Bab 7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hari ini, Nurina terpaksa menebalkan muka untuk masuk ke bilik Faheem bagi membincangkan masalah Projek mereka di Seremban.

"Assalamm , ops sorry ganggu Encik Faheem. Kejap lagi i datang semula" suara Nurina kaget sejurus melihat wanita seksi sedang duduk bertenggek di atas meja Faheem.

Tanpa mendengar panggilan daripada Faheem Nurina terus segera berlalu masuk ke biliknya semula.

"Fuhhhh, patut Faheem dingin je dengan aku. Dah ada buah hati rupanya. Wait, kenapa aku nak sibuk-sibuk pulak ya? Oh my god. Apa benda busy body sangat ni Nurina?" Nurina terus mengetuk perlahan kepalanya sambil membebel kecil keseorangan.

Entah kenapa hatinya sedikit terusik melihat wanita bersama Faheem sebentar tadi. Dah lah seksi, cantik pula tu.

Tiba-tiba pintu bilik Nurina dikuak dari luar.

"hi Cik Nurina. Encik Faheem panggil Cik Nurina datang ke bilik dia sekarang"

"Eh Rita, bukan dekat bilik dia ada girlfriend dia ke tadi?" Soal Nurina kepada setiausaha Faheem. Sengaja dia mahu korek rahsia Faheem.

"Oh, itu Cik Ireen. Peminat setia Encik Faheem" adu Rita kepada Nurina

"Peminat ke apa sampai naik duduk atas meja? Eii seram i tau"Nurina menunjuk riak geli geleman sambil bangun keluar menuju ke bilik Faheem.

Sesampai sahaja di bilik Faheem, wanita seksi tadi sudah tidak kelihatan. Yang tinggal cuma Faheem, yang sedang leka menghadap komputer.

"Hai Encik Faheem"

Faheem mendongak memandang Nurina selepas mendengar suara gemersik Nurina.
"You ada nak bincang apa-apa ke tadi?"

" Aah. I nak cakap pasal projek kita dekat Seremban. I dapat call dari Encik Izuddin tadi. Dia cakap terdapat banyak keretakan dekat Bangunan Flora Terrace. So dia mintak pihak kita datang periksa semula projek ni as soon as possible" terang Nurina dengan penuh semangat.

Mata Faheem tidak berkelip melihat wajah Nurina yang bersungguh-sungguh menceritakan perihal masalah projek mereka. Melihat Nurina berkebaya tona ungu lembut, berkain corak batik , kain tudung berwarna sendondon menjadikan dia bagai terpaku melihat kecantikan Nurina. Nurina jauh berubah. Ya, dia makin cantik.

"Hello Encik Faheem" Nurina melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Faheem.

Wajah Faheem bertukar merah.
"Dekat mana kita tadi ye, ehem?" Faheem tersentak selepas disapa oleh Nurina. Dia jadi malu sendiri melihat renungan tajam dari Nurina.

" Please ye Encik Faheem. I tahu you tengah sibuk bercinta. Boleh tak tolak tepi dulu kisah cinta you tu. I terangkan punya panjang lebar satu apa pun you tak dengar? Ini projek besar tau. Pleaselah faham" Nurina sudah naik angin.

"Yeah, my bad. Sorry. I kurang sihat sikit hari ni. Sorry again" bijak Faheem memberi alasan.

" I dah malas nak explain panjang lebar. You baca sendirilah report ni" Nurina meletakkan file bewarna hitam di atas meja Faheem dan segera keluar dari bilik Faheem.

Panas sungguh rasa hatinya. Pertama disebabkan oleh insiden wanita seksi duduk di atas meja Faheem tadi dan ditambah pula selepas melihat wajah Faheem yang kacak nak mati tu. Tengok orang kacak pun nak geram Nurina ni. Apeke pelek?(apa ke pelik)

"Argh Jangan nak buat gila Nurina. Behave sikit!" Jerit Nurina didalam hati.

************
Pagi itu, mahu atau tidak Nurina terpaksa bersama-sama dengan Faheem pergi ke Seremban untuk menyelesaikan masalah Projek Flora Terrace.

Faheem seperti biasa, segak berkemeja dusty pink warna kegemaran Nurina. Lengan kemejanya dilipat sehingga ke paras siku menjadikan dia 350% lebih kacak berbanding hari-hari biasa.

"Nurin" lembut suara Faheem memanggil Nurina di sebelahnya.

Puas dia mengumpul semangat untuk menghilangkan suasana awkward bila berdua begini.

Nurina hanya diam. Dadanya sudah berombak kencang bila mendengar suara Faheem. Dia rindu akan kemesraan dan gelak tawa Faheem.

" I tak tau macam mana nak mula, sorry kalau i buat-buat tak kenal you selama you bekerja dekat TR Land. I bukan sengaja. I nak sangat tegur you, berbual dengan you. Tapi i takut you tak selesa. Ye lah i kan pernah suka dekat you hehehehehe"

Senyap.

Faheem menoleh Nurina disebelahnya.
"Lah, tidur. Buat penat je aku kumpul semangat nak bersembang. Kunghajo betei (kurang ajar betul)"

Faheem menggeleng sambil tersenyum melihat wajah Nurina yang sedang lena. Dia meneruskan pemanduannya sambil bernyanyi kecil mengikut irama di radio.

"Kahkah padan muka. Aku saja buat tidur. Biar dia rasakan" Nurina ketawa dalam hati.

Dia tidak tahu macam mana untuk menyesuaikan diri apabila bersama Faheem. Dalam hati, dia rasa nak jerit "Faheem, please jangan berhenti bercakap. I suka dengar suara you. I rindu nak berbual dan ketawa dengan you"

Sumpah.Ego nak mampus Nurina ni. Rasa nak ketuk tau tak!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro