Bab 10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Malam itu Taufiq Hamdi seperti biasa, menghabiskan duit dan tenaga pergi bersuka ria di Zouk.

"Taufiq, malam ni i balik rumah you boleh?" Jerit Cameliya di telinga Taufiq. Bunyi bingit muzik menyebabkan dia terpaksa menjerit untuk bercakap.

" yeah. Sure. You nak duduk rumah i terus pun tak apa Cameliya" balas Taufiq sambil badannya ligat menari mengikut rentak irama lagu yang dimainkan oleh Dj.

Taufiq mabuk teruk. Keesokkan paginya apabila dia bangun dia mendapati biliknya bersepah teruk. Segala kertas kerja Projek Syarikatnya berteraburan di lantai. Keadaan biliknya tidak ubah seperti kena rompak!
Dia cuba mengingati apa yang telah terjadi. Namun dia gagal.
Taufiq memeriksa telefon bimbitnya.

Cameliya :
THANK YOU TAUFIQ. I GOT IT ;)

Jantung Taufiq bertukar rentak. Dari irama Melayu asli bertukar kepada irama hip hop.
Taufiq bangun mengutip segala kertas kerja yang bertaburan. Satu persatu File di semak.
Bingo. File sulit Project Flora Terrace hilang!

"Apa aku nak jawab dengan Faheem.
Mati!" Wajah Taufiq sudah pucat.

Taufiq segera pergi ke Hospital apabila menerima panggilan yang memberitahu Faheem kemalangan. Sudahlah dokumen sulit Project Flora Terrace hilang, Faheem pula kemalangan. Fikiran Taufiq bertambah kusut. Penat dia memikirkan jalan untuk memberitahu Faheem akan hal tersebut.

Selepas melihat keadaan Faheem, dia segera keluar dari wad Faheem. Dalam keadaan kusut begini tiba-tiba fikirannya terbang jauh teringatkan Sakinah. Mungkin ini balasan dia menghancuri hati Sakinah. Dalam perjalanan dia menuju ke lift dia ternampak susuk tubuh Sakinah. Macam mimpi. Segera dia mengejar Sakinah. Namun langkah Sakinah semakin laju menjauhi dirinya.

Sudah puas dia memohon maaf kepada Sakinah. Hati Sakinah sudah keras. Maka benarlah kata orang, perempuan kalau sayang, dia akan sayang sepenuh hati. Tetapi bila hati dia dah tawar kau pujuk rayulah, sikit pun dia tak layan.

"Sakinah, please bagi i peluang. I tahu i salah. I tamak nak try ramai perempuan but honestly, you tak sama macam diorang. You lain sayang. You setia dengan i. Please sayang. I know you still love me right? " mata Taufiq sudah berair. Rapuh sungguh hatinya apabila sibuk merayu di hadapan Sakinah.

Wajah Sakinah ketika itu tak payah nak cakap. Kosong tidak berperasaan.

Hampir 3 minggu menyimpan rahsia tentang kehilangan file sulit Project Flora Terrace, Petang itu Taufiq memberanikan diri untuk pergi ke kondo Faheem. Ya, dia harus memberitahu berita kehilangan File sulit Project Flora Terrace.

"DING DONG"

Tersembul wajah Faheem yang tidak berbaju di hadapan pintu.

" Apahal Piq? Cuti-cuti datang rumah aku. Nak tumpang makan ke? By the way aku tak masak apa pun" ujar Faheem sambil menjemput Taufiq masuk.

Taufiq hanya mendiamkan diri dan terus masuk ke dalam kondo mewah Faheem. Faheem mengeluarkan mango juice di dalam peti aisnya dan menghulurkan kepada Taufiq.

"Apasal ni. Muka macam ayam berak kapur je. Ada masalah ke ni? Bagi tahu je lah. Aku tak sabar nak tahu ni" Faheem cuba memancing Taufiq untuk bersembang.

Taufiq terus menghabiskan segelas mango juice hanya sekaligus.

" Ni kalau minum air sekaligus sampai tak sempat tarik nafas mesti kau ada masalah ni. Cepatlah bagitahu aku piq!" Faheem sudah tidak sabar.

Lama menyepi. Puas Taufiq mengumpul kekuatan. Tanganya sudak bertukar sejuk. Peluh jantan sudah keluar di dahi.

" Heem, file sulit Project Flora Terrace hilang heem. Aku tak tahu kemana file tu doh"

"What????"

**********

Hampir 3 minggu kejadian itu berlalu. Nurina semakin pulih dari kecederaan. Bahu kirinya pula sudah boleh mengangkat benda-benda ringan.

Dalam diam, Nurina akui semangatnya bertambah kuat kerana Faheem.
Mana tidaknya, hampir setiap hari Faheem menghantar sekuntum bunga matahari untuknya. Bukan sahaja bunga, nota ringkas daripada Faheem juga bagai memberi suntikan bahagia kepada Nurina.

" I nak you jadi seperti matahari, bisa menerangi hidup insan di sekeliling you. I nak you jadi matahari, sebab you memang sentiasa hot as sun ;)"

Itulah kiriman nota ringkas Faheem. Kadang-kadang hatinya rasa cair, kadang-kadang rasa menyampah sangat dekat Faheem. Ah sudah. Kau ego ke gila sekarang Nurina?

" Nurin, aku tengok sekarang kau macam happy je? Kau seronok ke bahu kiri kau tercabut hari tu?" Sakinah tiba-tiba muncul di belakang Nurin.

"Nak tahu aku seronok ke tak bahu aku tercabut? Meh sini bahu kau aku cabutkan? Meh sini mehhhhhhhhh" Nurina sudah lari mengejar Sakinah.

Hampir setengah jam bermain kejar-kejar di laman rumah, Nurina dan Sakinah sudah terbaring kepenatan di atas rumput.

" penatnya. Kalau hari-hari main kejar-kejar macam ni ada tinggal lidi badan aku" keluh Nurina.

" Nurin"

" Apadiaaaa Sakinah Iryanti binti Latif Masahor"

" Amboi dah hafal ek nama aku? Hahahaha" Sakinah sudah tergelak besar.

" cepatlah kenapaaaa"

" Hmmmmm ada tak orang nama dia Taufiq Hamdi kerja dekat TR Land?" Sakinah terus memandang muka Nurin.

"Hah kenapa? Lah Encik Taufiq. Dia Ketua project aku. Kenapa dengan dia Kina? Kau kenal ke?" tanya Nurina bertubi-tubi.

" Sebenarnya, sebenarnya Nurin. Sebenarnya dialah ex aku"

" Whattttt????????"

P/s: I tak dapat update Mahu tapi Malu ni selalu sebab i tengah busy sesangat. Tapi bila ada orang tanya bila nak update i jatuh kesian. Alaaaa janganlah tanya bila nak update. Jangan seksa i please? Hehe. Thank you sudi baca. Sudi vote. Sudi comment. Aaaaaaaa sayang semorang *jerit gembira

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro