Bab 24

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Petang khamis minggu berikutnya, Faheem memberitahu Nurina yang dia mahu pulang awal ke rumah. Nurina pulang ke rumah selepas jam 6 petang.
Semasa dia sampai ke rumah pada petang itu, kereta Audi Q7 Faheem terparkir elok di hadapan rumah.

"Assalamualaikum" lemah suara Nurina memberi salam sewaktu dia melangkah masuk ke rumah.
Sewaktu itu Faheem dilihat sedang menonton televisyen keseorangan di ruang tamu rumah. Nurina terus menghulurkan tangannya untuk menyalami Faheem.

" Penat you? " soal Faheem penuh perihatin.
Nurina mengangguk lemah dan segera berbaring di sebelah Faheem.

" Apa ni terus baring dengan badan busuk-busuk macam ni. Pergi mandilah Nurin"

" I penat sangat. Bagi i 5 minit nak lelap. 6:20 you kejut i okay?" Pinta Nurina sambil matanya sudah terpejam.

"Nurinnnnn" bisik Faheem betul-betul di sebelah telinga kanan Nurin. Mendengar bisikan daripada Faheem, serta merta kedua-dua mata Nurina sudah terbuka luas. Melayang entah kemana perasaan mengantuknya tadi.

"Apa ni bisik-bisik macam tu. Seram tau. I ingat you nampak hantu"

" memang i nampak hantu pun. Better you baring diam-diam. Hantu tu ada dekat belakang you Nurin"

Mata Nurina sudah memejam ketakutan.

"Hantu tu makin mendekat Nurin. Muka dia, sumpah seram kalau you tengok"

" s-seriouslah Heem?" suara Nurina sudah berubah cuak.

" Jap. Kejap. Dia dah makin hampir. Cuppppp" Faheem mencium pipi kemerahan Nurina. Kedengaran suara Faheem menahan gelak.

" Apa niiiiiiiiiiiii Heem. Geramnya i" Nurina menjerit kegeraman dan apabila dia membuka matanya kelihatan kelibat Faheem sudah berlari naik ke bilik mereka di tingkat atas.

Selepas solat maghrib bersama, Faheem mengajak Nurina mengaji bersama. Jika ada bacaan Nurina yang perlu diperbetulkan, Faheem akan memperbetulkan. Dalam diam, Nurina berasa bersyukur kerana menikahi Faheem. Faheem banyak membimbingnya dalam banyak hal.

Faheem sudah entah ke mana. Selepas solat isyak tadi kelibat Faheem sudah menghilang. Mungkin dia berada di dalam bilik kerjanya menyelesaikan segala kertas kerja yang tergendala. Nurina berbaring di katil sambil membaca Majalah Mingguan Wanita. Tajuk yang begitu menarik perhatiannya pada malam ini, "Reaksi suami jika isteri yang dinikahinya telah dinodai"
Dada Nurina sudah berdebar setelah membaca tajuk artikel itu. Bagaimana jika dia bersama Faheem nanti, Faheem dapat mengetahui yang dia sudah tidak 'dara'?

" Betul ke aku dah tak dara? Aku tak tahu!" Nurina menggelengkan kepalanya perlahan. Buntu. Dia sendiri tidak mengetahui status dirinya sama ada masih suci ataupun tidak. Dia sendiri tidak tahu bagaimana caranya untuk memberitahu kepada Faheem akan hal itu. Sehingga ke hari ini, Faheem tidak pernah mengajak dia melakukan hubungan suami isteri. Mungkin Faheem belum bersedia? Atau mungkin Faheem tahu yang dia belum menerima dirinya. Atau?

" Hai sayang, tak tidur lagi?"
Segala topik yang sedang Nurina fikirkan hilang begitu sahaja selepas mendengar suara Faheem menyapanya. Entah bila mamat ini masuk ke dalam bilik. Dia sendiri tidak sedar.

" Buku apa ni? Share lah ilmu yang you baca dekat i" Faheem sudah naik ke katil dan duduk bersandar di sebelah Nurina. Dia lihat wajah Nurina pucat seperti nampak hantu.

" You pandang i macam you pandang hantu. Apasal muka pucat? I Faheem okay"

" Kalau you Faheem you mengucap sekarang" Nurina sudah mahu mengusik Faheem.

" Hei sayang i Faheem lah!" ujar Faheem sambil menepuk dadanya untuk memberitahu yang dia benar-benar Faheem.

"So, kalau you Faheem you mengucap je lah. Sebab i baca buku ni tadi, ada isteri yang sangkakan suami di bilik tidurnya,  rupanya itu sebenarnya jelmaan iblis yang menyerupai suaminya. Jadi isterinya itu sebenarnya telah bersenggama dengan iblis. Seram you tahu!" terang Nurina panjang lebar.

"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu persuruh Allah" Faheem mengucap kalimah syahadah berserta maksud di hadapan Nurina.

Nurina memandang wajah Faheem dengan perasaan serba salah. Niatnya hanya untuk bergurau sahaja. Faheem sentiasa bersungguh dalam apa jua hal.

" Faheemmmm. I gurau je"

" I tahu sayang" ujar Faheem sambil membelai rambut Nurina di sebelahnya.

Nurina memusingkan badannya ke kanan untuk memandang wajah Faheem. Melihat wajah Faheem sedekat ini membuatkan hati Nurina makin sebak. Wajah sebaik ini tidak layak untuk dia miliki. Kejamkah dia membiarkan Faheem terus larut mencintai dirinya? Kejamkah dia?

" Kenapa nak menangis pula ni?" soal Faheem sebaik sahaja melihat mata Nurina mula bergenang dek air mata. Hidung dan wajah Nurina juga bertukar merah.

" Ilysm Heem"

" Ilysm juga Sayang"

" You tahu maksud 'ilysm' tu apa Heem?" Tanya Nurina sambil melihat mata Faheem.

" Mestilah. You ingat suami you ni noob sangat ke Nurin?" ujar Faheem sambil mencium hidung Nurina.
Nurina hanya memejamkan mata menunggu reaksi seterusnya daripada Faheem.
Bibir Faheem sudah mendarat kedua-dua belah pipinya. Nurina sudah tersenyum. Dia suka apabila Faheem memanjakan dirinya dengan cara begini. Sungguh, dia rasa disayangi sangat.

Bibir Faheem sudah berada di atas bibirnya. Terus Nurina membuka matanya.

" Malam ni malam jumaat tau sayang. You tak boleh bantah cakap suami kesayangan you tahu?"

"Heemmmmm" suara Nurina sudah ditenggelami ciuman bertubi-tubi daripada Faheem.

********

Faheem melihat tubuh Nurina yang masih lena dibaluti comforter tebal. Dia tersenyum melihat wajah comel Nurina yang tidur sambil berkerut itu. Segera dia sentuh kerutan di dahi Nurina. Kerutan itu terus menghilang.

Teringat sebelum dia bersama-sama Nurina menunaikan tanggungjawab sebagai suami isteri, Nurina puas memujuk rayunya agar melupakan niatnya.

Setelah mendengar segalanya dari mulut Nurina tadi, dia turut bersimpati di atas nasib yang menimpa Nurina. Dia tidak dapat bayangkan hidup Nurina selama ini. Nurina sentiasa menyatakan yang dirinya sudah tidak suci walau dia sendiri tidak pasti. Faheem juga sudah berjanji, walau apa pun status Nurina, dia ikhlas menyayangi Nurina kerana Allah.

Malam ini, atas pujukan Faheem mereka bersama-sama melakukan hubungan suami isteri yang halal dan manis itu bersama-sama. Hasilnya, Nurina sendiri terkejut apabila melihat dirinya yang masih suci tidak pernah disetubuhi, lain seperti jangkaannya selama ini. Faheem akui, semenjak sekolah lagi yang Nurina lebih gemar berandaian sendiri.

" I love you so much sayang" Faheem mengucup dahi Nurina sebelum dia berlalu ke kamar mandi.

sorry lambat update guys. Lebiu!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro