Bab 11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Kau tak boleh macam ni Piq. Kau tahu dalam file tu ada macam-macam document penting. Aku tak kisah file tu hilang sebab aku ada copy tapi siapa yang ambil file tu, itu yang penting buat masa ni"Faheem sudah mengeluh.

"Kalau daddy aku tahu apa aku nak jawab Taufiq. Dahlah dia balik dari Canada khamis depan. Cuba kau cerita perkara sebenar. Macam mana file tu boleh hilang?"

Taufiq menggenggam tangannya yang sudah sejuk seperti ais. Kakinya sudah tidak reti duduk diam.
" Err malam tu, aku mabuk teruk. Ye, aku tau aku salah. Kau tak payah pandang aku macam nak makan aku Heem.Cameliya ikut aku balik malam tu. Aku sedar esok paginya bilik aku dah macam tongkang pecah Heem. Lepas tu, Cameliya ada whatsapp aku dia cakap ni" terus Taufiq menunjukkan whatsapp daripada Cameliya kepada Faheem.

Faheem sudah tersandar lesu. Dia memicit dahinya perlahan. Lepas satu-satu kejadian menimpa dirinya. Tadi dia menerima panggilan daripada Inspektor Jefry yang memberitahu kemalangan tempoh hari berlaku kerana sudah dirancang. Dia sendiri tidak tahu siapa yang memusuhi dirinya buat masa ini.

" Kau tahu kontraktor mana yang handle Project Flora Terrace tu Piq?"

" Alam Bahagia tak silap aku. Kenapa Heem?"

" Sebelum aku kemalangan, aku pergi site visit dengan Nurina. Aku dapat laporan yang mengatakan semua bangunan di Flora Terrace mengalami keretakan yang teruk. Aku syak, kontraktor kita tak jujur dengan kita Piq. Mustahil bahan binaan yang kita order berbillion ringgit boleh jadi macam tu" keluh Faheem panjang lebar.

" Plus, kau sebagai ketua projek sepatutnya kena alert. Kena selalu turun site. Bukan dah jadi macam ni baru sibuk nak minta maaf"

Taufiq sudah diam membisu. Dia tidak berasa hati langsung dengan teguran daripada Faheem. Dia memang layak dipersalahkan kerana memang dia salah.

" Aku betul-betul minta maaf Heem. Aku tahu ini semua salah aku. Aku terlalu sibuk nak enjoy sampai aku tak focus dekat kerjaya aku. Bagi aku second chance Heem untuk aku perbetulkan segalanya untuk Project Flora Terrace ni?"

" Kalau ikut hati aku, aku dah lama nak tumbuk kau sampai lunyai. Tapi aku bukan macam tu. Kita tunggu daddy balik. Tunggu je lah keputusan daripada dia nanti. Kalau boleh cover aku coverlah nanti" Faheem cuba menenangkan Taufiq.

Tanpa lengah terus Taufiq meminta diri untuk pulang. Ya, dia harus mencari Cameliya. Dia harus membuat perhitungan dengan wanita itu!

******************

Pagi itu, Nurina sudah tidak sabar untuk ke TR Land. Hari ini dia sudah boleh memulakan tugas seperti biasa. Malam tadi selepas puas berfikir, dia mahu berhadapan dengan Taufiq Hamdi. Dia mahu membela nasib Sakinah.

" Good Morning Cik Nurin" sapa Faeza ramah kepada Nurina.

" Morning Faeza. Jap, Encik Taufiq ada tak?" Bisik Nurina ke telinga Faeza.

Faeza hanya mengangkat kedua-dua belah bahunya sebagai tanda tidak tahu. Tanpa lengah, laju langkah Nurina menuju ke bilik Taufiq.
Terus pintu bilik Taufiq di buka.

Taufiq kelihatan terkejut melihat tubuh Nurina menerpa masuk tanpa memberi salam terlebih dahulu.

"aik? Sejak bila aku mementingkan ucapan salam ni?" Detik hati Taufiq. Taufiq sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Yes Nurina. May i help you?" Soal Taufiq ramah. Melihat wajah Nurina tegang tanpa senyuman tiba-tiba perutnya jadi kecut. Hatinya kuat mengatakan ini tidak lain dan tidak bukan sudah tentu pasal Sakinah!

" You tahu siapa Sakinah?" soal Nurina sinis kepada Taufiq.

Taufiq menjemput Nurina duduk akan tetapi pelawaannya ditolak mentah-mentah oleh Nurina. Nurina terus berdiri di hadapan meja Taufiq.
Taufiq menarik nafas panjang.
" Yes, i know Sakinah. Dia Girlfriend i Nurina" akui Taufiq sambil membetulkan kemeja yang dipakainya.

" Oh girlfriend. I see. Girlfriend ye?You ingat i bodoh?Kalau girlfriend kenapa you tumbuk dan pijak-pijak perut dia dulu? Kenapa you tinggalkan dia. Kenapa you buang dia selepas you rosakkan hidup dia? Tell me now. WHY!" Suara Nurina sudah berubah berang.

" Shhhhhhuhh Nurin. You tak payahlah nak jerit macam ni" Taufiq sudah meletakkan jarinya di bibir sebagai isyarat dan meminta Nurina memperlahankan suaranya.

"Oh, tahu pula you nak malu. You rosakkan anak dara orang tak tahu malu pula?You memang lelaki tak guna tahu tak Taufiq. You memang takkk guna satu sen pun.You memang jantan pengecut"

Taufiq sudah bangun dan berjalan menuju dihadapan Nurina. Dia sudah mengangkat tangannya untuk menampar Nurina.

" Tamparlah, tampar sekarang" ujar Nurina sambil menghulurkan pipinya kepada Taufiq.

" Whats going on here????"

Wajah Taufiq berubah pucat. Nurina terus keluar dari bilik Taufiq apabila mendengar suara Faheem di muka pintu bilik Taufiq.

P/s:Maigad. Daler yusuf as Taufiq gais. (tengok media i)
Jambu rupanya Taufiq ni. Tapi panas baran grrr.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro