Bab 12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Apahal ni piq?" Soal Faheem sejurus sahaja kelibat Nurina hilang keluar dari bilik Taufiq.

"Takde apa lahhh. Kau tak payah masuk campurlah Heem. Ini masalah aku dengan Nurina" ujar Taufiq baran.

" Kalau lepas ni, kau cuba naikkan tangan kau dekat Nurina lagi, nahas kau. Bukan Nurina je, semua perempuan" keras suara Faheem kedengaran sebelum dia berlalu keluar.

Taufiq mengetuk mejanya sambil mendengus marah. Baran sungguh hatinya melihat akan keberanian Nurina. Mana ada perempuan yang pernah memaki hamun dia seperti Nurina. Tangan Taufiq sudah menggenggam penumbuk. Sakit sungguh hatinya.

Tanpa lengah, terus sahaja Faheem menuju ke bilik Nurina.
Nurina kelihatan sedang termenung di mejanya.

"Nurin"

Nurina menoleh lemah. Dia melihat Faheem sudah melangkah masuk ke biliknya.
Muka Nurina kemerah-merahan ditenung lama oleh Faheem.

" kenapa ni Nurin. You baru je nak start kerja hari ni. Apa yang menyebabkan yang you angin sangat ni?" tanya Faheem lembut.

Dia sudah masak dengan perangai Nurina. Jika Nurina marah, muka Nurina automatically akan bertukar merah. Lepas 15 minit, Nurina pasti akan menangis. Yang Faheem tahu, selalunya dulu tabiat Nurina memang begitu.

" 5,4,3,2..." Faheem mengira di dalam hati.

Terus Nurina menekup wajahnya di atas meja. Tangisan kecil Nurina kedengaran. Faheem sudah tersenyum. Dari dulu hinggalah sekarang tabiat Nurina tidak pernah berubah. Masih garang dan manja seperti dulu.

" Nangislah Nurin, kalau dengan cara itu boleh buat you lega" suara Faheem lembut memujuk.
Lama Nurina teresak. Tiba-tiba dia bersuara dalam sedu,

" I geram dengan Taufiq"

See. Nurina sudah mula mahu bercerita. Dada Faheem sudah berdebar. Janganlah Nurina memberitahu kepadanya yang Taufiq sudah buat bukan-bukan kepada Nurina.

" I malaslah nak cerita. Penat" Nurina sudah mengangkat wajahnya. Faheem terus menghulurkan sapu tangannya kepada Nurina.

"Fuhhhhh.suspen tau minah ni" bisik hati Faheem.

" Taufiq ada apa-apakan you ke sampai you nak mengamuk macam tadi?"

Nurina laju menggeleng. Lega dada Taufiq melihat gelengan Nurina.

" Dah lah jangan menangis. Nanti staff kita nampak tak elok. Nanti diorang cakap i yang dera you bagi kerja banyak sampai you menangis macam ni. Muka dah merah, mata dah bengkak, hidung you merah. Anything happen, let me know Nurina. You tau kan yang I sayang you sangat-sangat" ujar Faheem sambil melihat Nurina.

" I nak pergi ladies kejap" terus Nurina bangun keluar untuk ke tandas.

Faheem turut bangun untuk keluar dari bilik Nurina. Sebak hatinya melihat kedinginan Nurina selepas dia menyatakan sayang.

"Sabar Heem. Good times will come"ujar Faheem perlahan sambil mengusap dadanya.

Di tandas, Nurina sudah senyum kegembiraan. Ternyata perasaan Faheem kepadanya masih utuh.Dia sendiri jadi tidak keruan melihat kesungguhan Faheem menagih cinta darinya. Bukan dia tidak sudi, entah kenapa mulut dia begitu berat untuk menyatakan yang dia juga mempunyai perasaan yang sama terhadap lelaki itu. Dia amat takut jika istilah
"kalau dah ludah jangan cuba berani jilat semula" itu memakan dirinya!

*************

Sakinah melihat wajah Nurina muram sahaja sejurus dia pulang dari pejabat. Nurina terus sahaja membaringkan dirinya di atas sofa. Matanya sudah terpejam rapat.

" Nurin. Pergi mandi dulu lah weh. Asar dah nak habis ni" ujar Sakinah takut-takut.

" aku dah asar tadi dekat office. Jangan risau ok" Nurina masih meletakkan tangannya di dahi. Dia mengeluh kecil.

" asal lemah je hari ni. Banyak kerja ke Nurin?"

Sunyi. Cuma kedengaran suara iklan di kaca TV. Nurin bangun untuk menghadap Sakinah.

" Kina, tadi aku bergaduh dengan Taufiq"

Sakinah sudah melopong terkejut.

"Dia ada apa-apakan kau tak?" Tanya Sakinah panik sambil sibuk memeriksa tubuh badan Nurina. Takut Nurina diapa-apakan oleh Taufiq.

"Dia dah naik tangan tapi tak sempat sebab Faheem datang tiba-tiba"

" Nasib ada Faheem. Kau jangan cari pasal Nurin. Taufiq tu dia pantang perempuan naikkan suara dekat dia tau. Dia punya baran tu tahap petala langit ke 52628393036251 juta"

" Biarlah. Aku sayang kau Kina. Aku akan pertahankan nasib kau. Aku akan buat dia sedar akan salah dia"

Nurina terus bangun untuk naik ke biliknya. Sakinah hanya memerhati langkah Nurin dengan sayu.
Kata-kata Nurin mengusik hatinya.
Baik sungguh Nurina kepada dirinya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro