Bab 18

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Ash-shalaatu khairum minan-nauum.. Ash-shalaatu khairum minan-nauum"

Sayup-sayup kedengaran laungan azan subuh pada pagi itu. Nurina awal-awal lagi sebelum azan subuh kedengaran sudah mengejutkan Sakinah supaya segera bangun. Khuatir sungguh jika mereka terlewat bangun, mereka akan terserempak dengan Faheem ataupun Taufiq dalam perjalanan hendak menuju ke tandas nanti.

"Dahlah muka baru bangun tidur macam ni, malu wooo kalau Faheem nampak muka aku serabai macam ni" bisik Nurina perlahan sambil sibuk mengemaskan ikatan rambutnya.

"Bangunlah Kinaaaaaaaaa. Jomlah pergi mandi. Nanti lambat, orang ramai pulak!" ujar Nurina kepada Sakinah sambil mengemas alas tidurnya. Jujurnya, inilah pengalaman pertama bagi Nurina tidur di dalam khemah begini. Walaupun rasa macam nak tercabut pinggangnya tidur tanpa beralaskan tilam, namun inilah antara pengalaman yang paling menyeronokkan bagi dirinya.

Sakinah sudah mengeliat malas. Dia terus bangun dan duduk bersila sambil sibuk mematahkan tulang temulangnya.

"Sakitnya badannnnnnn" rungut Sakinah.

"Eleh sekali sekala merasa tidur dalam khemah macam ni Kina. Tu pun nak merungut kau ni. Cepatlah kemas tempat tidur ni. Jomlah pergi mandi sebelum orang lain bangun!"

Semasa Sakinah sedang leka mengemas tempat tidurnya, Nurina sudah menunggu di luar khemah sambil memegang peralatan mandi untuk dibawa bersama. Kepalanya hanya ditutup menggunakan tuala mandi hello-kittynya. Tanpa diduga, Nurina dapat melihat satu susuk tubuh yang memakai t-shirt bewarna hijau, berkain pelikat dan berkopiah bewarna putih sedang berjalan menuju ke arah surau berdekatan.

"Kinaaaaaaaa,guess whattttttttttt?" suara Nurina sudah bercampur antara terkejut dan teruja.

"What?" Sakinah malas mahu melayan Nurina.

"Cuba buka zip khemah sebelah sana. kau tengok siapa yang aku tengah tengok ni. cepat cepat cepat Kina!"

Bagai lembu dicucuk hidungnya, Sakinah hanya menurut arahan Nurina dan terus membuka sedikit zip khemah itu untuk melihat siapakah gerangan manusia yang dimaksudkan oleh Nurina. Alangkah terkejutnya Sakinah apabila melihat satu tubuh yang begitu dikenalinya sedang berjalan menuju ke arah surau.

"Taufiq ke tu?" bisik Sakinah terkejut. Hatinya mula merasakan perasaan aneh. Mungkin aneh, mungkin juga teruja. Entahlah.

Matahari sudah mula menampakkan sinarnya. Selapas selesai mandi dan menunaikan solat subuh, Nurina mengajak Sakinah untuk bersama-sama melihat sunrise di tepi pantai berhampiran dengan tapak perkhemahan mereka. Berkongsi perasaan teruja dan seronok, tanpa disedari oleh mereka, dari jauh Faheem dan Taufiq leka memerhatikan dua gadis idaman mereka sedang berseronok saling kejar mengejar sesama sendiri di persisiran pantai Balok itu. Hanya gelak dan tawa mereka kedengaran memecah keheningan pagi, diselangi dengan bunyi deruan bayu dan ombak pantai.

"Saat dua hati berjauhan,tiada apa yang lebih dekat melainkan dengan hanya titipan doa. Berdoalah, sesungguh doa itu senjata bagi orang-orang mukmin"

********

Wajah Nurina sudah merah padam selepas selesai bermain bola tampar pantai bersama team dari departmentnya menentang department Sakinah.

"Well you know me Kina. Aku ratu bola tampar okay masa dekat UK dulu. Jangan jelessss aku menangggg" Nurina sudah menepuk manja bahu Sakinah. Gembira benar hatinya dapat memenangi ketiga-tiga game tadi.

Kelihatan team Faheem dan Taufiq juga sedang bertarung kehebatan masing-masing di gelanggang sepak takraw sebelah sana. Faheem dengan seluar paras lututnya, tshirt kosong mungkin dari jenama uniqlo dan bertambah comel lagi kepalanya diikat menggunakan towel bewarna pink. Kacak nak mati Faheem ni tau!

Nurina meneruskan langkahnya menuju ke gelanggang sepak takraw untuk memberi sokongan dalam hati kepada Faheem. Team Faheem mendahului dengan 3 mata di hadapan. Tanpa Nurina sedar, dirinya betul-betul  sedang berdiri di tepi gelanggang sepak takraw. Melihat Faheem melakukan pelbagai aksi ketika bermain, dirinya bagai hilang kawalan dan dia berasa begitu teruja untuk bertepuk tangan serta bersorak bersama-sama staff yang lain bagi memberi semangat kepada team Faheem dan team Taufiq.

Sekarang tibalah giliran Taufiq untuk melakukan servis. Team Faheem menunggu bola daripada Taufiq dengan penuh hati-hati. Bimbang jika libasan daripada Taufiq akan berhasil. Nurina dapat melihat bola hasil daripada sepakan Taufiq tinggi melambung jauh di udara dan tiba-tiba, dunianya menjadi gelap!

*********

"Nurinnnn kau dah sedar?"

"Aku dekat mana ni Kina? Ouch. Sakitnya dahi aku Kina"

Kelihatan wajah Sakinah sedang menahan gelak.

" Tu lah, semangat sangat nak tengok Faheem main sepak takraw. Tu makan dia. Benjol dahi kau tu Nurin hehehehe"

" Kau ni bukan nak kasihankan aku Kina, malah kau lagi suka tengok aku sakit macam ni?"

" Aku kesian. Gila tak kesian tengok side-kick aku pengsan tepi gelanggang tadi. Tapi kau nak tahu siapa lagi ngelabah siap menggigil tengok kau pengsan tadi?"

" Siapa?"

"Siapa lagi. Mestilah Faheem. Dia yang dukung kau sampai kat khemah ni. Siap tuamkan ice lagi dekat dahi kau tau!"

" Malunyaaaaaaaaa. Ni semua salah Taufiq. Siapa suruh dia libas bola tu tinggi sangat!"

" Eeh nak salahkan Taufiq. Kau tu yang duduk dekat tepi tu macam nak masuk dalam gelanggang sama kau tahu tak! By the way, lepas kau pengsan tadi terus permainan sepak takraw tu ditangguhkan serta merta.
Mana tidaknya, Faheem dah menjerit macam orang kena rasuk suruh semua staff panggilkan ambulans. Hahahaha"

" Malunyaaaaaa" Nurina sudah menutup mukanya menggunakan bantalnya.

" Malu ke dah jatuh cinta ni?" Sakinah masih mahu menyakat Nurina.

"Aku berani janji,kalau aku jatuh cinta dekat mamat tu, aku belanja kau makan pecel lele selama setahun Sakinah!" jerit Nurina penuh geram.

Tq kepada yang comment suruh i update cepat-cepat, jangan malas-malas and so on.tq sebab bagi kata-kata semangat macam tu. Hehe. Baiklah, i akan cuba jadi rajin okay. No worries. By the way, tengoklah media i. Comel betul Taufiq pakai kopiah macam tu T.T

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro