Bab 27

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" You nak bawa i pergi mana ni Heem?" soal Nurina kepada Faheem pelik. Pagi tadi selepas solat subuh,Faheem segera meminta dia mengemas pakaian. Katanya mahu membawa Nurina pergi beramah mesra.

Faheem hanya tersenyum apabila mendengar pertanyaan daripada Nurina sambil matanya fokus memandang ke  jalan raya.

" Heemmmm. I tak cukup mesra ke sampai you nak bawa i pergi beramah mesra?" rengek Nurina di seat sebelah. Masih tidak berputus asa mahu mengetahui ke mana hala tuju destinasi mereka.

" You tidurlah sayang. You kan suka tidur kalau naik kereta. Nanti dah sampai i kejut"
pujuk Faheem lembut sambil tangannya mengusap lembut telapak tangan Nurina.

Nurina hanya diam mendengar pujukan daripada Faheem. Melihat dari kawasan sekitar mereka, Faheem telah memandu memasuki lebuhraya Utara Selatan. Kemanakah Faheem hendak membawa dirinya pada kali ini. Urgh!

Hampir 2 minggu juga Nurina hampir lupa bagaimana cara untuk tersenyum. Sikap Sakinah benar-benar membuat Nurina merasai kehilangan yang amat besar. Selepas Taufiq membuat pengakuan berani mati di hadapan Tengku Rais dan Faheem tempoh hari, menjadikan Sakinah jauh dan terus hilang tanpa khabar berita.

"Sampai hati kau Nurin. Sampai hati kau biar je Tengku Rais dan Faheem sumbatkan Taufiq ke dalam penjara" Suara Sakinah sudah menjerit marahkan dirinya.

"Aku tak tahu apa-apa Kina. Demi allah. Daddy cakap Taufiq yang bagi semua file dan buka semua cerita kes pecah amanah dia di hadapan daddy sendiri. Aku tak tahu menahu langsung Kina"

" Kau penipu. Kau memang suka tengok aku sengsara. Kau bukan tak tahu aku sayang gila dekat Taufiq.Dia suami aku Nurin. Ni semua salah kau Nurin. Salah kau!" Jari Sakinah tidak habis-habis menunding ke arah wajahnya.

Melihat keadaan dan kenyataan daripada Sakinah pada ketika ini membuatkan hati Nurina bagai disiat-siat. Tergamak Sakinah menuduhnya berkomplot bersama Tengku Rais dan Faheem untuk menjatuhkan Taufiq.

Sungguh tidak masuk akal. Kata daddy, Taufiq sendiri yang mahu dirinya menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatannya. Tengku Rais sendiri tidak dapat melakukan apa-apa kerana Taufia sendiri yang pergi menyerahkan dirinya kepada pihak berkuasa.

Faheem pada masa itu tak payah nak cakap wajahnya. Sahabat baiknya sendiri sanggup menipu dirinya. Kecewa sungguh Faheem. Faheem sendiri sudah menganggap Taufiq seperti adik beradiknya sendiri.

Di dalam hidup, banyak perkara yang kita tidak jangka selalu terjadi. Kadang-kadang apa yang terjadi langsung tidak terjangkau dek fikiran manusia. Namun, siapalah kita sebagai manusia untuk menidakkan kerja tuhan. Segala yang berlaku pasti punya hikmah yang tersendiri.

Selepas kejadian itu, Sakinah tidak mahu langsung bertemu dengan Nurina. Dia hilang entah kemana. Benci sungguh Sakinah kepada Nurina. Kebaikan Nurina kepada dirinya hilang begitu sahaja kerana salah fahamnya terhadap Nurina.

" Sayangggggg. You menung apa. I dari tadi panggil you buat tak dengar. You fikir apa lagi ni? Pasal Kina?" panggilan Faheem menyedarkan Nurina. Sentuhan lembut Faheem membelai pehanya mengembalikan dirinya ke alam nyata.

Nurina menggeleng perlahan kepalanya. Tidak mahu Faheem risau akan dirinya.

" I tahu you sedih Sakinah buat you macam ni. Tapi percayalah, dia akan okay balik nanti. Bagi dia sedikit masa dan ruang. Untuk dia terima semua ni. Isteri mana tak sedih suami yang dia sayang masuk lokap. But trust me, bila Taufiq keluar nanti dia akan sedar dan menyesal buat you macam ni" Faheem masih setia memujuk dirinya.

" Ye. I tau. Mana ada i fikirkan Kina. I cuma fikirkan you nak bawa i ke mana hehehe " Nurina sudah melentokkan kepala di bahu Faheem. Yang Nurina suka hanya bau Faheem buat masa sekarang. Entah kenapa semenjak dua menjak ni dia amat menggemari bau badan Faheem.

" You pakai perfume baru ke Heem?" soal Nurina sambil hidungnya mencium lembut lengan Faheem.

" Perfume baru apanya sayang. Ni kan perfume yang you bagi i masa hantaran kita dulu. Kenapa? You tak suka ke bau ni?"

" Yeke i yang bagi? Apasal bau dia lain. Macam soft je. I sukaaaaaaaaaaa" Nurina sudah merengek manja di sebelah Faheem.

Faheem hanya menggeleng tersenyum melihat kemanjaan Nurina sekarang. Dua minggu isteri kesayangannya berwajah murung kerana ditinggal Sakinah. Puas dia fikirkan cara untuk membuat Nurina gembira semula. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk membawa Nurina ke satu tempat. Di mana tempat yang pernah dia tuju selepas kehilangan orang tuanya. Bukan itu sahaja, dia juga mahu membawa Nurina mengenal apa itu erti kasih sayang yang sebenar.

Perjalanan kali ini terasa jauh sekali. Entah bagaimanalah reaksi Nurina apabila mereka sampai nanti.

Faheem tersenyum melihat Nurina yang sudah terlelap di atas bahunya.
Dulu dialah yang paling garang, sekarang ni manja Nurina bukan main lagi. Dalam diam, Faheem memanjatkan syukur kehadrat ilahi. Sedikit sebanyak Nurina menunjukkan perubahan yang positif di dalam hubungan mereka. Terima kasih tuhan. Faheem sudah membelai kepala Nurina perlahan.

Tahniah kepada siapa yang teka Taufiq bersalah dekat comment sebelum ni. Hebatnya la kan. Sorry, selepas 5 hari baru dapat update chapter baru. Thank you sudi baca dan terus baca. Lebiu!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro