Bab 8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Sample bahan binaan akan kami bawa ke Lab untuk siasatan lanjut. I rasa ada benda yang tidak kena dengan projek ni. Mustahil bahan binaan yang makan berbillion ringgit boleh menyebabkan pelbagai keretakan dekat bangunan ni" ujar Faheem panjang lebar sambil melawat sekitar Projek Flora Terrace.

Muka Faheem sudah merah padam akibat menahan marah mungkin. Takut pulak dia apabila melihat wajah Faheem seperti singa lapar itu.

"Baik Encik Faheem. Saya dengan beberapa orang pegawai saya akan cuba siasat daripada pihak kontraktor juga" ujar Encik Izuddin sambil bersalam dengan Faheem sebelum dia berlalu pergi.

Nurina hanya diam memerhatikan keadaan sekeliling. Hatinya kuat mengatakan ada dalang disebalik semua ini. Risau sungguh Nurina memikirkan permasalahan ini. Nama TR Land pasti terjejas jika tindakan lanjut tidak diambil. Mujur sahaja dia bersama Faheem segera datang untuk memeriksa keadaan di Flora Terrace.

Selepas singgah di hentian rehat untuk menunaikan solat zohor dan makan tengahari, Faheem segera mengajak Nurina untuk segera pulang ke Kuala Lumpur. Hujan turun lebat menghalang niat Faheem untuk memandu laju BMW X6-nya.

"Kalau you mengantuk you tidurlah Nurin. Nanti dah sampai i kejutkan" ujar Faheem seraya memandang Nurina yang sudah kuyu matanya

" i okay lagi Encik Faheem"

"Kemon Nurina. Janganlah nak berencik-encik dengan i. Lagipun kita bukan dekat office. You dengan i bukan baru kenal hari ni. Kita dah kenal dari sekolah lagi"

"Eh, you kenal i ke? Rasanya tak kot. Kalau kenal, mustahil hampir 3 bulan i dekat TR Land you tak pernah langsung tegur i . So, i assumed yang you tak kenal dengan i" sinis suara Nurina menyindir Faheem.

Faheem melonggarkan ikatan tali lehernya. Suhu penghawa dingin kereta diturunkan kepada 21. Biar sejuk sedikit kondisi kereta ini.

"I bukan tak nak tegur you, i nak sangat tegur. Bukan you tak tau kenapa i tak nak tegur you. Siapa yang buang siapa sekarang ni? Siapa yang cuba jauhkan diri daripada i? Tell me now, siapa yang salah?"

"Oh yeah? Dahlah Heem. I malas nak cakap pasal benda ni" Nurina terus pandang ke luar tingkap. Risau pula nak bertekak dengan Faheem dalam suasana hujan lebat macam ni.

" Heem? I rindu nak dengar you panggil i dengan nama tu" senyum Faheem sudah sampai ke telinga.

Nurina malas melayan karenah Faheem. Dia keluarkan spec mata hitam jenama Rayban dari beg tangannya, segera dia pakai. Apabila dia terjaga nanti, semoga saja dia sudah tiba di Kuala Lumpur.

Sudah masuk lima kali Faheem menguap. Melihat Nurina lena di sebelah menjadikan dia lebih mengantuk. Hujan lebat tidak menunjukkan tanda untuk reda. Mata Faheem sudah layu akibat rasa mengantuk yang teramat sangat. Tanpa lengah, kaki Faheem terus menekan minyak agar cepat dia dan Nurina sampai ke Kuala Lumpur.

Tanpa diduga, kereta Faheem hilang kawalan akibat telanggar lopak air. Segar terus matanya melihat keretanya sudah berpusing. Segera dia melepaskan tangannya daripada memegang steering kereta.
Jeritan Nurina sudah kedengaran di sebelah.
"Astagfirullahh Faheemmmmmmmm"
Tubuh Nurina sudah tercampak keluar.
BMW X6-nya sudah terbalik. Tangan Faheem sudah menggigil. Dia dapat melihat tubuh Nurina senyap tanpa sebarang pergerakkan.

Segera Faheem cuba keluar dari keretanya. Salah satu Kakinya tersepit menyukarkan dia untuk keluar dari keretanya. Kelihatan orang ramai sudah memberhentikan kereta mereka untuk memberi bantuan kepada dia dan Nurina.

"Bang, tolong selamatkan.."

" Ya encik. Kami berusaha selamatkan isteri encik. Dia masih stabil. Encik jangan risau. Istighfar banyak-banyak encik. Mengucap ya" ujar lelaki itu kepada Faheem sementara lelaki itu dan orang yang tidak Faheem kenali berusaha untuk mengeluarkan dia dari keretanya.

Berkat bantuan daripada orang ramai, akhirnya Faheem dapat di keluarkan. Faheem berjalan dalam hincut menuju ke arah Nurina. Tubuh Nurina sudah dibaringkan di tepi jalan. Kelihatan beberapa orang wanita duduk disebelah Nurina sambil memegang payung untuk melindungi tubuh Nurina agar tidak basah.

Segera dia mengusap lembut kepala Nurina. Sedih sungguh melihat wajah Nurina menahan sakit. Habis bercalar muka Nurina. Bibir Nurina sudah bengkak, hidung dan matanya juga sudah berdarah.

"Heem, sakitnya i. Tolong i Heem" suara Nurina sudah serak akibat banyak menangis. Nurina juga dapat melihat tubuh Faheem habis dipenuhi darah dan serpihan kaca.

"Sabar ya Nurin. Im so sorry. ambulans dalam perjalanan. Bertahan okay Nurina" ujar Faheem penuh sebak apabila mendengar Nurina merintih kesakitan.

Mata dia sudah berkaca. Ini semua salah dirinya. Kalau dia tidak mengantuk mesti ini semua tak akan terjadi. Hujan turun lebat menyebabkan luka ditubuhnya semakin sakit dan pedih.

"Selamatkan Nurina ya allah" doa Faheem di dalam hati. Dunianya tiba-tiba menjadi gelap.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro