Bab 23

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Nurin you sakit perut sebab hmm ke ni?" Faheem sudah duduk di birai katil sambil melihat muka Nurina yang sudah berkerut menahan sakit.

" hmm apa ? I malas nak cakap. Tak larat" Nurina membalas pertanyaan Faheem sambil memejamkan mata.

" hmm penyakit perempuan tu. Ala. I tak ingat nama penyakit tu. Seng apa entah"

" Tak lah. I tak senggugut. Tak tau lah kenapa dengan perut i. Masuk angin kot"

" Bangunlah pergi mandi, solat. Nanti kalau tak okay lagi kita pergi klinik" pujuk Faheem apabila melihat Nurina masih merengkok kesakitan.

Senyap.

" Tudung tak tanggalkan lagi, baju still pakai. Bangunlah Nurin" Faheem masih setia memujuk.

"Tengok belakang ni. Butang dia banyak sangat. I susah nak buka baju ni. Ingat nak minta tolong Kina tolong bukakan" ujar Nurina lemah sambil memusingkan badannya ke belakang.

Faheem tersenyum melihat busana pengantin Nurina. Memang busana itu menjadi pilihannya dan kebetulan Nurina menyukai pilihannya kali ini.

"Berdirilah. Meh i tolong tanggalkan butang tu" Faheem sudah duduk di sofa sambil melihat Nurina terbaring lemah.

" Maluuuuu. Panggilkan Sakinah pleaseeeeeee"

"Sakinah dah balik sayang. No more Sakinah. Start dari hari ni, you i punya bukan Sakinah tau" lembut kedengaran suara Faheem.

Naik meremang bulu roma Nurina mendengar suara Faheem kali ini. Tak sampai sehari lagi dia menjadi isteri kepada Faheem perasaannya sudah bercampur aduk rasanya.

"Sayang tapi takut ke? bukan, bukan, more to Mahu tapi malu sebenarnya" Nurina sudah bercakap seorang diri di atas katil. Sekejap dia menggeleng sekejap dia menganggukkan kepalanya.

" Haish tak payah nak cakap sorang-soranglah Nurin. I ada dekat sini cuba cakap dengan i" Faheem sudah menggeleng perlahan apabila melihat Nurina bercakap seorang diri.

Faheem melangkah ke katil untuk melihat keadaan Nurina dengan lebih dekat.

"Sakit lagi ke perut tu?"

Nurina menggangguk lemah.

"Bangunlah. I tolong you tanggalkan butang tu satu persatu. Then i boleh sapukan minyak dekat perut you"

" alaaaaa. I segan."

"Segan apanya. I dah jadi suami you Nurin"

" Yes Faheem, i tahu you suami i. Tapi baru berapa jam. I tak selesa"

" Okay. I je yang ada dekat sini sekarang. Sakinah and Taufiq dah lama balik. Tak kan you nak minta tolong daddy kat bawah kot tolong tanggalkan butang baju you. No way.I tak izinkan sama sekali" Faheem sudah tergelak.

Entah kenapa Nurina turut tergelak sama akibat terbayangkan Tengku Rais yang membantu dia membuka semua butang dibelakangnya. Hampir 25 butang kesemuanya.

Lambat-lambat akhirnya Nurina sudah bangun berdiri di hadapan Faheem.

"Tudung tu nak i tolong bukakan sekali ke apa?"
Tangan Nurina serta merta mencabut segala jarum dan pin yang terdapat di tudungnya.
Untuk pertama kalinya, dia menunjukkan rambutnya di hadapan Faheem.

Bau wangian syampu menusuk ke rongga hidung Faheem. Faheem sudah ternganga melihat Nurina tanpa tudung. Dia bagai melihat orang lain. Lain sungguh Nurina apabila tidak bertudung. Nampak lebih cantik dan seksi. Dengan rambut yang tidak lurus dan sedikit berombak kehitaman, wajah bujur sireh Nurina kelihatan amat sempurna sekali kerana memiliki potongan rambut sedemikian.

" You are so beautiful sayang" puji Faheem dengan nada terkejut dan teruja.

Nurina sudah tertunduk berdebar. Entah kenapa pujian daripada Faheem menyebabkan hatinya risau. Jujurnya, dia amat risau jika Faheem tidak dapat menerima dirinya selepas ini.

Faheem bangun dan berdiri di belakang Nurina. Dia memeluk bahu Nurina sekejap.

"Dari dulu i tunggu saat-saat ni. I sayang you Nurin. I sayang sangat-sangat. You jangan risau, I tak paksa you terima i serta merta dalam hidup you. But you have to. Try to accept me slowly sayang. I akan tunggu. I janji"

Habis sahaja mendengar Faheem berkata-kata, Nurina dapat merasakan bahunya dikucup lembut oleh Faheem. Matanya sudah kabur dek air mata. Yes, kelembutan kata-kata Faheem banyak merubah kekerasan hatinya. Faheem memang bijak memujuk hatinya dengan kata-katanya.
Dalam hatinya sekarang sudah bergema jeritan, " I dah jatuh cinta dengan Ahmed Faheem Fakhri "

Penulis rasa,betullah tu dah jatuh cinta. Sebab Nurina dah sebut nama penuh Faheem tu!

*******

Seminggu berlalu, Faheem ada mengajak Nurina untuk tinggal di Kondo mewahnya akan tetapi permintaan Faheem kurang dipersetujui oleh Tengku Rais.

"Heem tinggal lah dekat rumah ni lama sikit. Daddy nak juga rasa pengalaman ada menantu macam mana" ujar Tengku Rais sewaktu mereka sedang bersarapan pada pagi itu.

" Entah you ni. I pun nak juga merasa pengalaman tinggal dengan father in-law macam mana" ceria kedengaran suara Nurina sambil dia mengenyitkan matanya kepada Tengku Rais.

Faheem sudah tersenyum. Melihat kegembiraan Nurina sudah membuat hatinya berbunga-bunga riang.

Teringat akan peristiwa semasa dia menanggalkan butang busana pengantin Nurina satu-persatu minggu lepas, makin lebar senyuman Faheem.

Mana tidaknya, semakin banyak butang ditanggalkan, semakin jelas tubuh belakang Nurina kelihatan. Naluri kelakiannya turut berkocak sama. Setelah selesai menanggalkan butang busana pengantin Nurina entah kenapa Nurina seakan merelakan segala sentuhan lembut daripada dia.

Melihat tubuh Nurina separuh terdedah membuatkan tangan Faheem turut membelai kelembutan tubuh kuning langsat itu. Lama mereka dalam keadaan begitu sehingga bibirnya turut bekerja sama dalam misi menerokai tubuh isteri tercintanya. Segalanya terbantut terus apabila Nurina menjerit akibat terlupa yang dia masih belum menunaikan solat zohor. Sebagai suami soleh, Faheem hanya mengetuk kepala Nurina perlahan. Satu, sebab Nurina lewat-lewatkan solat dan yang kedua, jeritan Nurina membuatkan Faheem majority turn-off!

" She's so beautiful and perfect" bisik Faheem tiba-tiba.

Wajah Nurina betul-betul sudah berada di hadapan wajah Faheem.

"Siapa yang 'beautifol and perfecto' tu? Boleh i tau?

Faheem sudah menahan ketawa.

Ada orang jeloussssssss!

i sekarang busy sangat-sangat. Kalau i lambat update jangan marah ok? Kasihanilah i yang busy ni. Thanks sudi baca, sudi vote sudi comment! Macam biasa, lebiuuuuu!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro