Bab 26

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Malam tu, Taufiq balik lewat dari office. Entah kenapa aku rasa rajin nak berkemas malam tu, satu rumah aku berjaya kemas. Bila masuk dekat bilik kerja dia, aku nampak meja dia bersepah sangat. Aku niat nak kemas meja dia tu. I know him very well. Taufiq memang pantang kalau ada orang usik barang-barang dia. Tapi entah lah aku kemas je sebab bersepah sangat"

Sakinah menarik nafas panjang sebelum menyambung semula ceritanya.

" Lepas tu, semasa aku sibuk tengah vacuum bilik tu, bila sampai dekat meja aku tertarik nak tengok folder 'Project Flora Terrace'. Bukan hari tu Faheem ada cerita folder tu hilang ke?"

Nurina mengangguk perlahan sebagai tanda mengiyakan pertayaan daripada Sakinah.

 "Aku sangsi sangat Nurin. Aku just semak transaction project tu and guess what?"

" Apa? Cerita terus please. Aku tak nak teka-teka. Aku dah berdebar" ujar Nurina yang sudah menggenggam kedua dua tapak tangannya yang sudah sejuk akibat berdebar.

" setiap transaction yang berlaku, Taufiq akan masuk dekat account dia sebanyak 1percent. Dia punya kerja memang teliti. Even aku yang memang pakar dalam bab account ni berulang kali checked setiap satu transaction keluar masuk"

"But wait, Taufiq bukan orang susah tau dia nak ambil duit dengan cara halus macam ni" suara Nurina sudah berubah pelik.

" indeed. Taufiq memang anak orang senang. Tapi kau kena ingat, yang senang tu mama dan papa dia. Kalau nak ikut dari saving dia, aku rasa aku lagi kaya daripada dia Nurin"

" so kau nak aku bagi tahu Faheem ke hal ni?"

" Entahlah. He's my husband Nurin. Aku tanya dia pasal benda ni lah yang dia naik hantu satu badan. Sampai aku dia sepak terajang" suara Sakinah sudah teresak. Mungkin perasaan sesal datang menerpa membuatkan Sakinah sedih.

Nurina mengeluh perlahan. Kusut sungguh fikirannya buat masa sekarang bila dia ingat semula cerita Sakinah siang tadi.

" hai menung apa ni sayang?" Sapa Faheem sambil tangannya menjalar memeluk pinggang Nurina.
Terangkat bahunya akibat terperanjat mendengar suara Faheem yang datang menyapanya.

" Dah setengah jam tau you duduk dekat luar ni. You ada masalah ke Nurin?" Soal Faheem lagi apabila melihat Nurina hanya diam menunduk.

" Faheem, Kes Projek Flora Terrace hari tu dah selesai ke belum ya?" Nurina sengaja bertanyakan hal itu kepada Faheem.

" Masih dalam siasatan. Daddy kata kalau dah tahu siapa dalang di sebalik semua ni dia akan inform dekat i. Why sayang?" Ujar Faheem sambil membelai-belai lengan Nurina.

" Saja tanya. Dulukan i terlibat sama dalam projek tu. Siap satu team dengan Taufiq lagi. So sekarang Taufiq memang tak handle projek ni dah ke?"

Faheem menganggukkan kepalanya.

" Daddy cakap dia take over semua ni sendiri. Bayangkan company kita dah rugi berbillion ringgit kot disebabkan oleh insiden hari tu. Entahlah Nurin. I pun jadi tak tenang nak cakap pasal benda ni. So, Jom kita tidur jom. I nakkk-"

" Nak apa?" Laju suara Nurina memotong percakapan Faheem.

" i nak tuuuuuuu" muncung bibir Faheem menunjuk ke arah dada Nurina.

" Gatalnyaaaaaaaaaaaaaa you ni" Nurina sudah menumbuk-numbuk lengan Faheem.

Faheem sudah ketawa gembira apabila Melihat wajah Nurina merona merah apabila bercakap tentang issue sensitif begini.

" Dengan suami sendiri pun nak malu lagi. I je yang tahu you punya tanda lahir dekat mana Nurin and setiap inci tubuh you semua i dah terokai" ujar Faheem sambil tersenyum nakal.

" aaaaaaaaaaaaaa janganlah nak mention benda ni semuaaaaaaaaaaaaaa" Nurina sudah merengek akibat malu mendengar kata-kata Faheem.

" sayang. You tak nak pergi mana-mana untuk honeymoon kita? Dah nak dekat tiga bulan tau kita kahwin" Suara Faheem masa ini seakan sukar ditafsir nadanya. Mungkin nada permintaan bercampur dengan rungutan.

" Hmm i nak pergi banyak tempat. Tapi kerja i menimbun dekat office tu. Projek dekat Pangkor lagi yang tak selesai lagi. Kita pergi dekat-dekat je nak tak?"

" Anything for you sayang. You pilihlah nak pergi mana, nanti i mintak Dhiya booking flight tickets and package semua. I just tak sabar nak spend time with you sayang" ujar Faheem dan tangannya sudah mendakap tubuh Nurina,erat .

*******

" Hai Heem. Kau busy ke ni?" Tanya Taufiq kepada Faheem sambil kakinya melangkah masuk ke bilik Faheem.

" Tak sangat. Apasal ni? Kusut semacam je aku tengok. Nak kata tak dah bini dah ada kan. Apasal kau? " soal Faheem pelik apabila melihat keadaan Taufiq bagai tidak terurus.

Mana tidaknya, baju kemeja yang dipakai Taufiq seperti tidak bergosok langsung. Berkedut seribu.

" Nurina ada cerita apa-apa tak dekat kau Heem pasal Sakinah?" soal Taufiq kepada Faheem sambil dia menarik kerusi untuk duduk di hadapan Faheem.

" Takde pulak. Apasal dengan Kina? Dia sakit ke Piq?"

Taufiq menggeleng perlahan.
" Dia dah lari rumah. Puas aku cari dia. Hilang entah kemana entah" lemah kedengaran suara Taufiq masa ini.

"Ya tuhan Piq. Bini sorang pun susah nak jaga. Kau buat apa dekat dia sampai dia lari rumah?"

Taufiq diam membisu. Hanya keluhan kecil kedengaran keluar dari mulutnya.

" Aku pukul dia"

" apa masalah kau ni Piq? Dia bini kau kot!" Suara Faheem sudah bertukar nada berang.
Panas sungguh hatinya mendengar kenyataan yang keluar daripada mulut Taufiq sebentar tadi.

" Perkahwinan itu satu komitmen Piq. Kau sepatutnya menghargai Sakinah. Tanya elok-elok kalau ada benda kau tak pasti. Kau tahukan kita sebagai lelaki sepatutnya mempunyai sifat pelindung kepada wanita. Wanita ni Piq ibarat permata, kau perlu jaga kau perlu gilap setiap hari. Kalau permata tu hilang? Kau fikirlah sendiri" bebel Faheem panjang lebar.

" Aku rasa Sakinah dah salah faham dekat aku. Dia ada jumpa folder Projek Flora Terrace atas meja aku. Dia ingat aku yang buat semua transaksi tu"

" Transaksi apa ni. Aku tak faham" Faheem sudah pening mendengar kenyataan daripada Taufiq.

Tiba-tiba pintu bilik Faheem diketuk dari luar,

" Encik Taufiq, Tengku Rais hendak berjumpa dengan Encik Taufiq di bilik Tengku sekarang"

Gais, cuba teka Taufiq ni bersalah ke tidak nanti? Siapa betul i belanja gula-gula hikhok.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro