Bab 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pagi itu selepas bersarapan, Nurina segera bersiap untuk pergi melapor diri di TR Land. Mulut Sakinah tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat kepada Nurina.

"Fighting!" Sakinah menggenggam tangannya bagai memberi sokongan moral kepada Nurina.

"Kina, kalau aku pakai heels ni agak-agak jatuh tergolek tak? Ofkos tak. Aku hebat kan? Kahkah" Yakin sungguh Nurina kali ini.

"Ala kalau kau jatuh pun, kau buat-buat pengsan. Ingat pesan aku. Tapi aku rasa kau akan terjatuhlah beb. Hati aku dapat rasakannya Nurin" Sakinah menunjukkan riak muka risau.

"Ah kau, jangan nak menakutkan aku. Kasut ni aku beli masa sales dekat Sogo hari tu. Kakak tu cakap kasut ni kalis jatuh. siapa yang pakai tak akan jatuh. Rugilah kalau aku tak pakai. Doakan aku tak jatuh okay? Kalau aku jatuh, aku saman Sogo!" Nurina terus keluar menuju ke keretanya.

Dengan memakai pakaian ala ahli koporat, Nurina melangkah masuk ke TR Land dengan yakinnya.
Dari pandangan sisi, Nurina dapat merasakan orang di TR Land itu memerhatikan dirinya dengan wajah teruja. Dia menuju ke lift dengan lagak persis model.

"Kemonlah. Aku tahu aku cantik hari ni. Pandang orang macam tak pernah tengok orang cantik taaaa..." belum sempat Nurina menghabiskan kata-katanya dia dapat merasakan badannya bagai terapung di awangan.

"Aaaaaaaaaaaaaaa" Nurina hanya memejamkan matanya sambil menjerit.

Macam dalam drama tv petang-petang,tubuh Nurina sempat diselamatkan oleh seseorang. Cuba teka siapa? Jeng jeng jeng..

Nurina terus membuka matanya. Faheem? * lagu Akim terus berkumandang.

Mungkin inikah, yang dinamakan cinta, hati gembira rasa bila kau...

Woi! Amende ada background music pulak. Nurina bagai tersedar.

"Shit. Malulah siot" Nurina berbisik perlahan.
Nurina terus melepaskan diri dari pelukan Faheem dan segera dia berlari masuk ke dalam lift.

Faheem menggeleng perlahan. Tersenyum dia melihat diri Nurina sudah tidak tentu arah.

"Haish, dapat jugak peluk buah hati. Biar sekejap pun kehkehkeh" bisik hati kecil Faheem.

*******

Petang itu, Sakinah menyambut kepulangannya dengan menyediakan hidangan special, lempeng bersama sambal tumis ikan bilis.

"Hahahahahahahahahahahahaaha. Lepas tu muka kau macam mana lepas jatuh tu?hahahahahahahahahahahaha" Sakinah gelak bagai hantu selepas mendengar cerita daripada Nurina.

" dahlah kina. Gelak sikit-sikit dah lah. Ada juga budak makan siku ni karang"

"Ahhaahahaha. Sakit perut aku. Ah ah ah. Ahahahahahahahahaha"

Dan akhirnya, Sakinah berhenti gelak selepas seminggu.

Kerja di TR Land tidaklah sesulit seperti yang Nurina sangka. Sikap profesional Faheem membuatkan Nurina berasa selesa untuk meneruskan khidmat di TR Land.

Tanpa ucapan terima kasih kerana menyelamatkan dirinya tempoh hari, dia rasa bersalah yang amat apabila terserempak dengan Faheem. Bukan kejam, tapi dia berasa teramatlah malu untuk berjumpa dengan Faheem.

Kadang-kadang sikap dingin Faheem membuatkan Nurina seakan tidak mengenali lelaki itu. Mungkinkan Faheem masih berkecil hati dengan Nurina kerana menolak cintanya dahulu?

************

"Okay okay. Kita lepak dekat Mid Valley? kau tunggu.dalam setengah jam lagi aku sampai" Faheem mematikan perbualannya bersama Taufiq.

Segera Faheem bersiap untuk bertemu dengan Taufiq, katanya ada hal penting yang hendak diberitahu.
Semasa Faheem sedang duduk berbual bersama Taufiq di Sushi King tiba-tiba Faheem terlihat kelibat Nurina bersama temannya masuk ke dalam restoren itu.Dia begitu teruja dapat bertemu Nurina pada hari minggu begini.

"Piq, piq, piq okay okay. Lepas aku cakap ni kau jangan pandang terus. Kau rileks kejap. Cuba kau pusing berlakang, kau tengok perempuan yang pakai dress warna pink tu" bisik Faheem kepada Taufiq.

Habis sahaja Faheem berkata-kata, tanpa lengah Taufiq terus menoleh dan dia hanya dapat melihat Sakinah yang sedang tersenyum riang!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro