Entah kenapa semenjak dua menjak ini, fikiran Nurina sentiasa melayang ingatkan memori dia bersama Faheem tujuh tahun dulu.

"Nurin, petang ni jangan lupa. Kau dah janji nak ajarkan aku add maths kan? Aku tunggu dekat library!"

" Faheem.aku takk-"

Belum sempat Nurina menghabiskan bicaranya, kelibat Faheem terus hilang menuruni tangga untuk pulang. Bukan dia tidak mahu mengajar Faheem. Tapi kondisi kesihatan Mak Som menyebabkan Nurina berat hati untuk meninggalkan orang tua itu keseorangan di banglonya. Selepas kematian mama dan papa, hanya nama Mak Som sentiasa meniti di bibirnya. Tanpa kasih daripada orang tua itu, mungkin Nurina tidak sekuat ini.

Petang itu, atas desakan Mak Som Nurina pergi ke library sekolahnya. Kata Mak Som, tumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran kerana SPM akan bermula tiga minggu lagi. Fokus dan jangan risaukan Mak Som. Dengan berat hati, lemah kakinya melangkah keluar dari banglonya.

Faheem tersenyum manis apabila melihat pipi Nurina kemerahan akibat terkena sinaran sang mentari barangkali. Dia sudah nekad untuk meluahkan isi hatinya kepada Nurina pada hari ini. Sungguh, dia mahu Nurina tahu tentang perasaannya terhadap gadis itu.

Nurina terus duduk di hadapan Faheem. Dia mengeluarkan buku latihan Add Maths dan pencil casenya.

"Yang mana kau tak faham? Aku kena cepat ni. Sebab Mak Som tak berapa sihat. Aku risaulah dekat dia Heem"

Hampir dua jam Nurina sabar mengajar Faheem dan akhirnya Faheem dapat menyelesaikan semua masalah quadratic equation tidak sampai tiga minit. Faheem memang cepat belajar. Puji Nurina.

Nurina sibuk berkemas buku dan alatan tulisnya.Dia mahu segera pulang. Dia sudah tidak sabar untuk duduk berbual dan habiskan masa bersama Mak Som.

"Nurin. Japlah aku ada benda nak bagi tahu ni"

" Apa lagi Heem. Soalan mana lagi yang kau tak faham? " Nurina kembali duduk apabila melihat wajah Faheem seperti serba salah.

"Heem? I'm waiting!" Nurina sudah berpeluk tubuh menunggu Faheem bersuara.

"Nurin, ni bukan pasal study. Aku nak jujur something ni"

" okay. Proceed"

" Aku.aa-ku.aaa-ku" Faheem sudah gagap.

Lama Faheem memerhatikan tubuh Nurina yang berada di tepi pantai. Entah semangat berani mana yang Faheem dapat, langkahnya terus menghampiri persisiran pantai tempat di mana Nurina tengah berdiri termenung.

"Hai Nurin"

Terangkat bahu Nurina. Habis hilang bertebaran entah kemana memori dia bersama Faheem tadi.

"Eh hai"
Nurina membalas senyuman Faheem. Kalau tidak kerana ada urusan kerja di Pulau Pangkor ini, mustahil dia akan bersetuju untuk berada di Pulau ini lebih-lebih lagi dia terpaksa pergi bersama-sama dengan Faheem. Mana tidaknya, sepanjang perjalanan di dalam feri untuk ke Pulau Pangkor tadi, tubuh Nurina sudah lembik akibat mabuk laut. Segala jenis minyak seperti minyak cap kapak, cap singa mengaum,minyak yu yi habis dia gosok di kepala dan tengkuknya dengan harapan agar mabuknya hilang. Faheem di sebelahnya sudah memegang plastik kecil, sebagai persediaan untuk menadah muntah Nurina mungkin.

"Malunyaaaa" tiba-tiba Nurina bercakap seorang diri.

"Siapa yang malu? Ek?"
Faheem terus menoleh ke sisinya. Dia lihat Nurina banyak termenung sejak dari tadi. Fikiran Nurina entah kemana melayang jauh.

" You okay tak ni Nurin? I ingat you stay dekat chalet je tadi. Yelah mabuk laut you teruk betul tadi. Sampai nak habis bekalan minyak dalam beg you tadi. Hehehehe" Faheem sudah tergelak. Geli sungguh hatinya teringat gelagat Nurina yang mabuk laut.

Nurina segera merenung wajah Faheem yang tengah sibuk gelakkan dirinya.
Tawa Faheem mati apabila melihat mata Nurina tajam merenung dirinya. Terus berdebar dadanya melihat wajah Nurina se-serius itu.

" I gurau. Janganlah garang sangat Nurin"

" Tahu pun takut. I Ingat tak reti takut tadi sebab gelakkan orang tak ingat dunia"

Mereka berdua terdiam. Hanya bunyi ombak memecah kesepian antara mereka. Hembusan angin pantai menerbangkan rambut hitam Faheem. Dengan hanya memakai tshirt kosong tona kelabu dan sweatpants hitam jenama Nike, Faheem tampak ringkas tetapi cukup bergaya.

"Muka copy paste Redza Minhat wei. Sapa tak cair "penulis tengah menangis ketika menulis part ini. Agaknya ada tak Redza Minhat 2,3,4,5 or 6 dekat dunia ni lagi? Mana nak cari. Haish. Kusut juga penulis rasa. Siapa suruh Si Redza Minhat tu kacak sangat kan?

" Nurin, cuba tengok sana" ujar Faheem sambil jarinya menunjuk ke arah barat pantai.

"Wow. Cantiknya Heem. I memang duduk sini sebab nak tengok sunset sebenarnya. Aaaaaaa terujanya rasa" terus Nurina mengeluarkan Iphonenya untuk merakam kecantikan ciptaan yang maha esa itu.

" You pun sama macam matahari Nurin. Bila you pergi kerana bulan, kehangatan sinar you sentiasa dinanti tanpa mengenal erti jemu "

Nurina bagai tersedar apabila mendengar bisik halus suara Faheem. Apabila dia menoleh, tubuh Faheem sudah menjauh meninggalkan pantai. Ya tuhan. Kenapa aku berdebar ni?
Kenapa Faheem pergi begitu saja?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro