Bab 19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kau nak pergi mana ni Nurin?" soal Sakinah sebaik sahaja melihat Nurina sudah tergesa-gesa keluar dari biliknya.

" Faheem. Fa-"

" Kenapa dengan Faheem?"

" Err. Tadi, dia call aku. Masa dia tengah cakap tiba-tiba aku dengar dia mengerang kesakitan. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Tapi aku tahu mesti ada berlaku apa-apa dekat dia. Macam kene pukul dengan something aku rasa" Nurina berwajah risau sudah bermundar-mandir di hadapan Sakinah.

" So, sekarang kau nak pergi rumah Faheem lah ni?"

Laju Nurina menggangguk.

" Kau tahu ke rumah dia dekat mana?"

Nurina menggeleng perlahan.

" Dah tu macam mana? Sekarang dah pukul 11 malam tahu tak?"

" Aku tahulah. Tapi aku risau. Kau faham tak risau! Tolonglah Kina! " suara Nurina sudah cemas dan mahu menangis.

" hmm jap. Aku try whatsapp Taufiq. Tanyakan alamat rumah Faheem".

Hampir 3 minit berbalas whatsapp, Sakinah segera menarik tangan Nurina untuk turun.

" Kau nak pakai baju tidur pink ni je ke pergi rumah Faheem? Tudung tu nak ikat macam Mak Limah jual nasi lemak je ke?"

" Ish ye lah. Dah takde masa ni. Jom lah cepat" Nurina sudah tergesa-gesa menarik Sakinah agar melajukan langkah.

Sakinah hanya menggeleng perlahan melihat kekalutan Nurina.
"Cakap tak suka, tapi kenapa kalut macam ni Nurin?" bisik hati Sakinah.

Sebaik sahaja mereka tiba di perkarangan Kondo Faheem, kelibat Taufiq sudah kelihatan sedang menunggu mereka.

" You pergi naik dulu tengok Faheem. I teman Sakinah cari parking dulu okay?" ujar Taufiq sebaik sahaja melihat wajah Nurina yang penuh kerisauan itu.

"Hmm rumah Faheem tingkat berapa?"

" 18"

Nurina segera melangkah menuju ke lift. Sebaik sahaja masuk ke dalam perut lift, fikirannya sudah memikirkan yang bukan-bukan.

" Janganlah apa-apa jadi dekat Faheem. Kalau terjadi apa-apa dekat Faheem sumpah aku tak akan maafkan diri aku"

Level 3, 4, 5

" Nurin, please tengok aku please" Faheem sudah memegang bahu Nurina supaya pusing untuk melihat dirinya.

" Kau tak boleh terus menangis macam ni. Kau kena kuat Nurin. Jangan lemah"

Nurina masih menangis. Selepas selesai majlis pengebumian Mak Som tadi Faheem sentiasa setia menemani dirinya. Dia tidak pulang dari siang tadi.

" Nurin, please. Aku janji aku akan sentiasa ada untuk kau. Aku akan jaga kau sebaik Mak Som jaga kau. Jangan risau ok?" Faheem masih setia memberikan kata-kata semangat kepada Nurina.

Mana Nurina tidak sedih, selepas sahaja dia tamat menduduki kertas akhir peperiksaan SPM sebentar tadi, Cikgu Sulaiman terus mengajaknya ke hospital. Apabila ditanya mengapa Cikgu Sulaiman hanya menyuruhnya beristighfar. Sebaik sahaja Nurina sampai di hospital, tubuh Mak Som sudah kaku. Suara tangisannya bergema di segenap ruang hospital itu. Bayangkan, seawal usia 13 tahun Nurina sudah merasa peritnya kehilangan kedua orang tuanya, kini di usia 17 tahun, dia terpaksa menerima takdir pemergiaan insan yang amat dia sayangi selepas kematian kedua orang tuanya. Lemah kakinya, tersekat nafasnya, badannya sudah tiada kudrat untuk bangun. Perit sungguh ujian tuhan untuk dirinya. Perit yang amat.

Kini, Faheem pula sudah menabur janji untuk menyayangi dan menjaga dirinya. Sumpah Nurina takut untuk menerima diri Faheem di dalam hidupnya. Dia takut akan kehilangan Faheem. Oleh hal yang demikian, dia melarikan diri ke UK di luar pengetahuan Faheem. Dia meninggalkan Faheem tanpa sebarang pesanan.

Level 16,17,18.
Ting.

Nurina tersedar dari lamunanya, terus dia melangkah laju mencari di mana rumah Faheem.

"Aduh, Taufiq pun satu. Yang mana satu rumah Faheem ni, yang kiri ke yang kanan ke?" Nurina sudah keliru untuk menuju ke rumah yang mana.

Iphonenya juga tertinggal di dalam kereta di bawah.

" Macam mana ni? Aduhhhhh" Nurina sudah berjalan mundar mandir di tengah lorong antara rumah bernombor B-135 dan A-134.

Nurina pasrah. Dia sudah nekad untuk menekan loceng mana-mana sahaja rumah dan dia memilih untuk menekan loceng rumah bernombor B-135. Alasannya, kerana tarikh hari jadi Faheem ialah 13 Mei 1989.

Ding dong.

Tiada sebarang reaksi daripada tuan rumah.

Ding dong. Ding dong.

Senyap.

Ding don---

Pintu terkuak sendiri. Nurina sudah terperanjat.

" Hello, anybody home?" suara Nurina sudah cemas. Ajaibnya, kakinya terus melangkah masuk ke dalam rumah itu tanpa teragak-agak.

Suasana rumah yang gelap itu menghalang niat Nurina untuk terus masuk. Bulu romanya sudah tegak berdiri. Misinya tadi hanya untuk melihat keadaan Faheem selamat atau tidak sudah bertukar seperti rancangan Misteri Nusantara.

"Mana pula Taufiq dan Sakinah ni. Tolonglah" Nurina sudah menggosok-gosokkan kedua tapak tangannya.
Dia cuba mencari di mana letaknya suis lampu rumah itu. Dia meraba apa sahaja di hadapannya.
Tiba-tiba, kakinya terlanggar akan sesuatu di atas lantai rumah itu.
Nurina terus mencangkung ke bawah untuk melihat apa yang ada di lantai itu.

" Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa" lembaga itu sudah menjerit di hadapan muka Nurina, tanpa lengah terus sahaja Nurina berlari ke arah pintu dannnnnnnn

" Happy birthday to you Happy birthday to you happy birthday to you Nurina Happy birthday to you "

Kurang asam! Taufiq dan Sakinah sudah berjalan masuk sambil menyanyi dan membawa cake dan menuju ke arahnya.
Nurina menoleh ke belakang dan lembaga itu rupa-rupanya Faheem!

Kurang asam punya Faheem!

Hahaha kurang asam betul Faheem ni kan. :')

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro