Bab 22

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Faheem menurunkan cermin tingkap kereta miliknya.

" Tolong beri kerjasama encik. Kalau encik dan cik di sebelah ni sudah bernikah boleh kami lihat kad nikah anda berdua?"

Faheem dan Nurina sudah diam membisu. Entah kenapa, mereka berdua seakan tidak sedar akan sekumpulan pegawai ini sedang menjalankan serbuan di atas Bukit Ampang ini. Nurina di sebelah sudah menggigil ketakutan.
Faheem segera membuka pintu dan keluar untuk berunding bersama ketua pegawai serbuan itu.

" Kami tak bernikah lagi encik. Tapi kami tak buat apa-apa pun. Kami pun nak balik dah sebenarnya" ujar Faheem penuh sungguh-sungguh.

" Encik tahukan, sudah menjadi satu kesalahan jika ada pasangan yang duduk berdua-duaan di dalam gelap, di dalam kereta dan pada waktu begini pula tanpa sebarang ikatan yang sah" terang pegawai yang bernama Esmael itu panjang lebar.

Faheem sudah tertunduk lesu. Dia menjeling kelibat Nurina, sudah merah wajahnya mungkin akibat menahan tangis.

" Jadi kami kena buat apa ni?" soal Faheem buntu.

" Jika di sabit kesalahan, encik boleh di denda dan di penjara akan tetapi kebanyakkan pasangan yang kami tangkap mereka semua mencari solusi dengan memilih untuk bernikah. Encik tahu perkara ini mengaibkan bukan. Untuk menjaga aib kedua-dua pihak, saya sarankan pernikahan sebagai solusi terbaik"

" Nikah?" Nurina sudah teresak kecil. Dia lihat wajah Faheem turut kusut mendengar kata-kata pegawai yang bernama Esmael tadi.

Selepas selesai segala urusan, Nurina dan Faheem terpaksa berhadapan pula dengan Tengku Rais. Faheem memandu tenang menuju ke Country Height. Semoga apa yang dirancangnya berjalan dengan mudah. Faheem sudah tersenyum keseorangan.

" Kenapa ni Faheem, Nurina?" soal Tengku Rais sebaik saja melihat mereka masuk ke dalam rumah.

" Sorry ganggu daddy malam-malam macam ni. Heem nak bagitahu something dekat daddy" Faheem melihat Nurina di sebelahnya sudah tertunduk memandang lantai.
Memandangkan Nurina tidak bersuara sepatah pun dari tadi, Faheem telah mengambil keputusan bahawa dia sendiri yang akan bertanggungjawab di atas segala apa yang berlaku.

" Apa ni Heem. Pukul 2.00 pagi bawa Nurina ke sana-sini. Nasib daddy baru bangun nak bersiap untuk solat malam. Tell me, apa yang mustahak sangat ni sampai tak boleh tunggu esok?" Tengku Rais sudah memandang pelik ke arah Faheem dan Nurina.

" Sebenarnya, tadi kami kena tangkap...."

" Wait. Faheem kena tangkap khalwat dengan Nurina dekat hotel ke mana? Ya allah Faheem"

" Tak daddy. Dekat Bukit Ampang. Faheem tak buat apa pun. Kitorang just berbual dalam kereta itu je" lemah suara Faheem menerangkan apa yang sebenarnya terjadi.

" The best solution is,  memang kamu berdua kena bernikah. Kasihan Nurina kalau Faheem tak bertanggungjawab di atas apa yang berlaku ni. Daddy tak terkejut, sebab daddy percayakan Faheem. Nurina nak ke bernikah dengan kamu Faheem? Nurina?" Soal Tengku Rais sambil melihat Nurina yang dari tadi asyik diam membisu.

Nurina diam membisu. Fikirannya sungguh bercelaru buat masa ini. Pantas sungguh masa berlari. Dia sendiri bagai berada di dunia lain untuk menerima berita secara drastik begini.

"Nurina kena dengar nasihat uncle. You bertuah sebab Faheem nak bernikah dengan you. Banyak kes zaman sekarang yang uncle tengok, bila timbul issue tangkap khalwat macam ni, tak ramai anak muda yang nak bertanggungjawab. Alasan mereka, tak mampu dari segi kewangan. Trust me Nurina, uncle yakin Faheem boleh membahagiakan Nurina. Faheem pun lebih dari mampu uncle rasa" ujar Tengku Rais sambil menepuk bahu Faheem.

Wajah Faheem dari tadi sudah menahan gelak. Entah kenapa dia berasa sungguh seronok.

" Esok kita jumpa lagi bincang pasal majlis kamu berdua. Jangan fikir jauh sangat Nurina. Just follow the flow. Maybe ada hikmah di atas apa yang berlaku ni. Sabar ok?" Tengku Rais masih cuma memujuk Nurina supaya bertenang dan sabar.

Sebelum meminta diri untuk pulang Faheem sempat memeluk Tengku Rais sambil berbisik,

" Thanks tolong laksanakan plan Heem , You're the best daddy ever!"

Tengku Rais sudah tersenyum sambil menggelengkan kepala,
"Faheem, Faheem"

*******

Selepas 3 hari mendiamkan diri, akhirnya Nurina sudah membuat keputusan. Dia akan menerima segala permintaan Faheem dan Tengku Rais. Sakinahlah orang yang paling gembira mendengar keputusannya.

Semalam, Tengku Rais sendiri datang ke bilik Nurina untuk berjumpa dengannya.

" Please Nurin. Do something. Jangan larikan diri macam ni. Dah 3 hari tahu benda ni terbiar tanpa penyelesaian. You tahukan kalau tak bernikah you all kena apa?"

" Tahu uncle" balas Nurina lemah.

" Trust me Nurina. Uncle tahu Faheem tu ikhlas sayangkan Nurina. Semalam dia ada balik tidur di rumah uncle. Masa uncle naik ke bilik dia, dia tertidur masa tengah menulis buku ni. Sebagai seorang bapa, hati uncle tersentuh sangat" ujar Tengku Rais sambil menghulurkan diari hitam itu kepada Nurina.

Segera jari Nurina menyelak helaian pertama, " Kembara mencari cinta Nurina" Faheem ke yang tulis semua ni?

Nurina menyelak halaman seterusnya,

"semakin kau cuba mengelak untuk bertemu dengan aku, semakin panjang langkah aku mengejar kau Nurina"

Antara kata-kata Faheem yang membuat hati Nurina sebak. Mata Nurina sudah berair!

Nurina kembali ke alam nyata mendengar suara Sakinah.

" Aku tahu Faheem tu baik. Kalau dia jahat, dia akan lari tinggalkan kau lepas apa yang berlaku ni tau" Sakinah sudah mula mahu memuji Faheem.

" Apa-apa je lah. Aku dah malas nak fikir. Dari benda ni kecoh jadi makin sulit, aku redha je. Apa nak jadi, jadi. Lagipun, kasihan juga aku tengok uncle Rais. Memanglah muka dia tak tunjuk riak risau ke apa tapi entahlah. Aku serba salah"

" Faheem macam mana?"

" Dia tu macam tak risau langsung. Happy semacam je aku tengok. Lepas kitorang kena ketuk tingkap tu, dia siap ajak pegawai serbuan tu pergi minum dulu kot lepas settle semua. Nasib ketua pegawai tu tak nak. Entahlah Kina"

" hahaha. Cool gila Faheem. Nikah je lah. Aku pun gembira kalau kau bernikah. Atleast, kau akan bernikah dengan orang yang kau sayang right?"

" hmmmmm entah"

" so jom lah pergi makan pecel lele. Setahun okay aku makan free!"

" amboi. Dah menuntut janji nampak?"

*******

Majlis pernikahan Nurina dan Faheem berlangsung dengan sederhana dan meriah. Atas permintaan Nurina yang mahu majlis itu diadakan secara kecil-kecilan yang dihadiri oleh rakan dan staff mereka sahaja. Tengku Rais merupakan orang yang paling gembira menerima Nurina sebagai menantunya. Wajah Faheem dari mula majlis sehinggalah tamat majlis tidak berhenti tersenyum. Nurina? seperti biasa dengan wajah dingin macam peti aisnya.

Setelah selesai majlis, Faheem mencari kelibat Nurina yang dari tadi hilang entah kemana. Hampir 10 minit mencari, akhirnya Faheem menuju ke arah Sakinah dan Taufiq yang sedang berbual di meja bulat yang terdapat di bawah khemah.

"Kina ada nampak Nurin tak?"

" Aik tadi ada. Tak perasan pula. Cuba tengok dekat bilik. Sebab tadi dia ada bagitahu yang dia penat dan tak larat"

" Okay. Thanks Kina"

Faheem terus melangkah naik ke biliknya. Apabila membuka pintu biliknya, dia melihat tubuh Nurina sudah terbaring di atas katil, perasaan sayang terhadap wanita pujaannya kian memuncak.

Lama dia perhatikan Nurina terbaring dengan busana pengantin yang masih tersarung di badannya.

" Nurin, you okay tak ni?" tanya Faheem sambil membelai kepala Nurina yang masih bertudung.

Wajah Nurina sudah berkerut seakan menahan sakit yang teramat sangat. Posisi baringnya juga sudah bertukar mengiring membelakangi Faheem sambil memeluk lututnya.

" I tak okay. I sakit perut sangat-sangat"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro