Bab 9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Menggigil lutut Sakinah apabila menerima panggilan daripada pihak hospital yang memberitahu Nurina kemalangan. Tanpa lengah, terus Sakinah memandu ke hospital untuk bertemu Nurina.

"Nurinnnnn, semoga kau kuat. Aku tahu kau kuat. Janganlah jadi apa-apa dekat Nurin" ujar Sakinah sendirian. Pandangannya sudah kabur dek air mata.
Sampai sahaja di hospital, Sakinah segera menuju ke wad kecemasan untuk bertemu dengan Nurina.

Apabila tiba di wad, Nurina masih tidak sedarkan diri. Kata doktor, bahu kiri Nurina keretakan dan memakan masa untuk pulih. Selain daripada itu, Sakinah sudah tidak ambil tahu. Yang dia mahukan cuma Nurina segera sembuh.
Sehingga senja Sakinah setia menunggu Nurina. Perutnya tiba-tiba saja berkeroncong. Jadi dia mengambil keputusan untuk turun ke cafe mencari apa sahaja yang boleh mengalas perutnya.

"Aku turun ke cafe sekejap Nurin. Cepatlah sedar, aku rindu kau" bisik Sakinah di telinga Nurina sebelum melangkah keluar dari wad orthopedik itu.
Semasa mahu memasuki ke dalam perut lift tiba-tiba Sakinah disapa oleh seseorang.

"Sakinah Iryanti?"

Sakinah menoleh ke belakang. Kelibat Taufiq kelihatan. "Taufiq Hamdi?" bisik Sakinah terkejut.

Mahu sahaja dia berlari memeluk Taufiq. Sungguh dia amat merindukan Taufiq. Akan tetapi, apabila teringat akan kata-kata cacian Taufiq ke atas dirinya dahulu, Sakinah jadi baran tiba-tiba. Sakinah terus melajukan langkahnya untuk masuk ke dalam lift. Taufiq mengejar Sakinah dan menghalang pintu lift menggunakan tangannya yang sasa bak batang balak itu.

"Apa lagi yang you nak Taufiq. Kalau nak hina i, you boleh pergi sekarang." suara Sakinah sudah berubah kendur. Entah kenapa melihat Taufiq dia jadi sedih, sebak dan rasa nak menjerit.

Taufiq menunduk. Jujurnya, dia amat merindui Sakinah.

" i nak mintak maaf atas keterlanjuran kata-kata i tempoh hari. I tahu i tak patut buat you macam sampah"

"So?" Sakinah tidak menunjukkan minat untuk melayan permohonan maaf daripada Taufiq.

"Please jangan tinggalkan i?"

Sakinah menarik nafas panjang.
"Siapa yang tinggal siapa sekarang? Nak pula you get back dengan orang yang tak suci macam i ni? Tak malu ke dah ludah jilat balik?"

Sebaik sahaja Sakinah habis berkata-kata pintu lift terus terbuka. Sakinah segera keluar menuju ke cafe. Taufiq terus mengekori Sakinah. Dia perlu mendapatkan maaf daripada Sakinah.
Memang Taufiq akui, segalanya berpunca daripada dia. Sakinah tidak salah apa-apa.
Peristiwa semalam menjadikan Taufiq sedar akan baiknya Sakinah.

**********
Nurina terjaga dari lena. Dia memandang sekeliling. Dia bagai berada di dunia asing. Dia cuba mengingati apa yang telah terjadi kepada dirinya.
Ya, dia kemalangan bersama Faheem sewaktu mereka dalam perjalanan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Di mana Faheem agaknya? Selamatkah Faheem? Dia cuba untuk bangun tetapi kesakitan di bahu kirinya menghalang itu dia berbuat begitu. Matanya sudah menitiskan air mata.

Tiba-tiba seorang lelaki tinggi, raut wajah yang cerah, rambut sedikit berombak masuk ke dalam wad Nurina.

"Hai Nurina"

Nurina segera melihat nama lelaki di id card-nya. Al-Farabi.

"Nice name" desis hati Nurina.

"So, how are you today? You boleh ingat kenapa you boleh ada dekat sini?" tanya Al-Farabi kepada Nurina.

"Oh, jadi dia doktor di sini. Untunglah. Muda-muda sudah jadi doktor" Nurina leka memandang Al-Farabi. Hilang seketika rasa sakit di bahu kirinya.

Secara am-nya, manusia memang mencintai akan kecantikan. Bila ditimpa rasa resah, stress atau rasa gundah gelana, kita boleh cuba melihat orang yang cantik atau kacak. Ini teori penulis. Cara ini juga dipanggil sebagai terapi mata atau nama saintifiknya yang lain ialah
"terapi cuci mata"
Jika stress, cuba lihat wajah orang yang tampan dan menawan, nescaya terapi cuci mata mampu menghilangkan stress anda. Kah!
Dekat mana kita tadi? Maaflah penulis hilang fokus sekejap semasa menulis.

Nurina hanya menganggukkan kepalanya. Segala pertanyaan yang diajukan oleh doktor muda itu kepadanya di balas dengan anggukkan sahaja.

"Kalau kondisi kesihatan you menunjukkan prestasi yang memberangsangkan, esok atau lusa you dah boleh pulang. But, you still tak boleh pergi office sampai bahu you okay. You get it?"

Nurina menggangguk lagi.

Al-Farabi tersenyum memandang Nurina dan terus mengambil keputusan untuk keluar dari wad itu.

"Doktor, errr"

" Yes? Ada apa Afrina Nurina?" Al-Farabi tidak jadi keluar. Dia memusing memandang Nurina.

" Kawan saya yang kemalangan bersama-sama dengan saya tempoh hari. Em i just nak tahu dia selamat ke?"

Al-Farabi hanya menggangguk dan tersenyum.

Tidak sampai 5 minit Doktor Al-Farabi keluar dari wad Nurina, tiba-tiba kelihatan Faheem dengan berkerusi roda di hadapan pintu wad Nurina.
Dalam payah, Faheem menggerakkan kerusi rodanya menggunakan tangannya menuju ke sisi katil Nurina.

"Hai Nurina" sapa Faheem lembut.

"Aduhai, hari ni hari cuci mata sedunia ke apa? Semua orang handsome memang datang melawat aku ke apa hari ni? Yang si Faheem ni pun satu, atas kerusi roda pun kacak nak meninggal" sungut Nurina didalam hati.

" You okay?" Tanya mereka serentak.

"Okay you start dulu" Faheem sudah tersenyum.

"I okay je. Cuma bahu ni sakit sikit bila i nak bergerak" adu Nurina.
Faheem kelihatan serba salah mendengar aduan Nurina. Kasihan dia melihat wajah pucat Nurina.

" I cuma nak mintak maaf dekat you Nurin. Disebabkan kecuaian i, you jadi macam ni. Kalaulah i tak mengantuk, mesti kita tak jadi macam ni" ujar Faheem penuh kesal.

Melihat raut wajah Faheem yang penuh kesungguhan memohon maaf, hati Nurina jadi tersentuh. Faheem terkenal dengan sikap yang lemah lembut dan baik hati ketika mereka di sekolah dahulu.

" Kenapalah aku boleh menyakiti hati insan sebaik Faheem?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro